Kitab Tauhid: Tafsir Surah Al-Tauhid
بسم الله الرحمن الرحيم
﴿ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ * اللَّهُ
الصَّمَدُ * لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ * وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُواً أَحَدٌ ﴾
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
1. Katakanlah: "DIAlah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk
memohon sebarang hajat;
3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa
denganNya".
Basmalah Tauhid
Basmalah adalah pintu Kitab, kerana ia mempunyai luaran
(Zahir) dan dalaman (Batin). Dia, Subhananu wa Taala,
berfirman:
﴿يَوْمَ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ لِلَّذِينَ
آمَنُوا انْظُرُونَا نَقْتَبِسْ مِنْ نُورِكُمْ قِيلَ ارْجِعُوا وَرَاءَكُمْ
فَالْتَمِسُوا نُوراً فَضُرِبَ بَيْنَهُمْ بِسُورٍ لَهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ
الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِنْ قِبَلِهِ الْعَذَابُ﴾
{Pada hari ketika
orang-orang munafik lelaki dan perempuan akan berkata kepada orang-orang yang
beriman: Tunggulah kami, supaya kami boleh mendapat cahaya daripada cahaya
kamu, ia akan berkata: "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya
(di sana)",. serta diadakanlah di antara mereka sebuah pagar (tembok) yang
mempunyai pintu, di sebelah dalamnya (batinnya) mengandungi rahmat, dan di
sebelah luarnya (zahirnya), dari situ terdapat azab seksa} [19]
Pagar (Suur) itu atau pintu adalah pagar Tauhid, sesiapa yang masuk
dengan Basmalah ke dalam Kitab, hendaklah melengkapinya dengan batin Basmalah,
ia adalah rahmat itu (Al-Rahman, Al-Rahim - Yang Maha Pemurah, lagi Penyayang).
Dan sesiapa yang berada di luar di mana kegelapan wujud, dia hendaklah
menghadapinya dengan Basmalah Zahir, dan itu adalah pembalasan (Al-Wahid,
Al-Qahhar, atau Yang Maha Esa, Yang Maha Perkasa).
Oleh itu, Basmalah adalah pagar Batin iaitu (بسم
الله الرحمن الرحيم), ertinya Dengan nama Allah Yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang) dan yang Zahir adalah (بسم
الله الواحد القهار), ertinya Dengan nama Allah Yang Maha Esa,
Yang Maha Perkasa). Dan (Bismi Allahi Al-Rahmani Al-Rahim)
disebut pada permulaan Surah-surah, dan tidak disebut بسم
الله الواحد القهار, pada permulaan Surah Al-Taubah. -
kerana adalah ucapan yang ditujukan kepada mereka yang memilih permusuhan dan
memerangi Rasulullah (S). itu adalah untuk menerangkan dengan menyatakan
penentangannya kerana Dia Yang Maha Suci menghadapi ciptaan-Nya dengan rahmat,
kecuali bagi mereka yang memilih penindasan, kerusakan dan kezaliman, maka
Allah SWT menghadapi mereka dengan menakluk dan menghukum. Oleh itu, Rahmat adalah
(sifat) asal untuk menghadapinya dan menghadapi dengan pengagahan (pemaksaan)
dikecualian.
Dan Basmalah setiap Surah berkait rapat dengan Surah
daripada satu sisi, dan berkait dengan Basmalah surah Al-Fatihah dari sisi lain
[20].
Dan kerana setiap Basmalah menceritakan tentang satu aspek
dari aspek-aspek Basmalah Al Fatihah, Basmalah ini dalam surah ini menceritakan
tentang Al-Tauhid (Keesaan). Oleh itu, pemahaman dalam Basmalah pada Surah ini
berkisar tentang Al-Tauhid (Keesaan), dan di sini ada tiga nama: Allah,
Al-Rahman, Al-Rahim (Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang).
Allah adalah nama Zat, atau kesempurnaan ketuhanan, dan
Al-Rahman Al-Rahim adalah pintu kepada Zat. Dan dari pintu ini keluar
pintu-pintu lain, dan ianya adalah sama dalam beberapa jumlah nama Allah SWT,
sebaliknya, Dia menjadikan Al-Rahman pintu dari mana keluar nama-nama Allah SWT,
kerana urusanNya dengan rahmat, atau jika tidak, amaran amaran akan dipertingkatkan
apabila penciptaan (makhluk) yang mengingati dirinya (keakuannya) dan
melalaikan Tuhannya.
Tauhid pada martabat yang pertama adalah: mengetahui bahawa
semua nama-nama ini meliputi Zat ketuhanan, yang bermaksud bahawa Allah adalah
Rahman Rahim (Yang Pemurah Penyayang) dan rahmah Zat-Nya, dan Qadir (keupayaan)
dan Qudrah (Kekuatan) pada Zat-Nya. Dan mengetahui bahawa semua nama-nama ini melimpah
dari pintu rahmat batinnya Al-Rahim dan Al-Rahman zahirnya.
Dan mengetahui bahawa semua nama-nama ini tidak berasingan
daripada Zat, malah adalah Zat itu sendiri.
Dan makrifat (mengenal) semua nama-nama dan sifat-sifat ini
adalah diperlukan pada penciptaan (makhluk), maka kewujudannya adalah pada
kekurangan makhluk (penciptaan) dan bukan pada yang berkaitan dengan Dia SWT.
Bahkan, Dia SWT tajalli pada Zat supaya penciptaan boleh mengenal – kerana Dia
SWT adalah perbendaharaan (tersimpan) maka Dia menciptakan Makhluk supaya Dia
dikenal - dan mengenali (makrifat)-Nya, Subahanahu Wa Ta’ala , dengan mengenali
Zat, atau Allah, dan makrifat lengkap mengenali-Nya berlaku dengan mengetahui
bahawa kamu tidak boleh mengenaliNya yang maha Suci lagi Maha Tinggi atas
segala apa yang yang mereka sekutukan, iaitu tidak boleh mengenaliNya
pada martabat sebenar atau haqiqi – kewujudannya- Al-Kunhu Au Al-Haqiqah, [21].
Dan makrifat (mengenal) Zat, atau Allah, dihasilkan dari
pintu, atau pada Al-Rahman Al-Rahim. Dan untuk menghasilkan makrifat ini dengan
membuka seluruh alam-alam dengan ketiga-tiga nama ini: Allah, Al-Rahman,
Al-Rahim, supaya kita dapati kitab Allah SWT pada kedua-dua naskhah; iaitu
kitab yang dibaca (Al-Quran), dan kitab Kejadian Al-Kauniyah (Penciptaan),
kedua-duanya dibuka dengan Bismillah Al-Rahman Al-Rahim, bagi Al-Quran dibuka
(bermula dengan) Bismillah Al-Rahman Al-Rahim. Penciptaan - Alam Takwin (Al-Kun)
- bermula dengan penciptaan Muhammad, Ali dan Fatimah.
Dan mereka (as) adalah tajlli - penjelasan bagi - Allah,
Al-Rahman Al-Rahim (dan saya telah menjelaskan dalam pengenalan bahawa
kedudukan bulan, mereka adalah Keluarga Muhammad (as) para Imam dan
Mahdi-Mahdi, dan mereka adalah pintu-pintu Makrifat). Dia Yang Maha Tinggi
berfirman:
﴿يَسْأَلونَكَ عَنِ الْأَهِلَّةِ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ
وَالْحَجِّ وَلَيْسَ الْبِرُّ بِأَنْ تَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ ظُهُورِهَا
وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنِ اتَّقَى وَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَابِهَا
وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ﴾
{Mereka bertanya kepadamu mengenai anak-anak
bulan. Katakanlah: "anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu manusia,
dan ibadah Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari
bahagian belakangnya akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang
bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah
kamu kepada Allah supaya kamu berjaya."} - [26]
Ia menerangkan kepadamu dengan jelas sebab ditulis huruf-huruf
potong – mengikut sebutan huruf - dalam kitab - Al-Quran - yang dibaca langsung
selepas Basmalah dan pada awal surah-surah. Oleh itu, sebab ia diletakkan pada
permulaan dalam kitab yang dibaca - Al-Quran - adalah sama sebagai sebab untuk
diletakkan pada permulaan dalam kitab Kejadian (AL-Kuniy).
Dan Basmalah menunjukkan pada kesatuan, pada Al-Rahman dan Al-Rahim
satu pada makna umum, dan keduanya adalah pintu kepada Zat Ketuhanan atau
Allah, Al-Rahman adalah Zahir dan Al-Rahim adalah yang Batin, dan pintu pada
Zat, darinya mengalir (melimpah) apa yang ada pada Zat.
﴿قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيّـاً مَا
تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَـاءُ الْحُسْنَى﴾
{Katakanlah: "Serulah nama
"Allah" atau nama "Al-Rahman", yang mana sahaja kamu
serukan kerana Allah mempunyai nama-nama yang terbaik"} [23].
Jadi Basmalah menunjukkan pada meng-esa-kan
Zat ketuhanan (Allah) menurut pada pagar (pintu) Batin Kitab, iaitu, Bismillah
Al-Rahman Al-Rahim. Adapun pada pagar Zahir kitab ini, iaitu Bismillah Al-Wahid
Al-Qahhar, ia juga menunjukkan pada keesaan, Maka Al-Wahid Al-Qahhar pintu kepada Zat yang mengalir dari Al-Rahman
Al-Rahim [24], Al-Wahid (Yang Esa) adalah pintu Batin, dan
Al-Qahhar (Yang Perkasa) adalah pintu Zahir, dan keputusan keduanya adalah
satu, kerana keduanya bersatu pada kenyataan luaran – sebagaimana Al-Rahman
Al-Rahim bersatu dalam makna - untuk mencegah kepelbagaian atau perpisahan
keduanya pada luaran; kerana keesaan yang sebenar (Al-Wahid Al-Haqiqi) adalah
penaklukan kepada semua yang lain dariNya, dan juga Penakluk Yang Sebenar (Al-Qahhar
Al-Haqiqi) kepada semua yang lain dari Keesaan yang hakiki. Amirul Mukminin Ali
(as) berkata:
(فَيا مَنْ تَوَحَّدَ بِالْعِزِّ وَالْبَقـاءِ، وَقَهَرَ عِبادَهُ
بِالْمَوْتِ وَالْفَنـاءِ)
(Wahai Yang menyatukan dengan Kemuliaan
dan Keabadian, dan yang menakluk hanba-Nya dengan maut dan fana (binasa))
Dalam doa pagi oleh Amirul Mukminin
(as) [25]. Dan juga, pintu ini termasuk pada Zat atau Allah,
satu kemasukan kehancuran (fana-lenyap) [ke dalam Zat atau Allah].
Dan mudah-mudahan akan ada manfaat dengan menjelaskan bahawa
Muhammad (S) telah diutus dengan Bismillah Al-Rahman Al-Rahim, dan Al-Qa'im
(as) diutus adalah dengan Bismillah Al-Wahid Al-Qahhar, maka Muhammad (S) dan
washinya Ali (as) berjalan dengan Kod Putih (Al-Jafr Putih), dan Al-Qa'im (as)
dan juga wasinya boleh berjalan dengan Al-Jafr Merah, iaitu dibunuh dan taubatnya
tidak diterima pada sebahagian sumber, seperti yang disebut di dalam dari
Rufaid Maula Abi Habira: dia berkata: aku berkata kepada Abi Abdillah (as) :
Semoga aku menjadi tebusanmu! Wahai
anak Rasulullah, adakah Al-Qa'im akan melalui jalan yang sama seperti Ali bin
Abi Talib pada ahli Al-Sawad (penduduk Iraq)? Lalu dia (as) berkata: “Tidak,
Wahai Rafid, sesungguhnya Ali ibn Abi Talib berjalan pada ahli Al-Sawad dengan Al-Jafr
Putih dan sesungguhnya Al-Qa'im akan berjalan pada orang-orang Arab dengan Al-Jafr
Merah.“ katanya lagi: “Aku berkata kepadanya: Semoga aku menjadi tebusanmu, dan
apakah dia Al-Jafr Merah? Dia berkata: sambil dia acukan jarinya ke kerongkong,
dan dia (as) berkata: seperti itu, bermakna penyembelihan, kemudian dia (as)
berkata: Wahai Rufaid sesungguhnya bagi setiap Ahli Bait terdapat pelaku yang
menjadi saksi kepada mereka dan orang yang memberi syafaat kepada yang
mengasihi mereka) [26]
Bagi Zat atau Allah, ia menunjukkan ke arah Keesaan selepas penyaksian
semua nama-nama melebur di dalamnya, dan peleburan ini adalah satu petunjuk ke
atas Penciptaan, supaya mereka boleh meninggalkan penyaksian iaitu kesempurnaan
atau nama dari nama-nama Zat, dan menghadap dirinya ke arah Tauhid Haqiqi,
iaitu menghadap kepada hakikat dan kenyataan dan meninggalkan makrifat yang lain,
dan mengakui ketidakupayaan mutlak dari sebarang makrifat kecuali bukti bagi
membuktikan yang diiyakan (ditsabitkan), yang menunjukkan kelalaian pada HUWA
(Dia), dan mengetahui ketidakupayaan untuk mengenali-Nya, yang menunjukkan
huruf ‘wau’ (و)
pada (هو)
DIA. Dan tawajjuh ini adalah tawajjuh (menghadap) pada Nama Teragung Lagi
Teragung Lagi Maha Teragung. Dan Nama ini adalah ibadah yang sebenar (Al-Haqiqiyah),
dan adalah Tauhid yang Haqiqi, dan selain daripadanya adalah syirik dalam sesetengah
martabat (makrifat) .
Oleh itu, orang-orang yang menyembah Zat atau (Allah), pada
nisbah martabat (tahap) seperti itu, adalah Musyrik (orang-orang yang
mempersekutukan Allah) tanpa mereka sedari, mereka adalah seperti itu, apalagi
yang lain dari mereka.. Dia Yang Maha, berfirman:
﴿وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللّهِ إِلاَّ وَهُم مُّشْرِكُونَ﴾
{Dan kebanyakan mereka tidak beriman kepada
Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.} [27]
Oleh itu, Zat atau Allah mesti menjadi kiblat pada Kejadian
dan Hakikat, maksudnya pada beribadah tidak lain daripada itu.
Dan untuk lebih jelas lagi saya katakan: Basmalah ada tiga
nama, iaitu: Allah, Al-Rahman, Al-Rahim. Jadi, jika kita katakan bahawa
Basmalah adalah pintu bagi Tauhid, maka nama-nama ini adalah pintu, dan dengannya
Tauhid dikenali. Dan dengan itu, kita sekurang-kurangnya perlu membezakannya
secara umum sempadan dan makna nama-nama ini.
Allah: ia adalah nama Zat Ketuhanan yang menghimpunkan semua
Sifat Kesempurnaan, dan pada haqiqat, ia adalah sifat keseluruhan bagi
sifat-sifat, kerana makna Allah: yang dicari kepadanya dalam memenuhi
keperluannya Yang bertujuan untuk mengisi apa-apa kekurangan.dari semua aspek.
Al-Rahman: Ia adalah nama untuk Zat Ketuhanan, dan ia adalah
sifat dari sifat kesempurnaan, dan ia adalah bersendiri dan melebur (fana’)
kepada Allah dan Al-Rahman di Dunia dan Akhirat, tetapi dia lebih mengutamakan
urusan Dunia kerana keluasan rahmat di dalamnya.
Al-Rahim: Ia adalah nama untuk Zat Ketuhanan, dan ia adalah
sifat dari sifat Kesempurnaan, dan ia juga melebur (fana’) dalam Zat Ketuhanan,
bermakna Allah, dan Al-Rahim dalam di Dunia dan Akhirat, tetapi lebih
mengutamakan urusan akhirah, kerana aspek Rahmat yang bersangatan padanya,
seperti yang telah saya jelaskan dalam [Kitab] Tafsir
Al -Fatihah, sila semak.
Dan kedua-dua nama-nama atau sifat-sifat ini, Al-Rahman
Al-Rahim: pada hakikatnya kedua-duanya adalah nama yang satu dan sifat yang
satu, tidak ada pemisahan sebenar (haqiqi) atau perbezaan di antara keduanya,
sebaliknya ia adalah dua wajah untuk satu hakikat rahmat, kerana keduanya
adalah pintu Zat: Al-Rahman adalah pintu Zahir, dan Al-Rahim adalah pintu
Batin.
Di sini kedua-dua nama disatukan dan tidak ada yang tinggal
bagi kita kecuali kesatuan Al-Rahmah di sisi Allah atau Zat Ketuhanan. Dan ini
tidak memerlukan pemilik Fitrah (sifat) yang baik dalam usaha atau carian atau penelitian
untuk mengenaliNya. Maka Allah SWT apabila Dia adalah tempat berlindung dan
datang kepada yang memerlukan, dan mereka yang kembali mencarinya atau yang
dimaksudkannya adalah lemah pergantungannya lebih baik lebih utama bagi mereka dari
melihat diri sendiri (Ananiyahnya atau ego) walaupun daripada satu sudut yang
tersembunyi.
Jadi apa yang akan Allah berikan kepada orang ini, [yang
mencari-Nya tetapi masih melihat diri sendiri], Apakah adil dan dia telah meletakkan
sesuatu perkara pada tempatnya? Dan adakah meletakkan perkara di tempatnya
bermakna kamu memberikan senjata kepada orang yang akan membunuh kamu, bukankah
dia seorang yang penzalim? Dan bagaimana pula dengan Penciptaan yang lain,
walaupun Muhammad (S), penciptaan terbaik Allah SWT perlu menghadapi rahmat
Allah SWT, maka datang kepadanya Yang Maha Suci Maha dengan kata-Nya:
(سبوح قدوس أنا رب الملائكة والروح سبقت رحمتي غضبي) فقال الرسول
(ص): (اللهم عفوك عفوك)
(Maha Suci, Maha Kudus , Akulah Tuhan para
malaikat dan Roh rahmatKu mendahului kemurkaanKu), maka Rasulullah (S)
menjawab: (Ya Allah, (aku mohon) keampunanMu, keampunanMu ).
Abu Bashir telah bertanya Aba Abdillah (as), katanya:
(Semoga aku menjadi tebusan tuan: Berapa
kalikah Rasulullah mikraj? Maka dia (as) mengatakan: Dua kali, maka Jibrail
berhenti lalu berkata kepada bagibda: "Tunggu di sana Ya Muhammad, Kamu
telah berhenti di tempat yang sebelumnya tidak ada malaikat atau nabi yang
pernah berdiri sebelum Kamu. BahawaTuhanmu berdoa." Baginda (S) bertanya,
"Wahai Jibril, bagaimana Dia berdoa?" Kata Jibrail, "Dia SWT
menyebut, Maha Suci, Maha Kudus , Akulah Tuhan para malaikat dan Roh rahmatKu
mendahului kemurkaanKu." Lalu baginda (S) bersabda, "Ya Allah, (aku
mohon) keampunanMu, keampunanMu!" lalu (Imam (as)) mengatakan, seolah-olah
Allah telah mengatakan: {Pada jarak dua busur panah atau lebih dekat.} Abu Bashir
kemudian bertanya, "Semoga aku menjadi tebusan Tuan, apa jarak dua busur
panah atau lebih dekat itu?” Dia (as) menjawab: "Ia adalah jarak antara
hujung lengkungan dan kepala busur" kemudian dia (as) berkata, Di antara
keduanya ada tabir yang bersinar dan beralun, dan tidak ku ketahui, sehingga
dia berkata, Biru Kehijauan (zamrud). Dia melihat seukuran lubang jarum ke
dalam apa yang Allah kehendaki dari cahaya Keagungan. Lalu Allah Tabarak Wa
Ta’ala berfirman, “Ya Muhammad!" Baginda (S) menyahut, “Ya Tuhanku (Labaik)!"
Dia SWT Berfirman, “Siapa bagi umatmu selepas Kamu? " Baginda (S)
menyahut, "Allah lebih mengetahui." Dia SWT Berfirman, “Ali bin Abi
Thalib, (akan menjadi) Amirul Mukminin, Ketua kaum muslimin (Syed Al-Muslimin),
pemimpin golongan bercahaya anggota wuduk. " kemudian perawi berkata, Abu
Abdullah berkata kepada Abu Bashir, " Wahai Abu Muhammad, demi Allah,
tidak diberi Wilayah (kekuasaan) Ali (as) dari bumi tapi ia datang dari Langit
secara lisan.") [28]
Dan mengapa baginda (Shalawat Allah ‘Alaih) meminta
pengampunan? Apakah kerana kelemahannya? Atau kalimah baginda (shalawat Allah
‘alaih) sia-sia yang tidak bererti? Jauh dia dari itu semua! Kerana dia adalah
nabi yang mulia dan bijaksana, yang terbaik dari anak-anak Adam (Shalawat Allah
‘Alaih). Dan mengapa rahmat Allah SWT itu mendahului murka-Nya? Dan mengapa Dia
menghadapi Nabi-Nya yang mulia dengan kata-kata yang seseorang boleh merasakan
bahawa ia diarahkan terhadap seseorang yang layak dimurkai, tetapi Allah ingin
menghadapnya dengan Rahmah, selain itu , Allah SWT telah membuka bagi-Nya
Pembukaan yang Nyata, dan Dia telah mengampuni dosanya kerana Dia berhak murka,
dan Dialah Al-Ana, dan selain itu tetap tidak ada yang kekal melainkan Allah
Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa,
﴿إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحاً مُبِيناً * لِيَغْفِرَ لَكَ
اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ
عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطاً مُسْتَقِيماً﴾
{Sesungguhnya Kami telah membukakan
kepadamu pembukaan yang nyata,* supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap
dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya
atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus,} [29]
Karena dengan kecacatan kegelapan dan ketiadaan, tanpanya
tidak akan kekal kemanusiaan bagi manusia dan tidak ada yang kekal selain Allah
Yang Maha Esa Maha Perkasa. Dan Muhammad (S), selepas pembukaan, terus beralun
antara fana (binasa), maka tiada yang kekal selain Allah Yang Maha Esa Maha
Perkasa, dan antara dia kembali ke Al-Ana dan keperibadian, maka baginda (Shalawat
Allah ‘Alaih) terhijab antara Penciptaan
dan Al-Haq, dan dia adalah perantara (Al-Barzakh) antara Allah dan ciptaan-Nya.
Jadi jika pemilik martabat agung ini masih berhajatkan dan harus menghadap
dengan Al-Rahmah, apatah lagi yang lain daripada baginda (S)? Maka berkenaan
dengan Penciptaan Allah yang akan berlindung dan datang kepadaNya, Dialah Al-Rahman
Al-Rahim, bahkan ia haruslah seperti itu, jika tidak, mereka akan kembali kepada
tiada apa-apa dan dirugikan karena kekurangan mereka.
Jadi, Allah dan Al-Rahman dinisbahkan pada kita adalah satu,
bahkan ia adalah seperti itu pada hakikatNya, maka pintu atau Al-Rahman adalah Kota
Kesempurnaan Ilahiyah, atau Allah, karena akan diketahui apa yang ada di
dalamnya, dan akan menjelaskan dan menzahirkan darinya limpahan Ilahi kepada
penciptaan. Dia SWT berfirman:
﴿قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيّاً مَا
تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى﴾
{Katakanlah: "Serulah Allah atau
serulah Al-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, bagiNya Al-Asmaaul Al-Husna
(nama-nama yang terbaik)} [30]
Maka apa jelas kesatuan nama-nama ini pada Zat Ilahiyah (Zat
ketuhanan), atau Allah, dan melebur di dalamnya, kita akan mengenal bahawa hanya
Keesaan diyakini pada Zat Ilahiyah atau Allah SWT, dan ini adalah makna
martabat pertama yang dimaksudkan dalam Tauhid, ia juga menyediakan kesatuan
semua nama-nama dan sifat-sifat dalam Zat Ilahiyah atau Allah, suatu Keesaan
yang sebenar. Ertinya, Allah adalah Satu, Esa dan menghimpun semua nama-nama
dan sifat-sifat dalam ain ZatNya, dan dan bukannya gejala dari kesan ZatNya
itu, dan bukan jauhar yang terkandung di dalamnya karena Dia adalah Allah
Al-Rahman Al-Qadir (yang Berkuasa) ....... seperti firmanNya SWT:
﴿هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ
وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ * هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا
هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ
الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ * هُوَ اللَّهُ
الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاء الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ
مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ﴾
{Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia,
Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang.* Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci,
Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang
Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah
dari apa yang mereka persekutukan.* Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang
Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbih
kepada-Nya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana.} [31]
Dan pada hakikatnya bahawa martabat Tauhid ini tidak bebas
dari syirik dalam apa jua martabat, pada dua arah:
Arah pertama: adalah kita tidak boleh tinggikan dari
fikiran kita kebanyakan nama-nama yang melazimi Zat Ilahiyah dari sangkaan
khayal, walaupun bilangannya agak besar. Allah adalah Al-Rahman, Al-Rahim,
Al-Qadir (Yang Berkuasa) , Al-Jabbar (ysng Agung) , Al-Mutakabir (Yang Memiliki
Kebesaran), Al-'Alim (Yang Mengetahui) , Al-Hakim (Yang Maha Bijaksana) ... Dan
kemajmukan ini, walaupun ia tidak menafikan keesaan Zat Ilahiyah atau Allah,
tetapi ia masih majmuk (banyak), dan ia membawa erti yang majmuk, oleh itu ia
bertentangan dengan Tauhid tahap yang lebih tinggi daripadanya. Amirul Mukminin
(as) berkata: (.. Awal agama adalah mengenal-Nya, dan kesempurnaan mengenal-Nya
adalah mentashdiqnya (membenarkannya), dan kesempurnaan mentashdiq adalah
mentauhidkanya, dan kesempurnaan –Tauhid adalah ikhlas kepada-Nya, dan
kesempurnaan keikhlasan kepada-Nya adalah menafikan semua sifat-sifat
daripada-Nya, untuk menyaksikan semua sifat berbeza ianya bukanlah yang
disifatkankan." [32]
Arah kedua: ia adalah Arah Ketuhanan. Oleh kerana
kita akan berlindung dan datang kepadanya kerana keperluan kita kepada Zat
Ilahiyah, oleh itu hubungan kita dengan-Nya SWT tidak bebas - dan keadaan
seperti ini - dari ketamakan dan berhajat mengisi kekurangan dari arah
tertentu. Oleh itu, ibadahnya tidak ikhlas, tetapi ia mencari kesempurnaan
dan mengisi kekurangan, dalam bentuk yang terbaik mengikut keadaan ini, ini
dalam martabat syirik, kerana keikhlasan sebenar adalah menghindarkan
pandangan dari yang lain daripadaNya SWT, termasuk dari Al-Ana (keakuan) atau
diri sendiri, dan itu adalah lebih utama dan yang sepatutnya, tetapi, ia adalah
asal pencarian. Oleh itu, Tauhid sebenar (Tauhid Haqiqi) dicapai selepas markifat
fana’ melebur ke dalam semua nama-nama dan sifat-sifat pada Zat Ilahiyah. Kemudian
fana’ Zat Ilahiyah dalam Hakikat iaitu fana’ uluhiyah dalam hakikatNya SWT. Dan
untuk mencapai perkara ini hendaklah dengan fana’ pada Al-Ana dan keperibadian kemanusiaan
supaya yang kekal hanyalah penyaksian pada Yang Ghaib SWT dari apa yang mereka
sekutukan [33]. Dan jika terdapat lafaz untuk menunjukkannya maka
(هو -
Dia) adalah kata ganti ghaib - ketiga - (Dhamir Al-Ghaib), dan Haa’ (هاء) adalah untuk
mengisbatkan yang sabit dan Wau untuk menghaibkan yang ghaib.[34].
Dan tawajjuh ini - yang dicapai daripada makrifat ini - adalah arah yang betul
kerana ia (menghadap) mengarah ke arah Haqiqah dan kenyataan [Allah SWT]. Dan
ini adalah Tauhid Hakiki, Tauhid Hakiki dan kenyataanNya atau Nama Yang Agung
Yang Maha Agung, lagi Maha Teragung atau, atau Nama yang terlindung dan
tersimpan, dan yang memancarkan dari dalaman kemanusiaan selepas fana’ (melebur)
Al-Ana - Aku, dan Kekekalan Allah. Dan ini adalah martabat terakhir yang
dimaksudkan dalam Tauhid, dan padanyalah yang ditunjukkan oleh Basmalah
Al-Tauhid dan juga surah Al- Tauhid sebagaimana yang akan dijelaskan.
Dan kerana Basmalah Al-Tauhid adalah kunci Tauhid Haqiqi,
dan ia adalah pintu dan tabir (hijab) Haqiqat dan kenyataan, dan kerana Tauhid
adalah matlamat anak Adam, sebab itu terdapat kepentingan yang besar dalam
membaca surah Al-Tauhid dalam solat wajib dan solat mustahab (sunat), dan
dibaca sebelum tidur dan selepas bangun tidur, selepas solat wajib, dalam solat
Washiyah, dan dalam doa Nasyi’ah ... Solat bagi ketua orang-orang Tauhid
selepas Rasulullah (S), Ali (as) yang membaca Surah Al-Tauhid 200 kali. Jadi
tidak berlalu hari bagi orang yang beriman tanpa membaca Surah Al-Tauhid, dan
seolah-olah ia adalah pendamping Al-Fatihah, dan sebaik-baik pendamping.
Dan ketahuilah, bahawa tujuan dari matlamat (Tauhid) yang
besar ini adalah makrifat pada Allah SWT, Ini adalah tujuan Allah menciptakan
manusia yang mana sesiapa terlepas dari tujuan ini telah terlepas
segala-galanya,
﴿وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴾
{Dan aku tidak menciptakan jin dan
manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.} [35]
Iaitu untuk mereka mengenali-[Ku]. Matlamat makrifah ini mestilah
datang dari Tauhid untuk diyakini. Dan Tauhid Hakiki tidak dicapai dengan lafaz
kata-kata dan makna sahaja, sebaliknya ia dicapai dengan beramal dan ikhlas
kepada Allah SWT sehingga hamba itu menjadi wajah Allah Yang Maha Suci, di
Bumi-Nya, atau Allah di dalam Penciptaan.
Untuk itu, demikianlah apa yang saya bentangkan: (Tauhid
yang haqiqi adalah Tauhid Hakikat dan Kenyataan, atau Nama Yang Agung Yang Maha
Agung, lagi Maha Teragung, atau Nama yang dilindungi, yang tersimpan, dan yang memancarkan
dari dalaman kemanusiaan selepas fana’ (meleburnya) Al-Ana - Aku, dan Kekalnya
Allah.).
✡✡✡✡✡
--------------------------------------------
[19] Surah Al-Hadid 57:13
[20] Dalam Kitab Al-Mutasyabihat: (Soalan 5: Adakah
Basmalah dari Surah Al-Fatihah berbeza daripada Basmalah surah-surah lain
dalam Al-Quran? Dan adakah Basmalah itu sebahagian daripada surah?
Jawapan: Basmalah Al-Fatihah adalah yang asal, dan
Basmalah pada semua surah-surah dalam Al-Quran adalah gambaran sebahagian
daripada Basmalah Al-Fatihah. Seluruh isi Quran adalah dalam Al-Fatihah dan
Al-Fatihah adalah di dalam Basmalah Al-Fatihah, jadi setiap Basmalah dalam
al-Quran ada di dalam Basmalah Al-Fatihah, dan Basmalah adalah salah satu dari
ayat-ayat Al-Fatihah. Bagi Basmalah surah-surah yang lain, ia adalah sebahagian
daripada surah tetapi bukan satu ayat dari ayat-ayat surah itu.
Ketiga-tiga nama (Allah, Al-Rahman dan Al-Rahim) dalam
Ketuhanan (Al-Lahut), atau zat ketuhanan (Al-Zhat Al-Ilahiyah), Dia adalah
tunggak (Arkaan) nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung bagi (Dia).
Dan tiga nama bagi Kota Kesempurnaan Ketuhanan (Madinat Al-Kamaalaat
Al-Ilahiyyah) Allah. Dia ada pintu zahir dan batin: (Al-Rahman Al-Rahim.)
Dan ketiga-tiga nama dalam penciptaan adalah: Muhammad,
Ali dan Fatimah, atau Muhammad adalah kota ilmu dan pintunya
yang zahir dan batin adalah Ali dan Fatimah.
Dan ketiga-tiga nama ini adalah: tunggak (Arkaan) nama
Teragung Lagi Teragung (Allah, Al-Rahman, Al-Rahim):
{Katakanlah: "Serulah nama "Allah" atau
nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (ia adalah sama);
bagiNya adalah nama yang terbaik."} Dan ketiga-tiga nama (Muhammad,
Ali dan Fatimah) adalah nama Teragung. Maka Muhammad adalah dari Allah, dan dia
adalah kitab Allah, bahkan, dia adalah Allah pada penciptaan. Dan Ali dan
Fatimah adalah dari rahmat Allah, maka mereka adalah Al-Rahman dan Al-Rahim.
[وَوَهَبْنَا لَهُمْ مِنْ رَحْمَتِنَا
وَجَعَلْنَا لَهُمْ لِسَانَ صِدْقٍ عَلِيّاً]
{Dan Kami berikan kepada mereka dari rahmat Kami dan Kami
jadikan bagi mereka lidah kebenaran, Aliyyan (yang tinggi).}
Dan Basmalah Al-Fatihah adalah hakikat, dan Basmalah dalam
setiap surah lain adalah gambaran tidak lengkap daripada Basmalah Al-Fatihah,
sebaliknya, ia hanya menggambarkan hanya satu sudut darinya. Seolah-olah Basmalah
Al-Fatihah adalah pusat yang dikelilingi oleh cermin-cermin di mana setiap satu
daripada cermin-cermin ini menggambarkan imej dari sisi yang berbeza dari
cermin yang lain, dan pada masa yang sama semua surah ada persamaan yang
menggambarkan satu Kebenaran, dan surah-surah ini adalah surah setara dengan
kebenaran juga kerana ia menggambarkannyaa dari sudut tertentu.
Jadi jika saya memberi anda contoh Al-Quran, anda akan
mendapati bahawa Basmalah Al-Fatihah adalah tempat berkisar (rujukan) semua
surah-surah yang lain, bahkan, Taurat, Injil dan segala yang dibawa oleh para
nabi dan rasul as. Basmalah Al-Fatihah adalah risalah (mesej), kekuasaan (Wilayah),
permulaan, dan penamat.)
[21] Akan diperincikan lagi kemudian, Insya Allah.
[22] Surah Al-Baqarah 2:189
[23] Surah Al- Israa ' 17:110
[24] Tidak ada percanggahan antara Perkasa (Penakluk) dan
Rahmah, ketika Penakluk (Al-Qahhar) adalah demi mencapai Keadilan, ia
benar-benar dari Rahmah dan bukan sesuatu yang lain . Dan tidak disangka bahawa
ada orang beriman yang meragukan penaklukanNya SWT untuk mencapai Keadilan atau
Kebijaksanaan dalam istilah, maka PenaklukkanNya terhadap penindas adalah
keadilan bagi yang tertindas dan mencapai keadilan. Dan dengan demikian, itu
akan kembali kepada Rahmah dan kematian manusia, adalah dikaitkan dengan
penaklukan -Nya SWT, karena jika bukan karana [kematian manusia] orang beriman
akan kekal di dunia ini setelah mengetahui hakikat dan setelah itu terkena
kepadanya [dan karenanya] ia akan merasakan sakit di dunia ini, atau orang
beriman yang tua, atau orang beriman yang sangat menderita dalam tubuhnya, akan
terus menderita dan akan [tetap] terus menghadapi meneruskan kengeriab\n di dunia
ini karena ketidakmampuan jasadnya. Oleh karena itu, kematian adalah Rahmah,
bahkan, siapa pun yang memahami dan merenungkan atas kata-kata saya akan
mengetahui bahawa kematian jasmani kebendaan, pada kenyataannya, adalah hidup
dan kenaikan, oleh itu, kematian bagi orang beriman adalah rahmat dalam dan
atas segala hal.
[25] Sumber: Mafatih Al-Jinan
[26] Basa'ir Al-Daragat - oleh Al-Shaffar: halaman 81
[27] Surah Yusuf 12:106
[28] Al-Kafi: Jilid 1, halaman 442
[29] Surat Al-Fath 48:1-2
[30] Surat Al-Isra' 17:110.
[31] Surat Al-Hasyr 59:22-24
[32] Nahjul Balaghah - , jilid 1, halaman 39
[33] Dan disebabkan inilah Allah menciptakan manusia, kerana
manusia adalah gambaran Al-Lahut (Tuhan), sehingga janganlah seorang hamba hilang
peluangnya dan mengatakan (maqam ini terhijab dari ku [bererti tidak mungkin
aku boleh mencapai maqam ini]). Sebaliknya, kebenaran adalah Aku berkata
kepadamu: ia adalah pintu yang terbuka untuk semua orang dan tidak akan ditutup
sampai munculnya hari kiamat, dan yang kalah adalah yang hilang peluangnya.
[34] kata ganti ghaib (ganti nama ketiga) merujuk kepada
yang tidak hadir, dan kata ganti ghaib itu tidaklah mutlak tidak dikenali, dan
itulah sebabnya kata ganti ghaib meskipun disebutkan secara terperinci,
menunjukkan terhadap adanya secara ghaib dan membuktikan [kewujudanNya].
[35] Surah Al-Zhariyat 51:56
✡✡✡✡✡