Isnin, 15 Februari 2016

4. Cabaran soalan yang tidak berjawab!


4. Soalan Yang Dikemukakan Kepada Mereka Untuk Perbincangan Dan Seperti Biasa Tidak Dijawab!!
أسئلة طرحها عليهم للنقاش ولا من مجيب كالعادة !!

Adakah mereka ulama?

Pengikut-pengikut mereka berkata: Bahawa Ahmad Al-Hassan seorang lelaki buta huruf tidak tahu walaupun perkara yang paling mudah?

Jadi, untuk menjawab soalan-soalannya, saya tidak mengatakan bahawa ada jawapan balas bertulis hampir lima puluh versi dalam pelbagai aspek ilmu agama, dan ia diterbitkan keseluruhannya untuk dakwahnya di laman web rasmi, dan boleh dimuat turun dan dibaca secara percuma!

Saya akan menyampaikan dakwahnya kepada kalian untuk menjawab soalan-soalan yang ditanya di Facebook rasmi bulan lalu, mengapa berlindung menyembunyikan diri atau berpeluk tubuh berdiam diri di hadapan orang-orang yang tidak tahu perkara yang paling mudah!!

Perhatian, bahawa persoalan yang kamii akan bacakan nanti dalam perkara (tajuk) yang sepenuhnya berkaitan dengan kekeliruan atheis (mulhid) dan kesesatannya dan untuk membuktikan kewujudan Allah, ia merupakan tajuk yang penting seperti yang diketahui umum, dan ini adalah teks seruan dakwahnya kepada mereka:

[Saya akan cuba mengutarakan topik ilmiah (saintifik) yang bersangkutan dengan penciptaan dan penetapan kewujudan Tuhan, atau Ia tidak wujud.

Topik saintifik ini amat penting memandangkan apa yang saya dapati di bidang ilmiah (saintifik) adalah kemenangan bagi atheisme dari sudut sains yang amat ketara, berbanding  dakwaan mereka yang mewakili agama-agama. Kesemua yang menggelar diri mereka ulama samada muslim syiah, sunnah dan wahabi, kristian atau yahudi memberikan jawapan terhadap topik-topik saintifik tanpa memahami apa yang dilontarkan pada mulanya oleh saintis-saintis biologi evolusi dan saintis lainnya. Mereka itu seperti orang yang buruk pendengarannya, lantas memberikan jawapan yang buruk. Oleh itu, saya telah menulis sebuah buku yang hampir siap sekarang ini bagi membincangkan teori-teori penting saintifik yang kukuh berdasarkan uji kaji atau teori matematik. Dengan izin Allah, saya akan menerbitkan buku ini apabila terdapat mereka yang pengetahuannya layak untuk memahami apa yang saya tuliskan, kerana ianya memerlukan kepada pengetahuan yang luas tentang ilmu-ilmu sains seperti sejarah geologi, sejarah purbakala, arkeologi, biologi evolusi, teori fizik, kosmologi, antrobologi, kejuruteraan genetik, kedoktoran, falsafah dan lain-lain lagi.

Soalan-soalan untuk dibincangkan: 

Apa pandangan ulama syiah, sunnah, wahabi dan kristian berkenaan teori evolusi sepertimana yang dikenali kebanyakan manusia sebagai teori Darwin?

Apa jawapan saintifik mereka dalam menolak teori ini?

Bagaimana cara untuk menetapkan kewujudan Tuhan menurut batas kehidupan duniawi buat mereka yang menerimapakai teori evolusi ini?

Apa pandangan mereka terhadap “selfish gene” (gen keakuan)?

Apa pandangan mereka terhadap teori “membrane” atau teori “M, dan kewujudan lebih dari empat dimensi alam semesta ini, iaitu sebelas dimensi sehingga kini?

Apa pandangan mereka terhadap apa yang diutarakan oleh professor Stephen Hawkings baru-baru ini tentang asal-usul alam semesta dan permulaanya. Bahawa teori “M” atau teori Quantum sudah memadai bagi menafsirkan kemunculan alam semesta daripada tiada?

Apa pandangan mereka terhadap pendapat saintis-saintis fizik yang mengatakan bahawa himpunan tenaga positif dan materi, beserta tenaga negatif dan materi gelap (materi berlawanan) di alam semesta adalah bersamaan dengan sifar?

Bilakah nabi Adam hidup di atas muka bumi ini? Saya tidak perlukan tarikh secara terperinci tetapi memadai secara umum sahaja, iaitu sebagai contohnya mereka mengatakan puluhan ribu tahun, ratusan ribu tahun atau jutaan tahun.

Di manakah berlaku banjir Nabi Nuh?

Bilakah berlaku banjir Nabi Nuh? Saya tidak perlukan tarikh secara terperinci tetapi memadai secara umum sahaja, iaitu sebagai contohnya mereka mengatakan puluhan ribu tahun, ratusan ribu tahun atau jutaan tahun.

Bagaimana ia berlaku dan berbentuk seperi gunung sebagaimana disebutkan dalam Quran?

Adakah banjir itu meliputi seluruh muka bumi? 

Adakah seluruh kehidupan di muka bumi ini hancur musnah disebabkan banjir Nabi Nuh?

Sekiranya jawapan mereka adalah banjir nabi Nuh itu meliputi seluruh muka bumi dan memusnahkan seluruh makhluk hidup, atau sekurang-kurangnya haiwan atas muka bumi. Jadi, apa alasan mereka tentang kewujudan haiwan-haiwan di pulau-pulau terasing, seperti kangaroo di Australia, fossa di Madagaskar dan lain-lainnya?

Soalan-soalan saintifik ini bersangkutan dengan penetapan atau penafian kewujudan Allah. Oleh itu, orang-orang yang mendakwa diri mereka sebagai wakil-wakil agama wajib menjawab kesemua persoalan ini bersesuaian dengan ilmu sains moden. Bukan hanya menjawab berdasarkan riwayat-riwayat atau nas-nas keagamaan yang diragui sumber dan pembuktiannya, serta bertentangan dengan realiti yang dibuktikan secara muktamad berdasarkan sains, seperti fakta-fakta sejarah geologi bumi dan lapisan-lapisan yang terkandung di dalamnya. Beginilah juga nas-nas keagamaan, iaitu samada ianya tidak benar atau ditakwilkan kerana ianya bertentangan dengan ketetapan fakta-fakta sains.

Sehubungan itu, para fuqaha agama dituntut menjawab secara ilmiah (saintifik) kesemua persoalan di atas. Saya percaya mereka secara menyeluruh tidak mampu mengutarakan sebarang jawapan ilmiah (saintifik) yang bernilai. Malah setiap kali saya melihatnya, saya dapati ianya adalah ungkapan-ungkapan kefahaman salah tentang persoalan-persoalan ilmiah (saintifik), di samping menjawab berdasarkan kefahaman salah mereka. Dengan kata lain, mereka sebagai contohnya menganggap teori evolusi berkata sebegini dan memberikan jawapan berdasarkan tanggapan mereka. Sekaligus menganggap diri mereka telah menjawab teori evolusi, padahal hanya menjawab tanggapan mereka sendiri dan kefahaman salah mereka tentang teori evolusi, bukan fakta sebenar yang diutarakan oleh teori evolusi.

Saya berkeyakinan bahawa tahap kehidupan yang kita lalui pada hari ini dan apa yang diutarakan melalui topik-topik saintifik ini mempunyai kaitan langsung, serta signifikan dengan agama dan penetapan kewujudan Allah SWT, berbanding mereka yang mendakwa diri mereka sebagai ulama-ulama agama. 

Penulisan-penulisan dan pendapat-pendapat para fuqaha syiah, sunnah dan kristian yang telah saya tahu, hanya sekadar tulisan-tulisan naïf yang sesuai untuk pasaran tempatan sahaja bagi memperdaya sebahagian pengikut mereka yang mabuk dan redha dengan kejahilan. Jawapan-jawapan mereka ini tidak mungkin dapat meyakinkan individu yang berpengetahuan luas dalam sains biologi evolusi, sains genetik dan fizik sebagai contoh. Malah dia akan segera mencadangkan bahawa mereka hanyalah orang-orang yang naïf, jahil dan pendusta.

Dengan izin Allah, saya akan membincangkan sebahagian pendapat dan tulisan mereka di laman ini, bagi saudara melihat sendiri tingkatan ilmiah mereka dan apa yang lebih baik buat mereka. Kalian juga akan tahu, mengapa mereka tidak menemukan cara bagi menghadapi Ahmad Al-Hassan. Seterusnya menggunakan kaedah pendustaan, fitnah dan pertolongan pasukan tentera yang condong kepada mereka bagi menyerang pejabat Ahmad Al-Hassan di Najaf, atau menyerang rumah Ahmad Al-Hassan dengan pasukan tentera yang besar. Sebabnya akan dijelaskan dengan terang benderang kepada kalian, iaitu kewujudan Ahmad Al-Hassan secara terang-terangan di kalangan manusia akan mendedahkan aib dan menampakkan kejahilan mereka.

Akan saya perlihatkan kepada saudara Insya Allah bidang ini tentang kekosongan ilmu dan pemikiran mereka.

Apa yang saya harapkan daripada penuntut ilmu sekalian adalah supaya bersusah payah sedikit bersama saya sambil belajar dan membaca. Demi Allah, ianya amat memedihkan kita untuk menjadi mangsa kepada orang yang mempergunakan kejahilan mereka tentang persoalan sains dan keagamaan tertentu, lantas menjauhkan mereka dari kebenaran sebagaimana yang terjadi hari ini. Ketikamana mereka diperdayakan oleh para fuqaha sesat dengan pendustaan yang mewajibkan taklid kepada peribadi bukan maksum.

Sesiapa jua yang berpegang dengan pendapat tertentu mereka, maka bawalah ke mari dan insya Allah saya akan membaca apa yang dituliskannya, serta berinteraksi dengannya di dalam penulisan-penulisan saya.

Inilah soalan-soalan yang telah saya khususkan, yang kebanyakannya telah saya jawab di dalam kitab “Wahmul Ilhad” (Delusi Atheisme). Dengan izin Allah, saya akan menerbitkannya dalam masa terdekat (sekarang telah diterbitkan). Ianya juga boleh dinamakan sebagai debat saintifik bersama professor Richard Dawkins yang merupakan saintis biologi evolusi tersohor masa kini. Di samping professor Stephen Hawkings yang merupakan saintis teori fizik dan matematik gunaan, yang pakar dalam bidang sains alam semesta dan memiliki teori yang kukuh tentang “Radiasi Lubang Hitam” (Black Holes Radiation). 

Saya menantikan jawapan balas dari para marajik (pakar rujuk dalam bidang agama) ke atas semua soalan-soalan saya ini, bagi memulakan perdebatan di antara saya dan mereka. Jikalau mereka menolak untuk membicarakan topik-topik yang saya utarakan ke atas mereka sebelum ini, maka saya cadangkan agar mereka supaya meminta pertolongan dari profesor-profesor universiti untuk memahamkan topik-topik dan istilah-istilah ini, supaya tidak memenatkan di dalam perdebatan nanti.]

Di manakah jawapan kalian, tidakkah kurang pembelaan kalian terhadap agama Allah dengan kecurigaan atheis?

Sehingga bilakah akan diteruskan siri menipu manusia yang derba kurang (miskin) ini!!

Sekarang, Syed Ahmad Al-Hassan (as) menambah soalan baru kepada kalian, dengan harapan untuk menembusi sekatan membisu kalian, Maka ia akan menggerunkan salah seorang daripada kalian untuk menjawabnya katanya:

[Saya mempunyai satu soalan untuk mereka, saya tidak fikir mereka boleh menjawabnya, soalan pertama mungkin datang ke fikiran jika seseorang bertanya kepadanya mengenai iman: Di manakah Allah menciptakan penciptaan (alam dan makhluk)?

Maka akan mengambil masa sepuluh tahun dan sebahagian mereka akan membantu sebahagian yang lain, untuk mendatangkan jawapan kepada soalan tersebut.

Semua jawapan tidak akan keluar dari lingkungan dua perkara: sama ada mereka menemui pada berbilang-bilangnya Ketuhanan Mutlak (Al-Lahut Al-Muthlaq) seperti Wahabi, atau tidak akan dapat menerangkannya.

Sebenarnya, tiada seorang pun daripada mereka hingga kini menjawab soalan saya ini, atau dihadapi oleh bukan Wahabi yang mengatakan: Allah mencipta penciptaan keluar dari diri (Al-Zhat), dan ini bermakna berbilangnya yang terdahulu (Al-Qudama’) tidak dapat tidak; kerana ia di luar dan tidak bebas sama ada baharu (hadits) atau qadim (terdahulu), jika qadim (terdahulu) berbilang-bilanglah Ketuhanan (Al-Lahut) dan jika ia adalah di luar yang baharu (haditsan) di mana pencipta dan seterusnya sambung menyambung, dan akhirnya berbilang-bilanglah Ketuhanan Mutlak.

Jawapan yang kedua berkemungkinan: Ia mencipta penciptaan dalam diri, dan ini bermakna bahawa diri telah menakluk yang baharu, yang bermaksud ia baharu dan membatalkan Ketuhanan Mutlak.

Perkara ketiga: ia tidak ada di dalam diri dan tidak di luarNya, dan ini bukanlah suatu jawapan.

Setahu saya, dalam masalah ini melarikan diri mereka, ya, saya dapati jawapan kepada sebahagian orang-orang Wahabi bahawa penciptaan itu di luar diri, seperti yang diketahui umum fahaman Wahhabi, agama mereka semuanya terbalik dan tidak mempedulikan bahawa berbilang-bilangnya Ketuhanan.

Saya ada beratus-ratus soalan seperti ini yang mereka tidak dapat jawapannya
.
Ada yang mengatakan: Kami mahu memerhatikan Ahmad Al-Hassan sehingga darahnya ditumpahkan dan telah menghasut kerajaan untuk membunuhnya, mereka memerhatikan untuk apa, Tulisan ada di tangan mereka, mereka tidak dapat menjawabnya, lalu untuk mereka menjawab terhadap apa yang ada dalam kitab (tulisan) saya, Jika saya dapati bahawa apa yang mereka tulis patut dijawab. Saya sendiri akan menjawabnya dan sebahagian mereka yang tidak mengerti bercakap di saluran satelit. dan mereka menerangkan kemusykilan-kemusykilan naif mereka atas seruan dakwah dan dijawab kepada mereka oleh Ansar dengan rakaman video dan artikel yang disiarkan di YouTube, Facebook dan lain-lain penerbitan dan komunikasi di Internet. Kedudukan mereka telah ditunjukkan dan kemusykilan mereka kosong tidak bernilai, Dan ia menunjukkan bahawa mereka jahil tentang perkara-perkara ilmiah yang paling asas. Bagaimana orang-orang yang jahil akan memerhatikan Ahmad Al-Hassan?! Di sini mereka mengemukakan dan ianya telah dijawab oleh ansar yang menjelaskan kejahilan, pendustaan dan kekosongan mereka.

Maksud saya, jika ditanya kepada mereka, misalnya: Di manakah berlakunya banjir Nuh, dan apakah pasangan-pasangan yang dibawa bersamanya? Bolehkah kalian menjawabnya dengan pengetahuan bernilai dan sepadan dengan realiti dan tidak ditertawakan oleh ahli biologi dan geologi? Mereka ini biasanya jahil.]

Sekarang, bolehkah kalian menjawab, wahai orang-orang yang menggelar diri mereka ilmuan (ulama) terhadap soalan-soalan ini, dan bukan semata-mata untuk membawa orang ramai menolak seruan dakwah Yamani Aali Muhammad, dan dari mereka (as) mengatakan, Bahawa hanya dia yang akan menjawab perkara-perkara yang besar (Al-3adzaim) apabila kamu bertanya kepadanya!!


✡✡✡✡✡



Tiada ulasan: