Jumaat, 22 Disember 2017

2: Matahari Dan Bulan



Binatang Bumi dan Yang Muncul Di Timur - Dabbah Al-Ardh wa Thala3a Al-Masyriq

Bab III: Yang Muncul Di Timur.

 2: Matahari Dan Bulan  


Al-Quran menyebut matahari dan bulan dalam banyak tempat, ia sudah tentu ia mempunyai matlamat yang amat besar dan tujuan yang sangat jauh dari makna zahir yang dimaksudkan oleh perkataan-perkataan itu. Sebelum menyampaikan sebahagian ayat-ayat yang menyebut perkataan matahari dan bulan akan disebutkan sebahagian riwayat yang memberikan kefahaman lain, antaranya:

Dari Salman Al-Farisi (ra), dia berkata:

خطبنا رسول الله ص فقال معاشر الناس إني راحل عن قريب و منطلق إلى المغيب، أوصيكم في عترتي خيرا، و إياكم و البدع، فإن كل بدعة ضلالة، و الضلالة و أهلها في النار. معاشر الناس، من افتقد الشمس فليتمسك بالقمر، و من افتقد القمر فليتمسك بالفرقدين، فإذا فقدتم الفرقدين فتمسكوا بالنجوم الزاهرة بعدي، أقول قولي هذا و أستغفر الله لي و لكم قال فلما نزل عن المنبر (ص) تبعته حتى دخل بيت عائشة فدخلت إليه و قلت بأبي أنت و أمي يا رسول الله سمعتك تقول إذا افتقدتم الشمس فتمسكوا بالقمر، و إذا افتقدتم القمر فتمسكوا بالفرقدين، و إذا افتقدتم الفرقدين فتمسكوا بالنجوم الزاهرة فما الشمس و ما القمر و ما الفرقدان و ما النجوم الزاهرة؟ فقال: أنا الشمس و علي القمر، و الحسن و الحسين الفرقدان، فإذا افتقدتموني فتمسكوا بعلي بعدي، و إذا افتقدتموه فتمسكوا بالحسن و الحسين، و أما النجوم الزاهرة فهم الأئمة التسعة من صلب الحسين، تاسعهم مهديهم ....))

Rasulullah (S) berkhutbah kepada kami, baginda bersabda Wahai manusia sekelian, Aku akan meninggalkan kamu tidak lama lagi, dan pergi kepada tiada, Aku berwasiat kepada kamu pada ‘itrahku yang baik dan berhati-hatilah pada perkara baru (bid'ah), setiap bid'ah adalah sesat, dan orang yang sesat itu dalam neraka. Wahai manusia sekelian, dengan kehilangan matahari maka berpeganglah pada bulan, dan dengan kehilangan bulan maka berpeganglah pada dua bintang, maka apabila kamu kehilangan dua bintang, maka berpeganglah pada bintang bintang Zahrah selepasku, Itu sahaja ingin aku katakan untuk kamu. Katanya lagi, apabila baginda (S) turun dari mimbar, aku mengikuti baginda sehingga masuk ke rumah Aisyah, lalu aku masuk berjumpa baginda dan aku berkata: Demi bapa dan ibuku sebagai tebusan bagi engkau, Wahai Rasulullah, aku mendengar engkau mengatakan, apabila menghilang matahari maka berpeganglah pada bulan, dan dengan kehilangan bulan maka berpeganglah pada dua bintang, maka apabila kamu kehilangan dua bintang, maka berpeganglah pada bintang-bintang Zahrah. Maka apakah dia matahari, bulan, dua bintang dan bintang-bintang Zahrah? Baginda bersabda: Aku adalah matahari, Ali adalah bulan, Al-Hasan dan Al-Hussein adalah dua bintang, maka apabila aku menghilang berpeganglah pada Ali selepasku, dan maka apabila dia menghilang berpeganglah pada Al-Hasan dan Al-Hussein, Adapun bintang-bintang Zahrah mereka adalah sembilan Imam-imam dari sulbi Al-Hussein, yang ke sembilan dari mereka adalah Mahdi mereka....)) [210]

Dari Abi Abdillah,

سألته عن قول الله عز و جل ﴿وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا﴾، قال الشمس رسول الله ص أوضح للناس في دينهم قلت ﴿وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا﴾، قال ذاك أمير المؤمنين تلا رسول الله قلت ﴿وَالْقَمَرِ إِذَا تَلَاهَا﴾،   قال ذاك الإمام من ذرية فاطمة نسل رسول الله ص فيجلي ظلام الجور و الظلم فحكى الله سبحانه عنه فقال ﴿وَالنَّهَارِ إِذَا جَلَّاهَا﴾، يعني به القائم ع قلت ﴿وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَاهَا﴾،  قال ذاك أئمة الجور الذين استبدوا بالأمور دون آل الرسول و ..)) 

Aku bertanya kepadanya tentang firman Allah AWJ, Demi matahari dan cahayanya di pagi hari [211] kata beliau: Matahari adalah Rasulullah (S) yang menjelaskan kepada manusia mengenai agama mereka, Aku katakan, dan bulan apabila mengiringinya, [212] kata beliau: itu adalah Amir Al-Mu'minin yang mengiringi Rasulullah. Aku katakan lagi,  dan siang apabila menampakkannya. [213] beliau berkata: Itu adalah Imam dari zuriat Fatimah, keturunan Rasulullah (S) yang menjauhkan kemuraman, penindasan dan kezaliman, maka diceritakan Allah SWT mengenainya, firmanNya: dan siang apabila menampakkannya, bermakna dia adalah Al-Qaim (as), Aku katakan lagi: dan malam apabila menutupinya [214] Beliau berkata: Itu adalah imam-imam yang tidak adil (membenci) telah mengambil urusan di bawah keluarga Al-Rasul, dan. .) [215] 

Dari Abi Jafar (as) katanya:

قال الحارث (بن عبد الله الأعور) للحسين (ع) يا ابن رسول الله جعلت فداك أخبرني عن قول الله في كتابه ﴿وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا﴾، قال ويحك يا حارث ذلك محمد رسول الله صلى الله عليه واله. قال قلت جعلت فداك قوله ﴿وَالْقَمَرِ إِذَا تَلَاهَا﴾، قال ذلك أمير المؤمنين علي بن أبي طالب عليه السلام يتلو محمدا صلى الله عليه واله. قال قلت ﴿وَالنَّهَارِ إِذَا جَلَّاهَا﴾، قال ذلك القائم من آل محمد ص يملأ الأرض عدلا و قسطا ..)) 

Al-Harits (bin Abdullah bin) berkata kepada Al-Hussein (as)” Wahai anak Rasulullah, semoga aku menjadi tebusanmu khabarkan padaku mengenai firman Allah di dalam KitabNya Demi matahari dan cahayanya di pagi hari. Beliau berkata, celaka kamu, wahai Al-Harith itu adalah Muhammad Rasulullah (S). Beliau berkata lagi, aku katakan: semoga aku menjadi tebusanmu, firmanNya: dan bulan apabila mengiringinya, Beliau berkata: itu adalah Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (as), yang dibacakam oleh Muhammad (S). Beliau berkata lagi, aku katakan: dan siang apabila menampakkannya, Beliau berkata: itu adalah Al-Qaim dari keluarga Muhammad akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kesetaraan. "[216]



[210] Kifayah Al-Atsar hal 41
[211] Al-Syams 91:1
[212] Al-Syams 91:2
[213] Al-Syams 91:3
[214] Al-Syams 91:4
[215] Ta’wil Al-Ayat Al-Dzahirah 778.
[216] Tafsir ayat Al-Kufi 563.




Walaupun Rasulullah (S) menyebutkan bahawa dia adalah matahari dan Amirul Mukminin (as) adalah bulan, terdapat juga riwayat lain yang menggambarkan Amirul Mukminin (as) matahari dan Imam Al-Hassan (as) dan Al-Hussain (as) adalah bulan:

Dari Abi Abdillah (as), beliau berkata,

﴿وَالشَّمْسِ وَضُحاها الشمس أمير المؤمنين عليه السلام و ضحاها قيام القائم عليه السلام ﴿وَ الْقَمَرِ إِذا تَلاها الحسن و الحسين عليهما السلام ﴿وَالنَّهارِ إِذا جَلَّاها هو قيام القائم عليه السلام ﴿وَاللَّيْلِ إِذا يَغْشاها حبتر و دلام غشيا عليه الحق و أما قوله ﴿وَالسَّماءِ وَ ما بَناها قال هو محمد صلى الله عليه واله هو السماء الذي يسمو إليه الخلق في العلم ﴿وَالْأَرْضِ وَمَا طَحَاهَا﴾ قال الأرض الشيعة ﴿وَنَفْسٍ وَما سَوَّاها قال هو المؤمن المستور و هو على الحق و قوله ﴿فَأَلْهَمَها فُجُورَها وَ تَقْواها قال معرفة الحق من الباطل ﴿قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاها قال قد أفلحت نفس زكاها الله عز و جل ﴿وَ قَدْ خابَ مَنْ دَسَّاها الله و قوله ﴿كَذَّبَتْ ثَمُودُ بِطَغْواها قال ثمود رهط من الشيعة فإن الله سبحان يقول ﴿وَ أَمَّا ثَمُودُ فَهَدَيْناهُمْ فَاسْتَحَبُّوا الْعَمى عَلَى الْهُدى فَأَخَذَتْهُمْ صاعِقَةُ الْعَذابِ الْهُونِ فهو السيف إذا قام القائم عليه السلام و قوله تعالى فَقالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ هو النبي صلى الله عليه واله ناقَةَ اللَّهِ وَ سُقْياها قال الناقة الإمام الذي فهمهم عن الله وَ سُقْياها أي عنده مستقي العلم ﴿فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوها فَدَمْدَمَ عَلَيْهِمْ رَبُّهُمْ بِذَنْبِهِمْ فَسَوَّاهاقال في الرجعة ﴿وَلا يَخافُ عُقْباها قال لا يخاف من مثلها إذا رجع ..))

Demi matahari (Al-Syams) dan cahayanya di pagi hari (Al-Dhuhaha). matahari (Al-Syams) adalah Amirul Mukminin (as), dan cahayanya di pagi hari (Al-Dhuhaha) adalah bangkitnya Al-Qaim (as), dan bulan apabila mengiringinya, adalah Al-Hassan dan Al-Hussain (as), dan siang apabila menampakkannya, adalah bangkitnya Al-Qaim (as), dan malam apabila menutupinya, Habtar (yang kecil) dan Dalaam (yang kerdil) yang menutup kebenaran, Adapun kata-kata, dan langit serta pembinaannya, kata beliau, adalah Muhammad (S) adalah langit yang dinamakan ke atasnya penciptaan dalam ilmu. dan bumi serta penghamparannya, kata beliau, adalah bumi Syiah dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), kata beliau, ia adalah orang mukmin tersembunyi dan dia di atas kebenaran dan Dia berfirman, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.." kata beliau: Mengenal yang haq. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa, kata beliau, beruntunglah diri yang disucikan Allah AWJ dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. Di sisi Allah. dan Dia berfirman: (Kaum) Tsamud telah mendustakan (rasulnya) karena mereka melampaui batas, kata beliau, Kaum Tsamud dari golongan Syiah maka Allah SWT berfirman, Dan adapun kaum Tsamud, maka mereka telah Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) daripada petunjuk, maka mereka disambar petir azab yang menghinakan [217] Ia adalah pedang apabila bangkitnya Al-Qaim (as), Dia SWT berfirman, lalu berkata kepada mereka Rasul Allah, ia adalah Nabi (S): ("Biarkanlah) unta betina Allah dan minumannya". kata beliau, Al-Naqah Al-Imam (unta Imam) dan kefahaman mereka mengenai Allah. dan minumannya (Suqyaha) iaitu minum ilmunya. Lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu, maka Tuhan mereka membinasakan mereka disebabkan dosa mereka, lalu Allah menyama-ratakan mereka, kata beliau, dan Allah tidak takut (hiraukan) akibat tindakan-Nya itu. [218] kata beliau, Dia tidak takut perkara sepertinya jika diulang kembali ..)) [219]

Sekiranya Al-Quran hidup pada setiap zaman, maka apa yang dimaksudkan dengan matahari dan bulan pada zaman ini?

﴿اللّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لأَجَلٍ مُّسَمًّى يُدَبِّرُ الأَمْرَ يُفَصِّلُ الآيَاتِ لَعَلَّكُم بِلِقَاء رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ

{Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan itu, menjelaskan tanda-tanda, supaya kamu meyakini pertemuan dengan Tuhanmu.} [220] 

﴿ ُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاء وَالْقَمَرَ نُوراً وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُواْ عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ مَا خَلَقَ اللّهُ ذَلِكَ إِلاَّ بِالْحَقِّ يُفَصِّلُ الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

{Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui.) [221]
.                              
﴿وَسَخَّر لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَآئِبَينَ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ

{Dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang.} [222]

﴿وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

{Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.) [223]

﴿ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالْنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالْنُّجُومُ مُسَخَّرَاتٌ بِأَمْرِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

{Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda bagi kaum yang memahami(nya),) [224]



-------------------------
[217] Fushshilat 41:17
[218] Al-Syams 91:1 - 15
[219] Bihar Al-Anwar: J 72 hal 24.
[220] Al-Ra3d 13:2.
[221] Yunus 10:5
[222] Ibrahim 14:33.
[223] Al-Anbiak 21:33.
[224] Al-Nahl 16:12.




﴿ يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُّسَمًّى ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ وَالَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِهِ مَا يَمْلِكُونَ مِن قِطْمِيرٍ

{Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Yang (berbuat) demikian itulah Allah Tuhanmu, kepunyaan-Nya-lah kerajaan. Dan orang-orang yang kamu seru selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari.} [225]

﴿خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى أَلَا هُوَ الْعَزِيزُ الْغَفَّارُ

{ Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Ingatlah Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.,} [226]

﴿ فَالِقُ الإِصْبَاحِ وَجَعَلَ اللَّيْلَ سَكَناً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ حُسْبَاناً ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ

{Dia menyingsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirahat, dan (menjadikan) matahari dan bulan untuk perhitungan. Itulah ketentuan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.) [227] 

﴿أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى وَأَنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

{Tidakkah kamu memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan Dia tundukkan matahari dan bulan masing-masing berjalan sampai kepada waktu yang ditentukan, dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.} [228]
                                                        
﴿وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ

{dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.) [229]

Walaupun manusia tidak memihak kepada tarikan syaitan dan menyerah diri kepada Al-Rahman untuk membuka mata air kebijaksanaannya dan menyaksikan cahaya haqiqi dengan hatinya maka Al-Quran ini berteriak menarik pendengaran kita terhadap matahari dan bulan. Maka apabila matahari adalah hujjah Allah pada penciptaan Imam Mahdi, mengapa manusia menjauhi kemunculan seorang washi (pemegang wasiat) sekarang? Al-Qur'an dan riwayat-riwayat telah bergabung menyepakatinya untuk akhir zaman iaitu pada masa kezuhuran,

Al-Syed Ibn Thawus menyebut (mungkin) di dalam kitabnya Sa3ad Al-Su3ud: Aku dapati pada suhuf Nabi Idris (as) ketika menyebut soal Iblis dan jawapan Allah kepadanya, ((Iblis) berkata: "Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan (Yub3atsun).". Allah berfirman: tidak, tetapi "Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya." Ia adalah hari Aku menyempurnakan dan membuat pada hari itu keputusan untuk membersihkan bumi dari kekufuran, syirik dan dosa, serta Aku telah memilih pada masa itu hamba-hamba yang telah diuji hati mereka dengan iman dan yang memenuhinya dengan warak, ikhlas, yakin, taqwa, khusyu’, jujur, lembut, sabar, tenang, setia, zuhud di dunia dan berharap padaku, Aku akan menjadikan mereka pendukung matahari dan bulan, Aku akan jadikan mereka mewarisi bumi,))  Selesai



----------------------
[225] Fathir 35:13.
[226] Al-Zumar 39:5.
[227] Al-An3am 6:96.
[228] Luqman 31:29.
[229] Yassin 36:38.


Adalah tidak mungkin kita mengambil makna zahir, jika tidak, tidak ada makna menjadi ansar Imam Mahdi (as) yang mewarisi bumi sebagai pendukung matahari dan bulan, melainkan menjadi makna matahari adalah Imam Mahdi (as) dan bulan adalah Washinya (as) yang tsabit (sahih) di dalam riwayat-riwayat.

Dari Al-Hujjah Ibn Al-Hasan (as) dalam percakapan dengan Ibn Mahziyar (Aku bertanya, Wahai tuan, bilakah perkara ini akan berlaku? Beliau berkata: Apabila kamu dihalangi antara jalan-jalan Ka’bah dan bertemu matahari dan bulan dan beralih kedua-dua planet-planet dan bintang-bintang, aku berkata, Bilakah itu, Wahai anak Rasulullah? Lalu dia berkata kepadaku, pada tahun sekian sekian, akan keluar Dabbah Al-Ardh di antara Al-Shafa dan Al-Marwah dan bersamanya ada Tongkat Musa dan Cincin Sulaiman, untuk menggiring manusia ke Al-Mahsyar n) [230]


Pemahaman secara zahir mengikut perkataan adalah cara pemahaman yang tidak sehar dan tidak boleh dipegang kerana bertemunya matahari dan bulan berlaku hari demi hari, hanya jika makna pertemuan keduanya, pertemuan benda, bahawa penggunaan pemahaman benda secara zahir ini memerlukan pengakhiran bumi karena ketidakseimbangan ruang akan merosakkan dan memesong planet dari orbit-orbit mereka. dengan keputusan dan andaian ini, ia lebih dekat kepada khayalan daripada kenyataan, kerana hasil dari proses itu adalah (pertemuan) berdirinya Daulah Keadilan Ilahi berlangsung selama beratus-ratus tahun, bukan pemusnahan bumi.itu, Adapun planet-planet dan bintang-bintang berputar maka mendapatkan pemberhentiannya atau untuk tidak berputar sehingga terjadi pergerakan berputar sebagai syarat untuk kezuhuran adalah juga tidak benar dan ia memerlukan pemahaman simbolik, iaitu, matahari adalah Imam Mahdi (as), bulan, washinya, planet-planet dan bintang-bintang adalah ansar-ansar...


Maksud pertemuan matahari dan bulan, adalah permulaan seruan dakwah, Imam Mahdi (as) telah wujud lebih daripada 1170 tahun, dan washinya tidak wujud dalam tahun-tahun tersebut, dan apabila mereka lahir pada akhir zaman, dan sampai ke[ada usia yang diizinkan Allah untuk permulaan kezuhuran suci berlakulah pertemuan yang kebenarannya terdapat di dalam riwayat ini, dan putaran planet-planet dan bintang-bintang ia membawa kita kembali kepada riwayat-riwayat ekor yang membelit (berpintal) dan melengkapkan halaqah (kelompok yang duduk melingkari), iaitu masuk ansar-ansar dalam daerah halaqah yang bermulanya permulaan seruan dakwah Al-Yamani yang membuka jalan kepada Imam Mahdi (as) dan dikumpulkan ansar-ansar, dan dengan itu mereka berputar dalam orbit matahari dan bulan (Imam dan washinya) - salam kepada mereka, cukuplah bagi kita sebagai dalil bahawa riwayat ini memberikan alamat ini syarat-syarat untuk kezuhuran, dan bukan sesuatu yang lain dan ia adalah jawapan kepada soalan yang dihadapkan oleh Ibn Mahziyar kepada Imam (as) sekitar faraj (kelapangan) untuk kezuhuran tetapi untuk tidak jadi labih panjang pembicaraan ini kita ringkaskan setakat ini sahaja..


Dari Abi Abdillah (as) katanya: (Tahun di mana Al-Shaihah mendahului tanda pada bulan Rajab,
Saya berkata, apakah itu? Beliau (as) berkata: wajah yang muncul pada bulan dan tangan yang nyata (menonjol)) [231]

Riwayat ini menyentuh tanda pada bulan dan yang mengikutinya oleh kezuhuran dan memecahkan masalah baru (ilmu dan rahsia-rahsia), seperti dalam riwayat (memulakan doa yang baru), atau (datang kepada memperbaharui agama kamu) dan hakikat ilmu baru ini adalah wajah Washi iaitu bahawa mengenal hakikat Washi melalui ilmunya tentang sesuatu dan kezuhurannya dalam bentuk keseluruhan adalah sesuatu yang lain. Mungkin ramai yang menganggap kezuhurannya adalah (zahirnya bulan) Tetapi ia tidak mengetahui kebenarannya atau sebahagian darinya, melainkan sedikit dari sahabat baginda dan perkara yang sama inilah yang berlaku pada zaman para imam (as). Ramai mereka yang mengakui Wilayah Imam-imam dan mengiktiraf hak mereka, tetapi hanya sebahagian kecil yang mencapai martabat Salman, Abu Zhar atau Al-Miqdad (ra). Adapun tangan yang nyata (menonjol) -  Al-Yad Al-Barizah - itu boleh menjadi simbol dan kiasan tuntutan bai’ah, Wa-Allahu SWT A3lam.. 


Dalam Al-Durr Al-Mantsur, dari Ibn Mas'ud

(في قوله تعالى ﴿يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آياتِ رَبِّكَ قال طلوع الشمس و القمر من مغربهما مقترنين كالبعيرين القرينين ثم قرأ ﴿وَ جُمِعَ الشَّمْسُ وَ الْقَمَرُ)

((Pada firman Allah SWT, Pada hari datangnya ayat dari Tuhanmu, (232) beliau berkata terbit matahari dan bulan dari barat untuk mengiringkannya seperti dua ekor unta yang berpasangan, dan kemudian membaca dan dikumpulkan matahari dan bulan,)) [233], [234]

Dalam perbualan di antara Al-Mufadhdhal dengan Imam Al-Shadiq (as):

سأل المفضل : هل للمأمور المنتظر المهدي (ع) من وقت يعلمه الناس ؟ فقال (ع) : ما شاء الله ان يوقت ظهوره بوقت يعلمه شيعتنا ، قلت يا سيدي ولم ذاك ؟ قال (ع) : لانه هو الساعة التي قال الله تعالى فيها ﴿يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ رَبِّي ۖ لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ۚثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ﴾  

Al-Mufadhdhal bertanya: Adakah waktu bagi pembantu Al-Mahdi Al-Muntadzar (as) diketahui manusia? Beliau (as) berkata: Ma Sya Allah waktu kezuhurannya adalah waktu yang diketahui Syiah kami, kataku, Wahai tuan, Tidak yang itu? Beliau (as) berkata: kerana ia adalah masa (Al-Saah) yang difirmankan Allah SWT (Mereka menanyakan kepadamu tentang Al-Saah: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang Al-Saah itu ada di sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Al-Saah itu amat berat pada yang di langit dan di bumi.) [235]

Ia adalah saat yang Allah firmankan:

﴿يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا﴾

(Mereka menanyakan kepadamu tentang Al-Saah: "Bilakah terjadinya?") [236]




-------------------------
[230] Basyarah Al-Islam, hal 236
[231] Basyarah Al-Islam, hal 167
[232] Al-An3am 6:158
[233] Al-Qiamah [75:9] 
[234] Bihar Al-Anwar J: 55 p: 209.
[235] Al-A3raf 7:187
[236] Al-Nazi3at 79:42


Dan Dia SWT berfirman:

﴿وَعِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ﴾

(di sisi-Nya-lah pengetahuan tentang Al-Saah) [237]
Dan tidak mengatakan bahawa ia pada seseorang,

Dan Dia berfirman:

﴿فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَن تَأْتِيَهُم بَغْتَةً ۖفَقَدْ جَاءَ أَشْرَاطُهَا﴾

"Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan Al-Saah (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, karena sesungguhnya telah datang tanda-tandanya" [238]


Dan Dia berfirman:

﴿اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانشَقَّ الْقَمَرُ﴾

(Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan.) [239], [240]

Imam Al-Shadiq (as) menerangkan dalam riwayat ini bahawa yang dimaksudkan dengan Al-Saah adalah Imam Mahdi (as) dan pengetahuannya hanya ada di sisi Allah dan bahawa di antara tanda-tanda Al-Saah adalah bulan terbelah. Iaitu bulan yang maksudnya tidak lain adalah washi dan yang membuat persiapan yang merupakan syarat bangkitnya Al-Saah.


Bahkan riwayat-riwayat juga telah menyentuh matahari dan bulan pada zaman kezuhuran suci dari beberapa sudut yang lain yang disampaikan jauh darinya tanpa ulasan sehingga ia perlu kepada kesimpulan untuk menjauhkan kita dari matlamat penyelidikan dan biarlah para pembaca yang bijaksana membuat pertimbangan terhadapnya:

Al-Suyuthi telah mengeluarkan dalam Al-3arf Al-Wardi (2) dari Al-Dar Al-Quthni dalam Sunannya dari Al-Imam Al-Baqir Muhammad bin Ali (as)
:

Beliau (as) berkata: Sesunggunya Mahdi kami ada dua tanda tidak pernah berlaku sejak Allah menciptakan langit dan bumi, dan terjadi gerhana bulan pada malam di awal bulan Ramadhan, dan terjadi gerhana matahari pada pertengahannya, dan ia tidak pernah berlaku sejak Allah menciptakan langit dan bumi)) [241]

Al-Syeikh Al-Thusi (Al-Ghaibah), hal 270, juga mengeluarkannya dengan sanad dari Badr Al-Azdi Beliau berkata:

Dari Abu Ja’far Al-Baqir (as), beliau berkata bahawa dua tanda yang terjadi sebelum Al-Qaim tidak pernah terjadi sejak Adam (as) diturunkan ke bumi. gerhana matahari pada pertengahan bulan Ramadan dan gerhana bulan pada akhirnya .Lalu seorang lelaki berkata:: Wahai putera Rasulullah, gerhana matahari pada akhir bulan dan gerhana bulan pada pertengahannya. Lalu Abu Jaafar berkata: Aku lebih tahu pada apa yang dikatakan, tetapi kedua-duanya tidak pernah terjadi sejak diturunkan Adam (as) [242]



  
---------------------------
[237] Al-Zukhruf 43:85
[238] Muhammad 47:18
[239] Al-Qamar 54:1
[240] Basyarah Al-Islam, hal 352
[241] Al-Hawi Al-Fatawa J 2 hal 136, Mausu3ah Al-Imam Al-Mahdi hal 118
[242] Mausu3ah Al-Imam Al-Mahdi hal 118.




Dari Sahl bin Ziyad, dari Ahmad bin Muhammad bin Abi Nashr, dari Tsa3labah bin Maimun, dari Badr bin Al-Khalil Al-Azdi, katanya: Aku duduk di sisi Abu Ja’far (as) Lalu beliau berkata: Ada dua tanda yang terjadi sebelum bangkitnya Al-Qaim yang tidak pernah terjadi sejak Adam (as) diturunkan ke bumi: gerhana matahari pada pertengahan bulan Ramadan dan gerhana bulan pada akhirnya, Lalu berkata seorang lelaki: Rahai anak Rasulullah Tnksv matahari pada akhir bulan dan gerhana bulan pada pertengahannya?! Lalu Abu Jaafar (as) berkata: Aku lebih tahu pada apa yang dikatakan, tetapi kedua-duanya tidak pernah terjadi sejak diturunkan Adam (as) [242]


Dari Abi Abdillah (as), beliau berkata:

(( إذا خرج القائم خرج من هذا الأمر من كان يرى أنه من أهله، و دخل في شبه عبدة الشمس و القمر ))

((Apabila keluar Al-Qaim keluarlah dari urusan ini sesiapa yang melihat bahawa dia dari keluarganya dan telah diserupakan dengan penyembah matahari dan bulan)) [243]

Dan dari beliau (as) berkata: ((Al-Qaim memerintah tiga ratus ditambah sembilan tahun selama penghuni gua tinggal di dalam gua mereka, dia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan samarata sebagai mana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan kebencian. Allah akan membuka baginya bumi Timur dan barat dan akan memerangi manusia sehingga tidak tersisa melainkan agama Muhammad dan dia berjalan dengan sirah (perjalanan) Sulaiman bin Daud dan menyeru matahari dan bulan lalu mereka menjawabnya dan bumi dilipat untuknya dan diwahyukan kepadanya lalu melaksanakan dengan Wahi dan dengan perintah Allah.)). [244]

Dibawakan dua khutbah Al-Iftikhar Amirul Mukminin (as) di mana rujukan untuk menggambarkan membuka jalan (persiapan) dengan bulan:

Berkata Amirul Mukminin (as) dalam Khutbah Al-Iftikhar: (kemudian fitnah kemiskinan dan rantai (belenggu) merah di lehernya bagi menegakkan kebenaran dan kemudian menampakkan melalui wajah di sebelah daerah seperti bulan yang terang di antara planet-planet, Ketahuilah untuk keluarnya ada sepuluh alamat, yang pertama tertancap panji-panji di lorong-lorong Kufah dan masjid-masjid diganggu dan muncul planet (kawakib), komet dan bintang-bintang bergandingan, penjarahan dan pembunuhan dan peperangan dan .... Apabila berakhir alamat-alamat bangkitlah Qaim kita ...) [245]

Yang anehnya dalam riwayat ini Imam Ali (as) bercakap mengenai dirinya sendiri dalam menerangkan kezuhuran seolah-olah dia orang yang akan muncul dan tidak mungkin riwayat ini dianggap sebagai ungkapan Al-Raj3ah kerana tanda-tanda yang dipetik oleh Imam (as) adalah tanda-tanda kezuhuran suci yang sama dan telah berulang-ulang disebut dalam riwayat-riwayat dan adalah mustahil untuk menafikannya, maka apakah maknanya? ..




------------------------
[242] Al-Kafi J 8 hal 213.
[243] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 363
[244] Bihar Al-Anwar: J 52 hal  390.
[245] Basyarah Al-Islam, hal 103.




Untuk memahami riwayat ini kita sepatutnya menjadikannya dua bahagian, yang pertama daei permulaannya sehingga (seperti bulan bersinar antara planet-planet), ia adalah kenyataan mengenai kezuhuran secara umum, dan pergi ke bahagian kedua kepada perincian kezuhuran dari permulaan menyebut sepuluh alamat-alamat, termasuk planet berekor (komet) sehingga bangkitnya Al-Qaim (as). Di mana Amirul Mukminin (as) berkata: (kemudian menampakkan wajah seperti bulan yang bersinar), dan di sini dua ada keadaan (isyarat) yang menunjukkan bahawa dia tidak dimaksudkan kepada Imam Mahdi (as), tetapi Washinya (as).
  

Imam Al-Mahdi (as) digambarkan dalam riwayat-riwayat dengan wajah Allah, terutamanya dalam doa-doa di dalam Mafatih Al-Jinan (di mana wajah Allah, yang menghadap kepadanya para wali) [246]

Dalam riwayat ini telah digambarkan wajah Imam (as), yang bermaksud disifatkan sebagai pembuka jalan dengan sifatnya (as), ia menjadi Washi AL-Rasul (S) dan ia penyampai dari baginda dan menetapkan Islam dengan wilayahnya (kuasanya) sebagai pembuka jalan yang pertama, dia adalah Washi Imam Mahdi (as) ia penyampai darinya dan untuk menarik ke wilayahnya, maka sesiapa yang tidak membenarkanya (mempercayainya) akan berada di luar Al-Wilayah (dan orang yang berpaling darinya adalah penghuni Neraka).

Imam (as) menerangkan, bulan bersinar adalah sifat Washi manakala sifat Imam Mahdi (as) adalah matahari, Wa-Allahu SWT A3lam. Adapun pada kata-kata Imam (as) (dan keluarnya alamat-alamat apabila berakhir akan bangkitlah Al-Qaim kita), bagaimana boleh dikaitkan dengan dirinya sendiri yang keluar! Saya rasa dia maksudkan dengan Washi yang membuka jalan dan pada masa yang sama menyebut antara alamat-alamat yang munculnya planet komet, dan ini juga bermakna Washi yang membuka jalan, terdapat dua titik temu untuk menyelesaikan masalah kekeliruan ini:

a.   Jika perkataan keluar (khuruj) yang dinyatakan oleh Amirul Mukminin (as) bukannya terbit (muncul) bintang dengan makna dari segi bahasa bagi perkataan terbit (Thulu3) ini adalah peringkat permulaan untuk kezuhuran mungkin yang dimaksudkannya seruan dakwah Aqidah yang memerlukan Al-Quran dan Sunnah dan sebagainya, Adapun perkataan keluar (khuruj) sepatutnya akan melengkapkan perlaksanaan kezuhuran sehingga terjadi selepas itu keluar (khuruj) dengan senjata untuk berperang, dan ini adalah apa yang selaras dengan urutan peristiwa-peristiwa dalam riwayat, dalam erti kata bahawa syarat keluar (khuruj) adalah terbit (Thulu3) yang pertama dan kemudian melengkapkan alamat-alamat yang disebut dan kemudian bangkit (Al-Qaim).

b.   Memandangkan Al-Qaim (as) yang bangkit dan dinyatakan pada akhir riwayat ini adalah Washi Imam (as) sendiri, bukan bangkitnya Imam (as), untuk dinyatakan contoh di dalam riwayat-riwayat tersebut (Apabila bangkit Al-Qaim di Khurasan ... dan bangkit dari kita Qaim di Jiilan... kemudian bangkit Al-Qaim yang diharap-harapkan...), tidak ada pertentangan antara yang mula bangkit selepas peringkat kezuhuran yang menyamakan beliau seperti kemunculan bintang komet yang kelihatan seperti bulan bersinar iaitu yang zahir urusannya di kalangan manusia selepas itu, Wa-Allahu A3lam.


Dibawakan dari Amirul Mukminin (as) dalam Khutbah Al-Lu’luah (dan mengerjakan kubah terhormat (Al-Qubah Al-Ghara’), di padang gurun merah dan pada mulanya menegakkan kebenaran, menampakkan wajah di antara sebelah daerah seperti bulan yang terang di antara gugusan planet-planet. Ketahuilah untuk keluarnya ada sepuluh alamat. Yang pertama adalah terbit planet-planet yang berekor, dan hampir menjadi golongan yang tidak bertuhan dan berlaku penjarahan, pembunuhan, peperangan dan rusuhan, itu adalah alamat-alamat yang subur, dari satu alamat ke satu alamat yang pelik, Apabila berlalu sepuluh sepuluh alamat akan zahir bulan yang terang; maka akan sempurnalah kalimah Ikhlas menuju Tauhid) [247]



Kita perhatikan bahawa kedua-dua khutbah itu hampir sama sifat alamat-alamat dan urutannya dan perkara yang diperkatakan dalam kedua-dua khutbah adalah membuka jalan (persiapan) bagi Imam (as), juga diperhatikan bahawa Amirul Mukminin (as) mengaitkan dirinya dalam Khutbah Al-Iftikhar tetapi tidak di dalam Khutbah Al-Lu’luah, dan dengan seruan ini tidak dikelirukan dengan pengertian secara zahir sebaliknya jatuh ke dalam percanggahan mutlak yang menjadikan alamat kezuhuran Imam Mahdi (as) adalah terbitnya planet komet (mengutus pembuka jalan) dan kemudian berkata pada akhir ucapannya (bangkitnya Qaim kita), atau muncul (bulan terang) di mana di sini berakhir peringkat pengutusan dan seruan dakwah bagi menetapkan kekuasaan seruan dakwah kepada peringkat penaklukan dengan pedang dan pertempuran. Oleh itu, kezuhuran di sini dalam ertikata mengubah perjalanan dakwah dari membiarkan kepada pemerintahan dan kekuasaan, dan bagi menyempurnakan kalimah Ikhlas...  Wa-Allahu A3lam



Matahari dan bulan yang disebut dalam Al-Quran, kita dapati sebagai isyarat yang jelas yang mewakili makna sedemikian terdapat pada banyak tempat, termasuk yang terdapat dalam Surah Yassin, Dia SWT berfirman:

﴿وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ﴾ 

(dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.) [248]

Dan Dia SWT berfirman:

﴿وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ﴾ 

(Dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilahnya, sehingga kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua.) [249]


----------------------------
[246] Doa Al-Nadbah.
[247] Basyarah Al-Islam, hal 88.
[248] Yassin 36:38,    
[249] Yassin 36:39, .



Dari Dari Kitab Mutasyabihat J I, Matahari adalah Muhammad (S), dan bulan adalah Ali (as) ..

Oleh itu, saya percaya bahawa edaran matahari di tempat peredarannya adalah usaha mencapai janji Allah pada akhir zaman. Maka peredaran di tempatnya yang menjelaskan ketinggian kedudukan urusan Al-Rasul Muhammad (S) dan Ahl Bait baginda (as), dan ini hanya boleh dicapai pada zaman kezuhuran Imam Mahdi (as). Ia berterusan, yang diibaratkan seperti matahari pada masa kita ini, Wa-Allahu A3lam.

Pada ayat kedua (Dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilahnya, sehingga kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua), dan bulan adalah Ali (as), dan Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilahnya adalah washi-washimya para imam maksum, mereka adalah khalifah-khalifah selepas beliau sehingga sampai ke washi terakhir dan dia adalah washi Imam Mahdi (as) yang kembali sebagai bentuk tandan yang tua, dan huraian ini adalah yang paling hampir kepada huraian yang muncul di timur dan planet komet dan tanduk yang separuh dari gelungan (halaqah-bulatan), kerana pengertian sebagai bentuk tandan yang tua seperti yang dinyatakan oleh pengarang Kitab Bihar Al-Anwar: J 55 (Muncul mayang pohon kurma yang dimaksudkan telah menjadi atau yang kelihatan seperti bulan sabit).



        





Tiada ulasan: