Rabu, 27 Disember 2017

Bab IV Hubungan Al-Mumahhad (pembuka jalan) dengan peribadi Amirul Mukminin (as),



Binatang Bumi dan Yang Muncul Di Timur - Dabbah Al-Ardh wa Thala3a Al-Masyriq

Bab IV

Hubungan Al-Mumahhad (pembuka jalan) dengan peribadi Amirul Mukminin (as),


Mungkin orang yang mengikuti riwayat-riwayat dan ucapan (khutbah) Amirul Mukminin (as) terutamanya yang menyentuh banyak perlambangan dan perkataan Mutasyabih dan rahsia-rahsia besar yang tidak dapat dipikul oleh manusia, kecuali orang yang telah diuji Allah hatinya dengan iman sehingga kita dapati banyak daripada orang-orang Syiah bahkan ulama Syiah dan para bijak pandai tidak mampu (memahami) sebahagian ucapan tersebut. Sebaliknya, mereka mengambil jalan untuk mengurangkan minatnya atau mempersoalkan sandarannya, atau sebaik-baiknya meninggalkannya atau mengabaikannya.

Mungkin dalam bahagian-bahagian yang kita bincangkan dalam kajian ini terdapat banyak kata-kata yang tidak mampu untuk orang-orang yang telah lalu memahaminya kerana ia tidak tepat pada masanya dan kerana ia dari sindiran-sindiran yang berkaitan dengan perkara dan bahagian ini, iaitu yang berkaitan peribadi Amirul Mukminin (as), dengan Al-Mumahhad (pembuka jalan) pertama dalam riwayat-riwayat dan tidak ada yang salah dengan pendedahan untuk meletakkan keperluan riwayat-riwayat itu.

Kata-kata Rasulullah (S) terhadap Amirul Mukminin (as):

وهو دابة الارض الذي ذكر الله في كتابه ﴿وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِّنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ﴾ ثم قال: اذا كان آخر الزمان اخرجك الله في احسن صورة ومعك ميسم تسم به اعدائك ....

((....Dan dia adalah Dabbah Al-Ardh, yang disebut Allah di dalam kitabNya (Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis Dabbah dari bumi yang akan berkata-kata kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.) [273] dan kemudian bersabda : Pada akhir zaman Allah akan dikeluarkan kepada kamu dalam rupa bentuk (shurah) yang terbaik bersama kamu ada gelaran yang dipanggil oleh musuh-musuh kamu.....)) [273] 
                                                          
Adalah diketahui bahawa makna rupa bentuk (shurah) yang terbaik bukanlah bentuk atau warna atau lain-lainnya, tetapi ia adalah kenyataan terhadap janji Allah, meninggikan dan menyerlahkan maqam Muhammad (S) di kalangan penciptaan. ini adalah apa yang belum dicapai pada mana-mana zaman, kecuali pada zaman kezuhuran dan seperti yang dinyatakan dalam riwayat ini adalah (akhir zaman), yang menjadikan Dabbah Al-Ardh Al-Mumahhad (pembuka jalan) dan Washi kepada Imam (as) yang melengkapkan perarakan selepasnya, dan dikhususkan bahawa dialah yang mewakili Al-Imam (as) pada zaman itu bergelar Dabbah Al-Ardh, beliaulah yang dikatakan: bersama kamu ada simbol gelaran yang dipanggil oleh musuh-musuh kamu dan inilah sifat Dabbah Al-Ardh yang sama dalam sejumlah besar riwayat.riwayat.

Tidaklah boleh dipersoalkan dengan mengaitkan andaian-andaian antara kedua-dua perbadi (as) kerana wujudnya hubungan pernyataan ini seperti dalam riwayat berikut:

Dari Abdullah Al-Jarni katanya

دخلت على امير المؤمنين (ع) فقال : ألا احدثك ثلاثا قبل ان يدخل عليّ داخل ، قلت بلى ، فقال :انا عبدالله وانا دابة الارض صدقها وعدلها وأخو نبيها، ألا اخبرك بأنف المهدي وعينه، قلت بلى، فضرب بيده على صدره وقال أنا )

Aku masuk bertemu Amirul Mukminin (as) beliau telah berkata: Maukah kucakapkan pada kamu tiga perkara sebelum kamu masuk bertemuku? Aku berkata: Ya. Beliau berkata: Aku adalah Abdullah, dan Aku Dabbah Al-Ardh, kebenaranNya, keadilanNya, dan saudara NabiNya, Maukah kuberitahu pada kamu tentang hidung Al-Mahdi dan matanya? Aku berkata: Ya. Dia memukul tangannya di dadanya dan berkata: Aku)) [275]


----------------------------
[273] Al-Naml 27:82
[274] Bihar Al-Anwar: J 39 hal 243
[275] Bihar Al-Anwar: J 39 hal 243


Ia adalah pernyataan yang jelas yang dibuat oleh Amirul Mukminin (as) dengan menepuk dadanya dan berkata bersamanya (Aku). Terdapat banyak padanan yang mengaitkan Imam Ali (as) dengan yang membuat persiapan yang akan kita bincangkan nanti dan kemudian pada tajuk yang berbeza (Dabbah Al-Ardh atau Yang Muncul Di Timur dan lain-lain) dan yang lebih cenderung untuk menjadikan Al-Mahdi yang dimaksudkan dalam riwayat di atas bukanlah Imam Mahdi (as), tetapi yang mewakilinya dan yang membuka jalan baginya, ia adalah Mahdi Pertama (as) dengan padanan kewujudan Dabbah Al-Ardh dalam kaitan kata-kata yang merupakan gelaran Mahdi Pertama. Selain itu Mahdi Pertama adalah pemegang panji-panji Imam Mahdi pada masa Keghaiban dan membuat persiapan (membuka jalan). Maka jadilah dia berkelayakan membawa sifat-sifat tersebut yang mencerminkan sifat-sifat yang mengutusnya atau yang mewakilkannya semasa Keghaibannya dan mungkin sebagai petunjuk bahawa yang dimaksudkan dengannya adalah Al-Mumahhad (membuat persiapan) untuk Imam Mahdi (as). Amirul Mukminin (as) berkata dalam riwayat tersebut: (Maukah kuberitahu pada kamu tentang hidung Al-Mahdi dan matanya...) Hidung - Al-Anf menandakan semangat (kesombongan) dan Al-Anfah kebanggaan, keperkasaan dan kekuatan dan penetapan pada Allah; dan mata menandakan mata air, wazir, wali anak dan saudara .... dan lain-lain, Tidak menjadi rahsia lagi bahawa sifat-sifat yang diilhamkan daripada (hidung dan mata Al Mahdi (as)) adalah jelas terpakai kepada Yamani (orang kanan) Imam Mahdi (as) sebagai Al-Mumahhad (pembuka jalan) dan yang berperang bagi pihaknya... dan lain-lain.

Keadaan penggabungan pribadi Imam Ali (as) ini dengan pribadi yang membuat persiapan (Al-Mumahhad) yang pertama dan keadaan zaman antara mereka berdua adalah pada masa yang lain disebabkan oleh alasan-alasan yang sangat kuat, dan saya fikir ia adalah satu isyarat bagi Syiah tetapi risalah (mesej) kepada mereka pada zaman yang lain pada kedudukan pribadi ini dari Amirul Mukminin dan ukurannya sangat besar, sebesar apa yang mewakili hakikar Muhammad (S) iaitu Kota Ilmu dan Washinya Ali bin Abi Talib (as) adalah pintunya sementara Imam Mahdi (as) adalah pewaris Kota Ilmu dan Washinya Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) adalah pintunya yang berhadapan dengan manusia sepertimana Amirul Mukminin (as) pada zamannya. Dari kedudukan yang besar ini merujuk kepada Amirul Mukminin (as) bagi dirinya dan wajahnya dan yang dikaitkan dengannya disampaikan dalam keterangan yang sah dan dalam ungkapan bagi semua hati-hati yang sejahtera (Zhi Qalbin Salim) kerana Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana untuk menyokong makna yang dinyatakan dengan jelas: 
                                                             

من سؤال ابي الطفيل لامير المؤمنين (ع) في قول الله تعالى (( وَ إِذا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنا لَهُمْ دَابَّةً مِنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ ...)) ما الدابة ؟ قال (ع): يا أبا الطفيل اله عن هذا. فقلت : يا أمير المؤمنين أخبرني به جعلت فداك. قال (ع) : هي دابة تأكل الطعام و تمشي في الأسواق و تنكح النساء فقلت :- يا أمير المؤمنين من هو؟ قال(ع)  : هو زر الأرض الذي إليه تسكن الأرض. قلت : يا أمير المؤمنين من هو؟ قال(ع): - صديق هذه الأمة و فاروقها و رئيسها و ذو قرنها. قلت يا أمير المؤمنين من هو ؟ قال (ع) : الذي قال الله عز و جل وَ يَتْلُوهُ شاهِدٌ مِنْهُ وَمَنْ عِندَهُ عِلْمُ الْكِتَابِ  وَ الَّذِي جاءَ بِالصِّدْقِ و الذي صدق به أنا و الناس كلهم كافرون غيري و غيره. قلت يا أمير المؤمنين فسمه لي؟ قال (ع): قد سميته لك يا أبا الطفيل و الله لو دخلت على عامة شيعتي الذين بهم أقاتل الذين أقروا بطاعتي و سموني أمير المؤمنين و استحلوا جهاد من خالفني فحدثتهم شهرا ببعض ما أعلم من الحق في الكتاب الذي نزل به جبرئيل على محمد (ص) و ببعض ما سمعت من رسول الله (ص) لتفرقوا عني حتى أبقى في عصابة حق قليلة أنت و أشباهك من شيعتي.  ففزعت و قلت يا أمير المؤمنين أنا و أشباهي نتفرق عنك أو نثبت معك؟ قال (ع) : لا بل تثبتون ثم أقبل علي فقال إن أمرنا صعب مستصعب لا يعرفه و لا يقر به إلا ثلاثة ملك مقرب أو نبي مرسل أو عبد مؤمن نجيب امتحن الله قلبه للإيمان يا أبا الطفيل إن رسول الله ص قبض فارتد الناس ضلالا و جهالا إلا من عصمه الله بنا أهل البيت

Dari soalan Abi Al-Thufail kepada Amirul Mukminin (as) pada firman Allah:

((Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis Dabbah dari bumi yang akan berkata-kata kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami...)) [276] Apa dia Al-Dabbah?
Beliau (as) berkata: Wahai Abi Al-Thufail, ​​ Ini ada di sisi Tuhan.
Lalu aku berkata: Wahai Amirul Mukminin, khabarkan padaku mengenainya. Semoga aku menjadi tebusan tuan.
Beliau (as) berkata: Ia Dabbah yang makan makanan dan berjalan di pasar-pasar dan berkahwin dengan perempuan, Lalu aku berkata: - Wahai Amirul Mukminin, siapakah dia?
Beliau (as) berkata: Dia adalah pasak bumi yang dengannya bumi kekal.
Lalu aku berkata: Wahai Amirul Mukminin, siapakah dia?
Beliau (as) berkata: - Dia sebagai teman (Shadiq) bagi umat ini, yang tegas (Faruq), dan yang kepalanya bertanduk (Zhu Qarn).
Lalu aku berkata:  Wahai Amirul Mukminin, siapakah dia?
Beliau (as) berkata: orang yang difirmankan Allah AWJ,
﴿وَيَتْلُوهُ شَاهِدٌ مِّنْهُ﴾
dan diikuti pula oleh seorang saksi dariNya. [277]
﴿وَمَنْ عِندَهُ عِلْمُ الْكِتَابِ﴾
dan antara orang yang mempunyai ilmu Al Kitab. [278]
 ﴿وَالَّذِي جَاءَ بِالصِّدْقِ وَصَدَّقَ بِهِ﴾
Dan orang yang membawa kebenaran dan membenarkannya. [279], adalah aku dan manusia seluruhnya tidak mempercayaimya dan yang lain-lain)..
Lalu aku berkata: Wahai Amirul Mukminin. Namakanlah dia padaku.
Beliau (as) berkata: Telah aku namakan pada engkau, Wahai Abi Al-Thufail, dan Demi Allah Jika aku menemui orsng awam Syiahku yang memerangi mereka yang mengaku taat kepadaku dan memanggilku Amirul Mukminin dan mereka menghalalkan berjihad orang yang menyelisihiku dan aku bercakap dengan mereka selama sebulan dengan pengetahuan tentang kebenaran dalam kitab yang diturunkan Jibtail ke atas Muhammad (S) dan sebahagian daripada apa yang aku dengar dari Rasulullah (S) lalu mereka menjauhiku sehingga tinggal sekumpulan yang mengakui kebenaran, sedikit dari kamu yang menyerupai kamu dari Syiahku..
Aku terkejut dan berkata, Wahai Amirul Mukminin, Aku dan yang menyerupai ku berpisah daripadamu atau kami bersama kamu?
Beliau (as) berkata: Tidak, bahkan kamu kekal maka terimalah aku,  Lalu beliau berkata: Itulah urusan kami sulit dan sukar tidak mengetahuinya dan mengakuinya melainkan tiga malaikat yang rapat atau seorang nabi yang diutus atau hamba mukmin yang sempurna diuji Allah hatinya dengan iman, Wahai Abi Al-Thufail, sesungguhnya Rasulullah (S) bimbang manusia kembali kepada kesesatan dan kejahilan kecuali orang-orang yang dipelihara oleh Allah bersama kami Ahl Al-Bait. [280]


-----------------------------
[276] Al-Naml 27:82
[277] Hud 11:17
[278] Al-Ra3d 13:43
[279] Al-Zumar 39:33
[280] Buku Salim bin Qais 561.





Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) telah menjelaskan riwayat ini dan terdapat beberapa tuntutan dari apa yang difahami darinya. Wa-Allahu A3lam:  

1.   Hubungan Amirul Mukminin (as) dengan ayat itu dengan Dabbah Al-Ardh yang keluar pada akhir zaman.

2. Apabila Abi Al-Thufail menyoal mengenai Al-Dabbah, Imam (as) mengelak dari menjawab dengan mengatakan (ini ada di sisi Tuhan), dan saya percaya ini menunjukkan kurangnya manfaat untul menjawab persoalan untuk zaman yang masih jauh dari zamannya. Wa-Allahu A3lam.

3. Manusia Al-Dabbah makan makanan dan berjalan di pasar-pasar.

4. Jawapan Amirul Mukminin (as) mengenai Al-Dabbah bahawa ia adalah yang menetapkan bumi, adapun apa yang dimaksudkan dengan bidalan ini kita dapat dari riwayat berikut::
Dari Abi Ja'far (as) katanya, Rasulullah (S) bersabda (Aku dan dua belas anak-anakku, dan engkau wahai Ali tombol (pengimbang) bumi ini iaitu pasaknya dan gunung-gunungnya, dan melalui kita Allah memasak bumi agar ia tidak musnah bersama manusianya, jadi jika dua belas dari anak-anakku menghilang, bumi ini akan musnah)) [281]

Kita perhatikan bahawa para maksumin (as) telah menjadi tiga belas tombol (pengimbang) bumi semuanya adalah pasak-pasaknya, maka dari yang ketiga belas itu bukanlah Dabbah Al-Ardh yang disebut dalam kebanyakan riwayat persiapan kezuhuran.

5. Sifat-sifat pembuka jalan yang membuat persiapan (Dabbah Al-Ardh) pada zaman keluarnya adalah (sebagai teman (Shadiq) bagi umat ini, yang tegas (Faruq), dan yang kepalanya bertanduk (Zhu Qarn).), adalah sifat-sifat yang sama dengan Amirul Mukminin (as).

6. Dia mengatakan sebagai mengelak dari menjawab siapa peribadi Dabbah Al-Ardh, dengan bersaksi kepada firman Allah SWT (dan diikuti pula oleh seorang saksi dariNya), yang mengesahkan Amirul Mukminin (as), yang disaksikan oleh Al-Rasul (S), baginda sebagai saksi beliau dan membenarkan bahawa Al-Dabbah itu yang disaksikan oleh (Imam Mahdi (as), dan disaksikan juga oleh Ayat kedua (dan antara orang yang mempunyai ilmu Al Kitab) ia ditetapkan kepada Amirul Mukminin (as) dan menetapkan Dabbah Al-Ardh untuk membawa warisan seperti dalam riwayat-riwayat. Adapun pada Ayat (Dan orang yang membawa kebenaran dan membenarkannya.) Ini juga berkaitan dengan Amirul Mukminin (as). Beliau adalah yang pertama menganut Islam dan membenarkan dakwah Nabi (S). Dan Al-Dabbah adalah orang pertama yang beriman dengan Imam Mahdi (as). Maka dalam riwayat Wasiat: (dialah yang pertama beriman) dan menyeru kepada Imam (as) supaya berbai’ah.

7. Dia (as) mengucapkan selepas semua tuntutan itu dan dia mengelak dari menjawab kepada soalan (Siapakah Dabbah Al-Ardh) dengan (as) mengatakan (aku dan manusia seluruhnya tidak mempercayaimya dan yang lain-lain).). perkataan Aku yang didahului ucapan itu tidak boleh dianggap sebagai jawapan kepada soalan (Siapakah Dabbah Al-Ardh) kerana apa yang mengikuti jawapan ini adalah satu soalan ulangan dari Abi Al-Thufail (Namakan untukku) yang merupakan satu petunjuk bahawa dia memahami niat (maksud) lelaki pada akhir zaman dan nanti semua manusia akan menginkarinya (kafir), melainkan peribadi yang pertama beriman dan oleh itu tidak akan ada orang percaya selain darinya kepada Imam Mahdi (as), sama dengan Imam Ali (as) di mana dia adalah yang pertama percaya dan beriman kepada Nabi Muhammad (S): -


Dari Abi Al-Thufail dari Ali (as): - ((katanya: Dan orang yang membawa kebenaran Rasulullah dan yang membenarkannya adalah aku, dan semua orang-orang kafir mendustakannya dan yang lain darinya.) [282]
                   
Oleh itu, perkataan aku, dari ucapan yang sebelumnya digunakan untuk mengesahkan supaya tidak akan menjawabnya iaitu (manusia seluruhnya tidak mempercayaimya selain aku dan yang lain darinya).

8. Kefahaman Aba Al-Thufail melalui desakan beliau dalam soalannya bahawa orang yang dimaksudkan bukanlah Amirul Mukminin (as) kerana beliau (as) berkata kepadanya, Aku telah menyebutkan namanya kepada kamu dan beliau tidak menyebut apa-apa nama! Sebagai petunjuk bahawa dia menyebutnya dengan sifat dan bukannya dengan nama, Inilah yang disokong oleh banyak riwayat yang melarang menyebut nama Al-Qaim (Al-Mumahhad - pembuka jalan) atau ia mempunyai dua nama, nama yang tersembunyi dan nama yang diumumkan seperti yang disebutkan dalam ayat sebelumnya..

9. Imam (as) menjawab kepada soalan itu jika aku memberitahu mereka beberapa perkara yang aku tahu dari kebenaran dalam Al-Kitab .... lalu mereka menjauhiku melainkan sekumpulan yang mengakui kebenaran,... hinggs akhir ucapan. Ini bermakna bahawa ilmu yang dibawa oleh Imam (as) sekiranya diketahui manusia mereka akan dikhianat (murtad) kepadanya dan ia tidak akan berlaku melainkan pada zaman Imam Mahdi (as). Ilmu yang disebarkan dari dua puluh lima huruf, dan aku percaya bahawa ada dua sokongan yang menunjukkan hubungan itu:

Pertama: Dinyatakan riwayat bahawa urusan kami adalah sulit dan sukar dalam riwayat kezuhuran dalam banyak bentuk..

Kedua: Imam (as) berkata pada penghujung riwayat: Sesungguhnya Rasulullah (S) bimbang manusia kembali kepada kesesatan dan kejahilan kecuali orang-orang yang dipelihara oleh Allah bersama kami Ahl Al-Bait (as) dan mereka wujud dalam setiap zaman kecuali pada zaman Ghaibah Al-Kubra yang selari dengan matlamat daripada riwayat ini iaitu memurtadkan manusia dan ini juga disokong oleh riwayat-riwayat orang-orang yang berpegang teguh dengan Ahl Al-Bait (as).g
Dan adalah diketahui pada akhir zaman orang pertama yang mewakili Ahl Al-Bait (as) ini adalah Al-Mumahhad (pembuka jalan) pertama, Al-Yamani (as) yang memberi petunjuk ke jalan yang lurus dan yang berpegang teguh dengannya akan terselamat.

Telah diterangkan sebelum ini bahawa tajuk Dabbah Al-Ardh, yang disebutkan dalam riwayat-riwayat khusus untuk Al-Mumahhad (pembuka jalan) pertama kepada Imam Mahdi (as) dan dia dikaitkan dengan Imam Ali bin Abi Talib (as). Adapun riwayat-riwayat yang merujuk kepada kaitan itu bukan dari riwayat Al-Dabbah, sebahagian darinya menyebut:


Dari Amirul Mukminin (as): (Ketahuilah untuk keluarnya ada sepuluh alamat, yang pertama tertancap panji-panji di lorong-lorong Kufah dan masjid-masjid diganggu dan muncul planet komet - Al-Kawakib Al-Muzhannab – dan bintang-bintang bergandingan, penjarahan dan pembunuhan dan peperangan dan .... Apabila berakhir alamat-alamat itu bangkitlah Al-Qaim kita...) [283] Di sini kaitannya jelas dan tidak perlu diulas. Kerana Amirul Mukminin (as): memulakan kata-katanya dengan mengatakan (Ketahuilah untuk keluarnya ada sepuluh alamat...). Beliau tidak mengatakan untuk keluarnya Al-Qaim dan dia maksudkan dalam ucapannya adalah kezuhuran suci, bukannya Al-Raj3ah, seperti yang dijelaskan pada penhhujung riwayat.


Kami telah menyediakan pada Bab Dabbah Al-Ardh yang berasingan untuk kata-kata Amirul Mukminin (as), yang menggambarkan seorang lelaki Al-Mumahhad (pembuka jalan) dan seorang Tokoh Besar yang bersenjatakan Zhi Al-Fiqar (Zulfiqar) dan lain-lain sebahagian dari sifat-sifat Amirul Mukminin (as), tetapi Amirul Mukminin (as) menyifatkan sesiapa yang memanggil dengannya; adalah orang yang berdusta lagi sombong:

Diriwayatkan dari Abu Sa'id Al-Khudri berkata, , Amirul Mukminin (as) berkhubah: katanya ((... Aku adalah saudara Rasulullah (S) dan penyimpan ilmunya, aku adalah Al-Shiddiq Al-Akbar. Tidak ada yang mengatakannya kecuali mengada-adakan kedustaan dan aku adalah Al-Faruq Al-‘Adzim....)) [284]

Jadi mempertimbangkan bahawa seseorang yang tidak boleh dipanggil dengan nama ini melainkan jika orang itu Amirul Mukminin yang dikhaskan kepadanya, dan mempertimbangkan kiasan ini mungkin sebahagian daripada pintu Wilayah, ini kerana peribadi ini memegang Wilayah Amirul Mukminin ke tahap hanya dihadkan kepadanya; tiada siapa boleh menjadi pemegang Wilayah Amirul Mukminin dan tidak boleh mengisytiharkan kesetiaan dan bai’ah yang membawa makna bahawa dia menjadi Pintu untuk Kekuasaan Ketuhanan (Wilayah Ilahiyah)  dan adalah Haram bagi seorang Muslim berpaling darinya dan sesiapa yang melakukannya adalah dari penghuni neraka seperti yang dinyatakan mengenainya oleh Imam Al-Baqir (as): -

(Tiada panji-panji yang lebih mendapat petunjuk selain daripada panji Al-Yamani, panji-panjinya adalah panji petunjuk (hidayah), kerana dia mengajak kepada pemilik kamu (Imam Mahdi (as)). apabila keluar Al-Yamani, maka diharamkan penjualan senjata ke atas orang ramai dan setiap muslim. Dan apabila keluar Al-Yamani, maka pergilah kepadanya kerana panji-panjinya adalah panji petunjuk. Dan diharamkan bagi muslim untuk berpaling daripadanya, dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus. [285]

Pada hakiatnya riwayat ini dan riwayat-riwayat yang lain yang menunjukkan bagaimana tahap kesahihan Al-Yamani adalah (Dabbah Al-Ardh) dan betapa besarnya untuk menjelaskan hubungan kuat yang serupa dengan keadaan Amirul Mukminin (as) untuk menunjukkan kepada manusia pada banyak khutbahnya siapa yang mewakili beliau (as) seperti yang dinyatakan dalam salah satu khutbahnya ketika dia memukul dadanya dan berkata (Aku), dan yang dimaksudkannya adalah Al-Qaim, Al-Yamani.

Semoga dengan menyatakan riwayat-riwayat tersebut adalah bukti yang mencukupi untuk tajuk-tajuk dan melihat lebih banyak hubungan itu saya cadangkan supaya membaca khutbah Amirul Mukminin (as).

والحمد لله وحده
Dan hanya kepada Allah puji-pujian.



----------------------------
[281] Al-Kafi, 22, ms 543.
[282] Syawahid Al-Tanzil J 2 gal 181.
[283] Basyarah Al-Islam, hal 103,
[284] Bihar Al-Anwar: J 26 hal 260
[285] Al-Ghaibah -. Muhammad bin Ibrahim Al-Nu3mani hal 264


Sebelum ۩ Kandungan ۩ Selepas
                                                              
                                                           



Tiada ulasan: