Jumaat, 5 Februari 2016

13. Kekuasaan Mahdi-mahdi


13. Kekuasaan Mahdi-mahdi (3alaihimu Al-Salam):
حجيّة المهديين (عليهم السلام):


Ada yang cuba mempersoalkan hak kekuasaan Mahdi-mahdi (Sholawatu Allah 3alaihim Ajma3in - Selawat Allah atas mereka semua) dan wajib taat pada mereka, dengan mempersoalkan imamah mereka, dengan hujjah bahawa Imam Al-Shadiq (as) menafikan imamah mereka!!

Dan diriwayatkan:

عن أبي بصير، قال: قلت للصادق جعفر بن محمد (ع) يا ابن رسول الله إني : سمعت من أبيك (ع) أنه قال: يكون بعد القائم اثنا عشر إماما ، فقال الصادق (ع) إنما قال:  اثنا عشر مهديا ، ولم يقل: اثني عشر إماما ، ولكنهم قوم من شيعتنا يدعون الناس إلى موالاتنا.) ومعرفة حقنا

(daripada Abi Bashir berkata: Aku berkata kepada Al-Shadiq Ja'far ibn Muhammad (as), Wahai anak Rasulullah, saya mendengar daripada bapa tuan (as), beliau berkata: Akan ada selepas Al-Qaim dua belas imam, berkata Al-Shadiq (as), tetapi berkata:dua belas Mahdi-mahdi, jangan sebut dua belas imam, tetapi mereka kaum dari Syi’ah kami yang menyeru manusia kepada Wilayah kami Dan mengetahui hak kami.) [1]

Walaupun banyak dari tulisan seruan (dakwah) Al-Yamani yang diberkati telah mempertahankan keraguan ini dan telah dijawab dengan sangat jelas, bahawa Imam Al-Shadiq (as) dalam riwayat itu tidak menafikan imamah (kepimpinan) Mahdi-mahdi (as). Tetapi dalam hal mensahihkan kata-kata bapanya Al-Baqir (as) kepada Abi Bashir sebagai pembawa berita, mengenai adakah mereka mempunyai maqam Imamah atau tidak, maka banyak riwayat telah memastikannya. Dan riwayat-riwayat itu menunjukkan bahawa mereka juga adalah Imam-imam.
.
Sebagaimana martabat Imamah yang diperolehi oleh Ibrahim (as) telah dinashkan dalam Kitab Suci Al-Quran Al-Karim tiada halangan shaf-shaf dari Syiah kepada penciptaan (makhluk) terbaik selepas Rasulullah (S), dengan nash riwayat-riwayat yang mulia.

Walau apa pun, banyak jawapan dan penjelasan telah dan diterbitkan dalam tulisan seruan (dakwah) Al-Yamani yang diberkati, tetapi untuk melihat jawapan Syed Ahmad Al-Hassan (as) bagi perkara tersebut, dan dengan pendekatan yang lain, yang mengatakan:

[Masalah menyangkal imamah (kepimpinan) Mahdi-mahdi bukanlah masalah menyangkal hak kekuasaan (Iaitu dijadikan mereka sebagai hujah-hujah Allah SWT) bermakna tidaklah perlu untuk menjadi Al-Hujah dengan gelaran imam. Jika mereka mahu menafikan Imamah terhadap mereka itu ia tidak akan memberi manfaat kepada mereka untuk menafikan tahap yang dikehendaki bagi hamba-hamba mentaati mereka kerana mereka adalah hujah Allah, Begitulah Yunus (as) adalah hujah Allah bukan seorang imam. Adakah tidak diwajibkan untuk taat kepadanya? Begitu juga Zakaria dan Yahya (as), mereka adalah hujah-hujah Allah, bukan imam-imam, adakah tidak diwajibkan untuk mentaati mereka? Imamah adalah maqam (martabat ).

Walaupun terdapat dalil-dalil yang banyak untuk membuktikan imamah (kepimpinan) Mahdi-mahdi, Tetapi saya ingin menunjukkan kepada kamu sesuatu: Iaitu mereka itu jahil, kerana mereka beriktiqad bahawa menafikan pada peribadi imamah adalah menafikan kewujudan hujah Allah, sedangkan itu tidak betul, ia juga untuk membuktikan bahawa secara peribadi ianya adalah hujah Allah dan Khalifah Allah yang wajib ditaati seperti Adam, Yunus, Yahya dan Zakaria (as) tetapi mereka bukanlah para imam.

Orang-orang ini jahil tidak mengetahui sesuatu, mereka beriktiqad bahawa hujah yang maksum mestilah seorang imam, dan bahawa mereka cuba untuk menafikan imamah (kepimpinan) Mahdi-mahdi, dan hanya jika mereka mengetahui dan mempertimbangkan dijadikan untuk manusia hujah Allah dan Khalifah Allah tidak semestinya perlu menjadi imam, apabila mereka telah menafikan imamah (kepimpinan) Mahdi-mahdi, kerana mereka akan tahu bahawa menafikan mereka sebagai imamah (kepimpinan) Mahdi-mahdi tidak akan memberi manfaat kepada mereka dalam menafikan hak kekuasaan yang terbukti dalam nash riwayat-riwayat yang menyatakan bahawa mereka adalah hujah Allah selepas imam-imam dan aushiak Rasul sesudah para imam, dan oleh itu jika mereka memahami sesuatu apabila didedahkan perkara itu.

Betapa besar keperluannya adalah seperti yang dijelaskan, ia adalah untuk membuktikan bahawa mereka adalah hujah Allah, Jika terbukti bahawa mereka adalah hujah-hujah Allah berakhirlah perbahasan itu. Sedangkan perbahasan dijadikan mereka imam-imam, apakah makam (martabat) mereka Imamah atau tidak, ini merupakan tambahan bagi yang dikehendaki.]



✡✡✡✡✡


------------------------------
[1] Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah. halaman 358.


Tiada ulasan: