Binatang Bumi dan Yang Muncul Di Timur - Dabbah Al-Ardh wa Thala3a Al-Masyriq
Bab III: Yang Muncul Di Timur.
3. Mengapakah tumpuan riwayat ke arah timur?
Kebanyakan riwayat menyebutkan
bahawa kezuhuran ansar pertama Imam Mahdi (as) ialah dari timur, dan pemegang panji
dengan pelbagai ukuran dan nama-nama yang keluar membawa panji-panji itu juga dari
arah timur.
·
Dari Haitsam
bin Abdul Rahman, menceritakan kepadaku yang mendengar dari Ali (as), katanya:
(... dan akan keluar sebelumnya seorang lelaki dari Ahl Baitnya dengan penduduk
timur yang menyandang pedang di atas bahunya selama lapan bulan ...) [250]
Lelaki ini yang
disebut dalam riwayat adalah daripada Ahl Al-Bait (as) akan keluar dari timur
dan membawa pedang dan berjuang selama lapan bulan.
·
Dari Abdullah
bin Al-Harits bin Al-Zubaidi berkata, "Rasulullah (S) bersabda, (Akan keluar
orang-orang dari Timur dan mereka akan datang untuk kekuasaan Al-Mahdi) [251]
·
Dari Alqamah
bin Abdullah berkata:
بينما نحن
عند رسول الله (ص) اذ اقبل فتية من بني هاشم فلما رآهم النبي (ص) اغرورقت عيناه
وتغير لونه ، قال ، فقلنا ما نزال نرى في وجهك شيء نكرهه ، قال (ص) : انا اهل بيت
اختار الله لنا الاخرة على الدنيا وان اهل بيتي سيلقون بعدي بلاءاً وتشريداً
وتطريداً حتى يأتي قوم من قبل المشرق ومعهم رايات سود فيسألون الخير فلا يعطونه
فيقاتلون فيُنصرون فيعطون ما سألوا ولا يقبلونه حتى يدفعونها الى رجل من اهل بيتي
فيملأها قسطا وعدلا ...فمن ادرك ذلك منكم فليأتهم ولو حبواً على الثلج)
Ketika kami berada di
sisi Rasulullah (S) Tiba-tiba datang pemuda-pemuda dari Bani Hashim, maka
apabila Nabi (S) melihat mereka maka berlinanglah air mata baginda dan
berubahlah warna (wajah) baginda, katanya, maka kami berkata: Mengapa kami
melihat di wajahmu sesuatu yang tidak disenangi? Baginda (S) bersabda:
(Sesungguhnya kami Ahl Bait,dipilih Allah untuk kami akhirat berbanding dunia, dan
Ahl Al-Baitku akan menerima ujian selepasku, dikerumuni dan menjadi buruan
(musuh), sehingga datang satu kaum dari sebelah timur bersama mereka
panji-panji hitam, mereka meminta kebaikan tetapi mereka tidak memberinya,
kemudian mereka dibantu dalam perjuangan, maka diberikan apa yang mereka minta dan
tidak menerimanya sehingga mereka dihantar kepada seorang lelaki dari Ahl
Al-Baitku yang memenuhinya dengan keadilan ... Maka sesiapa yang
menyedarinya di antara kamu hendaklah mendatangi mereka walaupun terpaksa
merangkak di atas salji,) [252]
Ini menjelaskan bahawa
pemilik panji-panji hitam yang juga datang dari timur dan mereka juga membuka jalan
kepada Al-Mahdi (as) sehingga mereka dihantar kepadanya (as) dan Rasulullah (S)
mewajibkan supaya menyertai panji-panji dari timur itu.
·
Dari Rasulullah
(S) :(akan datang panji-panji hitam dari sebelah timur, hati mereka seolah-olah
seperti kepingan besi, dan sesiapa yang mendengarnya, maka pergilah kepada
mereka, dan membai’ah mereka, walaupun dengan merangkak di atas salji) [253]
Dari Amirul Mukminin (as) dalam khutbah yang
panjang (...dan akan datsng panji-panji dari sebelah timur bumi, lilitan di kepalanya
bukannya dengan kapas, linen atau sutera, dililit pada ketua tertinggi (Al-Syed
Al-Akbar), yang memandunya seorang lelaki dari keluarga Muhammad (S) yang
muncul di Timur. Terdapat angin dari barat baunya seperti kasturi yang sangat
harum, akan berjalan menakutkan selama sebulan) [254]
Adalah diketahui
bahawa sifat-sifat itu adalah sifat-sifat panji-panji Imam Mahdi (as), tetapi
yang membawanya adalah seorang lelaki dari keluarga Muhammad dan bukannya Imam
Mahdi (as), yang juga berangkat dari timur bumi.
---------------------------
[250] Al-Malahim wa
Al-Fitan oleh Ibn Thawus hal 66.
[251] Al-Munaqib,
hal 300.
[252] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 363.
[253] Kasyf Al-Ghamma J
2 hal 373.
[254] Basyarah
Al-Islam, hal 97.
« Dari Abi Ja’far
(as), beliau berkata :( Seakan-akan [aku melihat] segolongan manusia yang keluar
dari Timur, mereka menuntut hak (kebenaran) namun tidak diberikan, kemudian
mereka menuntutnya namun tidak diberikan, lalu apabila mereka mendapati
demikian maka mereka akan menyandang pedang dibahu mereka lalu mereka diberikan
apa yang mereka tuntut, namun mereka menolaknya sehingga mereka bangkit dan
mereka tidak menyerahkannya kecuali kepada pemilik kamu, yang terbunuh di
antara mereka adalah para syuhada’. Jika aku berada pada masa itu, akan kujaga
jiwaku untuk pemilik urusan ini) [255] riwayat ini tidak
memerlukan ulasan kerana ia sama dengan makna yang dibentangkan oleh
riwayat-riwayat terdahulu pada panji-panji Timur.
« Dalam riwayat
yang lain: (Akan keluar dari Timur panji-panji hitam bagi Bani Al-Abbas, lalu
mereka ditetapkan apa yang dikehendaki Allah. Kemudian keluar panji-panji hitam
kecil yang memerangi anak-anak Abi Sufyan dan para pengikutnya mereka itu
beralih mentaati Al-Mahdi) [256]
Ia menjelaskan bahawa ada
pertolongan kepada Imam Mahdi (as) dan penyerahan panji-panji kepadanya telah disempurnakan
melalui panji-panji dari Timur.. Jika kita memperluaskan riwayat riwayat dari
Timur ini, tidak akan ada ruang untuk menyebutnya apatah kagi untuk mengkajinya,
tetapi kita akan segera menyampaikan beberapa tajuk yang lain pula.
« Imam
Abi Abdillah (as) ditanya oleh seorang penyoal: Bilakah keluarnya, semoga aku
menjadi tebusan tuan? Beliau (as) berkata: Apabila dikehendaki Yang mempunyai
penciptaan dan urusan itu, katanya lagi: Adakah ia mempunyai alamat sebelumnya?
Beliau (as) berkata: Ya, ada pelbagai alamat, keluarnya Dabbah Al-Ardh dari
Timur, dan...) [257]
« Dari Rasulullah (S) dalam menyebutkan
alamat-alamat: (dan meteor (bintang berekor) melanggar dataran rendah dari
timur ke barat dan semua orang mendengarnya...) [258]
« Dari
Amirul Mukminin (as) :(... dan janjinya telah
dekat, tempohnya telah berlalu dan pada mulanya bintang yang beriekor akan
muncul kepadamu dari sebelah timur, dan kelihatan bulan bersinar untukmu. Jika
berlaku demikian, kembalilah bertaubat dan ketahuilah bahawa jika kamu mengikut
yang muncul di Timur, ikutilah jalan itu ia adalah minhaj Al-Rasul (S)...) [259]
« Diriwayatkan dari Rasulullah (S) :( (akan
ada pertempuran di sisi perbendaharaan kamu antara tiga pihak, kesemua mereka
anak-anak Khalifah, maka tidak berlaku kepada seseorang dari mereka, kemudian
muncul panji-panji hitam datang dari arah timur. Dan terjadi perperangan yang
belum pernah berlaku pada suatu kaum dan kemudian menyebut tentang pemuda, lalu
baginda bersabda: Jika kamu melihatnya maka berbai’ahlah padanya, kerana dia
adalah Khalifah Al-Mahdi) [260]
---------------------
[255] Ghaibah Al-Nu'mani
hal 285.
[256] Al-Mumhidun Al-Kurani
hal 102.
[257] Bihar Al-Anwar: J 83 hal 62.
[258] Al-Malahim oleh
Ibn Thawus hal.95.
[259] Al-Kafi, J 8, hal
63.
[260] Basyarah
Al-Islam, hal 30
« Dinyatakan dalam Syarah
Ihqaq J 29, hal 620:. (... Allah akan keluarkan ke atas Al-Sufiani dari
penduduk Timur, Wazir Al-Mahdi, maka akan mengalahkan Al-Sufiani hingga Syam).
Selepas menyatakan sekumpulan
riwayat-riwayat ini adalah jelas bahawa Ahl Al-Bait (as) yang menetapkan arah
untuk kezuhuran yang sebenar iaitu dari timur, tidak dari arah yang lain dan
diwajibkan menyokongnya dan memberikan bai’ah kepadanya. Dengan itu telah
menjadi kenyataan atas kita untuk metetapkan dan menentukan Timur adalah yang dimaksudkan
dalam riwayat. Adakah yang mengabaikan atau tidak mengambil tahu mengenai panji-panji
ini mungkin menganggap bahawa ia datang untuk menyokong Imam Mahdi (as) dan menyerahkan
panji-panji kepadanya lebih utama dan menunggu untuk membai’ah Imam sendiri dan
membantunya secara langsung ..?
Jawapan pada pandangan
ini adalah mudah jika kita tahu bahawa semua riwayat menyebut panji-panji dari
timur diwajibkan menyokongnya dan diharamkan berpaling darinya. Oleh itu jika menganggap
bahawa Imam Mahdi (as) berada di suatu tempat semasa berlakunya
peristiwa-peristiwa, itu adalah suatu kesalahan besar, kerana jika sekiranya ia
wujud dan boleh dilihat di suatu tempat (iaitu beliau mengisytiharkan dirinya
secara langsung) untuk menjadi hujah sebagai pemilik panji-panji dari timur, maka
akan menjadi wajib memberikan bai’ah dan menyertai Imam sendiri lebih utama dan
tidak panji-panji dari timur. Tetapi Ahl Al-Bait mewajibkan supaya memberikan bai’ah
kepada panji-panji dari timur disebabkan bahawa Imam Mahdi (as) adalah yang
ditujukan kepada panji-panji itu, yang menjadi ketua melalui lelaki itu, yang
disifatkan sebagai seorang lelaki dari Ahl Al-Bait kami. Dia adalah
satu-satunya yang dicetuskan bertemu secara bersendirian dengan Imam (as) sebagai
mana disahkan oleh beberapa riwayat (tidak dilihat pada kedudukan seorang pun
dari anak-anaknya atau oreng lain melainkan Wali yang mengikuti urusannya
....).
Takrif Timur, yang
dimaksudkan dalam riwayat-riwayat, pada hakikatnya adalah tempat di mana
langkah pertama kezuhuran suci berlaku, seperti yang saya sebutkan di Iraq dan
Iran, Dalam sesetengah riwayat, kenyataan itu adalah umum dan jelas, dan ia menunjukkan
bahawa dia berada di Iraq, yang disebut sebagai Kufah dan Hirah, dan bagaimana Al-Khurasani
dan Al-Yamani berlumba-lumba ke Kufah,
Sekali ia menunjukkan
bahawa ia di Iran, seperti menyebut panji-panji Al-Khurasani atau Khurasan atau
Thalaqan dan lain-lain dan ia pada hakikatnya tiada yang khilaf, kerana
kedua-dua negara terletak di timur kepada yang membicarakannya, jika kita
menganggap bahawa yang berbicara berada di Hijaz seperti pada kebanyakan riwayat
yang dikeluarkan oleh para maksum (as),
Oleh itu, jika yang
dikemukakan pengakuan ini atau yang menggugat
kenyataannya setelah dilihat dari andaian mudah dan kesalahan-kesalahan yang
diambil dari riwayat-riwayat yang disesuaikan dengannya dan meninggalkan
mana-mana riwayat yang bertentangan dengannya yang menjadikan banyak riwayat-riwayat
yang terabaikan, Adalah diketahui ulamak yang mengakui kesahan riwayat-riwayat mengabaikannya,
Tetapi mereka mengecualikannya kerana mereka tidak bersetuju dengan cadangan
yang mereka anggap menerusi kefahaman yang salah pada sesetengah riwayat atau
apa yang muncul dari maknanya sahaja selaras dengan peraturan tersebut (riwayat-riwayat
yang bertentangan akan digugurkan) !!
Jadi cabarannya adalah
perlu dicari penyelesaian atau pilihan kepada masalah ini yang kita bawa dan
meletakkan penyelesaian yang sesuai dengan semua riwayat dan tidak bercanggah
dengan yang lain ... Seperti yang dinyatakan oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as)
dalam menerangkan maksud Al-Yamani (tidak dibolehkan berbilang-bilang Al-Hujjaj
(Hujjah-hujjah) maka Al-Hujjah hanya seorang), bagaimana jadihya boleh dilangkau
atas semua riwayat-riwayat yang dijadikan hujjah bagi keseluruhan yang
berkaitan dengan panji-panji dari timur dan tidak mempunyai khilaf mahu pun kekusutan.
Kekusutan seperti yang difahami ialah yang sedikit melawan yang banyak,
dan semua ini amat berat dan hujah ini adalah untuk membuka jalan yang datang
dari anggapan bagi andaian yang tidak dibuar-buat yang menjadikan kuzuhuran
langsung Imam Mahdi (as) tanpa pembuka jalan (persiapan) atau pengenalan!! Bahkan
sebahagian riwayat menyebut bahawa yang akan datang dari Khurasan adalah Khalifah
Allah Al-Mahdi (as): -
Dari Nabi Muhammad (S):
(Apabila kamu melihat panji-panji hitam dari Khurasan maka datanglah kepadanya walaupun
dengan merangkak di atas salji kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi.) [261]
.
Ia sudah tentu bukan
Imam Mahdi (as), tetapi adalah Mahdi Pertama (as), yang juga dikenal sebagai Al-Yamani, yang pergi untuk memberikan
pertolongan dari Iran, dan mungkin sebahagiannya mengatakan bahawa inilah yang
dimaksudkan dengan Imam Mahdi (as) sendiri, kerana atas banyak sebab, kami
merujuknya dalam kitab-kitab ansar, termasuk bahawa riwayat-riwayat mengesahkan
bahawa bermulanya kuzuhuran pertama adalah dari Iraq dan bangkitnya di Mekah, Riwayat-riwayat
tidak menyebutkan yang pergerakan kuzuhuran bermula dari Iran, ia bermula dari
Iraq dan kemudian tersebar keluar, tambahan pula panji-panji hitam yang berasal
dari Khurasan datang ke Iraq untuk membai’ah atau menyerahkan panji-panji kepada
Imam Mahdi (as) seperti dosebutkan dalam banyak riwayat:
Dari Abi Ja’far (as):
(diturunkan panji-panji hitam yang keluar dari Khurasan ke Kufah, apabila zahir
Al-Mahdi diutus kepadanya untuk dibai’ah)
[262]
----------------------------
[261] Basyarah Al-Islam,
hal 376
[262] Basyarah
Al-Islam, hal 137
Jadi jika urusan permulaan kezuhuran dianggap
sebagai bergeraknya Al-Yamani di antara Iraq dan Iran, ia adalah pergerakan membawa
panji-panji hitam, maka kumpulan Iraq yang mengikutinya kemudian pergi ke Iran
untuk meminta bantuan lalu kembali bersama tentera Khurasan ke Iraq sekali lagi
dan Al-Sufiani telah menguasai Iraq .. gambaran ini adalah gambaran yang hampir
difahami dari riwayat-riwayat secara umum, Wa-Allahu A3lam.
..
Apabila riwayat-riwayat
mahu menentukan tempat berlakunya peristiwa,maka peristiwa-peristiwa itu ditentukan
oleh arah timur, Timur atau bumi sebelah timur dan lain-lain dan tidak boleh
ada di sana mana-mana cadangan lain yang selari (sama) dengan semua pertikaian
dan percanggahan secara zahir yang terdapat di dalam riwayat-riwayat, dan
sebarang cadangan yang dikemukakan selain darinya lebih dahulu akan menjadi sia-sia
dan tidak sempurna.
Dan hasil khusus cadangan
yang kita gunakan berhubung dengan penyelidikan kami ini adalah sifat Al-Thali3’
- yang muncul – ini, yang akan keluar di timur, maka gambaran simbol perlambangan
yang disebutkan menjadi jelas dalam riwayat-riwayat yang muncul di Timur
yang sebelum ini adalah peribadi yang maksudnya tersembunyi ,dan dia adalah peribadi
Imam Mahdi Pertama, Al-Yamani yang dijanjikan.
Dan hasil cadangan yang
kita gunakan dari penyelidikan kami ini adalah berhubung dengan panji-panji Timur,
yang disahkan oleh riwayat-riwayat ke atasnya dan ia menggesa orang mukmin
untuk menyokong dan memberi peringatan kepada mereka yang berpaling darinya
adalah panji-panji yang sama yang nyatakan atau yang dinyatakan maksudnya oleh riwayat-riwayat
dalam kajian kami ini, yang memberikan sifat masa yang benar-benar sahih dan waktu
berlakunya peristiwa-peristiwa ini adalah dalam tempoh yang sama iaitu tempoh persiapan
untuk kezuhurlan suci dan dari arah yang sama (Timur), maka sudah tentu menjadi
pertemuan dengan semua petunjuk ini dan bersama-sama bersatu dengan yang muncul
dari Timur ini dalam persiapan (membuka jalan) pertama dan tanpa sedikit pun keraguan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan