5. Nenek
Moyang Mereka Membunuh Bapaku Al-Hussein (as)
Adakah Ia Telah Berakhir
قتل
أسلافهم أبي الحسين (ع) فهل انتهى الأمر؟
Di negara di mana orang-orang
yang bertanggungjawab mendakwa bahawa di dalamnya ada kebebasan bersuara, dan semua
orang menjalani kehidupan dengan selesa, termasuk golongan minoriti yang beragama.
Penangkapan salah seorang ansar, yang sedang sakit dan terlalu tua, jenayahnya
itu menurut kaca mata orang yang memenjarakannya kerana dia beriman dengan seruan
dakwah Al-Yamani yang diberkati!!
Ia adalah yang
dijunjung oleh Syed Ahmad Al-Hassan (as), sehingga saya mendengar dia berkata
mengenainya di atas penangkapan itu:
[Apa yang mereka lakukan sangat
zalim dan akan merugikan mereka segala-galanya dengan sebab tersebut].
Walau apa jua pun, Syed
Ahmad Al-Hassan (as) meminta beberapa saudara (ansar) membuat susulan atas perkara
itu dan menjalankan ikhtiar dengan menghubungi sebahagian orang-orang yang berfikiran
adil untuk melepaskannya, kerana dia telah ditangkap secara tidak adil dan
tanpa melakukan sebarang kesalahan. Malangnya usaha-usaha itu menerima
penghinaan, ejekan dan ditertawakan terlebih dahulu ....... , tetapi rahmat
Allah amat dekat kepada orang yang berbuat baik, Allah telah melepaskannya dengan
rahmat dan kasih sayang-Nya Yang Maha Suci.
Alhamdu Lillah
perkara itu akhirnya selesai, Walau bagaimanapun, fikiran saya masih menyimpan
beberapa kata-kata beliau (as), yang menutupnya dengan berlalunya masa yang membalut
kehinaan menghadapi kedegilan, ketika dia berkata mengenai gangguan mereka kepada
beliau dan ansarnya:
[Kami boleh banyak bersabar,
dan mungkin telah terlalu banyak bersabar, tetapi hasil daripada permusuhan siapa
pun pada kami boleh menjadi perkara yang paling teruk, kerana mereka memusuhi
kami sama saja kerana dunia atau kerana akhirat.
Nenek moyang mereka telah membunuh
bapaku Al-Hussein (as) di padang pasir, adakah ia telah berakhir, atau Allah akan
menghina mereka di dunia dan akhirat?
Maka demi Allah, jika Ahmad
Al-Hassan bersendirian, terbunuh di padang pasir, dan disembunyikan tubuhnya,
mereka akan menerima akibatnya dihinakan di dunia dan di akhirat, dan akan
mendapatkan akibatnya setelah ini jika Ahmad Al-Hassan dari Allah, maka apa yang menjahilkan
mereka, apakah mereka buta hingga ke peringkat ini?!
Selepas itu mereka telah melakukannya
pada bulan Muharram tahun 1429 mereka membunuh dan yang seumpamanya dan membakar
tubuh-tubuh dan memenjarakan, dan mereka memperlakukannya dengan ganas setiap yang
boleh dicapai oleh tangan mereka, tetapi semua ini tidak mengaburkan seruan
dakwah kebenaran, walaupun mereka menggunakan kelengkapan negara, ketenteraan dan
media kerajaan untuk mengaburkan seruan dakwah kebenaran, dan menghapuskan Ahmad
Al-Hassan dan puluhan peribadi yang bersamanya, Tetapi akibatnya mereka tidak berjaya
bahkan mendedahkan kehinaan (kesalahan) mereka, apakah ini bukan
satu tanda untuk mereka jika mereka memikirkannya!!]
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan