Khamis, 11 Februari 2016

1. Mukjizat


Hentian IV:
          
Apa Yang Berkaitan Dengan Perselisihan Dalam Dakwah Kebenaran Akidah-akidah Mereka

01 Akidah Ahlul Bid’ah (Mubtadi3ah), Syiah Marajik!!

Apa yang memeranjatkan kita selamanya dari segelintir kejahilan mereka, dan percakapan mereka mengenai akidah. Maka alangkah banyak musibahnya, kerana Al-Maksum mengetahui perkara-perkara yang sangat penting: membuang taring binatang buas tetapi tidak dibaham olehnya, kesan kakinya pada batu yang keras, bercakap dengan segala bahasa, tiada bayang-bayang di mana pun dia berjalan, .... dan lain-lain

Ini gambaran peraturan untuk mengenal Al-Maksum, ini adalah sifat-sifat yang disifatkan secara berterusan, dan bukan atas jalan mukjizat yang mungkin berlaku atau mungkin tidak berlaku menurut kehendak-Nya Yang Maha Suci`

Kesaksian Allah untuk Khalifah Allah dengan kebenarannya, dan tulisan wasiat Rasulullah (S) yang dapat memelihara umat dari kesesatan, mengikut maksud kata-kata baginda. Serta ilmu Al-Maksum yang Muhkam dan Mutasyabihnya pada Agama Allah dari Alif hingga Ya (keseluruhannya). Pada kata-kata ulama besar Syiah yang beramal, dalam menjelaskan bahawa nash dan ilmu berasaskan makrifah daripada Al-Maksum dan telah menyifatkan Syiah dari yang lain adalah berbeza. Semua ini tidak mempunyai nilai yang kelihatan mereka itu membuat tuntutan-tuntutan (bid’ah)!!

Dan dari kedudukan akidah-akidah ahli bid'ah ini, Syed Ahmad Al-Hassan (as) berkata:

[Pada ansar yang mengetahui bahawa akidah-akidah tidak diambil dari mana-mana riwayat (hadits), jika ia bertentangan dengan kebenaran.

Ia dibawakan oleh sebahagian mereka yang berserban tetapi jahil, dan dikatakan kepada mereka: Riwayat ini mengatakan bahawa Al-Maksum  mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifatnya: Ia tiada bayang-bayang, kakinya memberi kesan pada batu, dan mengetahui segala bahasa, ia bukanlah satu mukjizat sementara mungkin dibawanya dan mungkin tidak, dengan izin Allah, tetapi sifat-sifat dan ciri-ciri tetap Khalifah Allah adalah seperti yang mereka katakan.

Ini adalah salah dan bertentangan dengan kebenaran yang dijelaskan, dan tidak mengatakannya melainkan orang-orang yang bodoh.

Jika tidak, sekiranya setiap riwayat yang diambil dari mereka adalah akidah, patutkah mereka berakidah bahawa maksumin (para maksum) tidak dibawa (dikandung) di dalam rahim berdasarkan sebahagian riwayat-riwayat juga?!

Apa yang saya ingin kenalkan kepada ansar adalah kaedah-kaedah, ia adalah: akidah yang tidak diambil dari riwayat dengan sewenang-wenangnya, dan juga: Jangan berkata kami ansar menerima semua riwayat. Perkataan ini tidak betul dan sesiapa yang mengatakannya adalah batil, tidak ada perbezaan di antara dia dengan mereka yang inginkan riwayat-riwayat Aali Muhammad mengikut nafsu. Dan sesiapa yang menerima riwayat-riwayat yang ghulat (rosak) dan riwayat-riwayat palsu tidak ada perbezaan antara dia dengan orang-orang yang inginkan riwayat-riwayat yang menjadi hak Keluarga Muhammad (as).

Kemudian iktiqad (kepercayaan) itu dihiasi pada Al-Maksum dengan sifat-sifat ini (Ia tiada bayang-bayang, kakinya memberi kesan pada batu, dan mengetahui segala bahasa) sentiasa kekal, Adakah wujud orang alim bagi akidah-akidah Syiah dengan akidah ini? Ini adalah soalan yang dihadapi oleh orang-orang yang mendakwa bahawa ini adalah sifat-sifat Al-Maksum.

Malah, pada hakikatnya mereka membawakan hanya riwayat-riwayat Ahad yang ditinggalkan dan tidak beriktiqad dengannya para ulama akidah, bagaimana mereka boleh beriktiqad dengannya dan di atas dasar menyempurnakannya pada hal ia adalah perkara akidah yang berbahaya?!

Akibatnya, jika kamu tidak jadikan akidah mereka adalah akidah yang sah ia akan berlawanan dengan Al-Mahdi (as) dengan akidah yang palsu ini, mereka mesti membuktikan bahawa akidah-akidah ini boleh diterima dengan dalil mengikut pendekatan mereka dan ia adalah dalil yang muktamad (qath3i), iaitu riwayat-riwayat yang mutawatir atau Al-Quran secara jelas atau dengan dalil akal yang sahih. Mereka tidak mempunyai apa-apa mengenainya, tetapi ulama mereka inginkan riwayat-riwayat ini dan ia bukan tidak diterima untuk diiktiqadkan, bahkan terdapat riwayat-riwayat yang berlawanan dengannya sepenuhnya, dan kebenarannya juga berlawanan.

Pada sifat-sifat Musa (as) - sebagai contoh - yang memberi kesan kepada batu itu, maka apakah diperlukan keizinan bagi tongkat dan lain-lain? Bukankan ia dipengaruhi oleh batu di istana Firaun, atas kata-kata mereka, apa yang perlu dilakukan dengan mukjizat?!

Kemudian para Imam (as), adakah ia kerjaya (kehidupan) mereka (jauh mereka dari perkara tersebut) apabila mereka merosakkan lantai rumah-rumah manusia, dengan kaki mereka akibat kaki batu mereka, Seperti yang mereka gambarkan!!? Demi Allah, maksudnya ini tidak layak dan pada asasnya ditolak, maksudnya bagaimana sifat seorang Imam sentiasa kekal memberi kesan kepada batu? Adakah ia sebuah Bulldozer berjalan-jalan dan merosakkan rumah-rumah manusia dan jalan-jalan (jalan raya)? Bukankah ini sesuatu yang karut?!

Mereka yang berserban tapi jahil dengan akidah palsu mereka ini bersedia dari sekarang pula memerangi Imam Mahdi (as); Kerana jika dia datang esok nanti dan bersholat di masjid Kufah dengan tidak menjejaskan lantai masjid Kufah atau merosakkannya, mereka akan berkata kepada manusia, ini bukan Imam Al-Mahdi (as). Padahal mereka tidak mahu melainkan hanya Al-Mahdi yang akan berjalan di dalam masjid Kufah, dari pintu ke mimbar dia merosakkan lantai masjid dengan kakinya yang memberi kesan kepada lantai, orang ramai perlu menukar lantai setiap minggu, sekurang-kurangnya? Kerana mereka berkata ini adalah antara sifat-sifat imam?!!

Oleh itu, ini sesuatu yang karut. Mereka menakut-nakutkan manusia seperti mana Firaun (laknahu Allah) menakutkan kaumnya, Tetapi ia menyeedihkan ansar, ansar janganlah berasa letih, sekurang-kurangnya membaca dan berfikir sedikit untuk menyangkal orang-orang bodoh ini.

Sesiapa yang datang kepada kamu dan berkata ia adalah sifat-sifat bagi menetapkan Al-Maksum yang kekal, tetapi bukan mukjizat yang diperolehinya atau mungkin tidak diperolehinya, mungkin diperolehinya untuk berhujah tetapi bukan diperolehinya untuk tujuan yang lain, seperti tongkat Musa, dia perlu menyediakan dalil (bukti) yang kukuh, yang juga menunjukkan: sama ada riwayat-riwayat yang mutawatir atau petunjuk Al-Quran yang muktamad atau dalil akal yang muktamad. Ini semua tidak mereka adakan.
                                             
Fahami dan berikan tumpuan apa yang dikatakan kepada kamu, carikanlah untuk mereka yang bodoh ini dalil muktamad (qath3i) sebagai keterangan yang berkaitan dengan hujah bahawa ia tidak berlaku pada hujah-hujah Allah, perbezaannya amat luas.

Mereka adalah golongan yang jahil, oleh itu ansar mesti tahu bagaimana untuk berurusan dengan mereka.

Bagi ansar apabila membawakan riwayat-riwayat ini hendaklah tegas sewaktu berurusan dengan mereka, Kerana ia bukan riwayat-riwayat perang dan riwayat-riwayat Fiqh, tetapi riwayat-riwayat akidah, dan akidah tidak dibuktikan melainkan terdapat bukti muktamad (qath3i).

Bagi menyediakan dalil penolakan kamu dengan pendekatan akidah, dan selepas itu ucapkan: Adakah sifat-sifat ini terdapat pada Khalifah Allah yang sedia ada, atau tidak?

Semoga Allah membantu kamu agar menutup jurang-jurang kamu apabila ansar yang lain menolak kemusykilan-kemusykilan berlakunya perselisihan, ia mesti mempertahankan ansar mengikut kemusykilan-kemusykilan yang wujud semasa memulakan dengan yang baru.]


Dengan membawakan dari mana-mana riwayat mengenai akidah-akidah, bagaimanapun, yang menerangkan Al-Maksum dengan sifat-sifat yang disebut di atas, juga membersihkan sebahagian perlakuan mereka yang mempermainkan (berjenaka), dalam menghambat mereka dari menolak seruan (dakwah) Al-Yamani yang diberkati selepas mengambil dalil-dalil dari leher mereka, Abdus Soleh (as) berkata  :

[Adakah riwayat yang mengatakan para Imam (as) tidak dimasukkan di dalam rahim dan lahir dari bahagian (paha) kanan, adakah mereka juga mempercayainya? Atau adakah persoalan ini adalah menjadi keinginan mereka? Manakah dari ulama Syiah yang mengatakan akidah-akidah ini? Adakah mana-mana riwayat yang mereka telah bawakan?!

Tiada ulama Syiah yang akidah mereka seperti ini, dan ini bukan akidah kita, maka dari mana mereka datangkan akidah-akidah ini?]

Abdus Soleh (as) juga berkata:

[Mereka mengatakan bahawa dari sifat-sifat Al-Maksum ia tidak mempunyai bayang-bayang, dan tidak menjejaskan tanah lembut tetapi memberi kesan kepada batu. Dan selamanya hal ini merupakan sifatnya yang kami mahu mengetahuinya?

Tanyalah kepada mereka:

Adakah hanya badan Al-Maksum tidak mempunyai bayang-bayang, atau pakaiannya juga tidak mempunyai bayang-bayang, iaitu, setiap kali diganti pakaiannya maka pakaian yang dipakainya tidak mempunyai bayang-bayang?!!

Adakah kakinya tidak memberi kesan kepada pasir tetapi memberi kesan kepada batu, atau kasut Imam juga tidak memberi kesan kepada pasir tetapi memberi kesan kepada batu?!!

Jika perkara-perkara ini adalah sifat-sifat yang sedia ada pada Imam secara tetap sebagaimana yang mereka katakan dan bukannya mukjizat sementara. Sebagai contoh, adakah terdapat bekas kakinya pada batu apabila berjalan di rumah-rumah orang dan tempat-tempat awam, yang dimasuki Imam dan pada permukaan lantai berbatu, atau tidak?!!

Adakah setiap kali Imam masuk ke dalam rumah akan merosakkan lantai batu (simen) kerana bekas kaki-kakinya pada lantai dan terpaksalah tuan rumah menggantikan lantai rumahnya, dan adakah Imam terpaksa membayar ganti rugi kepada mereka kerana merosakkan rumah mereka, atau tidak?!! Atau lantai-lantai rumah penduduk yang berbatu (simen) dikecualikan daripada kesan sifat ini yang disifatkan kepada imam?!! Bermakna terhasil mukjizat terbalik dimana ia mengubah sifat Imam dari keadaan lazim tidak memberi kesan jejaknya pada batu (simen) di rumah-rumah penduduk.

Sekarang, jika ia bertentangan dengan zahir riwayat-riwayat dan zahir Al-Quran dengan jelas sekali, apa yang kita patut lakukan? Bukankah sama ada menolak riwayat-riwayat atau mentakwilnya? Bukankah Imam-imam mengarahkan mengikut pertimbangan Al-Quran dan meninggalkan perselisihan; kerana mereka tidak mengatakan supaya bercanggah dengan Al-Quran?

Baiklah, hujah-hujah atau Khalifah Allah adalah manusia biasa, mereka adalah sebahagian dari yang lain dengan sifat-sifat jasmani kemanusiaan, mereka tidak mempunyai sifat-sifat istimewa, menurut Al-Quran.

﴿قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا﴾

Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap bertemu dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan dengan Tuhannya seorangpun [Al-Kahf 18:110

Apakah Al-Hujah sebelum melakukan amalannya dan keikhlasannya diiringi dengan sifat-sifat yang mukjizat ini, atau tidak?

Jika mereka mengatakan tidak, Mereka menguraikan benang yang berpintal dan berakhirlah perkara itu dan menjelaskan ia adalah mukjizat sementara yang mungkin berlaku dan mungkin tidak berlaku, Dan bukanlah sifat-sifat jasmani yang lazim wujud kepada Al-Hujah pada semua keadaan dan zaman.

Jika mereka mengatakan, ya dia mengiringinya sebelum diuji di dunia ini dan menetapkan keikhlasannya dan mengangkatnya ke makam yang layak menyampaikan risalah selepas dihijab dengan jasad (tubuh) di alam dunia ini, dan kakinya sentiasa memberi kesan kepada batu dan dia sentiasa tidak tidak mempunyai bayang-bayang sebagai sifat-sifat fizikal yang lazim.

Jadi jika di mana pun diuji manusia ini dia diberi keutamaan dengan tanda-tanda mukjizat yang sentiasa melaziminya?!!

Kemudian adakah keadilan diberikan kepada Al-Hujah ini, yang diiringi dengan mukjizat sebagai pulangan permulaan dan ganjaran sebagaimana orang mukmin yang diuji keinginannya (syahwat) tidak disertai dengan mukjizat pada permulaannya sebagaimana yang mengiringi Al-Hujah, adakah ini lebih utama dari melebihkannya? Oleh itu di manakah keadilan Allah? Bagaimana dijadikan keadilan di kalangan penciptaan (makhluk) dalam ujian jika mereka masuk dan salah seorang daripada mereka dengan jawapan di tangannya dan limpahan kelebihan, dan yang lain tidak mempunyai jawapan di tangannya sementara yang ada hanya soalan-soalan dan dia mesti mencari jawapannya sendiri, dan perkara yang menyedihkan adalah bahawa, orang yang dilebihkan dengan jawapan di tangannya diberikan ganjaran lebih besar daripada si miskin yang dizalimi dan tidak diberikan jawapan?!

Pada hakikatnya, bahawa akidah-akidah ini mendedahkan betapa kosongnya akal orang-orang yang beriktiqad dengannya, bahkan mereka tidak beriman dengan Al-Quran dan keadilan Allah SWT.]



✡✡✡✡✡


Tiada ulasan: