Jumaat, 5 Februari 2016

14. Sufyani, Yamani dan Khurasani


14. Kemunculan-kemunculan Dalam Riwayat Al-Yamani!
الخروج في رواية اليماني !

Imam Al-Baqir (as) berkata: (Kemunculan Al-Sufyani, Al-Yamani dan Al-Khurasani akan berada dalam tahun yang sama, dalam bulan yang sama, pada hari yang sama, seperti manik tasbih yang berikutan (berturutan) satu sama lain. Akan berlaku kesengsaraan di segala penjuru, celakalah orang-orang yang menentang mereka. Dan tidak ada panji yang lebih mendapat petunjuk selain dari panji-panji Al-Yamani, panji beliau adalah panji-panji petunjuk (hidayah) kerana ia menyeru kamu kepada Pemilik Zaman (Shohib Al-Zaman), jadi jika Al-Yamani muncul beliau akan menjadikan jual-beli senjata diharamkan bagi manusia dan setiap orang Islam, dan jika Al-Yamani muncul dan bangkit ke arahnya, sesungguhnya panji beliau adalah panji-panji petunjuk, dan ia tidak dibenarkan bagi seorang muslim untuk berpaling daripadanya (menjauhinya), dan barangsiapa yang berbuat demikian maka dia adalah dari ahli neraka, kerana ia menyeru kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus.) [Al-Ghaibah oleh Al-Nu'mani halaman 264]         

Diperlukan sebahagian yang menolong Al-Yamani sebagai syarat ketika keluar untuk berperang, tetapi sebelum itu terdapat keperluan untuk taat kepadanya serta menolongnya, ini adalah sebahagian tuntutannya.

Walaupun riwayat Al-Yamani yang menunjukkan bahawa Al-Yamani Khalifah dan Hujah Allah, maka taat pada khalifah Ilahi dan menolongnya adalah wajib dari saat pertama di mana seruannya bermula, itu adalah apa yang diterangkan Syed Ahmad Al-Hassan (as) dan para ansarnya dalam banyak kitab, tetapi dia (as) memberikan perhatian kepada pencari kebenaran atas salah faham riwayat Al-Yamani yang tidak diterjemahkan dalam bentuk sepatutnya juga menjadi persoalan dengan mengatakan

[Di dalam riwayat ini Al-Yamani adalah pemilik panji, iaitu seorang panglima tentera, dan juga jika ia keluar wajib maju kepadanya iaitu berperang bersamanya, adakah mungkin seseorang yang berjuang dengan panglimanya tidak berbai’ah padanya sebelumnys dan tidak beriman dengannya?]

Ada juga yang memahami daripada riwayat ini bahawa ketiga-tiga tokoh: Al-Yamani, Al-Khurasani dan Al-Sufyani hendaklah mermulakan seruan mereka dan memenanginya dalam satu hari, kerana keluar mereka dalam satu hari yang sama, menurut nash riwayat.

Adalah jelas bahawa tidak ada yang wujud di sesuatu masa (zaman) mereka yang keluar untuk berperang di antara satu sama lain tidak dimulakan dengan seruan kepada manusia untuk meletakkan diri mereka di bawah panji-panji mereka, yang secara pastinya mendahului (menjelang) pergi berperang.

Abdus Soleh (as) berkata mengenai persoalan ini:

[Adakah kamu fikir mereka membangunkan dan melengkapkan ketenteraan dan berperang dengan ketumbukan tentera dalam tempoh dua puluh empat jam, sebagai contoh? Adakah akal menerima pemahaman seperti ini?]



✡✡✡✡✡


Tiada ulasan: