Binatang Bumi dan Yang Muncul Di Timur - Dabbah Al-Ardh wa Thala3a Al-Masyriq
Asas Kebenaran kedua
Dan juga ayat-ayat (tanda-tanda) di segenap
penjuru (ufuk-ufuk) Malakut, iaitu di segenap penjuru langit-langit, dan pada
diri mereka sendiri dengan (rukya dan kasyaf), Maka Allah akan memperlihatkan
kepada mereka tanda-tanda KerajaanNya (Al-Malakut) sampai jelas kepada mereka
bahawa keluarnya Al-Qaim itu adalah benar, dan yang berkata-kata dengan mereka adalah
(Mahdi pertama dari dua belas Mahdi-mahdi). Ayat-ayat (tanda-tanda) ini adalah alamat-alamat
yang mengiringi Mahdi Pertama, dan menerangkan kepada manusia bahawa ia adalah kebenaran
(haq) dari Tuhan mereka)..
Maka ayat-ayat (tanda-tanda) itu di segenap
penjuru (ufuk-ufuk) dan pada diri-diri mereka sendiri adalah yang berkata-kata
dengannya Dabbah Al-Ardh, dan menegur manusia kerana mereka tidak beriman
dengannya. Ia adalah ayat-ayat (tanda-tanda) di dalam kerajaan langit-langit
(Malakut Al-Samawat)., dan ia adalah rukya dan kasyaf. Di sini kita perlu memberi
tumpuan pada rukya, untuk mengetahui betapa pentingnya ia di sisi Allah SWT di dalam
Al Qur'an, dan di sisi Al-Rasul (S) dan Ahl Bait baginda (as).
Di dalam Al-Quran: Allah SWT memanggil Rukya
(kisah-kisah terbaik – Ahsan Al-Qishash) [158] dan mengisahkan
kepada kita (Rukya Yusuf) [159], dan menerangkan kenyataannya
berlaku di bumi, dan mengisahkan kepada kita (Rukya orang-orang yang dipenjara)
[160] dan kenyataannya yang
berlaku dalam kehidupan di bumi, dan (mengisahkan Rukya Firaun) yang kafir [161] dan mengangkat Yusuf (as), seorang nabi dan mentadbir ekonomi negara
berdasarkan rukya, dan kemudian kenyataannya berlaku dalam kehidupan, dan Al-Quran
mengisahkan kepada kita (hal Balqis Ratu Kerajaan Saba’). Dia mengetahui bahawa
Sulaiman (nabi yang mulia) melalui Rukya, dia membenarkan Rukya dan beriman
pada akhirnya
﴿قَالَتْ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ إِنِّي أُلْقِيَ إِلَيَّ كِتَابٌ
كَرِيمٌ﴾
(Berkata ia (Balqis):
"Hai pembesar-pembesar, sesungguhnya telah dijatuhkan kepadaku sebuah kitab
yang mulia), [162]
Maka dari mana diketahui bahawa ia adalah
kitab Karim (tulisan yang mulia), kalau tidak dari Allah melalui Rukya, dan
begitu juga para nabi Allah dan Rasul-rasulNya, dan AuliakNya SWT tidak terpisah
dengan Rukya pada (ayat ‘adzimah (besar) dari ayat-ayat Allah) : dan ia adalah cara
(Allah berkata-kata dengan mereka). Maka rukya: adalah permulaan munculnya wahyu
Ilahi
Adapun Al-Rasul: Baginda sangat mementingkan Rukya,
sehingga baginda setiap hari selepas sholat subuh, berpaling kepada sahabatnya
dan bertanya kepada mereka: (Adakah sesiapa membawa khabar gembira dari adakah sesiapa
yang mendapat rukya.) [163] Pada hari yang tidak ada seorangpun
sahabat yang memberitahu baginda tentang rukyanya, baginda berkata kepada
mereka: Sebelum ini Jibrail telah berkata kepadaku: Bagaimana kami akan bawa dan
akan perlihatkan kepada mereka rukya sedangkan ada kotoran pada kuku mereka.
---------------------------
[158] Allah SWT berfirman: (Kami menriwayatkan
kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al Quran ini kepadamu, dan
sesungguhnya kamu sebelumnya adalah termasuk orang-orang yang belum
mengetahui.)) Yusuf 12:3:
[159] Allah SWT berfirman:
﴿إِذْ
قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا
وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِين﴾
(ketika Yusuf berkata kepada ayahnya:
"Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari
dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku".) Yusuf 12:4
[160] Allah SWT berfirman:
﴿وَدَخَلَ مَعَهُ السِّجْنَ فَتَيَانَ قَالَ أَحَدُهُمَا إِنِّي
أَرَانِي أَعْصِرُ خَمْراً وَقَالَ الآخَرُ إِنِّي أَرَانِي أَحْمِلُ فَوْقَ
رَأْسِي خُبْزاً تَأْآُلُ الطَّيْرُ مِنْهُ نَبِّئْنَا بِتَأْوِيلِهِ إِنَّا
نَرَاكَ مِنَ الْمُحْسِنِينَ﴾
(Dan bersama dengan dia masuk pula ke dalam
penjara dua orang pemuda. Berkatalah salah seorang diantara keduanya:
"Sesungguhnya aku bermimpi, bahawa aku memeras anggur". Dan yang
lainnya berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi, bahawa aku membawa roti di
atas kepalaku, sebahagiannya dimakan burung". Berikanlah kepada kami
ta'birnya; sesungguhnya kami memandang kamu termasuk orang-orang yang pandai
(menta'birkan mimpi).) Yusuf 12:36
[161] Allah SWT berfirman:
﴿وَقَالَ الْمَلِكُ إِنِّي أَرَى سَبْعَ بَقَرَاتٍ سِمَانٍ
يَأْآُلُهُنَّ سَبْعٌ عِجَافٌ وَسَبْعَ سُنبُلاَتٍ خُضْرٍ وَأُخَرَ يَابِسَاتٍ يَا
أَيُّهَا الْمَلأُ أَفْتُونِي فِي رُؤْيَايَ إِن كُنتُمْ لِلرُّؤْيَا تَعْبُرُون﴾
(Raja berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi
melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi
betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan tujuh bulir
lainnya yang kering". Hai orang-orang yang terkemuka: "Terangkanlah
kepadaku tentang ta'bir mimpiku itu jika kamu dapat mena'birkan mimpi".) Yusuf
12:43
[162] Al-Naml 27:29
[163] Lihat: Al-Kafi: J 8, hal 90, Bihar
Al-Anwar: J 68 hal 177.
Baginda (S) bersabda: (Sesiapa yang melihatku,
ia telah melihatku, Sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupaiku atau salah seorang
dari Aushiakku) [164] dan baginda bersabda, dan baginda
bersabda, dan baginda bersabda dalam satu rukya. Lihat Dar Al-Salaam [165],
ada empat jilid yang dipenuhi dengan riwayat-riwayat khusus mengenai rukya. Ia
diakui oleh Rasulullah (S) bahawa rukya adalah (jalan hidayah dan iman). Dengan
itu diakui iman Khalid bin Sa’id bin Al-‘Ash Al-Amawi, melalui rukya bahawa dia
telah melihat baginda (S). [166] Diakui rukya seorang Yahudi yang
melihat Nabi Allah Musa (as) memberitahunya bahawa kebenaran bersama Muhammad
(S) [167]. Dan Rasulullah (S) mengakui bahawa rukya itu
adalah benar dari Allah, dan bahawa ia kalam Tuhan berbicara kepada hambaNya. [168]
Adapun telah diriwayatkan dari mereka Ahl
Al-Bait (as): (Sesiapa yang melihat kami, ia telah melihat kami, Sesungguhnya
syaitan tidak boleh menyerupai kami) [169]
------------------------------------
[164] Bihar Al-Anwar: J 30 hal 132, Dar Al-Salaam:
J 1 hal 59.
[165] Sebuah kitab empat juzuk, ditulis oleh Al-Syeikh
Al-Muhdats - Al-Mirza Husein Al-Nuri, pemilik Mustadrak Al-Wasail.
[166] Diriwayatkan oleh Ibn Sa'ad: (Dari
Muhammad bin Abdullah bin ‘Amru bin ‘Utsman, katanya, Islamnya Khalid bin Sa’id
sesudah ia tua, dan dia menjadi saudara-saudara awal yang masuk Islam, dan
permulaan dia memeluk Islam adalah apabila dia melihat dalam tidurnya bahawa
dia sedang berdiri di tepi api neraka, Beliau menyebut kemampuannya hanya Allah
Yang Maha Mengetahui dan melihat dalam tidurnya seolah-olah bapanya menariknya ke
dalam dan dia melihat Rasulullah memegang pangkal pahanya supaya tidak terjatuh.
Dia bangun dari tidur dan dia berkata, aku bersumpah demi Allah, bahawa ini
adalah rukya yang benar..) Al-Thabaqat: J 4 hal 94. .
[167] Dari Jabir bin Abdullah Al-Ansari, katanya:
(Jandal bin Janadah Al-Yahudi masuk menemui Rasulullah (S) di Khaibar, beliau
berkata: Wahai Muhammad, beritahu padaku apa yang tiada pada Allah, dan apa
yang tidak dilakukan Allah, dan apa yang tidak diketahui oleh Allah, Rasulullah
(S) bersabda: Adapun apa yang tiada pada Allah, adalah sekutu (rakan kongsi),
Adapun apa yang tidak dilakukan oleh Allah adalah menzalimi hamba-hambaNya.
Adapun apa yang tidak diketahui oleh Allah adalah apa yang kamu katakan wahai masyarakat
Yahudi: bahawa ‘Uzair anak Allah, dan Allah tidak tahu bahawa Dia mempunyai anak,
Lalu Jandal berkata: Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan
bahawa engkau adalah Rasul Allah yang sebenar. Kemudian dia berkata: Ya Rasulullah, Semalam
aku lihat dalam tidurku, Musa bin Imran (as) berkata kepadaku: Wahai Jandal Islamlah
kamu di tangan Muhammad dan berpegang teguhlah kamu kepada aushiak selepasnya: maka
aku memeluk agama Islam dan Dia telah memberi rezeki kepadaku ...) Bihar Al-Anwar: J 36 hal 304
- 305. ˾-
[168] Hadits Imam Ali bin Abi Talib (as),
lihat: Bihar Al-Anwar: J 58 hal 210
[169] Diriwayatkan oleh Al-Syeikh Al-Shaduq
dari Abu Al-Hasan Ali bin Musa Al-Redha (as) bahawa (dia diberitahu oleh
seorang lelaki dari penduduk Khurasan: "Wahai anak Rasulullah, aku melihat
Rasulullah (S) dalam tidur seolah-olah baginda berkata kepadaku: Bagaimana
kamu jika sebahagian daripada diriku dikebumikan di negerimu, dan kamu telah
diamanahkan (memelihara) kirimanku; dan tersembunyi di tanahmu adalah
bintangku?" Lalu Al-Ridha (as) berkata kepadanya: "Aku akan
dikebumikan di negerimu; bahawa aku adalah sebahagian daripada Nabi mu; dan
akulah kiriman dan bintang; bahkan sesiapa menziarahiku dan dia tahu apa yang
diwajibkan Allah Azza wa Jalla, dari haqku dan taat padaku, maka aku dan bapaku
adalah pemberi Syafaat kepadanya pada hari kiamat, dan sesiapa yang kami
berikan Syafaat padanya akan terselamat walaupun dia memiliki dosa-dosa yang
sama berat dengan dosa tsaqalain (kedua-dua) jin dan Manusia; dan sememangnya
aku diberitahu oleh bapaku, daripada datukku, dari bapanya (as) bahawa
Rasulullah (S) bersabda: "Sesiapa yang melihatku dalam tidurnya maka
sesungguhnya dia telah melihatku, kerana syaitan tidak boleh menyerupai bentuk
rupa ku, tidak juga dalam bentuk rupa sesiapa dari Aushiakku, tidak juga
dalam bentuk rupa seseorang dari Syiah mereka, dan Rukya yang benar
adalah sebahagian daripada tujuh puluh bahagian nubuwah (kenabian).") Man
La Yahdhuruh Al-Faqih: Jilid 2 halaman 584.
[170] - Riwayat Al-Kulaini dari Abi Abdillah
(as) bahawa dia berkata: "Bagi yang benar pada [Rukyah] itu adalah jika
dia melihat selepas dua pertiga malam, dan dengan kedatangan para malaikat yang
ada sebelum Sahur, maka ia adalah benar dan tidak khilaf Insya Allah."
Al-Kafi: Jilid 8 halaman 91. hadits 62.
[171] Lihat Syarah Ushul Al-Kafi: - oleh Al-Mazandarani:
J 11: hal 476.
Pada akhir zaman, yang tetap ada adalah
pengelihatan orang mukmin dan rukyanya, [172]
Imam Hussein (as) mengakui Iman (Wahab Al-Nasrani)
pada rukya yang dilihatnya pada Isa (as), dan Imam Al-Redha (as) mengakui iman beberapa
orang (yang meninggalkannya) dengan rukya yang dilihatnya, dia telah mendatangi
Abu Al-Hasan Al-Redha (as) pada suatu rukya, dan berkata kepadanya: Allah mengembalikan
aku kepada kebenaran. [173]
Jika kita inginkan lebih terperinci, maka ia akan
jadi lebih panjang, tetapi apa yang anda lakukan untuk mereka yang menyangkal anda
pada perkara yang jelas ini sebagaimana tampaknya matahari di siang hari, dan
bagaimana anda menghujjah orang yang mengatakan bahawa ini (tengah malam (kegelapan)
di waktu tengah hari) dan kita hanya boleh berkata:
إنا لله وإنا
اليه راجعون، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم، وسيعلم الذين ظلموا أي
منقلب ينفلبون
Bahawa kita hanyalah kepunyaan Allah dan
kepada-Nya kita kembali, dan tiada daya dan upaya melainkan pada Allah Yang
Maha Tinggi Lagi Agung. Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke
tempat mana mereka akan kembali..
Allah SWT berfirman:
﴿سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي
أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ أَوَلَمْ
يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ۞
إِنَّهُمْ فِي مِرْيَةٍ مِّن لِّقَاءِ رَبِّهِمْ ۗأَلَا
إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ مُّحِيطٌ﴾
Kami akan
memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (ayat-ayat) Kami di segala pelusuk
bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa ia adalah
kebenaran. Tiadakah cukup bahawa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala
sesuatu? * Ingatlah bahawa sesungguhnya mereka adalah dalam keraguan
tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah bahawa sesungguhnya Dia Maha Meliputi
segala sesuatu.) [174]
Inilah penafian mereka terhadap rukys, Ia
adalah dari tanda-tanda (ayat-ayat) yang tinggi nilainya, tetapi kerana mereka berada
dalam keraguan untuk bertemu dengan Tuhan mereka, Wal-Hamdu Lillahi Wahdah
..
Akhir kata-kata Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as).
Hakikat bahawa Dabbah Al-Ardh adalah seorang
pemberi peringatan yang mendahului Imam Mahdi (as) meletakkan kita di hadapan
satu peringkat baru dalam penyelidikan di halaman peribadi ini dan dengan itu
mengetahui kebenaran dan kedudukannya dan adakah mana-mana manusia boleh menjadi
Dabbah Al-Ardh yang dijanjikan.
----------------------
[172] Dari Imam Shadiq (as), beliau
berkata: (pengelihatan dan rukya orang mukmin pada akhir zaman adalah satu per tujuh
puluh bahagian dari nubuwah.) Dar Al-Salam: J 1, hal 18
[173] Al-Hasan bin Ali Al-Wasya berkata, (Kami
bersama seorang lelaki di kota Maru dan bersama kami itu adalah seorang lelaki
Waqifi (yang berundur), jadi aku berkata kepadanya: "Takutlah pada Allah,
sesungguhnya aku pernah seperti kamu, kemudian nur Allah masuk ke hatiku, maka
aku berpuasa pada hari-hari Rabu, Khamis dan Jumaat dan bersuci diri dan sholat
dua rakaat dan mintalah kepada Allah untuk menunjukkan kepada kamu dalam
tidur kamu apa kesimpulan atas perkara ini." Maka aku kembali ke rumahku
dan sememangnya surat daripada Abi Al-Hassan mendahuluiku, di dalamnya dia
menyuruhku menyeru perkara ini kepada lelaki tersebut, maka aku bergegas
kepadanya; dan memaklumkan kepadanya dan berkata: "Pujilah Allah dan
memohon ampun seratus kali" dan berkata kepadanya: "Saya mendapat
surat daripada Abi Al-Hassan sebelum balik ke rumah, (di dalamnya menyebut) apa
yang aku katakan kepada kamu. Aku berharap Allah menerangi hatimu, maka
lakukanlah apa yang aku beritahu padamu dengan berpuasa dan sholat." maka
dia datang kepada ku pada hari Sabtu semasa Sahur dan berkata kepadaku:
"Aku bersaksi bahawa Imam itu sepatutnya ditaati." aku berkata:
"Bagaimana boleh demikian?" beliau berkata: "Telah datang Abu
Al-Hassan kepadaku semalam di dalam tidurku, dan dia berkata: "Wahai
Ibrahim, Demi Allah kamu kembali kepada kebenaran." dan beliau mendakwa
bahawa beliau tidak diberitahu kecuali oleh Allah) Bihar Al-Anwar: Jilid 49,
halaman 53 -54.
[174] Fushshilat 41:53-54.
kita menggabungkan beberapa sifat yang
dikaitkan dengan Dabbah Al-Ardh, maka kita tidak akan terlepas dari jawapan:
1. Nabi (S) menggambarkan ianya sebagai satu tombol
bumi, yang bermaksud bahawa bumi itu akan dirosakkan penghuninya jika dia tidak
wujud, seperti yang dijelaskan di atas.
Jika
Bersamanya ada warisan nabi, dan Tuhan mencabar
dengan mengatakan bahawa warisan di sisi Imam Mahdi (as) dan tidak berhak bahkan
tidak boleh dimiliki oleh seorang yang lain pada zaman Ghajbah Al-Kubra, dan hanya
mungkin yang dibenarkan mewarisinya kepada Mahdi pertama selepasnya tetapi
sebelum itu bagaimana urusannya? .
Aku katakan: Riwayat-riwayat adalah jelas mengenainya,
Bahawa Dabbah Al-Ardh mahu atau tdak mempunyai warisan, dan cabaran ini tidak mungkin
dibenarkan melainkan hanya pada satu anggapan dan ia adalah melakukannya dengan
mewariskannya iaitu di penghujung Ghajbah Al-Kubra dan permulaan kezuhuran suggra
(kecil) dan Ia adalah permulaan kepada persiapan sebelum Imam Mahdi (as) yang dipersiap
dan disokong oleh warisan. dan warisan adalah dalil-dalil seruan dakwah, perantara
dan senjatanya ... Dan ini membawa kita kepada hasil atau kedudukan sifat lain atas
hasilnya, dan dia adalah peribadi maksum sebagai persiapan, maka tidak boleh diberikan
warisan ini kepada seseorang yang bukan maksum dari masyarakat Islam.
Amirul Mukminin (as) menggambarkannya sebagai
malapetaka yang sangat besar dan makna malapetaka dalam kamus (kepintaran,
mengalahkan orang lain) dan Amirul Mukminin (as) menambah dalam menggambarkannya
sebagai membezakan antara yang haq dengan yang batil dan ciri-ciri orang kafir
dan ciri-ciri orang yang beriman iaitu ia adalah sempadan yang memisahkan yang
haq dengan yang batil, sesiapa yang mendokongnya dia adalah dari ahl Al-Haq dan
sesiapa yang merasa berat dari tumit-tumitnya mundur ke belakang berhak dicap
kafir di antara kedua matanya (diketahui bahawa Amirul Mukminin (as) berkata
dalam satu khutbah beliau (Aku malapetaka yang besar), yang bermaksud bahawa
dia (as) sendiri memilikinya..).
Jelas dari riwayat-riwayat sebelum ini bahawa Dabbah
Al-Ardh: (Kami keluarkan sejenis yang melata dari bumi (Dabbah Al-Ardh)
yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia tidak yakin
kepada ayat-ayat Kami) [175] Beliau berkata-kata
dengan ayat-ayat Allah dan sebagai pemilik revolusi yang besar untuk menghukum
Bani Fulan seperti yang dijelaskan dari yang menghubungkan keluarnya Al-Dabbah lain
di akhir kerajaan Bani Fulan.
Dari Amirul Mukminin (as) pada Firman Allah “Apabila
perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis Dabbah...) [176]
Dan mereka tidak merenungkan pengajarannya, supaya memberitahu kamu berakhirnya
kerajaan Bani Fulan...) [177]
-----------------------------
[175] Al-Naml
27:82.
[176] Al-Naml
27:82.
[177] Ghaibah Al-Nu'mani hal 259.
Ketua yang mewakili revolusi itu perlu berkata-kata
kepada manusia dengan fikiran yang logik berasas Al-Quran dan Samawi, dan apabila
mereka tidak mengakuinya, ini mengesahkan ayat (sesungguhnya mereka tidak
yakin kepada ayat-ayat Kami).
Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as).
menyatakan bahawa (Apabila perkataan
telah jatuh atas mereka,), Al-Qa'im keluar dan kita mulakan dari makna
ini dan bertanya soalan ini:
Apakah kata-kata apabila perkataan telah jatuh
atas manusia ini, Allah akan mengeluarkan melaluinya peringatan? .
Rasulullah (S) bersabda:
(ان الثابتين
على القول له في زمان غيبته لأعز من الكبريت الاحمر )
(Orang-orang yang yang
disahkan pada kata-katanya pada zaman keghaibannya untuk memuliakan dari
belerang merah (Al-Kibritul Ahmar)) [177]
Apakah kata-kata yang dituntut oleh Al-Rasul
yang mulia (as) yang disahkan pada zaman keghaibannya? Dan telah jatuh perkataan
dalam keadaan sedemikian dengan makna yang bertentangan! Sekiranya imam dighaibkan,
bagaimanakah dia boleh berkata kepadanya iaitu perkataan imamahnya (as)? Salah
satu syarat keghaiban adalah penolakan imamah dan penghinaan dari manusia,
Oleh itu, keghaiban itu dianggap serupa dengan hukuman yang tidak diangkat melainkan
apabila manusia kembali dari kesalahan (dosa) mereka dan penolakan mereka
kepada imamah. Maka tidak akan dianggap benar perkataan imamahnya yang
dinyatakan dalam riwayat melainkan dalam hal penolakan Al-Ghaibah dan pada
hakikatnya bahawa tidak akan terjadi demikian melainkan jika dianggap benar kezuhuran
bagi Imam (as), Ini tertakluk kepada kenyataan riwayat itu bahawa dia berlaku
pada zaman keghaibannya dan bukan pada kezuhuran, dan oleh itu alasan
membenarkannya adalah syarat yang terkandung dalam riwayat tersebut (apabila
perkataan telah jatuh oleh orang-orang yang disahkan). Maka tidak akan terjadi
jatuhnya perkataan dan wujudnya orang-orang yang disahkan ke atasnya kecuali
pada suatu keadaan dan ia adalah wujudnya perantaraan di antara Imam (as)
dengan manusia yang ditugaskan untuk memulihkan manusia,
untuk menghubungkan jiwa-jiwa dengan imamah sekali
lagi
untuk diperingatkan dan dipersiapkan sebelum kezuhuran.
Maka jadilah jatuhnya perkataan adalah yang mengizinkan kezuhuran (bagi
kezuhuran kecil). Dan bermulalah ianya melalui persiapan permulaan, yang
merupakan tokoh terpercaya (kami keluarkan kepada mereka Dabbah Al-Ardh).
Mungkin ada yang menolak dengan mengatakan
bahawa orang-orang yang disahkan kata-katanya pada zaman keghaiban mereka adalah
semua mukallaf yang memelihara agama dan aqidah mereka dan mengikuti pendekatan
Ahl AlBait (as). Oleh itu, mereka adalah orang-orang yang memudahkan (seperti
belerang merah). Ini tidak benar dan ia ada banyak kelemahan, termasuk:
Orang-orang yang disahkan adalah mereka yang dihargai
yang merupakan belerang merah (Al-Kibritul Ahmar) dan diketahui bahawa Syiah ada
berjuta-juta orang dan yang mujtahid ada beribu-ribu jumlahnya dan mereka semua
menggunskan perkataan Ahl Al-Bait (as), tetapi orang-orang yang disahkan
menggunskan perkataan Imam (as) dan melazimi tsaqalain (peninggalan Al-Rasul) dan
keduanya mengikut ukuran dalam makrifah yang sebenar yang merupakan cara yang
sama yang berjalan mengikut persediaan
awal dan menjadi ujian kepada manusia. Mereka hanyalah sekumpulan kecil yang
mendokong Al-Imam (as), iaitu mereka yang menyokong pendekatan Imam-imam (as) dengan
Al-Quran dan Al-Sunnah yang keduanya dapat dipercaya dan mewakili hujjah Allah pada
setiap zaman, tidak ada perbezaan dan perubahan yang menjadikan kebangkitan
mereka (as) untuk manusia (Dabbah Al-Ardh) yang dapat membezakan antara yang haq
dengan yang batil. Oleh itu, padanya terdapat orang-orang yang disahkan untuk
mengatakan kepadanya seperti belerang merah (Al-Kibritul Ahmar).
----------------------------
[177] Basyarah Al-Islam, hal 8.
* Belerang Merah - mungkin kita
pernah mendengar maqam Wali Allah dengan gelaran Al-Kibritul Ahmar.
Maqam tersebut secara mudahnya dapat menjadikan batu bata menjadi permata, besi
yang berkarat dapat menjadi pedang yang tajam. Pent.
Dari Imam Ali bin Abi Talib (as) katanya: (...
dan akan datang panji dari timur bumi. Ia bukannya dengan kapas, linen atau besi.
Lilitan di kepalanya bersinar dengan lilitan ketua tertinggi (Al-Syed
Al-Akbar), yang memandunya seorang lelaki dari keluarga Muhammad (S) pada hari ia
melayang (muncul - Bihar Al-Anwar) di Timur. Terdapat angin di barat yang baunya
seperti kasturi yang sangat harum, berjalan yang takut di hadapannya selama
sebulan ) [178]
Kemudian dia menyebut pertolongannya dari
beberapa sudut, seperti salah seorang dari pada orang-orang Nasrani Najran, dia
musnahkan tempat pertapaannya, Dia menghancurkan salibnya dan menunggang kuda kepada
Al-Husein kedua-dua berlumba seolah-olah mereka menunggang kuda pacu, untuk
mengatakan: (dan penyeru yang menyeru pada bulan Ramadhan dari sebelah timur
apabila matahari terbit: wahai ahli hidayah berkumpullah, dan menyeru dari
sebelah barat selepas matahari terbenam: wahai ahli hidayah berkumpullah, dan
esok pada tengah hari lingkaran bola matahari akan menjadi hitam gelap, dan pada
hari ketiga dibezakan di antara yang haq dengan yang batil dan akan keluar Dabbah Al-Ardh...)
dan kemudian menyebut beberapa perkara yang mengiringi peringkat ini dan
kemudian menambah (dan berjalanlah sahabat besar dengan panji-panji hidayah dan
pedang Zulfikar sebagai tongkat sehingga menuruni tanah hijrah dua kali iaitu Kufah
... bersamanya ada tabut dan tongkat Musa ....) [179]
Kita boleh keluarkan perkara-perkara dari riwayat
tersebut yang terlibat dalam penyelidikan itu:
Riwayat ini menyebut kedatangan seorang yang
membawa panji-panji, dan kemudian menyebut sifat-sifat panji-panji dan
diketahui sifat-sifat ini berkaitan dengan sifat-sifat panji-panji Imam Mahdi
(as), maka yang mungkin menjadi pembawa panji-panji bagi pihak Imam Mahdi (as)
atau washinya atau wazirnya.
Menurut apa yang disampaikan mengenai urutan
peristiwa-peristiwa dalam riwayat terxebut Al-Shaihah (Jeritan di langit)
berlaku selepas panji-panji dibawa dan permulaan kezuhuran kecil dan ini adalah
dalil yang menunjukkan bahawa ia bukan Imam Mahdi (as) sendiri.
----------------------
[178] Basyarah Al-Islam, hal 97.
[179] Basyarah Al-Islam, hal 100.
Kemudian menyifatkan lelaki itu membuat
persediaan sebagai Dabbah Al-Ardh mdngikut urutan hadits dan tidak dapat
dipisahkan antara tajuk-tajuknya kerana kedua-duanya mewakili tokoh yang satu, untuk
menjayakannya banyak sifat-sifat suci yang melayakkannya untuk perlantikan Imam
dan maksum, dan ini adalah jelas kepada pemegang panji-panji, manakala Dabbah Al-Ardh
yang membezakan antara yang haq dengan yang batil memegang warisan. Kedua-dua
peribadi mempunyai sifat-sifat Al-Hujjah yang sempurna. Maka salah seorang
daripada mereka harus menjadi hujah terhadap yang lain, Kesatuan mesti ada pada
tokoh-tokoh terpecaya itu dan bahawa kepelbagaian perlambangan dan berbagai
pertimbangan di sini mungkin untuk penyamaran dan perlindungan..
Kemudian menyifatkan lelaki itu sebagai tokoh
ter[ecaya yang terbesar dan bersamanya ada warisan, ada pedang Zulfikar, dan ia
adalah dalil yang menunjukkan Al-Hujjah dan kepada pertempuran dan pemindahan seruan
dakwah dari peranan media secara damai, dan ia adalah peringkat amaran
(peringatan) kepada peranan pertempuran yang merupakan peringkat azab, dan ini
adalah apa yang disebutkan oleh riwayat-riwayat:
Dari Abi Abdillah (as) katanya: "Azab
yang paling rendah adalah Dabbah Al-Ardh " [180]
Adalah diketahui dari banyak riwayat-riwayat yang
tidak mampu didedahkan sekarang adalah hakikat bahawa Imam Mahdi (as) mengazab
orang-orang kafir, mengaisihi dan melapangkan orang-orang mukmin, dan yang dibezakan
oleh Al-Dabbah dengan sifat ini, dan nama ini sahaja yang dikaitkan kepada
urusan Al-Imam (as) yang merupakan perintah Allah, yang mengandungi azab yang
paling rendah.
Hasil daripada riwayat ini yang menerangkan Dabbah Al-Ardh
dengan ketokohan terbesar yang membawa panji-panji Imam Mahdi (as) dan dengan semua
sifat-sifat ini dan yang lainnya iaitu yang dibawanya sebagai warisan seperti tongkat
Musa, Cincin Sulaiman, tongkat Adam dan pedang Zulfikar yang menggambarkan malapetaka
besar dan azab yang paling rendah dan ianya
berkata-kata dengan manusia dengan ayat-ayat Allah dan membezakan antara yang haq
dengan yang batil dan dinamakan tombol bumi (Zar Al-Ardh) dan yang diibaratkan dan
dikaitkan dengan Amirul Mukminin (as) dan lain-lain sifat, kita meletakkan peribadi-peribadi
agung dan suci ini di hadapan, sementara ia diabaikan oleh sejarah dan
kejahilan ulamak. dan tidak ada seorangpun dari mereka yang mempedulikannya, inilah
rahsia dari rahsia-rahsia Imam Mahdi (as), bahkan rahsia Allah SWT yang tidak dibenarkanNya
melainkan pada ketikanya, inilah saatnya dan inilah limpah kurnia Allah
kepada kita, Maka diizinkan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as).untuk memulakan dakwah
Imam Mahdi (as). Dialah orang yang telah membangkitkan ilmu ini dan menunjukkan
haqiqat-haqiqat asas ini dan tidak seorang daripada kita lebih utama pengetahuannya
mengenai riwayat-riwayat ini, walaupun Allah tidak berkehendakkan kezuhuran yang
mulia ini tiada sesiapa yang dapat mentafsirkan riwayat tersebut walaupun selepas
beribu-ribu tahun, dan dalil ini sahaja sudah cukup bagi kebenaran dakwah ini seperti
yang dinyatakan dalam riwayat-riwayat Ahl Al-Bait (as):
Rasulullah (S) bersabda, ketika berbicara
dengan Ubai bin Ka’ab: ((Dia tahu jika sudah tiba waktunya ia keluar untuk
menyebarkan ilmu itu oleh dirinya sendiri dan untuk mengucapkan firman Allah AWJ
maka semua panji-panji keluar menyerunya, Wahai Wali Allah, bunuhlah
musuh-musuh Allah...)) [181]
-----------------------------------------
[180] Takwil Al-Ayat hal 437
[181] Bihar Al-Anwar: J 36 hal 207
Tiada ulasan:
Catat Ulasan