Ahad, 31 Disember 2017

{Katakanlah, Dialah Allah, Esa}



Kitab Tauhid: Tafsir Surah Al-Tauhid

Qul Huwa Allah Ahad
        ﴿قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ﴾:

{Katakanlah, Dialah Allah, Esa}

Huwa - "Dia" adalah kata ganti (ganti nama) ke tiga (Dhamir Al-Ghaib), yang merujuk kepada Nama Teragung Maha Teragung Lagi Maha Teragung atau Kenyataan dan HakikatNya. Jadi, apa yang dimaksudkan di sini adalah "Katakanlah kepada mereka jika kamu ingin mengenal Hakikat-Nya dan Kenyataan-Nya SWT maka ia adalah mengenali dengan Makrifat Al-Zat Al-Ahdiyah (Mengenal Keesaan Zat)." Kerana Zat adalah hijab pada Kenyataan dan Hakikat-Nya dan tidak akan dikenal apa yang ada di belakang hijab, kecuali dengan menembusi hijab itu dan hijab tidak akan ditembusi kecuali dengan makrifah. Oleh itu, apabila kamu mengenal fana’ (melebur) Nama-nama Ilahiyah pada Zat atau Zat Keesaan Allah dan kamu melihat melaluinya sebagai tabir (hijab) pada kenyataan dan Hakikat-Nya, yang kamu kenal bahawa kesempurnaan Hakikat makrifat adalah ketidakupayaan untuk mengenal.

Dan﴿هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ﴾  - Dialah Allah Esa merujuk pada dua makna:

Pertama: Ia adalah fana’ (melebur) Nama-nama Ilahiyah pada Zat dan mengesakan Zat pada Tauhid yang tak terpisahkan (Tauhid Keesaan).

Kedua: Ia adalah fana’ Al-Uluhiyah pada hakikat martabat yang akhir (ini adalah martabat akhir Tauhid), kerana Al-Uluhiyah mempunyai banyak namaan (kenyataan) kerana ia membawa makna kesempurnaan. Dan dengan itu, berlindung dan datang kepadaNya untuk memenuhi kekurangan dan untuk mencapai kesempurnaan dan untuk kesempurnaan yang mempunyai banyak arah (sudut).

Dan pada makna yang pertama terdapat dua martabat:

Pada martabat pertama: Allah Esa, iaitu Dia berkuasa dan berkeupayaan pada Zat-Nya, dan Maha Pemurah dan melimpah rahmat pada Zat-Nya. Dan pada martabat ini Nama-nama Ilahiyah melebur (fana’) pada Zat tetapi ia dapat dilihat secara terperinci, iaitu Allah Yang Berkuasa, Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Dan pada martabat kedua: Allah Esa, iaitu Dia sempurna tempat berlindung dan datang kepadaNya untuk memenuhi kekurangan mereka dan mencapai kesempurnaan. Dan Nama-nama Ilahiyah melebur (fana’) pada-Nya tanpa memerhatikannya secara terperinci, tetapi secara menyeluruh, sebagai arah-arah kesempurnaan, iaitu, yang melihat kepada Allah SWT, Yang Sempurna tanpa memandang atau beralih ke arah nama-nama yang sempurna. Dan tidak tersembunyi dalam himpunan yang kekal banyak seperti api [kekal] di bawah bara. Oleh itu, apa yang dimaksudkan adalah memenuhi kekurangan dan mencapai kesempurnaan sama ada maksudnya ini adalah secara terperinci atau secara umum.

Adapun makna kedua: Yang merujuk kepada ﴿هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ﴾ - Dialah Allah Esa, adalah fana’ Uluhiyah dan Kesempurnaan pada Kenyataan dan Hakikat, tidak memandang kecuali pada Yang disembah SWT sebagai sembahan, dengan itu, tidak akan ada kewujudan tauhid bagi Uluhiyah (Ketuhanan) pada martabat ini, bahkan, tidak tinggal kecuali mereka melihat ke arah Hakikat dan Kenyataan atau Nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung (Huwa "Dia") dan ini adalah martabat Tauhid Tertinggi, dan tujuan Insan dan kesempurnaan hakikinya adalah Hakikat dan Kenyataan ibadah. Dan untuk ini disifatkan pada Al-Rasul yang mulia (S) pada martabat tingkatan tertinggi sebagai "hamba".

﴿فَأَوْحَى إِلَى عَبْدِهِ مَا أَوْحَى﴾

{Lalu dia menyampaikan kepada hamba-Nya apa yang telah Allah wahyukan.} [1]


----------------------
[1] Surah Al-Najm 53:10.


✡✡✡✡✡



Sebelum ✡✡  Kandungan Kitab ✡✡ Selepas

Sabtu, 30 Disember 2017

Basmalah Tauhid


Kitab Tauhid: Tafsir Surah Al-Tauhid

بسم الله الرحمن الرحيم
﴿ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ * اللَّهُ الصَّمَدُ * لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ * وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُواً أَحَدٌ ﴾


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
1. Katakanlah: "DIAlah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".


Basmalah Tauhid



Basmalah adalah pintu Kitab, kerana ia mempunyai luaran (Zahir) dan dalaman (Batin). Dia, Subhananu wa Taala,
berfirman:

﴿يَوْمَ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ لِلَّذِينَ آمَنُوا انْظُرُونَا نَقْتَبِسْ مِنْ نُورِكُمْ قِيلَ ارْجِعُوا وَرَاءَكُمْ فَالْتَمِسُوا نُوراً فَضُرِبَ بَيْنَهُمْ بِسُورٍ لَهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِنْ قِبَلِهِ الْعَذَابُ﴾

{Pada hari ketika orang-orang munafik lelaki dan perempuan akan berkata kepada orang-orang yang beriman: Tunggulah kami, supaya kami boleh mendapat cahaya daripada cahaya kamu, ia akan berkata: "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)",. serta diadakanlah di antara mereka sebuah pagar (tembok) yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya (batinnya) mengandungi rahmat, dan di sebelah luarnya (zahirnya), dari situ terdapat azab seksa} [19]

Pagar (Suur) itu atau pintu adalah pagar Tauhid, sesiapa yang masuk dengan Basmalah ke dalam Kitab, hendaklah melengkapinya dengan batin Basmalah, ia adalah rahmat itu (Al-Rahman, Al-Rahim - Yang Maha Pemurah, lagi Penyayang). Dan sesiapa yang berada di luar di mana kegelapan wujud, dia hendaklah menghadapinya dengan Basmalah Zahir, dan itu adalah pembalasan (Al-Wahid, Al-Qahhar, atau Yang Maha Esa, Yang Maha Perkasa). 

Oleh itu, Basmalah adalah pagar Batin iaitu (بسم الله الرحمن الرحيم), ertinya Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang) dan yang Zahir adalah (بسم الله الواحد القهار), ertinya Dengan nama Allah Yang Maha Esa, Yang Maha Perkasa). Dan (Bismi Allahi Al-Rahmani Al-Rahim) disebut pada permulaan Surah-surah, dan tidak disebut بسم الله الواحد القهار, pada permulaan Surah Al-Taubah. - kerana adalah ucapan yang ditujukan kepada mereka yang memilih permusuhan dan memerangi Rasulullah (S). itu adalah untuk menerangkan dengan menyatakan penentangannya kerana Dia Yang Maha Suci menghadapi ciptaan-Nya dengan rahmat, kecuali bagi mereka yang memilih penindasan, kerusakan dan kezaliman, maka Allah SWT menghadapi mereka dengan menakluk dan menghukum. Oleh itu, Rahmat adalah (sifat) asal untuk menghadapinya dan menghadapi dengan pengagahan (pemaksaan) dikecualian.

Dan Basmalah setiap Surah berkait rapat dengan Surah daripada satu sisi, dan berkait dengan Basmalah surah Al-Fatihah dari sisi lain [20].

Dan kerana setiap Basmalah menceritakan tentang satu aspek dari aspek-aspek Basmalah Al Fatihah, Basmalah ini dalam surah ini menceritakan tentang Al-Tauhid (Keesaan). Oleh itu, pemahaman dalam Basmalah pada Surah ini berkisar tentang Al-Tauhid (Keesaan), dan di sini ada tiga nama: Allah, Al-Rahman, Al-Rahim (Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang).

Allah adalah nama Zat, atau kesempurnaan ketuhanan, dan Al-Rahman Al-Rahim adalah pintu kepada Zat. Dan dari pintu ini keluar pintu-pintu lain, dan ianya adalah sama dalam beberapa jumlah nama Allah SWT, sebaliknya, Dia menjadikan Al-Rahman pintu dari mana keluar nama-nama Allah SWT, kerana urusanNya dengan rahmat, atau jika tidak, amaran amaran akan dipertingkatkan apabila penciptaan (makhluk) yang mengingati dirinya (keakuannya) dan melalaikan Tuhannya.

Tauhid pada martabat yang pertama adalah: mengetahui bahawa semua nama-nama ini meliputi Zat ketuhanan, yang bermaksud bahawa Allah adalah Rahman Rahim (Yang Pemurah Penyayang) dan rahmah Zat-Nya, dan Qadir (keupayaan) dan Qudrah (Kekuatan) pada Zat-Nya. Dan mengetahui bahawa semua nama-nama ini melimpah dari pintu rahmat batinnya Al-Rahim dan Al-Rahman zahirnya.

Dan mengetahui bahawa semua nama-nama ini tidak berasingan daripada Zat, malah adalah Zat itu sendiri.

Dan makrifat (mengenal) semua nama-nama dan sifat-sifat ini adalah diperlukan pada penciptaan (makhluk), maka kewujudannya adalah pada kekurangan makhluk (penciptaan) dan bukan pada yang berkaitan dengan Dia SWT. Bahkan, Dia SWT tajalli pada Zat supaya penciptaan boleh mengenal – kerana Dia SWT adalah perbendaharaan (tersimpan) maka Dia menciptakan Makhluk supaya Dia dikenal - dan mengenali (makrifat)-Nya, Subahanahu Wa Ta’ala , dengan mengenali Zat, atau Allah, dan makrifat lengkap mengenali-Nya berlaku dengan mengetahui bahawa kamu tidak boleh mengenaliNya yang maha Suci lagi Maha Tinggi atas segala apa yang yang mereka sekutukan, iaitu tidak boleh mengenaliNya pada martabat sebenar atau haqiqi – kewujudannya- Al-Kunhu Au Al-Haqiqah, [21].

Dan makrifat (mengenal) Zat, atau Allah, dihasilkan dari pintu, atau pada Al-Rahman Al-Rahim. Dan untuk menghasilkan makrifat ini dengan membuka seluruh alam-alam dengan ketiga-tiga nama ini: Allah, Al-Rahman, Al-Rahim, supaya kita dapati kitab Allah SWT pada kedua-dua naskhah; iaitu kitab yang dibaca (Al-Quran), dan kitab Kejadian Al-Kauniyah (Penciptaan), kedua-duanya dibuka dengan Bismillah Al-Rahman Al-Rahim, bagi Al-Quran dibuka (bermula dengan) Bismillah Al-Rahman Al-Rahim. Penciptaan - Alam Takwin (Al-Kun) - bermula dengan penciptaan Muhammad, Ali dan Fatimah.

Dan mereka (as) adalah tajlli - penjelasan bagi - Allah, Al-Rahman Al-Rahim (dan saya telah menjelaskan dalam pengenalan bahawa kedudukan bulan, mereka adalah Keluarga Muhammad (as) para Imam dan Mahdi-Mahdi, dan mereka adalah pintu-pintu Makrifat). Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿يَسْأَلونَكَ عَنِ الْأَهِلَّةِ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ وَلَيْسَ الْبِرُّ بِأَنْ تَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ ظُهُورِهَا وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنِ اتَّقَى وَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَابِهَا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ﴾

{Mereka bertanya kepadamu mengenai anak-anak bulan. Katakanlah: "anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu manusia, dan ibadah Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya."} - [26]

Ia menerangkan kepadamu dengan jelas sebab ditulis huruf-huruf potong – mengikut sebutan huruf - dalam kitab - Al-Quran - yang dibaca langsung selepas Basmalah dan pada awal surah-surah. Oleh itu, sebab ia diletakkan pada permulaan dalam kitab yang dibaca - Al-Quran - adalah sama sebagai sebab untuk diletakkan pada permulaan dalam kitab Kejadian (AL-Kuniy).

Dan Basmalah menunjukkan pada kesatuan, pada Al-Rahman dan Al-Rahim satu pada makna umum, dan keduanya adalah pintu kepada Zat Ketuhanan atau Allah, Al-Rahman adalah Zahir dan Al-Rahim adalah yang Batin, dan pintu pada Zat, darinya mengalir (melimpah) apa yang ada pada Zat.

﴿قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيّـاً مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَـاءُ الْحُسْنَى﴾

{Katakanlah: "Serulah nama "Allah" atau nama "Al-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan kerana Allah mempunyai nama-nama yang terbaik"} [23].

Jadi Basmalah menunjukkan pada meng-esa-kan Zat ketuhanan (Allah) menurut pada pagar (pintu) Batin Kitab, iaitu, Bismillah Al-Rahman Al-Rahim. Adapun pada pagar Zahir kitab ini, iaitu Bismillah Al-Wahid Al-Qahhar, ia juga menunjukkan pada keesaan, Maka Al-Wahid Al-Qahhar  pintu kepada Zat yang mengalir dari Al-Rahman Al-Rahim [24], Al-Wahid (Yang Esa) adalah pintu Batin, dan Al-Qahhar (Yang Perkasa) adalah pintu Zahir, dan keputusan keduanya adalah satu, kerana keduanya bersatu pada kenyataan luaran – sebagaimana Al-Rahman Al-Rahim bersatu dalam makna - untuk mencegah kepelbagaian atau perpisahan keduanya pada luaran; kerana keesaan yang sebenar (Al-Wahid Al-Haqiqi) adalah penaklukan kepada semua yang lain dariNya, dan juga Penakluk Yang Sebenar (Al-Qahhar Al-Haqiqi) kepada semua yang lain dari Keesaan yang hakiki. Amirul Mukminin Ali (as) berkata:

(فَيا مَنْ تَوَحَّدَ بِالْعِزِّ وَالْبَقـاءِ، وَقَهَرَ عِبادَهُ بِالْمَوْتِ وَالْفَنـاءِ)

 (Wahai Yang menyatukan dengan Kemuliaan dan Keabadian, dan yang menakluk hanba-Nya dengan maut dan fana (binasa))

Dalam doa pagi oleh Amirul Mukminin (as) [25]. Dan juga, pintu ini termasuk pada Zat atau Allah, satu kemasukan kehancuran (fana-lenyap) [ke dalam Zat atau Allah].

Dan mudah-mudahan akan ada manfaat dengan menjelaskan bahawa Muhammad (S) telah diutus dengan Bismillah Al-Rahman Al-Rahim, dan Al-Qa'im (as) diutus adalah dengan Bismillah Al-Wahid Al-Qahhar, maka Muhammad (S) dan washinya Ali (as) berjalan dengan Kod Putih (Al-Jafr Putih), dan Al-Qa'im (as) dan juga wasinya boleh berjalan dengan Al-Jafr Merah, iaitu dibunuh dan taubatnya tidak diterima pada sebahagian sumber, seperti yang disebut di dalam dari Rufaid Maula Abi Habira: dia berkata: aku berkata kepada Abi Abdillah (as) :

Semoga aku menjadi tebusanmu! Wahai anak Rasulullah, adakah Al-Qa'im akan melalui jalan yang sama seperti Ali bin Abi Talib pada ahli Al-Sawad (penduduk Iraq)? Lalu dia (as) berkata: “Tidak, Wahai Rafid, sesungguhnya Ali ibn Abi Talib berjalan pada ahli Al-Sawad dengan Al-Jafr Putih dan sesungguhnya Al-Qa'im akan berjalan pada orang-orang Arab dengan Al-Jafr Merah.“ katanya lagi: “Aku berkata kepadanya: Semoga aku menjadi tebusanmu, dan apakah dia Al-Jafr Merah? Dia berkata: sambil dia acukan jarinya ke kerongkong, dan dia (as) berkata: seperti itu, bermakna penyembelihan, kemudian dia (as) berkata: Wahai Rufaid sesungguhnya bagi setiap Ahli Bait terdapat pelaku yang menjadi saksi kepada mereka dan orang yang memberi syafaat kepada yang mengasihi mereka) [26]

Bagi Zat atau Allah, ia menunjukkan ke arah Keesaan selepas penyaksian semua nama-nama melebur di dalamnya, dan peleburan ini adalah satu petunjuk ke atas Penciptaan, supaya mereka boleh meninggalkan penyaksian iaitu kesempurnaan atau nama dari nama-nama Zat, dan menghadap dirinya ke arah Tauhid Haqiqi, iaitu menghadap kepada hakikat dan kenyataan dan meninggalkan makrifat yang lain, dan mengakui ketidakupayaan mutlak dari sebarang makrifat kecuali bukti bagi membuktikan yang diiyakan (ditsabitkan), yang menunjukkan kelalaian pada HUWA (Dia), dan mengetahui ketidakupayaan untuk mengenali-Nya, yang menunjukkan huruf  ‘wau’ (و) pada (هو) DIA. Dan tawajjuh ini adalah tawajjuh (menghadap) pada Nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung. Dan Nama ini adalah ibadah yang sebenar (Al-Haqiqiyah), dan adalah Tauhid yang Haqiqi, dan selain daripadanya adalah syirik dalam sesetengah martabat (makrifat) . 

Oleh itu, orang-orang yang menyembah Zat atau (Allah), pada nisbah martabat (tahap) seperti itu, adalah Musyrik (orang-orang yang mempersekutukan Allah) tanpa mereka sedari, mereka adalah seperti itu, apalagi yang lain dari mereka.. Dia Yang Maha, berfirman:

﴿وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللّهِ إِلاَّ وَهُم مُّشْرِكُونَ﴾

{Dan kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.} [27]

Oleh itu, Zat atau Allah mesti menjadi kiblat pada Kejadian dan Hakikat, maksudnya pada beribadah tidak lain daripada itu.

Dan untuk lebih jelas lagi saya katakan: Basmalah ada tiga nama, iaitu: Allah, Al-Rahman, Al-Rahim. Jadi, jika kita katakan bahawa Basmalah adalah pintu bagi Tauhid, maka nama-nama ini adalah pintu, dan dengannya Tauhid dikenali. Dan dengan itu, kita sekurang-kurangnya perlu membezakannya secara umum sempadan dan makna nama-nama ini.

Allah: ia adalah nama Zat Ketuhanan yang menghimpunkan semua Sifat Kesempurnaan, dan pada haqiqat, ia adalah sifat keseluruhan bagi sifat-sifat, kerana makna Allah: yang dicari kepadanya dalam memenuhi keperluannya Yang bertujuan untuk mengisi apa-apa kekurangan.dari semua aspek.

Al-Rahman: Ia adalah nama untuk Zat Ketuhanan, dan ia adalah sifat dari sifat kesempurnaan, dan ia adalah bersendiri dan melebur (fana’) kepada Allah dan Al-Rahman di Dunia dan Akhirat, tetapi dia lebih mengutamakan urusan Dunia kerana keluasan rahmat di dalamnya.

Al-Rahim: Ia adalah nama untuk Zat Ketuhanan, dan ia adalah sifat dari sifat Kesempurnaan, dan ia juga melebur (fana’) dalam Zat Ketuhanan, bermakna Allah, dan Al-Rahim dalam di Dunia dan Akhirat, tetapi lebih mengutamakan urusan akhirah, kerana aspek Rahmat yang bersangatan padanya, seperti yang telah saya jelaskan dalam [Kitab] Tafsir Al -Fatihah, sila semak.

Dan kedua-dua nama-nama atau sifat-sifat ini, Al-Rahman Al-Rahim: pada hakikatnya kedua-duanya adalah nama yang satu dan sifat yang satu, tidak ada pemisahan sebenar (haqiqi) atau perbezaan di antara keduanya, sebaliknya ia adalah dua wajah untuk satu hakikat rahmat, kerana keduanya adalah pintu Zat: Al-Rahman adalah pintu Zahir, dan Al-Rahim adalah pintu Batin.


Di sini kedua-dua nama disatukan dan tidak ada yang tinggal bagi kita kecuali kesatuan Al-Rahmah di sisi Allah atau Zat Ketuhanan. Dan ini tidak memerlukan pemilik Fitrah (sifat) yang baik dalam usaha atau carian atau penelitian untuk mengenaliNya. Maka Allah SWT apabila Dia adalah tempat berlindung dan datang kepada yang memerlukan, dan mereka yang kembali mencarinya atau yang dimaksudkannya adalah lemah pergantungannya lebih baik lebih utama bagi mereka dari melihat diri sendiri (Ananiyahnya atau ego) walaupun daripada satu sudut yang tersembunyi.

Jadi apa yang akan Allah berikan kepada orang ini, [yang mencari-Nya tetapi masih melihat diri sendiri], Apakah adil dan dia telah meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya? Dan adakah meletakkan perkara di tempatnya bermakna kamu memberikan senjata kepada orang yang akan membunuh kamu, bukankah dia seorang yang penzalim? Dan bagaimana pula dengan Penciptaan yang lain, walaupun Muhammad (S), penciptaan terbaik Allah SWT perlu menghadapi rahmat Allah SWT, maka datang kepadanya Yang Maha Suci Maha dengan kata-Nya:

(سبوح قدوس أنا رب الملائكة والروح سبقت رحمتي غضبي) فقال الرسول (ص): (اللهم عفوك عفوك)

(Maha Suci, Maha Kudus , Akulah Tuhan para malaikat dan Roh rahmatKu mendahului kemurkaanKu), maka Rasulullah (S) menjawab: (Ya Allah, (aku mohon) keampunanMu, keampunanMu ).

Abu Bashir telah bertanya Aba Abdillah (as), katanya:

(Semoga aku menjadi tebusan tuan: Berapa kalikah Rasulullah mikraj? Maka dia (as) mengatakan: Dua kali, maka Jibrail berhenti lalu berkata kepada bagibda: "Tunggu di sana Ya Muhammad, Kamu telah berhenti di tempat yang sebelumnya tidak ada malaikat atau nabi yang pernah berdiri sebelum Kamu. BahawaTuhanmu berdoa." Baginda (S) bertanya, "Wahai Jibril, bagaimana Dia berdoa?" Kata Jibrail, "Dia SWT menyebut, Maha Suci, Maha Kudus , Akulah Tuhan para malaikat dan Roh rahmatKu mendahului kemurkaanKu." Lalu baginda (S) bersabda, "Ya Allah, (aku mohon) keampunanMu, keampunanMu!" lalu (Imam (as)) mengatakan, seolah-olah Allah telah mengatakan: {Pada jarak dua busur panah atau lebih dekat.} Abu Bashir kemudian bertanya, "Semoga aku menjadi tebusan Tuan, apa jarak dua busur panah atau lebih dekat itu?” Dia (as) menjawab: "Ia adalah jarak antara hujung lengkungan dan kepala busur" kemudian dia (as) berkata, Di antara keduanya ada tabir yang bersinar dan beralun, dan tidak ku ketahui, sehingga dia berkata, Biru Kehijauan (zamrud). Dia melihat seukuran lubang jarum ke dalam apa yang Allah kehendaki dari cahaya Keagungan. Lalu Allah Tabarak Wa Ta’ala berfirman, “Ya Muhammad!" Baginda (S) menyahut, “Ya Tuhanku (Labaik)!" Dia SWT Berfirman, “Siapa bagi umatmu selepas Kamu? " Baginda (S) menyahut, "Allah lebih mengetahui." Dia SWT Berfirman, “Ali bin Abi Thalib, (akan menjadi) Amirul Mukminin, Ketua kaum muslimin (Syed Al-Muslimin), pemimpin golongan bercahaya anggota wuduk. " kemudian perawi berkata, Abu Abdullah berkata kepada Abu Bashir, " Wahai Abu Muhammad, demi Allah, tidak diberi Wilayah (kekuasaan) Ali (as) dari bumi tapi ia datang dari Langit secara lisan.") [28]


Dan mengapa baginda (Shalawat Allah ‘Alaih) meminta pengampunan? Apakah kerana kelemahannya? Atau kalimah baginda (shalawat Allah ‘alaih) sia-sia yang tidak bererti? Jauh dia dari itu semua! Kerana dia adalah nabi yang mulia dan bijaksana, yang terbaik dari anak-anak Adam (Shalawat Allah ‘Alaih). Dan mengapa rahmat Allah SWT itu mendahului murka-Nya? Dan mengapa Dia menghadapi Nabi-Nya yang mulia dengan kata-kata yang seseorang boleh merasakan bahawa ia diarahkan terhadap seseorang yang layak dimurkai, tetapi Allah ingin menghadapnya dengan Rahmah, selain itu , Allah SWT telah membuka bagi-Nya Pembukaan yang Nyata, dan Dia telah mengampuni dosanya kerana Dia berhak murka, dan Dialah Al-Ana, dan selain itu tetap tidak ada yang kekal melainkan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa,

﴿إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحاً مُبِيناً * لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطاً مُسْتَقِيماً﴾

{Sesungguhnya Kami telah membukakan kepadamu pembukaan yang nyata,* supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus,} [29]
         
Karena dengan kecacatan kegelapan dan ketiadaan, tanpanya tidak akan kekal kemanusiaan bagi manusia dan tidak ada yang kekal selain Allah Yang Maha Esa Maha Perkasa. Dan Muhammad (S), selepas pembukaan, terus beralun antara fana (binasa), maka tiada yang kekal selain Allah Yang Maha Esa Maha Perkasa, dan antara dia kembali ke Al-Ana dan keperibadian, maka baginda (Shalawat Allah ‘Alaih)  terhijab antara Penciptaan dan Al-Haq, dan dia adalah perantara (Al-Barzakh) antara Allah dan ciptaan-Nya. Jadi jika pemilik martabat agung ini masih berhajatkan dan harus menghadap dengan Al-Rahmah, apatah lagi yang lain daripada baginda (S)? Maka berkenaan dengan Penciptaan Allah yang akan berlindung dan datang kepadaNya, Dialah Al-Rahman Al-Rahim, bahkan ia haruslah seperti itu, jika tidak, mereka akan kembali kepada tiada apa-apa dan dirugikan karena kekurangan mereka.
Jadi, Allah dan Al-Rahman dinisbahkan pada kita adalah satu, bahkan ia adalah seperti itu pada hakikatNya, maka pintu atau Al-Rahman adalah Kota Kesempurnaan Ilahiyah, atau Allah, karena akan diketahui apa yang ada di dalamnya, dan akan menjelaskan dan menzahirkan darinya limpahan Ilahi kepada penciptaan. Dia SWT berfirman: 

﴿قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيّاً مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى﴾

{Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Al-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, bagiNya Al-Asmaaul Al-Husna (nama-nama yang terbaik)} [30]

Maka apa jelas kesatuan nama-nama ini pada Zat Ilahiyah (Zat ketuhanan), atau Allah, dan melebur di dalamnya, kita akan mengenal bahawa hanya Keesaan diyakini pada Zat Ilahiyah atau Allah SWT, dan ini adalah makna martabat pertama yang dimaksudkan dalam Tauhid, ia juga menyediakan kesatuan semua nama-nama dan sifat-sifat dalam Zat Ilahiyah atau Allah, suatu Keesaan yang sebenar. Ertinya, Allah adalah Satu, Esa dan menghimpun semua nama-nama dan sifat-sifat dalam ain ZatNya, dan dan bukannya gejala dari kesan ZatNya itu, dan bukan jauhar yang terkandung di dalamnya karena Dia adalah Allah Al-Rahman Al-Qadir (yang Berkuasa) ....... seperti firmanNya SWT:

﴿هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ * هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ * هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاء الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ﴾

{Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.* Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.* Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbih kepada-Nya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.} [31]

Dan pada hakikatnya bahawa martabat Tauhid ini tidak bebas dari syirik dalam apa jua martabat, pada dua arah:


Arah pertama: adalah kita tidak boleh tinggikan dari fikiran kita kebanyakan nama-nama yang melazimi Zat Ilahiyah dari sangkaan khayal, walaupun bilangannya agak besar. Allah adalah Al-Rahman, Al-Rahim, Al-Qadir (Yang Berkuasa) , Al-Jabbar (ysng Agung) , Al-Mutakabir (Yang Memiliki Kebesaran), Al-'Alim (Yang Mengetahui) , Al-Hakim (Yang Maha Bijaksana) ... Dan kemajmukan ini, walaupun ia tidak menafikan keesaan Zat Ilahiyah atau Allah, tetapi ia masih majmuk (banyak), dan ia membawa erti yang majmuk, oleh itu ia bertentangan dengan Tauhid tahap yang lebih tinggi daripadanya. Amirul Mukminin (as) berkata: (.. Awal agama adalah mengenal-Nya, dan kesempurnaan mengenal-Nya adalah mentashdiqnya (membenarkannya), dan kesempurnaan mentashdiq adalah mentauhidkanya, dan kesempurnaan –Tauhid adalah ikhlas kepada-Nya, dan kesempurnaan keikhlasan kepada-Nya adalah menafikan semua sifat-sifat daripada-Nya, untuk menyaksikan semua sifat berbeza ianya bukanlah yang disifatkankan." [32]


Arah kedua: ia adalah Arah Ketuhanan. Oleh kerana kita akan berlindung dan datang kepadanya kerana keperluan kita kepada Zat Ilahiyah, oleh itu hubungan kita dengan-Nya SWT tidak bebas - dan keadaan seperti ini - dari ketamakan dan berhajat mengisi kekurangan dari arah tertentu. Oleh itu, ibadahnya tidak ikhlas, tetapi ia mencari kesempurnaan dan mengisi kekurangan, dalam bentuk yang terbaik mengikut keadaan ini, ini dalam martabat syirik, kerana keikhlasan sebenar adalah menghindarkan pandangan dari yang lain daripadaNya SWT, termasuk dari Al-Ana (keakuan) atau diri sendiri, dan itu adalah lebih utama dan yang sepatutnya, tetapi, ia adalah asal pencarian. Oleh itu, Tauhid sebenar (Tauhid Haqiqi) dicapai selepas markifat fana’ melebur ke dalam semua nama-nama dan sifat-sifat pada Zat Ilahiyah. Kemudian fana’ Zat Ilahiyah dalam Hakikat iaitu fana’ uluhiyah dalam hakikatNya SWT. Dan untuk mencapai perkara ini hendaklah dengan fana’ pada Al-Ana dan keperibadian kemanusiaan supaya yang kekal hanyalah penyaksian pada Yang Ghaib SWT dari apa yang mereka sekutukan [33]. Dan jika terdapat lafaz untuk menunjukkannya maka (هو - Dia) adalah kata ganti ghaib - ketiga - (Dhamir Al-Ghaib), dan Haa’ (هاء) adalah untuk mengisbatkan yang sabit dan Wau untuk menghaibkan yang ghaib.[34]. Dan tawajjuh ini - yang dicapai daripada makrifat ini - adalah arah yang betul kerana ia (menghadap) mengarah ke arah Haqiqah dan kenyataan [Allah SWT]. Dan ini adalah Tauhid Hakiki, Tauhid Hakiki dan kenyataanNya atau Nama Yang Agung Yang Maha Agung, lagi Maha Teragung atau, atau Nama yang terlindung dan tersimpan, dan yang memancarkan dari dalaman kemanusiaan selepas fana’ (melebur) Al-Ana - Aku, dan Kekekalan Allah. Dan ini adalah martabat terakhir yang dimaksudkan dalam Tauhid, dan padanyalah yang ditunjukkan oleh Basmalah Al-Tauhid dan juga surah Al- Tauhid sebagaimana yang akan dijelaskan.


Dan kerana Basmalah Al-Tauhid adalah kunci Tauhid Haqiqi, dan ia adalah pintu dan tabir (hijab) Haqiqat dan kenyataan, dan kerana Tauhid adalah matlamat anak Adam, sebab itu terdapat kepentingan yang besar dalam membaca surah Al-Tauhid dalam solat wajib dan solat mustahab (sunat), dan dibaca sebelum tidur dan selepas bangun tidur, selepas solat wajib, dalam solat Washiyah, dan dalam doa Nasyi’ah ... Solat bagi ketua orang-orang Tauhid selepas Rasulullah (S), Ali (as) yang membaca Surah Al-Tauhid 200 kali. Jadi tidak berlalu hari bagi orang yang beriman tanpa membaca Surah Al-Tauhid, dan seolah-olah ia adalah pendamping Al-Fatihah, dan sebaik-baik pendamping.


Dan ketahuilah, bahawa tujuan dari matlamat (Tauhid) yang besar ini adalah makrifat pada Allah SWT, Ini adalah tujuan Allah menciptakan manusia yang mana sesiapa terlepas dari tujuan ini telah terlepas segala-galanya,

﴿وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴾

{Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.} [35]

Iaitu untuk mereka mengenali-[Ku]. Matlamat makrifah ini mestilah datang dari Tauhid untuk diyakini. Dan Tauhid Hakiki tidak dicapai dengan lafaz kata-kata dan makna sahaja, sebaliknya ia dicapai dengan beramal dan ikhlas kepada Allah SWT sehingga hamba itu menjadi wajah Allah Yang Maha Suci, di Bumi-Nya, atau Allah di dalam Penciptaan.


Untuk itu, demikianlah apa yang saya bentangkan: (Tauhid yang haqiqi adalah Tauhid Hakikat dan Kenyataan, atau Nama Yang Agung Yang Maha Agung, lagi Maha Teragung, atau Nama yang dilindungi, yang tersimpan, dan yang memancarkan dari dalaman kemanusiaan selepas fana’ (meleburnya) Al-Ana - Aku, dan Kekalnya Allah.).


✡✡✡✡✡


--------------------------------------------
[19] Surah Al-Hadid 57:13
[20] Dalam Kitab Al-Mutasyabihat: (Soalan 5: Adakah Basmalah dari Surah Al-Fatihah berbeza daripada Basmalah surah-surah lain dalam Al-Quran? Dan adakah Basmalah itu sebahagian daripada surah?
Jawapan: Basmalah Al-Fatihah adalah yang asal, dan Basmalah pada semua surah-surah dalam Al-Quran adalah gambaran sebahagian daripada Basmalah Al-Fatihah. Seluruh isi Quran adalah dalam Al-Fatihah dan Al-Fatihah adalah di dalam Basmalah Al-Fatihah, jadi setiap Basmalah dalam al-Quran ada di dalam Basmalah Al-Fatihah, dan Basmalah adalah salah satu dari ayat-ayat Al-Fatihah. Bagi Basmalah surah-surah yang lain, ia adalah sebahagian daripada surah tetapi bukan satu ayat dari ayat-ayat surah itu.
Ketiga-tiga nama (Allah, Al-Rahman dan Al-Rahim) dalam Ketuhanan (Al-Lahut), atau zat ketuhanan (Al-Zhat Al-Ilahiyah), Dia adalah tunggak (Arkaan) nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung bagi (Dia). Dan tiga nama bagi Kota Kesempurnaan Ketuhanan (Madinat Al-Kamaalaat Al-Ilahiyyah) Allah. Dia ada pintu zahir dan batin: (Al-Rahman Al-Rahim.)
Dan ketiga-tiga nama dalam penciptaan adalah: Muhammad, Ali dan Fatimah, atau Muhammad adalah kota ilmu dan pintunya yang zahir dan batin adalah Ali dan Fatimah. 
Dan ketiga-tiga nama ini adalah: tunggak (Arkaan) nama Teragung Lagi Teragung (Allah, Al-Rahman, Al-Rahim):
{Katakanlah: "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (ia adalah sama); bagiNya adalah nama yang terbaik."}   Dan ketiga-tiga nama (Muhammad, Ali dan Fatimah) adalah nama Teragung. Maka Muhammad adalah dari Allah, dan dia adalah kitab Allah, bahkan, dia adalah Allah pada penciptaan. Dan Ali dan Fatimah adalah dari rahmat Allah, maka mereka adalah Al-Rahman dan Al-Rahim.
[وَوَهَبْنَا لَهُمْ مِنْ رَحْمَتِنَا وَجَعَلْنَا لَهُمْ لِسَانَ صِدْقٍ عَلِيّاً]  
{Dan Kami berikan kepada mereka dari rahmat Kami dan Kami jadikan bagi mereka lidah kebenaran, Aliyyan (yang tinggi).}
Dan Basmalah Al-Fatihah adalah hakikat, dan Basmalah dalam setiap surah lain adalah gambaran tidak lengkap daripada Basmalah Al-Fatihah, sebaliknya, ia hanya menggambarkan hanya satu sudut darinya. Seolah-olah Basmalah Al-Fatihah adalah pusat yang dikelilingi oleh cermin-cermin di mana setiap satu daripada cermin-cermin ini menggambarkan imej dari sisi yang berbeza dari cermin yang lain, dan pada masa yang sama semua surah ada persamaan yang menggambarkan satu Kebenaran, dan surah-surah ini adalah surah setara dengan kebenaran juga kerana ia menggambarkannyaa dari sudut tertentu.
Jadi jika saya memberi anda contoh Al-Quran, anda akan mendapati bahawa Basmalah Al-Fatihah adalah tempat berkisar (rujukan) semua surah-surah yang lain, bahkan, Taurat, Injil dan segala yang dibawa oleh para nabi dan rasul as. Basmalah Al-Fatihah adalah risalah (mesej), kekuasaan (Wilayah), permulaan, dan penamat.)
[21] Akan diperincikan lagi kemudian, Insya Allah.
[22] Surah Al-Baqarah 2:189
[23] Surah Al- Israa ' 17:110
[24] Tidak ada percanggahan antara Perkasa (Penakluk) dan Rahmah, ketika Penakluk (Al-Qahhar) adalah demi mencapai Keadilan, ia benar-benar dari Rahmah dan bukan sesuatu yang lain . Dan tidak disangka bahawa ada orang beriman yang meragukan penaklukanNya SWT untuk mencapai Keadilan atau Kebijaksanaan dalam istilah, maka PenaklukkanNya terhadap penindas adalah keadilan bagi yang tertindas dan mencapai keadilan. Dan dengan demikian, itu akan kembali kepada Rahmah dan kematian manusia, adalah dikaitkan dengan penaklukan -Nya SWT, karena jika bukan karana [kematian manusia] orang beriman akan kekal di dunia ini setelah mengetahui hakikat dan setelah itu terkena kepadanya [dan karenanya] ia akan merasakan sakit di dunia ini, atau orang beriman yang tua, atau orang beriman yang sangat menderita dalam tubuhnya, akan terus menderita dan akan [tetap] terus menghadapi meneruskan kengeriab\n di dunia ini karena ketidakmampuan jasadnya. Oleh karena itu, kematian adalah Rahmah, bahkan, siapa pun yang memahami dan merenungkan atas kata-kata saya akan mengetahui bahawa kematian jasmani kebendaan, pada kenyataannya, adalah hidup dan kenaikan, oleh itu, kematian bagi orang beriman adalah rahmat dalam dan atas segala hal.
[25] Sumber: Mafatih Al-Jinan
[26] Basa'ir Al-Daragat - oleh Al-Shaffar: halaman 81
[27] Surah Yusuf 12:106
[28] Al-Kafi: Jilid 1, halaman 442
[29] Surat Al-Fath 48:1-2
[30] Surat Al-Isra' 17:110.
[31] Surat Al-Hasyr 59:22-24
[32] Nahjul Balaghah - , jilid 1, halaman 39
[33] Dan disebabkan inilah Allah menciptakan manusia, kerana manusia adalah gambaran Al-Lahut (Tuhan), sehingga janganlah seorang hamba hilang peluangnya dan mengatakan (maqam ini terhijab dari ku [bererti tidak mungkin aku boleh mencapai maqam ini]). Sebaliknya, kebenaran adalah Aku berkata kepadamu: ia adalah pintu yang terbuka untuk semua orang dan tidak akan ditutup sampai munculnya hari kiamat, dan yang kalah adalah yang hilang peluangnya.
[34] kata ganti ghaib (ganti nama ketiga) merujuk kepada yang tidak hadir, dan kata ganti ghaib itu tidaklah mutlak tidak dikenali, dan itulah sebabnya kata ganti ghaib meskipun disebutkan secara terperinci, menunjukkan terhadap adanya secara ghaib dan membuktikan [kewujudanNya].
[35] Surah Al-Zhariyat 51:56


✡✡✡✡✡


Sebelum ✡✡  Kandungan Kitab ✡✡ Selepas








Jumaat, 29 Disember 2017

Pengenalan

Pengenalan
مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

الحمد لله رب العالمين، مالك الملك، مجري الفلك، مسخر الرياح، فالق الإصباح، ديّان الدين، رب العالمين


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Raja segala raja, Dia yang menetapkan perjalanan bintang-bintang, dan memanfaatkan angin dan yang menyingsingkan pagi, dan menetapkan agama. Tuhan sekalian alam.

الحمد لله الذي من خشيته ترعد السماء وسكانها، وترجف الأرض وعمّارها، وتموج البحار ومن يسبح في غمراتها.

Segala puji bagi Allah, yang takut padaNya gemuruh dari langit dan penghuninya, dan bergoncang bumiNya dan bergegar bangunannya, dan bergelora lautNya dan yang berenang di kedalamannya.

الحمد لله الذي هدانا لهذا وما كنا لنهتدي لولا أن هدانا الله، وعرفنا علم الكتاب بفضله ومنه وجعل لنا نوراً نستغني به و نسير به في الناس .

Segala puji tertentu bagi Allah yang memberi hidayah pada kita ini. Da tidaklah kita mendapat hidayah jika kita tidak diberi hidayah oleh Allah, dan mengenalkan kita ilmu al-Kitab dan dilebihkanNya dengannya, dan Dia menjadikan kita cahaya yang memperkayakan diri kita dan menyebarnya di kalangan manusia

﴿وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحاً مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلا الْأِيمَانُ وَلَكِنْ جَعَلْنَاهُ نُوراً نَهْدِي بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ﴾

{Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.} [1],

Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan kebenaran, dan Allah telah memenuhi janji-janji-Nya, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji-Nya.

والصلاة والسلام على محمد وآل محمد الطيبين الطاهرين، اللهم صل على محمد وعلى آل محمد الفلك الجارية في اللجج الغامرة يأمن من ركبها ويغرق من تركها المتقدم لهم مارق والمتأخر عنهم زاهق واللازم لهم لاحق.

Dan Selawat dan Salam atas Muhammad dan Keluarga Muhammad yang baik-baik dan Suci, Ya Allah selawatkanlah (sanjung pujilah) atas Muhammad, dan keluarga Muhammad, bintang-bintang yang beredar berterusan dalam kemelut hangat yang mengaman selamat sesiapa yang menaikinya, dan hanyut lemas tengggelamlah sesiapa yang meninggalkannya. Akan musnah sesiapa yang mendahuluinya, dan yang tertinggal di belakang mereka akan sesat, dan yang mematuhi mereka bertahan.

Dan selawat Allah ke atas api dan ke atas orang-orang yang di dalam api dan yang di sekelilingnya api, dan berkat Allah Tuhan sekalian alam

﴿فَلَمَّا جَاءَهَا نُودِيَ أَنْ بُورِكَ مَنْ فِي النَّارِ وَمَنْ حَوْلَهَا وَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ﴾

{Maka tatkala dia tiba di (tempat) api itu, diserulah dia: "Bahawa telah diberkati orang-orang yang berada di dalam api itu, dan orang-orang yang berada di sekitarnya. Dan Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam".} [2].

Dan selawat Allah ke atas air, dan ke atas taman-taman dan ke atas pokok-pokok yang diberkati di dalamnya, berkat Allah Tuhan sekalian alam

﴿وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً بِقَدَرٍ فَأَسْكَنَّاهُ فِي الْأَرْضِ وَإِنَّا عَلَى ذَهَابٍ بِهِ لَقَادِرُونَ * فَأَنْشَأْنَا لَكُمْ بِهِ جَنَّاتٍ مِنْ نَخِيلٍ وَأَعْنَابٍ لَكُمْ فِيهَا فَوَاكِهُ كَثِيرَةٌ وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ * وَشَجَرَةً تَخْرُجُ مِنْ طُورِ سَيْنَاءَ تَنْبُتُ بِالدُّهْنِ وَصِبْغٍ لِلْآكِلِينَ﴾

{Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya.* Lalu dengan air itu, Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur; di dalam kebun-kebun itu kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagian dari buah-buahan itu kamu makan,* dan pohon kayu keluar dari Thursina (pohon zaitun), yang menghasilkan minyak, dan pemakan makanan bagi orang-orang yang makan.} [3].

                                                                         
Dan selawat Allah ke atas negeri-negeri yang dilimpahkan berkat, dan keberkatan ke atas negeri-negeri yang berdekatan

﴿وَجَعَلْنَا بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ الْقُرَى الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا قُرىً ظَاهِرَةً﴾

{Dan Kami jadikan antara mereka dan antara negeri-negeri yang Kami limpahkan berkat kepadanya beberapa negeri yang berdekatan.} [4].

Seolah-olah saya melihat beberapa orang yang jahil yang mendakwa membaca baris-baris ilmu dalam buku ini dan mengatakan bahawa ini adalah syirik dan ini adalah kufur, dan mereka tidak membezakan antara kerak (kulit) dan teras dan antara batu dengan permata, dan aku berlindung kepada Allah dari keakuanku (Al-Ana), hamba yang fakir yang serba kurang mengharap rahmat Tuhannya, hamba yang miskin dan mengharapkan limpahan antara Tangan-tangan Tuhannya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah Keesaannya dan tidak ada sekutu bagiNya.Tuhan Yang Satu, Tempat HambaNya bergantung, Yang tidak mempunyai sahabat tidak juga anak, BagiNya Uluhuiyah Mutlak, dan BagiNya Rububiyah Mutlak, BagiNya penciptaan dan BagiNya Perintah dan Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan. Dan bahawa Muhammad (S). penciptaan terbaik Allah, penciptaan pertama, dan akal yang pertama, dia adalah hamba Allah (Abdullah) dan Rasul-Nya kepada seluruh penciptaanNya daripada manusia, malaikat, jin, dan apa yang diketahui dan apa-apa yang tidak diketahui.

Sesungguhnya dibebankan Para Nabi dan Aushiak ke atas mereka selawat Tuhanku, dalam menerangkan, dua perkataan dari Makrifah dan Tauhid dan tidak ada yang menerimanya dari mereka, kecuali sebahagian anak-anak Adam, selepas yang itu dan yang ini. Dan apa yang diperlukan hari ini, dan apa yang akan dicapai esok, yang akan disimpulkan kepadanya adalah menjelaskan dua puluh tujuh huruf dari Makrifah dan Tauhid.

عن أبي عبد الله (ع)، قال: (العلم سبعة وعشرون حرفاً، فجميع ما جاءت به الرسل حرفان فلم يعرف الناس حتى اليوم غير الحرفين، فإذا قام قائمنا أخرج الخمسة والعشرين حرفاً فبثها في الناس، وضم إليها الحرفين حتى يبثها سبعة وعشرين حرفاً)

Dari Abi Abdullah (as), beliau berkata: (Ilmu ada dua puluh tujuh huruf. Maka semua yang datang pada rasul adalah dua huruf, dan tidak mengenal manusia sehingga hari ini selain daripada kedua-dua huruf itu. Dan apabila bangkit Qaim kita, dia membawa keluar dua puluh lima huruf dan dia menyebarkannya kepada manusia, dan termasuk dua huruf tersebut, supaya dia menyebarkannya dua puluh tujuh huruf) [5].


Makrifah dan Tauhid yang dibolehkan untuk anak-anak Adam adalah dua puluh lapan huruf, satu huruf daripadanya adalah khusus untuk keluarga Muhammad (as) dan ia adalah rahsia mereka, sesuatu yang diperintahkan kepada mereka tidak terjangkau oleh manusia dan tidak terpikul oleh manusia. 

Dari Ahmad bin Muhammad, dari Muhammad bin Al-Husain daripada Mansur bin Al-'Abbas daripada Safwan bin Yahya dari 'Abdallah bin Maskan dari Muhammad bin 'Abd Al-Khaliq dan Abi Basir yang telah berkata.

Abu Abdullah (as) berkata: (Wahai Aba Muhammad, pada kami ada rahsia dari rahsia Allah dan ilmu dari ilmu Allah.Demi Allah, tiada mampu malaikat yang hampir kepada Allah menanggungnya, tidak pada nabi yang menjadi rasul dan tidak juga orang beriman yang telah diuji Allah hatinya dengan iman. Demi Allah, tidak dikehendaki Allah sesiapa memikulnya yang selain kami dan tidak pula beribadat kepada-Nya sesiapa pun selain kami.

Pada kami ada satu rahsia dari rahsia Allah dan ilmu dari ilmu Allah, kami diperintahkan Allah dengan penyampaianNya, maka sampailah kepada Kami dari Allah Azza Wa Jalla, apa yang kami diperintahkan dengan penyampaianNya. Maka tidak dapat diusahakan untuk melaksanakannya dan tidak di alu-alukan dan tidak terbawa untuk bertahan dengannya sehingga Allah menciptakan baginya sesuatu kaum, diciptanya daripada tanah yang darinya dicipta Muhammad dan Keluarganya dan keturunannya (as) dan dari cahaya yang darinya Allah telah cipta Muhammad dan keturunannya, Dia menjadikan mereka dengan limpah rahmatNya yang dengannya Dia telah menjadikan Muhammad dan keturunannya. Maka kami sampaikanlah dari Allah apa yang kami diperintahkan dengan menyampaikannya, maka diterimanya dan menanggungnya. [maka mereka menerimanya dari kami dan mereka menanggungnya]. Maka disampaikan kepada mereka peringatan kami, maka hati mereka cenderung untuk mengenali kami dan percakapan kami, Sekiranya mereka tidak diciptakan dari ini mereka tidak akan menjadi seperti itu, Tidak, demi Tuhan, mereka tidak dapat menanggungnya

Kemudian dia (as) berkata: (Allah mencipta kaum-kaum tertentu untuk Jahanam dan api Neraka. Maka diperintahkan kami untuk menyampaikan kepada mereka seperti yang telah kami sampaikan kepada mereka, dan kepada orang-orang yang kemudian seolah-olah menjijikkan dan hati mereka merasakan kebencian dan mereka menolaknya dari kami, tidak mengakuinya dan mendustakanya dan mereka berkata, "ahli sihir pendusta." Allah akan mengecap ke atas hati mereka dan menjadikan mereka lupa. Allah kemudian membuka lidah mereka dengan beberapa kebenaran. Oleh itu, mereka bercakap mengenainya tetapi hati mereka berada dalam penafian. Dia menggunakannya dalam mempertahankan rakan-rakannya dan orang-orang yang taat kepadanya. Kalaulah tidak ada hamba Allah di muka bumiNya. Maka diperintahkan kami untuk menghentikan mereka, menutup dan menyembunyikan mereka. Maka disembunyikan dari yang diperintahkan Allah dengan menghentikan darinya dan ditutup yang diperintahkan Allah dengan tutupan dan disembunyikan darinya.

Dia berkata: Kemudian dia (as) mengangkat tangannya dan menangis dan berdoa (Ya Allah, ini adalah satu kumpulan yang sangat kecil. Jadikanlah kehidupan kami seperti kehidupan mereka dan kematian kami seperti kematian mereka. Janganlah jadikan kami dikuasai oleh mereka musuh-musuhMu yang menyebabkan kami mengeluh dengan mereka. Jika Engkau biarkan kami disakiti oleh mereka tidak akan ada yang menyembah Engkau di bumiMu selamanya. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarganya salam dan keselamatan) [6].

Dan dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: (Urusan kami adalah rahsia dari rahsia Allah, dan ia adalah rahsia yang tersembunyi, dan tiada yang berdasarkan rahsia selain rahsia, dan rahsia di atas rahsia, dan rahsia yang bertudungkan rahsia) [7].

Dan Abu Ja'far (as) berkata: (Bahawa urusan kami ini tersembunyi, ditutup oleh Perjanjian [8], sesiapa yang melanggar, nescaya Allah akan menghinanya) [9].

Dan Abu Abdillah (as) berkata: (Bahawa urusan kami tersembunyi, ditutup oleh Perjanjian, sesiapa yang melanggar, nescaya Allah akan menghinanya) [10].

Dan Abu Abdillah (as) berkata: (Bahawa urusan kami adalah kebenaran, dan kebenaran dalam kebenaran, dan ia zahir dan batin kepada batin, dan ia adalah rahsia, dan rahsia kepada rahsia, dan rahsia yang tersembunyi, dan rahsia bertudung oleh rahsia) [11].

Dan dua puluh lapan huruf dari ilmu dan makrifah ini adalah seperti bilangan kedudukan bulan, empat belas bulan dan empat belas bulan sabit dalam sebulan, dan ianya adalah hujjah-hujjah Allah (hujjaj Allah) dan Kalimah-Nya yang dikurniakan oleh Allah kepada sekelian alam, dan Haji Akbar (haji dan umrah di musim haji).

Empat belas hari-hari dalam bulan adalah: (Muhammad, Ali, Fatima, Al-Hasan, Al-Husein, Ali, Muhammad, Ja'far, Musa, Ali, Muhammad, Ali, Al-Hasan, dan Muhammad (selawat Allah atas mereka).

Adapun hari-hari bulan sabit, mereka adalah: (dua belas Mahdi, yang pertama daripada mereka mempunyai dua maqam, Maqam Risalah dan Maqam Wilayah, maka ianya akan menjadi tiga belas dan dengan anak perempuan Fatimah Az-Zahra' (as), jadi mereka akan menjadi empat belas).

Dan hari-hari bulan sabit (menurun) dari mereka adalah tanda-tanda Al-Saah dan Al-Qiamah

﴿يَسْأَلونَكَ عَنِ الْأَهِلَّةِ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ وَلَيْسَ الْبِرُّ بِأَنْ تَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ ظُهُورِهَا وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنِ اتَّقَى وَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَابِهَا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ﴾

{Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: "Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan haji; Dan bukanlah kebajikan memasuki rumah-rumah dari belakangnya, akan tetapi kebajikan itu ialah kebajikan orang yang bertakwa. Dan masuklah ke rumah-rumah itu dari pintu-pintunya; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung.} [12].

Dan hari baki bulan adalah hari ketiadaan bulan sabit dan bulan-bulan, dan ia adalah di sisi Allah seribu tahun dan beberapa ribu tahun 

﴿يُدَبِّرُ الْأَمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الْأَرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ﴾

{Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu} [13].

Dan ia adalah bersamaan dengan ketiadaan Imam Al-Mahdi (as) seperti yang diketahui, kerana dia perlu ghaib pada suatu hari dan beberapa hari untuk mencukupkan Kalimah Allah [14],

﴿وَلَوْلا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِنْ رَبِّكَ لَكَانَ لِزَاماً وَأَجَلٌ مُسَمّىً﴾

{Dan sekiranya tidak ada suatu ketetapan dari Allah yang telah terdahulu atau tidak ada ajal yang telah ditentukan, pasti (azab itu) menimpa mereka.} [15],
Dan cukuplah hari-hari Allah dengan tibanya hari terakhir.

Pada hari ini dan beberapa hari (hari Keghaiban Al-Ghaibah) mewakili huruf tersembunyi dan dilindungi di sisi Allah, yang tidak keluar daripada-Nya kepada selain-Nya, dan tidak mengetahuinya suatu pun  dari ciptaan-Nya, dan ia adalah rahsia Keghaiban pada Hakikat dan kenyataan, dan ia adalah wau (و) pada Huwa (هو - Dia). Adapun untuk Ha' (ه) pada Huwa (هو - Dia), ia adalah dua puluh lapan huruf yang tidak ada yang tahu sepenuhnya kecuali bagi keluarga Muhammad (as), dan ia adalah rahsia mereka seperti yang dinyatakan sebelum ini. Maka apa yang dituntut - adalah Tauhid Hakiki – Makrifat Ism Al-A’dzam (nama Teragung), tujuh puluh dua huruf [16],

Ia adalah batin (dalaman) daripada dua puluh lapan huruf [17], supaya dengannya hamba mengetahui bahawa dia tidak berupaya mengenal baki huruf yang tinggal, oleh itu tidak akan tinggal selain (ilmu) Makrifat yang dibenarkan. Maka jika saudara hanya mengenal – 3 huruf - م ح م  (MHM) dari nama Muhammad (محمد), bolehkah dikatakan saudara mengenal Muhammad? Atau dikatakan saudara tidak mengenal Muhammad? Bahkan akhirnya, huruf yang tidak diketahui dari nama itu dan tidak akan mengenal nama itu kecuali dengan kesemua huruf-hurufnya.

Dan segala puji bagi Allah yang menurunkan Taurat, Injil dan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu, akan menghidupkan mereka yang hidup dari keterangan itu dan membinasakan mereka yang binasa dari keterangan itu

﴿سَيَقُولُ الَّذِينَ أَشْرَكُوا لَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا أَشْرَكْنَا وَلا آبَاؤُنَا وَلا حَرَّمْنَا مِنْ شَيْءٍ كَذَلِكَ كَذَّبَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ حَتَّى ذَاقُوا بَأْسَنَا قُلْ هَلْ عِنْدَكُمْ مِنْ عِلْمٍ فَتُخْرِجُوهُ لَنَا إِنْ تَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ أَنْتُمْ إِلَّا تَخْرُصُونَ * قُلْ فَلِلَّهِ الْحُجَّةُ الْبَالِغَةُ فَلَوْ شَاءَ لَهَدَاكُمْ أَجْمَعِينَ * قُلْ هَلُمَّ شُهَدَاءَكُمُ الَّذِينَ يَشْهَدُونَ أَنَّ اللَّهَ حَرَّمَ هَذَا فَإِنْ شَهِدُوا فَلا تَشْهَدْ مَعَهُمْ وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآياتِنَا وَالَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ وَهُمْ بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ﴾

{Orang-orang yang mempersekutukan Tuhan, akan mengatakan: "Jika Allah menghendaki, niscaya kami dan bapak-bapak kami tidak mempersekutukan-Nya dan tidak (pula) kami mengharamkan barang sesuatu apapun". Demikian pulalah orang-orang sebelum mereka telah mendustakan (para rasul) sampai mereka merasakan siksaan Kami. Katakanlah: "Adakah kamu mempunyai sesuatu pengetahuan sehingga dapat kamu mengemukakannya kepada Kami?" Kamu tidak mengikuti kecuali persangkaan belaka, dan kamu tidak lain hanyalah berdusta. Katakanlah: "Allah mempunyai hujjah yang jelas lagi kuat; maka jika Dia menghendaki, pasti Dia memberi petunjuk kepada kamu semuanya." Katakanlah: "Bawalah kemari saksi-saksi kamu yang dapat mempersaksikan bahwasanya Allah telah mengharamkan (makanan yang kamu) haramkan ini" Jika mereka mempersaksikan, maka janganlah kamu ikut pula menjadi saksi bersama mereka; dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, sedang mereka mempersekutukan Tuhan mereka.} [18].

والحمد لله وحده.
Dan segala puji bagi Allah dan Keesaannya.


Yang berdosa dan uang lemah

Ahmad Al-Hasan



-----------------------------
[1]. Surah Al-Syura (42): 52.
[2]. Surah An-Naml (27): 8.
[3]. Surah Al-Mu'minuun ( 23): 18-20.
[4]. Surah Saba ' (34): 18.
[5]. Bihar Al-Anwar: H 52, Hal. 336.
[6]. Al-Kafi- Al-Al-Kulaini: J 1, Hal. 402.
[7]. Basa'ir Ad-Darajat: Hal. 48.
[8]. Saudara akan mendapati maklumat lanjut mengenai Perjanjian dan Al-Hajar (Batu) di mana Perjanjian itu terdapat dalam Lampiran 5.
[9]. Basa'ir Al-Darajat: Halaman 48.
[10]. Basa'ir Al-Darajat: Halaman 48.
[11]. Basa'ir Al-Darajat-Muhammad Bin Al-Hasan As-Shaffar: Hal. 48.
[12]. Surah Al-Baqarah (2): 189.
[13]. Surah Al-Sajadah (32): 5.    
[14]. Perkataan ini, jika ia datang ke alam ini, ia akan menjadi hakim di antara orang-orang yang benar dan dusta dengan kebenaran dan keadilan, jadi ia adalah satu syarat untuk penghakiman ini, dan ia adalah janji yang Allah janjikan kepada semua nabi-nabi dan Aushiak terdahulu,
(وَلَقَدْ سَبَقَتْ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا الْمُرْسَلِينَ)
(Dan sesungguhnya telah tetap janji Kami kepada hamba-hamba Kami yang menjadi rasul,) [Surah Al-Shaffat (37):171].
(وَمَا كَانَ النَّاسُ إِلاَّ أُمَّةً وَاحِدَةً فَاخْتَلَفُواْ وَلَوْلاَ كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ فِيمَا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ)
(Manusia dahulunya hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih. Kalau tidaklah karena suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulu, pastilah telah diberi keputusan di antara mereka, tentang apa yang mereka perselisihkan itu.) [Surah Yunus (10):19].
(وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ فَاخْتُلِفَ فِيهِ وَلَوْلاَ كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّهُمْ لَفِي شَكٍّ مِّنْهُ مُرِيبٍ)
(Dan sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab kepada Musa, lalu diperselisihkan tentang Kitab itu. Dan seandainya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Tuhanmu, niscaya telah ditetapkan hukuman di antara mereka. Dan sesungguhnya mereka dalam keraguan yang menggelisahkan terhadap Al Quran.) [Surah Hud ( 11):110], Surah Fushshilat (41): 45.
(وَمَا تَفَرَّقُوا إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءهُمُ الْعِلْمُ بَغْياً بَيْنَهُمْ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى لَّقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الَّذِينَ أُورِثُوا الْكِتَابَ مِن بَعْدِهِمْ لَفِي شَكٍّ مِّنْهُ مُرِيبٍ)        
(Dan mereka tidak berpecah belah, kecuali setelah datang pada mereka ilmu pengetahuan, karena kedengkian di antara mereka. Kalau tidaklah karena sesuatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulunya (untuk menangguhkan azab) sampai kepada waktu yang ditentukan, pastilah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang diwariskan kepada mereka Al-Kitab sesudah mereka, benar-benar berada dalam keraguan yang menggoncangkan tentang kitab itu.) [Surah Al-Syura (42):14]
Kalimah ini adalah Al-Qa'im Al-Mahdi (as) dan hukuman yang beliau iringi, dan kedatangannya membawa dua puluh lapan huruf pengetahuan untuk menyebarkan dua puluh tujuh di kalangan manusia untuk mereka mengetahui Ketidakupayaan untuk mengenal huruf terakhir atau makrifah Realiti dan hakikat dan Al-Qa'im mesti datang selepas akhir beberapa hari terakhir, supaya kedatangannya berada dalam masa yang Allah perintahkan dalam hari terakhir bulan Allah, yang bermakna pada akhir zaman
(قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ * إِلَى يَومِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ)
((Allah) berfirman: "maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh,* sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan,) Surah Al-Hijr 15): 37-38, Hari terakhir, hari ghaib yang melambangkan huruf tersembunyi dan dilindungi.
Imam Al-Mahdi mestilah ghaib dan tidak muncul sehingga kalimah Allah selesai, dan Al-Qa'im akan membawa urusan itu dari anaknya dalam Alam Jasmani (dunia) ini, sehingga Al-Mahdi mampu untuk menunjukkan seruannya dengan kehadiran waris dan hukuman yang menemaninya, jadi Al-Qa'im adalah kalimah Allah dan hukuman di mana Allah membalas kepada musuh-musuh-Nya dan musuh-musuh para nabi dan Aushiak, dan dia adalah janji Allah kepada nabi-nabi-Nya iaitu kemenangan mereka pada akhirnya, dan dia sendiri akan menghukum dan pertolongan yang terhad yang menyertai dakwah mereka sebelum ini, dan dia akan menjadi hukuman dan kemenangan yang paling besar yang Allah janjikan kepada mereka di akhir zaman dari hari hari-hari Allah
(وَلَقَدْ سَبَقَتْ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا الْمُرْسَلِينَ * إِنَّهُمْ لَهُمُ الْمَنصُورُونَ * وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ الْغَالِبُونَ * فَتَوَلَّ عَنْهُمْ حَتَّى حِينٍ * وَأَبْصِرْهُمْ فَسَوْفَ يُبْصِرُونَ * أَفَبِعَذَابِنَا يَسْتَعْجِلُونَ * فَإِذَا نَزَلَ بِسَاحَتِهِمْ فَسَاء صَبَاحُ الْمُنذَرِينَ)
(Dan sesungguhnya telah tetap janji Kami kepada hamba-hamba Kami yang menjadi rasul, (yaitu) sesungguhnya mereka itulah yang pasti mendapat pertolongan. Dan sesungguhnya tentera Kami itulah yang pasti menang, Maka berpalinglah kamu (Muhammad) dari mereka sampai suatu ketika. Dan lihatlah mereka, maka kelak mereka akan melihat (azab itu). Maka apakah mereka meminta supaya siksa Kami disegerakan? Maka apabila siksaan itu turun dihalaman mereka, maka amat buruklah pagi hari yang dialami oleh orang-orang yang diperingatkan itu.) Surah Al-Shaffat (37): 171-177.
[15]. Surah Tha ha (20): 129.
[16]. Dalam martabat Kenyataan dan Hakikat atau Nama Teragung, Yang Teragung lagi Maha Teragung,
Dari Abu Ja'far (as), beliau berkata: (Nama Allah Yang Teragung mempunyai tujuh puluh tiga huruf. Salah satu huruf tersebut terdapat pada Ashif (bin Barkhiyah). Dengannya dia bercakap di bumi antara beliau dan takhta Ratu Balqis dari ditenggelamkan sehingga dia boleh membawa takhta itu dengan tangan dan kemudian tanah itu kembali lebih cepat daripada sekelip mata, Di sisi kami ada Nama Yang Teragung yang terdapat tujuh puluh dua huruf bersama kami. Satu ada di sisi Allah Ta’ala sumbanganNya pada ilmu ghaib di sisiNya. Dan tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi, lagi Maha Agunf) Al-Kafi: Jilid 1, Halaman 230.
Dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: (Bahawa Isa Ibn Mariam (as) diberikan dua huruf dan dia telah beramal dengannya. Empat huruf telah diberikan kepada Musa. Lapan huruf telah diberikan kepada Ibrahim. Lima belas huruf telah diberikan kepada Nuh. Dua puluh lima huruf telah diberikan kepada Adam. Sesungguhnya Allah, Yang Maha Tinggi, menggabungkan kesemuanya untuk Muhammad (S). Nama Allah Yang Teragung mempunyai tujuh puluh tiga huruf. Tujuh puluh dua huruf yang diberikan kepada Muhammad (S) dan Dia menghijab satu huruf) Al-Kafi: V1, Halaman 230.
Dari Ali bin Muhammad al-Naufali telah berkata bahawa dia mendengar Abi Al-Hasan Shahib Al-'Askari (as) mengatakan yang berikut: (Nama Allah Yang Teragung mempunyai tujuh puluh tiga huruf. Terdapat hanya satu huruf pada Ashif (bin Barkhiyah). Dengannya dia bercakap pada tanah dan ditebuk tanah antara dia dan Saba’, mengambil singgahsana Ratu Balqis dan dia telah persembahkan kepada Sulaiman. Tanah itu kemudian kembali kepada keadaan asal dalam tempoh kurang dari sekelip mata. Terdapat tujuh puluh dua dari huruf di sisi kami. Satu huruf pada Allah yang Dia telah menyimpannya dalam Ilmu ghaib) Al-Kafi: Jilid1, Halaman
[17]. Dalam Martabat Al-Zhat Au Al-Ism Al-A’dzam Al-A’dzam Al-A’dzam
[18]. Surah Al-An'am (6): 148-150.



✡✡✡✡✡




Sebelum ✡✡  Kandungan Kitab ✡✡ Selepas