Jumaat, 12 Februari 2016

2. Ilmu Dibutakan Oleh Hasad


02 Tuntutan Ilmu Dibutakan Oleh Hasad!!
 أدعياء علم أعماهم الحسد !!

Sebahagian mereka akhirnya merenung dengan ekor matanya, dan bercakap tentang kebenaran seruan (dakwah) Al-Yamani melalui sesetengah saluran satelit berbayar, yang telah mencemari suara-suara Ansar Imam Mahdi (as) bertahun-tahun lamanya dan mereka mengundang untuk siri perbahasan ilmiah dan penghormatan yang ditunjukkan adalah membayangkan hakikat sebenar kepada manusia, dan seruan (dakwah) tersebut masih berjalan, tetapi mereka tetap menolaknya setiap kali dan seperti biasa tanpa sebab yang menasabah. Begitulah pendustaan mereka kepada seruan (dakwah) yang diberkati tanpa bukti, dan bertaqlid kepada yang bukan maksum yang menggambarkan akidah orang ramai yang juga tanpa bukti.

Dalam perkara ini ada pertanyaan untuk mereka, diterangkan kepada kami oleh Syed Ahmad Al-Hassan (as)

[Mereka ini seperti yang dikatakan penyair:

Dalam kegelapan malam terserempak kawanan singa ... kucing itu menjeling dari hadapan hingga ke buntutnya

Mereka takut berdebat dengan Ansar; kerana mereka akan didedahkan (diberi penjelasan), mereka tidak senang hati selagi ansar tidak sirna (hilang) dihumban ke dalam penjara, sejak dahulu cara ini telah mereka gunakan pada para nabi dan aushiak dan ansar mereka, dan kemudian keluarlah sesuatu yang mengelirukan (menyesatkan) orang awam.

Tetapi jika mereka bijak, mereka akan belajar tentang akibat kerugian di dunia dan akhirat seperti yang berlaku kepada nenek moyang mereka yang menentang (memerangi) para nabi dan aushiak dengan cara yang sama.

Mereka akan kekal begitu dan berjalan dengan cara ini, mereka tidak mungkin berdebat dengan Ansar, yang perbahasannya teratur dan sistematik; kerana semua itu akan mendedahkan dan menjelaskan kejahilan mereka di khalayak ramai. mereka akan selalu merenung kegusaran mereka di dalam kegelapan malam untuk menyesatkan manusia.

Melainkan, jika saya berkata kepada mereka: Marilah berbahas menggunakan pendekatan bersemuka (halaqah) dengan mula membincangkan akidah Al-Mahdiyin, dan kemudian bergerak ke halaqah (episod) kedua kita membincangkan cara-cara menegenal hujah (Allah), dan kemudian episod ketiga yang menggunakan kaedah untuk membuktikan kebenaran peribadi Ahmad Al-Hassan, mereka tidak akan menyahutnya; kerana mereka tahu kekalahan mereka akan terserlah dan tidak dapat dielakkan, atau beriman seperti kamu.

Usaha ini akan berterusan apabila membincangkan bagaimana untuk menjadikan tajuk perbincangan secara furu3 (cabang) dengan menjauhi dari berdebat (jidal)... dan lain-lain, jauhilah dari perbincangan yang ilmiah dan secara rasmi (formal).

Subhana Allah mereka dibutakan oleh iri hati (hasad).

Tahun lalu, saya dapat melihat seseorang di salah satu saluran, dan dia ada pertemuan dengan pengacara,
Kedua-duanya menentang seruan (dakwah) dan menyerangnya. Maka pengacara telah mengeluarkan sehelai kertas dari salah satu tulisan saya, kemudian membaca sesuatu daripadanya, dia lalu berkata kepada sahabatnya: Nampaknya lelaki ini alim (ulama) atau faqih, perkataannya dalam hal ini, dimaksudkan bahawa ia mempunyai sesuatu ilmu yang menyesatkan manusia, inilah apa yang mereka maksudkan.

Tetapi sahabatnya seorang Syeikh (Ustaz) ke tahap apa yang membutakan oleh iri hatinya sehingga menafikannya, lalu dengan marah kepada pengacara dia berkata: "Tidak! Tidak! Tidak!...” Dia mengulanginya beberapa kali. “Dia tidak mempunyai apa ilmu, tidak tahu apa-apa, tidak faham apa-apa, lelaki buta huruf yang tidak tahu perkara yang paling mudah" Begitulah lebih kurang ungkapan-ungkapannya.]



✡✡✡✡✡


Tiada ulasan: