Selasa, 28 Oktober 2014

Berjabat Tangan selepas solat

Berjabat Tangan selepas solat 

Soalan: Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Semoga Allah memberikan kesejahteraan kepada Muhammad dan keluarganya, para Imam dan para Mahdi. 

Salam sejahtera ke atas kamu beserta dengan Rahmat Allah dan keberkatanNya

Apakah berjabat tangan dengan orang lain selepas solat itu merupakan sunnah atau bid'ah?


Jawapan: 

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, dan semoga Allah memberikan kesejahteraan kepada Muhammad dan keluarganya, para Imam dan para Mahdi.

Secara umumnya, adalah digalakkan untuk berjabat tangan dengan orang yang beriman dan mendoakan untuknya terutama ketika mengerjakan ketaatan seperti puasa, solat dan menziarahi para ansar Allah. Atas sebab ini, ia digalakkan untuk berjabat tangan dengan orang beriman yang bersolat di sebelah kanan dan kiri dan mencari keberkatan dengan menjabat tangan mereka dan mendoakan untuk mereka agar solat mereka diterima setelah selesainya mengerjakannya.

Ahmad al-Hassan
1433 Hijriah.




Isnin, 27 Oktober 2014

Cadangan 001

Dua Khutbah

الثالث: الخطبتان، ويجب في كل واحد منهما: الحمد لله، والصلاة على النبي وآله (ع)، والوعظ، وقراءة سورة خفيفة أو آية واحدة.
وعنهم (ع): يحمد الله ويثني عليه، ثم يوصي بتقوى الله، ويقرأ سورة خفيفة من القرآن، ثم يجلس، ثم يقوم فيحمد الله ويثني عليه ويصلي على النبي وآله وعلى أئمة المسلمين ويستغفر للمؤمنين والمؤمنات.

Ketiga: Dua Khutbah dan Diwajibkan dalam setiap satu dari keduanya:
Tahmid,

1.     Al-hamdu Lillah,
2.     dan selawat untuk Nabi dan keluarganya (p),
3.     dan pengajaran (nasihat),
4.     dan membaca Surah pendek atau satu ayat.

J:  Disebutkan  daripada  mereka  AS: 
1.     memuji  Allah  dan  memberi  pujian  kepadaNya, 
2.     kemudian berpesan agar bertakwa kepada Allah,
3.     membacakan surat pendek daripada Quran,
4.     kemudian duduk.

5.     Seterusnya bangun
6.     memuji Allah dan memberi pujian kepadaNya dan
7.     berselawat ke atas Nabi dan keluarganya,  ke  atas  para  Imam  muslimin  dan 
8.     memohon  keampunan  buat  orang  mukminin  serta mukminat.


KHUTBAH PERTAMA

 بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ * الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ * مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ * إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ * اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ * صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ* 
وَالْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُون ،   
أشهد ان لا إله إلا الله و حده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده ورسله ، و أشهد ان عليا و الأئمة من ولده حجج الله ، و أشهد أن المهدي و المهديين من ولده حجج الله،
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ،
       
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

Dalam tahmid Surah Fatihah  di atas adalah penting kita memahami kehendak Allah dan tafsirnya. Dia adalah 7 ayat yang diulang-ulang.

Kita mesti memahami surah ini setiap perkataan darinya, 

Amir Al Mukminin (Ali) (as) berkata: "Sesungguhnya segala ilmu alam semesta ada dalam Al-Quran, dan segala ilmu al-Quran adalah dalam ayat Tujuh (iaitu 7 ayat yang diulang-ulang iaitu surah Al-Fatihah), dan pengetahuan Ayat Tujuh adalah dalam Basmalah, dan pengetahuan Basmalah ada pada titik (Ba), dan akulah titik itu "

Dari menyebut nama Allah dan sifat-sifatNya Azza Wa Jalla, Milikan penciptaanNya – Dunia dan akhirat, Langit dan Bumi, penciptaan UtamaNya, Rububiyahnya yang dengan rahmatNya - Dia menyempurnakan penciptaanNya, sehingga yang tinggi martabatnya kepada yang rendah darjatnya. Dialah yang menyempurnakan kekurangan penciptaanNya yang memerlukan kesempurnaanNya. Syari’at atau risalahnya, agamaNya membimbing penciptaanNya. Kita penciptaanNya melalui 4 alam

1.     Alam Zharr
2.     Alam Dunia
3.     Alam Raj3a
4.     Alam Akhirah

Al-Isti3anah – memohoh  hidayah cara mengabdi dan mengenalNya, dan memohoh pertolongan kepadaNya.
Memilih Jalan Haq atau Bathil.
Keperluan bertahmid, dan bertasbih dan sebagainya.
Semua ini saudara boleh rujuk dalam Kitab – Sebahagian dari Tafsiran Surah Al-Fatihah
Oleh Imam Ahmad Al Hassan - Wasi dan Utusan Imam Al Mahdi (as).

Saya bacakan petikan di penghujung kitab tersebut:

Kalimah yang aku lihat ditulis di halaman (suhuf) di Langit, dan di Bumi di batu kasar, dan di atas air, dan di daun-daun pokok: {Maka apakah mereka tidak memperhatikan perkataan (Kami), atau apakah telah datang kepada mereka apa yang tidak pernah datang kepada nenek moyang mereka dahulu? Ataukah mereka tidak mengenal rasul mereka, karena itu mereka memungkirinya?

Firman Allah dalam [Surah Al-Mu'minuun 23: 68-74]. maksudnya

*Atau (apakah patut) mereka berkata: "Padanya ada penyakit gila". Sebenarnya dia telah membawa kebenaran kepada mereka, dan kebanyakan mereka benci kepada kebenaran itu. Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu. Atau kamu meminta upah kepada mereka?", maka upah dari Tuhanmu adalah lebih baik, dan Dia adalah Pemberi rezeki Yang Paling Baik. Dan sesungguhnya kamu benar-benar menyeru mereka kepada jalan yang lurus. Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada negeri akhirat benar-benar menyimpang dari jalan (yang lurus).}

Ya Allah ! Engkau layak dipuji, pada Engkau Yang Maha Pembimbing Ar-Rahman, Al-Rahim, di seluruh alam! Dan kami mengakui bahawa Kerajaan hak Mu, dan sesungguhnya akan datang hari Kerajaan hak Mu padanya dengan tindakan! Sama pada hari ini adalah hari Kiamat Kecil, dan munculnya Imam Al Mahdi (as), atau hari Kiamat Besar, di mana orang-orang pilihan istimewa Mu akan menghukum antara hamba-hamba Mu, supaya mereka boleh masuk - dengan izin Mu - sekumpulan ke Syurga, dan sekumpulan ke (neraka) Sa’ir.


اللّهُمّ أَهْلَ الْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ، وَأَهْلَ الْجُودِ وَالْجَبَرُوتِ، وَأَهْلَ الْعَفْوِ وَالرّحْمَةِ، وَأَهْلَ التّقْوَى وَالْمَغْفِرَةِ،:  وَلِمُحَمّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِه ذُخْراً وَ شَرِفاً كَرامَةً وَمَزِيداً * أَنْ تُصَلّيَ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ كَأَفْضَلِ ما صَلَّيْتَ عَلَى عَبْدٍ مِنْ عِبَادِكْ وَ صَلِّ عَلَى مَلَائِكَتِكَ وَ رَسُلِكَ
وَ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اَلاَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالاَمْواتِ* اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ مِنْ خِيْرٍ مَا سَألَكَ عِبَادُكَ المُرْسَلُونَ * وَ أَعُوذَ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذٍ بِهِ عِبَادِكَ المُرْسَلُونَ).

 بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ * الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ * مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ * إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ * اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ * صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ* 


KHUTBAH KEDUA

بِسْمِ اللهِ الرَّحَمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لآَ اِلٰهَ اِلاَّ هُوَ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَّلاَ وَلَدًا*  وَّ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ الْمُجْتَبٰي وَ اَنَّ عَلِيًّا اَمِيْرُ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ سَيِّدُ الْوَصِيِّيْنَ وَ اَنَّ ذُرِّيَّتَهُ الْمَعْصُوْمِيْنَ اَئِمَّتُنَا *  اُوْصِيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِتَقْوَي اللهِ  *

Wahai hamba Allah, saya menasihati saudara semua supaya bertakwa kepada Allah serta saya berpesan kepada saudara semua untuk taat kepada -Nya. Saya menyeru saudara semua (dan diri saya) supaya melakukan perbuatan-perbuatan baik sebelum hari yang tidak dapat dielakkan datang, sebelum kematian meragut kita; tidak mungkin untuk kita melarikan diri dari kematian itu.

اِنَّ اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ  *وَ عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ مُحَمَّدٍ*  وَّ عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ بِسَمِّ الْجَفَا  *وَ الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ بِكَرْبَلاَ * وَ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ذِي الْمِحَنِ وَ الْعَنَآءِ  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَّ مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُوْسٰي  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ الْحُجَّةِ الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ بِبَقَآئِهِ بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي اَحْمَدٍ الْحَسَنِ اليَمانِي * وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ الْمَهْدِيُّ مَكَّنَ اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ، اللّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا، رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

اللّهُمَّ أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين اللهم انْصُرِ الإسلامَ وَالمسلمين ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ المُسْتَضْعَفِينَ وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي تايلاند وفي مصر وفي سوريا وَفي ايران وفي العراق وَفي كُلِّ مَكانَ وَفي كُلِّ زَمانَ ، اللّهُمَّ انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ العلماء غير العاملين والمستعمِرِين والمستكبرين ، يا رب العالمين

اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.




Ahad, 26 Oktober 2014

Solat di Planet Lain

Planet di mana satu hari sama dengan seribu tahun.

Soalan: Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam
Solawat serta salam Allah ke atas Muhammad dan ahli keluarganya, para Imam dan para Mahdi
Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan dan rahmat ke atas kamu.

Ini adalah pertanyaan yang dihantar oleh orang yang tidak beriman kepada Imam Ahmad al-Hassan as, dengan harapan untuk membina keyakinannya berdasarkan bukti saintifik dari Imam a.s.

Sains moden telah membuktikan bahawa ada sebuah planet di mana satu harinya adalah bersamaan dengan seribu tahun masa bumi. Bagaimanakah hamba Allah di planet ini bersembahyang, jika ia adalah wajib baginya? Oleh kerana tempoh masa di antara waktu subuh dan tengah hari akan menjadi lebih dari 400 tahun, dan 300 tahun antara waktu tengah hari sehingga matahari terbenam, adakah sembahyangnya perlu dilakukan dengan lengkap atau dipendekkan? Ke arah mana beliau mengadap di dalam solat? Adakah dia berpuasa dan bagaimana caranya melakukannya, lebih-lebih lagi jika dia tidak tahu bila masa untuk melakukannya dan dia hanya tahu nama bulan untuk memulakan puasa.

Jawapan: Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Solawat serta salam Allah ke atas Muhammad dan ahli keluarganya, para Imam dan para Mahdi

Ketika ada orang-orang yang diuji hidup di planet-planet lain di alam semesta yang luas, Allah SWT, yang telah mengutus rasul-rasul kepada manusia di bumi akan juga mengirimkan utusan kepada mereka yang hidup di planet lain untuk mereka belajar kewajiban dan ibadah mereka yang mungkin tidak mempunyai persamaan dengan cara-cara ibadah di bumi, melainkan persamaan itu adalah dengan mengingati Allah dan usaha ke arah mengenal Dia SWT.

Ahmad al-Hassan 1433 Hijriah.

Apakah hukum berwudhu setelah memakai celak?

Celak

Soalan: Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Dan solawat serta salam Allah ke atas Muhammad dan ahli keluarganya, para Imam dan para Mahdi
Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan dan rahmat ke atas kamu.

Apakah hukum berwudhu setelah memakai celak, sama ada cecair atau pensil celak?

Jawapan: Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Dan solawat serta salam Allah ke atas Muhammad dan ahli keluarganya, para Imam dan para Mahdi

Celak, sama ada cecair atau pensil, tidak membatalkan wudhu kecuali melampaui kawasan bulu mata dengan cara yang berlebih-lebihan. Dan jika celak dipakai dengan cara yang biasa, ia tidak perlu dibersihkan sebelum berwudhu.

Ahmad al-Hassan
1433 Hijriah.

Bebaskan Diri Anda

Post FB Sayed Ahmad AS: Bebaskan Diri Anda
 OLEH ABU ALI AL ANSARI OCTOBER 25, 2014 

                          
Salam dan rahmat Allah buat anda semua.

Setiap orang, kecuali sesiapa yang Allah mengasihaninya,  dibebankan dengan mengunci dirinya sendiri dalam kotak ingatannya. Ingatan ini selalunya bersifat sementara, jadi anda akan mendapati orang itu mengunci dirinya di dalam kotak sempit yang mempunyai beberapa masalah atau isu yang dihadapi orang tersebut di setiap fasa hidupnya. Oleh kerana masalah dan isu yang dihadapi oleh orang itu hanya berakhir dengan kematiannya, kamu akan mendapati yang setiap orang (kecuali orang yang dikasihi Allah) akan sentiasa berfikir tentang apa yang berada dalam kotak(fikirannya) yang mana beliau mengunci diri di dalamnya, walaupun waktu bersolat. Malah, dia mati dalam keadaan terpenjara di dalam kotak yang sempit lagi menyesakkan ini.

 Bulan Al Hussain semakin menghampiri, bulan kebebasan yang sebenar, bulan Muharam al Haram, ini adalah seruan kepada manusia untuk memecahkan kotak tersebut dan keluar darinya. Kebebasan yang berada di luar kotak masalah dan isu yang kamu hadapi di dalam dunia ini adalah berbaloi (dikecapi). Malah, yakinlah bahawa di dalamnya ada kebebasan; ada penyelesaian untuk semua masalah dan isu (yang kamu hadapi) dengan cara terbaik.

Pecahkan kotak tersebut dan keluarkan diri kamu dari kurungan yang kamu pilih untuk diri kamu buat seumur hidup kamu pada masa lalu.


Bersamalah Allah dan ingatilah Allah sentiasa. Bergeraklah secara bebas di dalam ruangan kasih sayang Allah, ruangan yang sangat luas dengan kebebasan sebenar. Musnahkan kotak tersebut, dan setiap kali idea, masalah dan isu yang kamu hadapi di dunia ini memanggil agar kamu masuk semula ke dalam kotak kurungan tersebut, hadapilah mereka dengan mengingati Allah, dan cuba untuk tidak memasuki kotak itu semula.



Ahad, 19 Oktober 2014

Soalan 536 Mengapa hanya empat wanita sahaja yang sempurna?

Soalan 536 Mengapa hanya empat wanita sahaja yang sempurna?

Soalan 536: Buat tuan dan anak Imam saya, Al-Sayyid Al-Imam Ahmad Al Hassan, semoga Allah melindungi dan meneguhkan jejaknya... Salam bagimu wahai keluarga Rasulullah, sumber ilmu dan rahmat.

Tuan, saya datang kepada tuan dengan satu persoalan yang selalu membingungkan fikiran dan saya telah menghabiskan banyak masa dan usaha untuknya namun tidak saya temui jawapan atau maknanya , dan persoalan itu adalah: "Mengapa hanya empat wanita sahaja yang sempurna!!! Mariam (as), Asiah (as), Khadijah (as), dan Fatimah Az-Zahra yang suci dan dimuliakan, selawat Tuhanku atasnya.

Sebagai anak kesayangan bonda Fatimah, bolehkah tuan beritahu secara saintifik dan bernas dari sumber ilmiah dan dari anak kepada Nabi Besar (selawat Tuhanku atasnya) supaya saya dapat kembali dengan gembiranya dan berpuas hati membawa jawapan tuan kepada rakan-rakan saya??

Saya menunggu jawapan dari tuan dan saya teringin sekali ingin bertemu serta berkhidmat dan meraih kemenangan Jihad di bawah panji tuan. Semoga Tuhan atas segala yang dipertuhankan (Rabb Al-Arbaab) dan sebab dari segala asbab melindungi serta merahmati dan meneguhkan langkah tuan, dan semoga tuan sentiasa di bawah perlindungan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Pengirim: Al-Sayid Al-Imam- Al-Khalij

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, dan semoga Allah memberikan kesejahteraan kepada Muhammad dan keluarganya, para Imam dan para Mahdi.

Adalah tidak benar bahawa hanya empat wanita sahaja yang sempurna dan maksud yang betul ialah setiap manusia, berdasarkan pengetahuan dan usaha mereka, mempunyai makam yang tertentu di sisi Allah, baik lelaki mahupun wanita. Adapun keutamaan bagi orang tertentu bahawa dia adalah lebih baik daripada semua orang yang mendahuluinya atau lebih baik daripada orang-orang di zamannya atau bahkan lebih baik daripada semua orang, ia tidak disahkan  melainkan dengan nash dari Allah SWT melalui Rasul-Nya, dan telah disahkan  bahawa Fatimah (as) adalah Penghulu bagi sekalian wanita berdasarkan perkhabaran Rasulullah (S) yang datang dari Allah yang mengetahui segala yang ghaib. Sungguhpun telah terbukti bahawa Mariam, Asiah dan Khadijah mempunyai keutamaan dan makam yang tinggi di sisi Allah SWT, namun ia tidak terhad kepada mereka sahaja melainkan terdapat ramai wanita yang dirahmati dan mempunyai makam yang tinggi di sisi Allah SWT, bahkan terdapat seorang wanita yang lebih baik daripada mereka ini (Mariam, Asiah dan Khadijah) iaitu Zainab (as) puteri imam Ali (as) yang merupakan wanita yang terbaik dari semua wanita setelah ibunya Fatimah (as).

Jadi ucapan anda bahawa wanita yang terpilih hanyalah empat orang sahaja adalah tidak tepat, dan ketahuilah bahawa pintu langit sentiasa terbuka sehingga hari kiamat untuk setiap wanita menjadi salah seorang wanita terbaik di seluruh alam dengan amal usaha dan keikhlasannya.

Salam sejahtera ke atas kamu beserta rahmat Allah dan keberkatanNya.

Ahmad Al Hassan
Muharram Al-Harram / 1432 H

Ihsan terjemahan: Muhammad Adli Abdul Aziz

Jumaat, 17 Oktober 2014

Soalan 535, Hakikat Bai’ah

     


Soalan535:

Dan Salam bagimu dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya.

Saya berharap dari Tuan untuk tafsirantkan ayat ini:

بسم الله الرحمن الرحيم
﴿لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحاً قَرِيباً﴾، ومن هم المؤمنين المقصودين في هذه الآية ؟ المرسل: أحمد الواسطي - العراق
 
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Sesungguhnya Allah telah ridha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berbai’ah kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan pembukaan yang dekat." [Al-Fath 48:18]

dan siapakah mereka orang-orang yang beriman yang dimaksudkan dalam ayat ini?

Pengirim: Ahmad Al-Wasithi - Iraq

Jawapan:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
         
Dan pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam
Ya Allah dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad para Imam dan Mahdi-mahdi dan sepenuh pengiktirafan

"Sesungguhnya Allah telah ridha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia (berbai’ah) kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan pembukaan yang dekat.".

﴿وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ﴾

"Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama dari golongan muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar." [At-Taubah 9:100]..
                                                       
Kedua-dua ayat di atas dalam Hakimiyah Allah (Ketuanan Allah) dan menerangkan ridha Allah pada orang-orang yang berjanji setia (berbai’ah) kepada Khalifah Allah di bumi-Nya di zaman mereka, dan Allah SWT memuji mereka kerana perbuatan yang mulia ini, dan tidak seperti yang difahami oleh sebahagian Ahl Al-Sunnah dengan gambaran yang terbalik dan percaya bahawa pemurnian (pujian) dalam kedua-dua ayat ini adalah untuk sesiapa sahaja yang hadir berbai'ah, walaupun dia melakukan apa yang telah dilakukan selepas itu.

Maka Allah mengatakan:

"Allah telah ridha dengan orang-orang mukmin ketika mereka berbai’ah kepadamu di bawah pohon, kerana Dia tahu akan apa yang ada dalam hati mereka, dan Dia menurunkan ketenangan kepada mereka, dan membalas mereka dengan pembukaan (kemenangan) yang cepat" adalah pujian kepada orang-orang yang berbai’ah pada masa itu dan bahawa Allah ridha atas bai’ah mereka kepada khalifah-Nya di bumi-Nya pada zaman mereka. Jadi keredhaan disyaratkan dengan bai’ah kepada khalifah Allah di bumi-Nya - Muhammad (S). ("Ketika mereka berbai’ah kepadamu di bawah pohon") maka Allah SWT ridha dengan mereka; kerana mereka berbai’ah kepada khalifah Allah di muka bumi-Nya pada zaman mereka. Maka, jika mereka berpaling dari undang-undang Tuhan ini iaitu berbai’ah kepada khalifah Allah pada zaman mereka tetapi tidak ada keredhaan atas mereka, bahkan akan bertukar kepada azab Allah atas mereka, itulah sebabnya ia wajib (difardhukan) ke atas orang-orang yang masih hidup selepas Muhammad (S). bahawa mereka mencari Khalifah Allah dan berbai’ah kepadanya, untuk tetap berpgang teguh iman mereka dan melaksanakan Perjanjian (3ahd) dan Persetiaan (Mitsaq), dan tidak menukar undang-undang Pelantikan Tuhan yang disebut di dalam Al-Quran dengan jelas
:
﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً﴾

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." [Al-Baqarah. 2:30]

Dengan itu ayat Al-Qur'an akan juga terpakai pada mereka selepas kematian Muhammad (S) " Allah telah ridha dengan orang-orang mukmin ketika mereka berbai’ah kepadamu.".

Allah SWT berfirman:

﴿إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْراً عَظِيماً﴾

"Bahwasanya orang-orang yang berbai’ah kepada kamu sesungguhnya mereka berbai’ah kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya (bai’ahnya) niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar." [Al-Fath 48:10],

Dan apa yang kurang difahami dari ayat ini adalah keridhaan, dalam ayat yang terdahulu, ia adalah satu keridhaan bersyarat yang berkaitan dengan berbai’ah, berpegang teguh dan memenuhi perjanjian Allah, tidak hanya dengan berbai’ah "barangsiapa yang melanggar janjinya (bai’ahnya) niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar", dan oleh itu tidak ada keridhaan mutlak, tidak ada keridhaan kekal dan tidak ada keridhaan berterusan, tetapi hanya keridhaan yang tertakluk dengan perlakuan dan syarat tertentu, dan adalah perlu (wajib) untuk meneruskannya tanpa melanggar persetiaan, dan ini tidak dapat dicapai selepas kematian khalifah Allah sebelumnya, hanya dengan berbai’ah kepada khalifah berikutnya, dan dengan cara ini, Bai'ah (janji setia) menjadi lebih lengkap dengan Perjanjian (3ahd) dan tidak membatalkan Persetiaan (Mitsaq) yang sebenar

Allah SWT berfirman:

﴿أَفَمَن يَعْلَمُ أَنَّمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَبِّكَ الْحَقُّ كَمَنْ هُوَ أَعْمَى إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ الأَلْبَابِ @ الَّذِينَ يُوفُونَ بِعَهْدِ اللّهِ وَلاَ يِنقُضُونَ الْمِيثَاقَ @ وَالَّذِينَ يَصِلُونَ مَا أَمَرَ اللّهُ بِهِ أَن يُوصَلَ وَيَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ وَيَخَافُونَ سُوءَ الحِسَابِ @ ....... وَالَّذِينَ يَنقُضُونَ عَهْدَ اللّهِ مِن بَعْدِ مِيثَاقِهِ وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللّهُ بِهِ أَن يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الأَرْضِ أُوْلَئِكَ لَهُمُ اللَّعْنَةُ وَلَهُمْ سُوءُ الدَّارِ﴾

" Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu yang benar, sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran, * (yaitu) orang-orang yang memenuhi janji (3ahd) Allah dan tidak merusak Persetiaan (Mitsaq), * dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan, dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk. * .....  Orang-orang yang merusak janji (3ahd) Allah setelah diikat setia (Mitsaq) dengan teguh dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di bumi, orang-orang itulah yang memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (Jahannam)." [Ar-Ra'd 13:19-25].


Allah SWT berfirman:

"Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama dari golongan muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar"

Ayat .Ini adalah bukti kesinambungan Khalifah Allah di bumi-Nya selepas Rasulullah (S). Maka yang dimaksudkan dengan yang mengikuti Muhajirin dan Ansar bukanlah dengan memperingati orang dan peristiwa mereka, kerana mereka bukan orang-orang yang sempurna (makshum), dan begitu juga dengan semua perbuatan mereka, maka tidak diragukan lagi bahawa perbuatan-perbuatan itu adalah fitnah yang paling tercela dan harus dihindari, seperti sebahagian daripada mereka menyembah berhala sebelum beriman, dan sebahagian daripada mereka minum arak selepas iman, dan dengan itu tujuan pengikut mereka yang paling penting di sini adalah diberikan kepada mereka nama-nama ini - Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama dari golongan muhajirin dan ansar - dan itulah iman mereka pada Muhammad (S) yang menganggap baginda sebagai Hujjah Allah di zaman mereka dan Khalifah Allah di bumi-Nya, supaya mereka dipuji dengan jelas atas perbuatan mereka, dan itulah kepercayaan mereka dengan Hujjah Allah dalam di zaman mereka dan mereka mendahului iman dengannya dan mereka tidak mempunyai kelebihan atas orang yang ditetapkan selepas mereka; Oleh kerana mereka yang terdahulu, namun ia adalah orang-orang dari zaman mereka, sehingga memuji mereka - dengan kedudukan mereka sebagai orang yang luput - adalah perbandingan kepada orang-orang pada zaman mereka, Oleh kerana keutamaan yang diciptakan selepas mereka, berabad-abad secara mutlak adalah tidak adil kepada orang-orang yang kemudian dari mereka, Tetapi kata-kata itu bertentangan dengan keadilan ilahi dan fitrah manusia yang dijadikan atasnya dan yang membolehkan dia sentiasa dan selama-lamanya untuk menjadi yang terbaik daripada penciptaan dan di hadapan para pendahulunya, dan ia adalah perkara biasa yang anda katakan tentang dua orang yang wujud pada zaman Nabi Muhammad (S). dan yang percaya kepada-Nya seorang demi seorang, bahawa seseorang mendahului seseorang dalam beriman dengan Muhammad (S), tetapi adalah tidak benar untuk kamu katakan mengenai dua orang yang diciptakan dalam waktu yang berbeza bahawa seseorang mendahului seseorang yang lain dalam beriman dengan Muhammad (S), kerana seseorang daripada mereka mendahului kewujudan yang lain di dunia ini. Samada salah seorang daripada mereka ada pada zaman Nabi (S) Atau kedua-dua daripada mereka adalah terkemudian dari zaman baginda (S), Ini adalah kerana yang terdahuli yang dipuji adalah dengan persaingan dan kemajuan dalam amalan dan ketaatan berbanding yang lain, dan bukan hanya oleh kemajuan garis masa.


Dan oleh itu, apa yang dimaksudkan dengan ayat: "dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar." adalah mengikuti mereka dengan beriman dengan Khalifah Allah pada setiap zaman, jadi orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik adalah semua orang-orang yang beriman kepada Khalifah Allah dalam zaman mereka dan mereka menyokongnya sampai hari kiamat, dan mereka juga mempunyai kelebihan dengan pertimbangan mereka mendahului dalam amalan dan keikhlasan mereka. Watak ini (pendahulu) tidak berkesudahan; bahkan sifat Hijrah (beralih) dan Nushrah (sokong) tidak berakhir sampai hari kiamat, oleh itu para pengikut (Tabi3in) bukan kumpulan dari abad pertama, kedua atau ketiga, tetapi pengikut-pengikut (Tabi3in) adalah kumpulan (firqah) yang selamat sehingga hari kiamat.
                        
Dan untuk mengatakan bahawa mereka adalah kelompok tertentu terhad kepada satu, dua atau tiga abad adalah tidak adil dan berat sebelah kepada hak orang-orang beriman pada zaman terkemudian, yang mungkin boleh menjadi yang terbaik dari yang pertama oleh keikhlasan, dan pelopor utama (Al-Sabiqun Al-Awwalun) di antara Muhajirin dan Ansar adalah sifat orang-orang yang ikhlas yang beriman pada Khalifah Allah pada setiap zaman, maka mereka bersama Muhammad (S). yang beriman dengannya, dan semua orang mempunyai keutamaannya mengikut keutamaan (mendahului), amalannya dan keikhlasannya, dan mereka juga bersama Ali (as), sehingga urusan ini berterusan pada setiap zaman mempunyai pelopor utama (Al-Sabiqun Al-Awwalun) Muhajironn dan Ansar.

Semoga Keamanan, rahmat dan Berkat Allah kepada kamu.

Ahmad Al Hassan
Muharram al Haram / ​​1432 H

Khamis, 16 Oktober 2014

Soalan 531, Hari Keputusan (Cara Allah menolong UtusanNya)


Soalan 531, Hari Keputusan


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
         
Dan pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam
Ya Allah dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad para Imam dan Mahdi-mahdi dan sepenuh pengiktirafan

Dan Salam atas mu Saiyiddi dan Maulai, dan semoga di sepanjang tahun tuan dalam kebaikan pada kesempatan Idil Fithri.

Tuan, pertanyaan saya adalah tentang satu ayat dalam Surah Al-Mursalat:

: ﴿... فَإِذَا النُّجُومُ طُمِسَتْ * وَإِذَا السَّمَاء فُرِجَتْ * وَإِذَا الْجِبَالُ نُسِفَتْ * وَإِذَا الرُّسُلُ أُقِّتَتْ * لأَيِّ يَوْمٍ أُجلَتْ * لِيَوْمِ الْفَصْلِ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا يَوْمُ الْفَصْلِ * وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِين... ﴾

"... Maka apabila bintang-bintang telah dihapuskan, * dan apabila langit telah dibelah, * dan apabila gunung-gunung telah dihancurkan menjadi debu, *. dan apabila rasul-rasul telah ditetapkan waktu (mereka). * "Sampai hari apakah ditangguhkan?" * Sampai hari keputusan. * Dan tahukah kamu apakah hari keputusan itu? * Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan.... "[Al-Mursalat 77:8-15].

Pertanyaan saya adalah tentang Hari Keputusan ... adakah isyarat (alamat) Kemunculan yang terpuji, dan ia adalah salah satu tanda, dan adakah “para pendusta” isyarat untuk orang-orang yang mendustakan tuan?? Saya meminta izin kepada tuan untuk menjelaskannya.

Maafkan saya .. Saya rindu untuk bertemu.

Sender: Muhammad Al-Shaffar.

Jawapan:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
         
Dan pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam
Ya Allah dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad para Imam dan Mahdi-mahdi dan sepenuh pengiktirafan

Rasul-rasul atau para Khalifah Allah di bumi-Nya (as) telah menyampaikan risalah mereka dan memberi amaran kepada kaum mereka dan telah berlaku apa yang berlaku dari penafian, pengusiran dan pembunuhan kepada mereka, tetapi Allah SWT menjanjikan pertolongan kepada mereka dan risalah mereka maupun hak mereka telah teraniaya, dan pertolongan ini kepada mereka dilaksanakan dalam tiga cara: dan ia adalah: Kiamat Kecil, Al-Raj3ah dan Kiamat Besar, atau tiga Perlaksanaan Ilahiyah, dan yang pertama adalah Kiamat Kecil dan ia adalah Kebangkitan Qai'm Aali Muhammad (keluarga Muhammad) yang diutus kepada manusia.

Allah SWT berfirman:

﴿وَلَقَدْ سَبَقَتْ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا الْمُرْسَلِينَ * إِنَّهُمْ لَهُمُ الْمَنصُورُونَ * وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ الْغَالِبُونَ * فَتَوَلَّ عَنْهُمْ حَتَّى حِينٍ @ وَأَبْصِرْهُمْ فَسَوْفَ يُبْصِرُونَ * أَفَبِعَذَابِنَا يَسْتَعْجِلُونَ * فَإِذَا نَزَلَ بِسَاحَتِهِمْ فَسَاء صَبَاحُ الْمُنذَرِينَ﴾

"Dan sesungguhnya telah tetap janji Kami kepada hamba-hamba Kami yang menjadi rasul, * (yaitu) sesungguhnya mereka itulah yang pasti mendapat pertolongan. * Dan sesungguhnya tentara Kami itulah yang pasti menang, * Maka berpalinglah kamu dari mereka sampai suatu ketika. * Dan lihatlah mereka, maka kelak mereka akan melihat. * Maka apakah mereka meminta supaya siksaan Kami disegerakan? * Maka apabila siksaan itu turun di halaman mereka, maka amat buruklah pagi hari yang dialami oleh orang-orang yang diperingatkan itu. [As-Shaffat 37:171-177].

Dan Allah SWT berfirman:

﴿وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ فَاخْتُلِفَ فِيهِ وَلَوْلاَ كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّهُمْ لَفِي شَكٍّ مِّنْهُ مُرِيبٍ﴾

"Dan sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab kepada Musa, lalu diperselisihkan tentang Kitab itu. Dan seandainya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Tuhanmu, niscaya telah ditetapkan hukuman di antara mereka. Dan sesungguhnya mereka dalam keraguan yang menggelisahkan terhadap (Al Quran.)" [Hud 11:110].

﴿وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ لَكَانَ لِزَاماً وَأَجَلٌ مُسَمًّى﴾

"Dan sekiranya tidak ada suatu ketetapan dari Allah yang telah terdahulu atau tidak ada ajal yang telah ditentukan, pasti (azab itu) menimpa mereka." [Tha-ha 20:129]

﴿وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ فَاخْتُلِفَ فِيهِ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّهُمْ لَفِي شَكٍّ مِّنْهُ مُرِيبٍ﴾

" Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Musa Kitab lalu diperselisihkan padanya. Kalau tidak ada keputusan yang telah terdahulu dari Tuhan-mu, tentulah orang-orang itu sudah dibinasakan. Dan Sesungguhnya mereka terhadap (Al Quran) benar-benar dalam keragu-raguan yang membingungkan. "[Al-Qur'an Surah Fussilat 41:45]

﴿وَمَا تَفَرَّقُوا إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءهُمُ الْعِلْمُ بَغْياً بَيْنَهُمْ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى لَّقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الَّذِينَ أُورِثُوا الْكِتَابَ مِن بَعْدِهِمْ لَفِي شَكٍّ مِّنْهُ مُرِيبٍ﴾

"Dan mereka tidak berpecah belah, kecuali setelah datang pada mereka ilmu pengetahuan, karena kedengkian di antara mereka. Kalau tidaklah karena sesuatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulunya (untuk menangguhkan azab) sampai kepada waktu yang ditentukan, pastilah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang diwariskan kepada mereka Al-Kitab sesudah mereka, benar-benar berada dalam keraguan yang menggoncangkan tentang kitab itu. " [Al-Syura 42:14].


Ayat-ayat ini menunjukkan dengan jelas, jika anda merenungkannya, bahawa pertolongan Allah bagi Rasul-Nya dan pendekatan (cara) Ilahi kepada mereka, yang mereka minta, adalah penghakiman Allah, ditangguhkan sehingga bangkitnya Al-Qa'im, ia adalah Kalimah (keputusan) yang telah terdahulu dari Tuhanmu, bahawa para Pemimpin Tentera Allah yang akan menang, dan ia adalah Hari Keputusan yang pertama iaitu pada Penghakiman Kecil (Kiamat Kecil).

Ini adalah secara ringkas, dan jika anda memerlukan yang lebih terperinci anda boleh bertanya dan saya akan berkhidmat kepada anda InsyaAllah.

Semoga Allah menolong anda dan meneguhkan jejak langkah anda.

Dan Salam bagimu dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya.

Ahmad Al-Hasan
Muharram al-Haram / ​​1432 H.


✡✡✡✡✡