Binatang Bumi dan Yang Muncul Di Timur - Dabbah Al-Ardh wa Thala3a Al-Masyriq
Bab II
Dabbah Al-Ardh
(Binatang
Bumi)
Kami mengkaji sebahagian riwayat-riwayat berhubungan
dengan Binatang Bumi (Dabbah Al-Ardh)
Dari Abi Abdillah (as)
:
(اتى رسول
الله (ص) الى امير المؤمنين (ع) وهو نائم في المسجد وقد جمع رملاً ووضع رأسه عليه
فحركه برجله ثم قال: يا دابة الله، فقال رجل من صحبه يارسول الله أيسمي بعضنا
بعضاً بهذا الاسم ؟ فقال: لا والله ماهو إلا له خاصة وهو دابة الارض الذي ذكر الله
في كتابه ﴿وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ
أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِّنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ
كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ﴾
ثم قال: اذا كان آخر الزمان اخرجك الله في احسن صورة
ومعك ميسم تسم به اعدائك .... فقال الرجل لأبي عبدالله (ع) ان العامة تزعم ان قوله
تعالى ﴿وَيَوْمَ نَحْشُرُ مِن كُلِّ أُمَّةٍ فَوْجًا﴾
عنى في القيامة، فقال ابو عبدالله (ع) يحشر الله يوم
القيامة من كل امة فوجاً ويدع منهم الباقين ؟ لا ولكنه في الرجعة واما آية القيامة
﴿وَحَشَرْنَاهُمْ فَلَمْ نُغَادِرْ مِنْهُمْ
أَحَدًا﴾)
(Rasulollah (S) pergi
kepada Amirul Mukminin (as) dan beliau sedang tidur di masjid dan meletakkan
kepalanya di atas pasir, baginda menggoyang kaki Ali dan kemudian bersabda:
Wahai Dabbah Allah, Lalu bertanya seorang lelaki dari sahabat baginda: Ya
Rasulullah! Apakah nama kami antara nama-nama ini? baginda bersabda: Tidak,
Demi Allah, Ia yang hanya khusus untuknya, dia Dabbah Al-Ardh, yang disebut
Allah di dalam kitabNya (Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami
keluarkan sejenis Dabbah dari bumi yang akan berkata-kata kepada mereka, bahawa
sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.) [111]
kemudian beliau berkata: Apabila akhir zaman Allah akan keluarkan kepada kamu
dalam rupa bentuk yang terbaik bersama kamu ada simbol gelaran yangdigelar oleh
musuh-musuh kamu.... Lelaki itu berkata kepada Abi Abdillah (as) bahawa masyarakat
umum mendakwa bahawa Firman Allah (Dan pada hari Kami kumpulkan dari
tiap-tiap umat sekelompok-kelompok) [112] dimaksudkan dengan
Al-Qiamah (kiamat), Lalu Abu Abdillah berkata: Allah akan kumpulkan pada Hari Kiamat
(Yaum Al-Qiamah) dari setiap umat sekelompok-kelompok dan
membiarkan mereka yang lain? Tidak, tetapi isnys di dalam Al-Raj’ah, Adapun
Ayat Al-Qiamah adalah (dan Kami kumpulkan seluruh manusia, dan tidak kami
tinggalkan seorangpun dari mereka) [113], [114]
Rasulullah (S) telah memberi petunjuk kepada Amirul
Mukminin (as) digelar sebagai Dabbah Allah. Dia mengatakan bahawa gelaran ini hanyalah
khas untuknya. Kemudian baginda terus berkata .... Dia adalah Dabbah Al-Ardh,
dan ini baginda tambah untuk gelaran kedua kepada Amirul Mukminin (as) dan
tidak menyebut dikhaskan gelaran baru ini sebagaimana dikhaskan pada gelaran pertama
(Dabbah Allah).
Dari Al-Mufadhdhal ... Dari Abdullah Al-Jarni,
katanya:
Aku masuk bertemu Ali
bin Abi Talib (as) pada suatu hari, beliau berkata: Aku Dabbah Al-Ardh) [115]
----------------------
[113] Al-Naml 27:82
[112] Al-Naml 27:83
[113] Al-Kahf 18:47
[114] Bihar Al-Anwar: J 39 hal 243.
[115] Bihar Al-Anwar: J 39 hal 243.
Dari Abdullah Al-Jarni, katanya:
Aku masuk bertemu
Amirul Mukminin (as) beliau telah berkata: Maukah kucakapkan pada kamu tiga
perkara sebelum kau masuk bertemuku? Aku berkata: Ya. Beliau berkata: Aku
adalah Abdullah, dan Aku Dabbah Al-Ardh, kebenaranNya, keadilanNya, dan saudara
NabiNya, Maukah kuberitahu pada kamu tentang hidung Al-Mahdi dan matanya? Aku
berkata: Ya. Dia memukul tangannya di dadanya dan berkata: Aku) [116]
عن ابي جعفر
(ع): (أي شيء يقول الناس في هذه الآية ﴿وَإِذَا
وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِّنَ الْأَرْضِ
تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ﴾
فقال هو امير المؤمنين (ع))
Dari Abi Jafar (as):
(Siapakah yang yang akan berkata-kata kepada manusia dalam ayat ini (Dan
apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis Dabbah dari
bumi yang akan berkata-kata kepada mereka, bahwa sesungguhnya manusia dahulu
tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.) [117] katanya, Dia
adalah Amirul Mukminin (as)) [118]
Dari
Al-Redha (as):
Dalam Firman Allah
Ta’ala (Kami keluarkan sejenis Dabbah dari bumi yang akan berkata-kata
kepada mereka) Beliau berkata: Ali) [119]
Amirul Mukminin (as) berkata:
(Aku adalah Bab
Al-Maqam (pintu Maqam Ilmu), hujjah yang terang, Dabbah Al-Ardh (binatang bumi)
dan pemilik tongkat dan pemberi keputusan dan kapal penyelamat...) [120]
Dari pernyataan yang jelas mengenai riwayat-riwayat
terpilih ini, kami kukuhkan dengan dua asas kebenaran:
---------------------------------
[116] Bihar Al-Anwar: J 39 hal 243.
[117] Al-Naml 27:82
[118] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 112 Bab
Al-Raj’ah hal 39.
[119] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 117
Bab Al-Raj’ah hal 39..
[120] Bihar Al-Anwar: J 41 hal 5
Asas Kebenaran Pertama
Dabbah Al-Ardh yang dimaksudkan adalah Imam
Ali ibn Abi Thalib (as), sekurang-kurangnya dalam riwayat-riwayat tersebut atau
yang serupa dengannya, yang tidak kami sampaikan.
Kami mengkaji semula riwayat-riwayat lain yang
memberikan makna yang lain kepada Al-Dabbah:
Dari Saleh bin Maitsam dia bertanya Imam Abu
Jafar (as) katanya: Aku berkata, Aku mendakwa bahawa Ali (as) Dabbah Al-Ardh dan
aku diam, Lalu Abu Jafar (as) berkata: Demi Allah aku melihat kamu, sesungguhnya
kamu mengatakan bahawa Ali dirujukan kepada kami dan kamu membaca ayat: Sesungguhnya
yang mewajibkan atasmu Al Quran, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat
kembali., katanya lagi, Aku katakan, terjadi pada apa yang aku ingin
tanyakan kepada kamu mengenainya tetapi aku lupa akannya, Lalu Abu Ja’far (as) berkata
{Maka apakah kamu tidak dikhabarkan sesuatu yang lebih besar daripada ayat ini,
FirmanNya AWJ, "Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat
manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi
peringatan." [121] sehingga bumi tidak tinggal melainkan
yang membenarkan dengan syahadah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah
dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah sambil menunjukkan
tangannya ke ufuk (hujung) bumi.)
Penjelasam dari pertanyaan itu meminta
pengesahan peribadi sebenat Dabbah Al-Ardh yang dimaksudkan dan dia
teragak-agak untuk mengiktiqadkan bahawa yang dimaksudkan itu adalah Amirul
Mukminin (as). Dia telah menggantikan ayat yang dia terlupa dengan sangat teragak-agak,
iaitu khas bagi Raj’ah Amirul Mukminin (as). Lalu Imam Abi Ja’far (as) memberitahu
kepadanya mengenai pengesahan peribadi sebenar Al-Dabbah yang lain dan ia
adalah untuk zaman kezuhuran (Wa Allahu A3lam) dengan mengemukakan (sehingga
bumi tidak tinggal melainkan yang membenarkan dengan...) dan janji ini
tidak boleh dicapai melainkan pada kerajaan Imam Mahdi (as), yang
bermaksud bahawa dialah Dabbah Al-Ardh yang datang selari dengan Daulah Keadilan
Ilahi.
Telah berkata Amirul Mukminin (as):
(خروج دابة
الارض من عند الصفا معها خاتم سليمان وعصا موسى يضع الخاتم على وجه كل مؤمن فينطبع
فيه هذا مؤمن حقا ، ويضعه على وجه كل كافر فينطبع فيه هذا كافر حقا، حتى ان المؤمن
لينادي الويل لك يا كافر وان الكافر لينادي طوبى لك يا مؤمن وددت اني اليوم مثلك
فأفوز فوزا عظيما ثم ترفع الدابة رأسها فيراها من بين الخافقين بإذن الله بعد طلوع
الشمس من مغربها فعند ذلك ترفع التوبة فلا توبة تقبل ولا عمل يرفع ولا ينفع نفسا
ايمانها لم تكن آمنت من قبل أو كسبت في ايمانها خيرا ثم قال (ع) لا تسألوني عما
يكون بعد هذا فانه عهد الي حبيبي (ص) ان لا أخبر به غير عترتي ... )
(Keluar Dabbah Al-Ardh
dari (Bukit) Al-Shafa bersamanya Cincin Sulaiman, Tongkat Musa, dia meletakkan
cincin itu ke muka setiap orang mukmin maka terserlah padanya yang ia
benar-benar beriman, dan apabila diletakkannya di muka tiap-tiap orang kafir maka
terserlah padanya, ia benar-benar kafir, sehingga orang mukmin menyeru: Celakalah
kamu, wahai orang yang kafir, dan yang kafir menyeru: Berbahagialah kamu, wahai
orang yang beriman, Aku berharap aku juga seperti kamu pada hari ini,
kemenangan demi kemenangan yang besar, dan kemudian Al-Dabbah itu mengangkat
kepalanya dan melihat ke arah timur dan barat, dengan izin Allah. Selepas matahari
terbit dari arah barat. Ketika itu taubat diangkat, taubat tidak diterima lagi,
tiada amalan yang diterima, tidak berguna iman seseorang yang tidak beriman
sebelumnya atau usaha usaha untuk beriman sebagai suatu kebaikan. Kemudian dia
(as) berkata Jangan ditanya kepadaku apa yang terjadi selepas ini, kerana
sesungguhnya ia janjiku kepada kekasih ku (S) bahawa aku tidak akan memberitahu
mengenainya selain ‘itrah keturunanku...) [123]
Di sini kita melihat bahawa Al-Dabbah itu
selepas ia melaksanakan peranannya untuk membezakan antara golongan yang benar dan
golongan yang batil. Dia mengangkat kepalanya dan melihat ke arah timur dan
barat, Selepas matahari terbit dari arah barat, Inilah adalah kiasan kata untuk
Imam Mahdi (as) seperti yang akan dibincangkan kemudian ..
Dari Amirul Mukminin (as):
(Dan esok nanti pada waktu
tengah hari dikuti matahari menjadi gelap pekat dan pada hari ketiga Allah membezakan
antara golongan yang benar dan golongan yang batil dan akan keluar Dabbah
Al-Ardh dan orang-orang Rom datang melalui pantai laut berdekatan pemuda-pemuda
gua – Ashhab Al-Kahf - lalu Allah membangkitkan pemuda-pemuda dari gua mereka bersama
anjing mereka, Antaranya ialah seorang lelaki yang dikatakan sebagai Malikha
dan yang seorang lagi Khamlaha, Mereka berdua bersyahadah sebagai Muslim kepada
Al-Qaim (as)) [124]
Riwayat ini dengan jelas menyebut bahawa Al-Dabbah
ini muncul dan menjalankan peranannya untuk Al-Tauhid (membezakan antara yang
benar dengan yang batil). Pada tahap yang penuh dengan perjuangan sengit orang-orang
yang tidak beriman di mana riwayat-riwayat tersebut menyebut kedatangan
orang-orang Rom (Amerika dan talibarutnya), iaitu, ia akan membawa beban
revolusi yang besar dalam peringkat yang sukar, dan kemudian menyebut pemuda-pemuda
gua – penghuni Al-Kahf - itu dan menyebut mereka bersaksi kepada Al-Qaim (as),
yang bermaksud bahawa tempoh munculnya Al-Dabbah adalah sebelum zuhurnya
Al-Qaim... Tetapi bagaimana pemuda-pemuda Al-Kahf memberi pertolongan kepada
Al-Qaim (as). Ia adalah satu tafsiran yang membawa kepada penyerahannya sebagaimana
ia juga dinyatakan maklumat itu semasa perjalanan kezuhuran secara terperinci.
..
Dari Ali bin Ibrahim bin Mahziyar dari Imam
Mahdi (as):
(فانا في
التقية الى يوم يؤذن لي فاخرج فقلت يا سيدي متى يكون هذا الامر ؟ فقال اذا حيل
بينكم وبين سبيل الكعبة واجتمع الشمس والقمر واستدار بهما الكواكب والنجوم ،
فقلت متى يابن رسول الله ؟ فقال لي في سنة كذا وكذا تخرج دابة الارض من بين الصفا
والمروة ومعه عصا موسى وخاتم سليمان لتسوق الناس الى المحشر ...)
(Aku bertaqiyah
hingga ke suatu hari yang mengizinkan aku keluar. Lalu aku berkata, Wahai tuan,
bilakah perkara ini akan berlaku? Beliau berkata: Apabila kamu dihalangi antara
dan jalan Ka’bah dan bertemu matahari, bulan dan beralih kedua-dua
planet-planet dan bintang-bintang, aku berkata, Bilakah itu, Wahai anak
Rasulullah? Lalu dia berkata kepadaku, pada tahun sekian sekian, akan keluar Dabbah
Al-Ardh di antara Al-Shafa dan Al-Marwah dan bersamanya ada Cincin Sulaiman,
Tongkat Musa untuk menggiring manusia ke Al-Mahsyar ...) [125]
Itu adalah jawapan Imam Mahdi (as) sendiri
tentang bilakah berlakunya perkara ini. Imam Mahdi (as) menjawab dengan
beberapa alamat yang dikenali dan kemudian ditambah dengan keluarnya Dabbah
Al-Ardh, lalu beliau (as) mengatakan ia adalah untuk digiring (manusia) ke
Al-Mahsyar yang merupakan kesudahan urusannya, Maka manusia akan akan ditentukan
sama ada benar-benar mukmin atau benar-benar kafir dengan cincin (Sulaiman),
yang merupakan kiasan kata terhadap kezuhuran pada kiamat kecil (Al-Qiamah
Al-Sughra).
Dari Abi Abdillah (as) dalam satu hadits yang
panjang:
(.... dan dikirimkab
bagi Wali kamu untuk menyeru kamu ... Salah seorang daripada mereka berkata,
"Bilakah ia akan keluar? Semoga aku dijadikan Allah tebusanmu. Beliau (as)
berkata: Jika dikehendaki pemilik penciptaan dan urusan itu. Orang itu bertanya
lagi, Tentu ada alamat sebelumnya? Beliau (as) berkata: Ya, ada alamat-alamatnya,
keluar Dabbah Al-Ardh dari timur dan Al-Dabbah dari barat dan fitnah yang menyesatkan
penduduk Al-Zaura’ (Baghdad) dan keluar seorang lelaki, anak dari bapa
saudaraku Zaid di Yaman dan kelambu Al-Bait dicuri dan Allah melakukan apa
sahaja yang dikehendakinya) [126]
Dalam riwayat ini petunjuk yang jelas dan
terus ke Dabbah Al-Ardh mendahului kezuhuran Imam Mahdi (as) dan tidak perlukan
takwil atau ta’bir, tetapi hanya memberitahu alamat-alamat yang mendahului kezuhuran
seperti fitnah Al-Zaura’ (Baghdad) yang sedang (dan telah) berlaku sekarang.
Dari Abi Al-Jarud, dari Abu Ja`far (as):
(Dalam Firman Allah Ta’ala
(Sesungguhnya Allah berkuasa menurunkan suatu tanda) dan merahssialan dari
kamu pada akhir zaman terdapat tanda-tanda di antaranya tanda dari Dabbah
Al-Ardh dan Al-Dajjal, turun Isa bin Maryam dan matahari terbit dari barat) [127]
Imam (as) telah menyenaraikan di sini Al-Dabbah
pada munculnya tanda-tanda kezuhuran suci kerana ia keluar sebagai tanda kezuhuran
dan untuk memulakan secara khusus.
Dari Nabi (S): .
(في العشرين
بعد ستمائة الجرح والقتل وتمتلىء الأرض ظلما وجورا وفي العشرين بعدها يقع موت
العلماء... وفي التسعين تخرج دابة الأرض ومعها عصا آدم وخاتم سليمان وفي السبعمائة
تطلع الشمس سوداء مظلمة ولا يتساءلون عما ورائها... ويذكر بعدها خروج السفياني
وحكمه ثمانية اشهر ثم ظهور القائم)
.
(Ada dua puluh selepas
enam ratus penjarahan dan peperangan yang memenuhi bumi dengan kezaliman dan
penindasan dan dua puluh daripadanya melibatkan kematian para ulamak ... Dalam
sembilan puluh mengeluarkan Dabbah Al-Ardh bersamanya tongkat Adam dan Cincin
Sulaiman, dan dalam tujuh ratus, matahari hitam gelap dan tidak tertanya-tanya bagi
yang melihatnya ... dan disebut selepas itu keluarnya Al-Sufiani dan dia
memerintah selama lapan bulan dan kemudian zuhur Al-Qaim) [128]
Di sini juga, kita melihat bahawa Dabbah
Al-Ardh keluar sebelum keluarnya Al-Sufiani, yang memerintah selama lapan bulan
dan kemudiannya muncul Al-Qaim.
Dari Amirul Mukminin (as): Mengenai ayat
(Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis Dabbah dari bumi yang akan berkata-kata kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.) dan kamu tidak merenungkan hak tadabburnya agar tidak ku khabarkan kepadamu raja terakhir Bani Fulan?, kami berkata: benar, wahai Amirul Mukminin, Beliau berkata: pembunuhan jiwa yang mulia, pada hari yang mulia di negeri yang mulia dari kaum Quraisy yang bercambahkan benih dan membersihkan hembus nafas, mereka tidak mempunyai raja selepas lima belas hari) [129]
Di sini Amirul Mukminin (as) mengaitkan keluarnya Al-Dabbah akan keluarlah Al-Qaim ke atas Bani Abbas apabila mereka membunuh jiwa yang suci (Al-Nafs Al-Zakiyah)
Dari Imam Al-Shadiq (as): Dalam kata-kata yang panjang
(.... dan kemudian Dabbah Al-Ardh muncul di antara Rukun dan Maqam. Maka terulis di muka orang mukmin, mukmin, dan di muka orang kafir ,kafir, maka muncul Al-Sufiani dan tenteranya bergerak ke Iraq ... dan memusnahkan Al-Zaura’ (Baghdad) dan meninggalkan Hamama, memusnahkan Kufah dan Madinah ... kemudian keluar menghala ke Al-Baida’ ... Lalu mereka ditelan bumi...) [130]
Di sini juga Al-Shadiq (as) mengisytiharkan bahawa Al-Dabbah akan muncul sebelum Al-Sufiani iaitu bermakna bahawa ia adalah sebelum kezuhuran Imam secara mutlak tidak ragu-ragu lagi ..
Oleh itu, kita menyimpulkan dari riwayat-riwayat ini bahawa Dabbah Al-Ardh muncul sebelum kezuhuran Imam Mahdi (as) dengan jelas dan nyata.
--------------------------
[121] saba’ 34:28
[122] Takwil Al-Ayat hal 415.
[123] Al-Kharaij Wa Al-Jaraih Fasal: hal 1136.
[124] Al-Khishal J 2 hal 431.
[125] Basyarah Al-Islam, hal 236.
[126] Bihar Al-Anwar: J 83 hal 62..
[127] Tafsir Al-Qumi 1/198
[128] Jami3 Al-Akhbar hal 135
[129] Ghaibah Al-Nu3mani hal 259.
[130] Al-Raj’ah oleh AstarAabadi hal 100.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan