15. Melihatnya Dan Berbai’ahlah!
16. Pengutusan Ilya:
15. Jika kamu
melihatnya maka berbai’ahlah padanya!
فإذا رأيتموه فبايعوه !
Dari Rasulullah (S): Baginda telah menekankan kepada umat Islam supaya
menyokong Al-Mahdi, baginda bersabda: (..Jika kamu melihatnya maka berbai’ahlah
padanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Kerana dia adalah Khalifah
Allah Al-Mahdi.) dan ini adalah maksud (riwayat) yang disebut di sisi Syiah dan
Al-Sunnah.
Pada riwayat ini membayangkan, ada yang diperlukan untuk melihat Al-Mahdi
dengan mata sebelum berbai’ah dan beriman padanya, dan tidak perlu berbai’ah pada
Al-Mahdi dengan pandangan mereka sebelum melihat dengan mata dan bertemu
dengannya, dan mereka percaya bahawa syarat ini dikenakan oleh perkataan "kamu
melihatnya" dalam hadits tersebut.
Dan jawapan kepada soalan ini, Syed Ahmad Al-Hassan (as) berkata:
[Apabila dia melihatnya adalah mencukupi sekadar
pengesahan "kamu telah melihatnya," Jika tidak, adakah masuk akal, diumpamakan
orang yang belum memberikan bai'ah seramai tujuh ribu juta orang manusia di
Bumi menerima Hujjah Allah sehingga mereka mesti melihatnya berhadap-hadapan seorang
demi seorang? Berapa lama masa yang akan diambil untuknya; seratus, dua ratus, tiga
ratus tahun, atau lebih lagi?].
✡✡✡✡✡
16. Pengutusan
Ilya:
الإرسال من ايليا:
Tidak ada persoalan pengutusan Nabi Allah Ilya (as) yang jelas pada saya,
oleh itu saya bertanya:
Merujuk apa yang ada dalam Kitab Washi Dan Utusan Imam
Mahdi (As) Di Dalam Taurat Dan Injil Dan Al-Quran dan begitu juga dalam
kitab Risalah Al-Hidayah, masalah pengutusan
Isa (as) jelas, tetapi soal pengutusan Ilya mungkin kelihatan tidak begitu?
Beliau (as) berkata:
[Adakah kamu maksudkan nash Taurat? Masalah bahawa
Ilya diangkat dan mereka menunggunya itu tidak ada masalah, dan maksud pengutusan
ini adalah pengutusan Imam Mahdi (as) adalah untuk pengutusan mereka,
Bagi orang-orang Islam, kita
katakan kepada mereka secara ringkas: bahawa Ilya dan Isa (3alaihima Al-Salam)
kedua mereka mengikuti Imam Mahdi (as), maka ketika mana mereka diutus adalah
juga diutus bagi yang mengutus Imam
Mahdi (as), kerana kedua mereka mengikutinya dan pembantu-pembantunya].
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan