Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu dan rahmat Allah dan keberkatannya
اللهم صل على محمد وآل محمد الائمة والمهديين وسلم تسليما
Ya Allah, Selawat atas Muhammad dan Aali Muhammad, imam-imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktarafan.
Hukum Anak Baru Lahir
أحكام الولادة
Memperkatakan dalam: Sunnah anak baru lahir, dan yang berkenaan dengannya.
Diwajibkan: kelazimannya bagi orang-orang perempuan diurus oleh orang perempuan ketika melahirkan anak[1]
Lelaki tidak dibenarkan, melainkan jika tiada orang perempuan, dan tidak mengapa bagi suaminya jika ada orang perempuan [2].
Enam perkara,
1.
Mandikan
bayi.
2.
Dan Azan di
telinga kanannya.
3.
Dan Iqamah
di sebelah kiri.
4.
Dan Tahnik (belah
mulut) dengan air (Sungai) Furat [3], dan dengan tanah (turbah) Al-Hussein
(as), Jika tidak ada air Sungai Furat maka dengan air (kawasan) Furat. Jika
tidak ada, melainkan air garam,
5.
disertakan bersamanya
kurma atau madu.
6.
Kemudian namakan
salah satu daripada nama-nama baik yang disyorkan, dan yang terbaik daripada memperhambakan
diri kepada Allah SWT, dan nama-nama para nabi dan para Imam (as) dan gelarannya
[4].
Dan
mustahab menamakannya pada hari yang ketujuh.
Makruh: menamakannya dengan nama gelaran Aba Al-Qasim,
jika namanya Muhammad.
Makruh: menamakannya dengan nama gelaran Aba Al-Qasim, jika namanya Muhammad.
Perkara Berkaitan:
terdiri dari tiga hal. Sunnah hari ketujuh, penyusuan, dan penjagaan (asuhan).
Dan Sunnah hari ketujuh ada empat perkara:
1. Bercukur rambut
2. khatan,
3. menindik telinga dan [5],
4. aqiqah.
Bercukur rambut: ia adalah sunnah mencukur kepalanya pada hari yang ketujuh, didahului dengan aqiqah dan bersedekahlah dengan berat emas atau perak mengikut timbangan rambutnya [6].
Dan makruh: mencukur kepala setempat, meninggalkan setempat, yang menjadikan jambul-jambul [7].
:
Berkhatan: mustahab pada hari yang ketujuh [8], walaupun ia boleh dilambatkan. Jika telah baligh dan tidak berkhatan, dia wajib berkhatan sendiri. Dan berkhatan adalah wajib. sekiranya orang kafir yang belum berkhatan masuk Islam, ia wajib berkhatan, walaupun sudah tua.
Aqiqah [9]:
Mustahab: Mengadakan aqiqah bagi anak laki-laki diaqiqahkan dengan binatang jantan, dan bagi anak perempuan dengan binatang betina dan ia adalah mustahab. Jika disedekahkan dengan nilai harganya, ia tidak boleh dikatakan sebagai Sunnah. Jika ia terlalu sukar, dilambatkan ianya sehingga boleh dilaksanakan, dan tidak gugur hukum mustahabnya.
Dan mustahab: untuk memenuhi syarat-syarat sembelihan. Jika ada bidan berikan bahagian kaki dan paha. Walaupun [10] Jika tiada bidan, ibu bersedekah dengannya. Dan jika ibu bapa tidak mengadakan aqiqah, ia adalah disyorkan pada anak untuk mengadakan aqiqah untuk dirinya apabila dia baligh [11].
Sekiranya kanak-kanak itu meninggal dunia pada hari yang ketujuh, dia meninggal dunia sebelum zawal (tengah hari), gugurlah mustahabnya.
Walaupun selepas dia meninggal dunia,
tidak gugur hukum mustahabnya.
Dan makruh: bagi ibu bapa memakannya, dan makruh tulang-tulang dipatahkan hanya dipisahkan bahagian sendi (dua kaki hadapan dan belakang), tetapi diceraikan anggotanya (bukan dipatahkan).
Qaim Aali Muhammad
Imam Ahmad Al-Yamani
--------------------------
[1] Sunnah di sini adalah bertujuan untuk menjadikannya wajib dan mustahab. Kelazimannya bagi orang perempuan: dalam mengurus dan membantu orang perempuan yang berkaitan dengan kanak-kanak.
[2] Wanita boleh menyelia dan mengurus kehamilan bukan hanya perlu menyelia pasangan semata-mata, Walaupun suaminya berpengetahuan hal ehwal kelahiran?
[3] Bersuci (mandi): Dengan huruf Ghain berbaris depan bukan baris atas. Dengan menghadap kiblat diazankan pada telinga anak yang baru lahir dan di telinganya dengan Azan dan Iqamah '(dan ditahnik padanya), ia adalah melalukan jari di mulut bayi membasahkan anak tekaknya (Al-lahat) dibasahkan dengan air Sungai Furat.
[4] Nama-nama yang termasuk dalam perhambaan: seperti Abdullah dan Abdul Rahim, Abdul Rauf, Abdul Wadud dan sebagainya (dan diikuti dengan) apa jua, selepas kebaikan nama-nama para maksum di bahagian atas nama-nama Rasulullah (S) dan diikuti oleh nama-nama para Imam Ahl al-Bayt dan Mahdi-mahdi (as) dan seluruh para nabi dan Rasul-rasul dan Aushiak (as).
Ia adalah nama-nama yang boleh menamakan anak-anak tanpa Abd daripada nama-nama para maksum (as) seperti Abd Al-Nabi dan Abd Ali Abd Al-Hassan dan Abd Al-Mahdi Abd Al-Zahra dan Abd Al-Yamani dan Abd Al-Mahdiyin ... dan lain-lain
(Jika nama panggilan) iaitu menjadikan dia nama panggilan, dan nama panggilan adalah nama-nama yang mula pertama (Abu atau Ummu atau Ibn atau Bintu) Seperti: Abu Al-Hassan, Abu Al-Khair, Abu Hussam Abu Al-Fadl, Abu Al-Barakat, dan sebagainya, Umm Kultsum, atau Umm Al-Khair, Umm Al-Barakah, atau Ibn Al-Khair atau Bint Al-Sadah, Ibn Al-Thaiyibin, dan sebagainya.
(Dikhuatiri nama ejekan) Iaitu dikhuatiri menyertakan nama atau gelaran menjijikkan di kalangan masyarakat seperti digelar Si Fulan kerdil atau Si Fulan hamba atau Si Fulan Najis atau Si Fulan binatang itu, atau Si Fulan Abu Bonggol atau Si Fulan Abu Kepada, atau Si Fulan atau Abu Cicak atau Si Fulanah busuk atau Ibn Bunian atau Bint Jahat dan semisal dengannya terkenal di sebahagian negara mengikut masa dan masyarakat.
[5] Dari Harun, dari Ibn Shidqah katanya, Imam Shadiq Ja'far bin Muhammad (as) berkata bahawa menindik telinga anak-anak adalah sunnah, berkhatan pada hari ketujuh adalah sunnah, Memandang rendah perempuan-perempuan mulia bukanlah sunnah dan ini bukanlah sesuatu yang wajib, dan apa-apa lebih baik daripada kemuliaan?
Di dalam surat Al-Redha (as) kepada Al-Ma’amun: .. Sunnah berkhatan adalah kewajipan bagi lelaki dan kemuliaan bagi perempuan.
Dan menindik di bahagian lemak (tebal) di telinga kanan dan kiri, subang di kanan, dan anting-anting di kiri (atau sebaliknya – pent.) seperti diriwayatkan dari mereka (as)?
[6] Terdapat beberapa riwayat yang menjelaskan bahawa bersedekah berat timbangan emas seberat rambut anaknya yang baru tumbuh seperti dari Abi Abdullah (as), katanya: Jika seorang anak telah lahir beraqiqahlah untuknya dan dicukur kepalanya dan bersedekahlah berat timbangan rambutnya yang baru tumbuh...
Dari Imam Al-Redha, dari Ali Bin Al Hussein dari bapanya (Shalawatu Allah 3alaihim) berkata, diberitahu padaku Asma’ Bint 3umais katanya, diberitahu padaku Fatimah (as) pada dirinya untuk mengandungkan Al-Hassan Bin Ali (as) dan aku melahirkannya... berkata Jibril (as) kepada Rasulullah (S): namakan dia Al-Hassan berkata Asma’: Dinamakan dia Al-Hassan (as). Apabila pada hari ketujuh Nabi (S) mengadakan aqiqah dengan dua ekor kibasy (kambing) dan memberikan bahagian paha dan wang kepada bidan dan mencukur kepalanya dan bersedeqah mengikut timbangan rambutnya yang baru tumbuh.
Maka mukallaf hendaklah berhati-hati tentang perkara ini dalam dua riwayat di sini bukanlah Al-Warq (الورق) dengan huruf Ra berbaris atas!!! Ia adalah bahan untus menulis atau kertas dalam helaian salinan dan buku-buku dan yang serupa dengannya. Tetapi ia adalah perkataan yang dimaksudkan oleh para maksum (as) iaitu Al-Warq (الورق) dengan huruf Ra berbaris bawah, bermakna perak iaitu bersedekah perak seberat rambut kelahiran, dan Al-Warq (الورق) adalah salah satu dari nama-nama perak seperti Al-llajjain (اللجین) yang juga dari nama-namanya. Selain yang diriwayatkan dari mereka (as) bahawa cincin nabi (S) adalah dari perak , ia adalah sesuatu dari perak.
[7] Walaupun bayi adalah seorang anak perempuan, mustahab bercukur tidak gugur. (cukur jambul) seolah-olah kepala dicukur kelihatan seperti tompokan awan.
[8] Rasulullah (S) bersabda: Khatankan anak-anak kamu dalam masa tujuh hari, ia lebih bersih dan lebih suci, bahawa bumi najis oleh air kencing tidak bersunat empat puluh hari.
[9] Dari Umar bin Yazid, dari Abi Abdillah Al-Shadiq (as), berkata: Aku mendengar dia berkata: Setiap manusia pada Hari kiamat ditebus dengan aqiqah kepadanya dan aqiqah diwajibkan dari korban sembelihan.
Dan darinya (as),, dia berkata: Setiap manusia ditebus dengan fitrah, dan setiap anak yang baru lahir ditebus dengan aqiqah.
[10] Dari Al-Shadiq (as), telah ditanya mengenai aqiqah, dia berkata, kambing atau lembu atau unta dan kemudian dinamakan dan mencukur kepala bayi pada hari ketujuh dan bersedeqah seberat rambutnya dengan emas atau perak, Jika lelaki dengan binatang jantan, dan bagi anak perempuan dengan binatang betina, Abu Talib aqiqahkan Rasulullah (S) pada hari yang ketujuh dia memanggil Aali Abi Talib, mereka berkata, apakah ini? Beliau menjawab: Aqiqah, mereka berkata, untuk siapa yang dipanggil Ahmad. Dia berkata: yang dipanggil Ahmad bagi Muhammad di langit dan bumi.
Dan Darinya (as), beliau berkata: kanak-kanak itu dinamakan pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan bersedekah perak seberat rambut dan diaqiqahkan dia degngan seekor domba jantan, dan dipotong bahagian anggota dan digulai dan dipanggil saudara-mara Islamnya, Jika itu tidak dimasak tidak mengapa disedeqahkan kepada ahli-ahli keluarganya, begitu juga pada hamba dan jariah, tidak dimakan dari aqiqah orang-orang atau tanggungannya, dan bidan sebahagian dari aqiqah, Jika bidan atau orang-orang atau tanggungannya, mereka tidak mempunyai bahagian sesuatu darinya, jika mereka mahu membahagi ahli-ahli keluarganya hendaklah dia memasak dan membahagi dengan roti serta kuah dan diberi melainkan kepada ahl Al- Wilayah (berwilayah pada Imam Zaman)
.
[11] Tidak gugur mustahab aqiqah untuk bayi yang baru lahir, sehingga dia baligh jika tidak diaqiqahkan oleh ibu bapanya akan kekal mustahab atas budak lelaki itu dan menjadi dewasa dalam hal ini, kerana jelas dari perkataan Imam Ahmad Al-Yamani (selawat Allah atasnya, bapa-bapanya yang disucikan dan anak-anaknya Al-Muntajibin.
Dari Umar bin Yazid berkata, Aku berkata kepadanya (Imam Al-Shadiq (as),: Aku demi Allah tidak tahu bapaku mengaqiqahkan aku atau tidak, lalu aku aqiqahkan diriku sendiri dan dan aku sudah berumur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan