Ahad, 12 Ogos 2018

Pengantar (sambungan)


Pengantar (sambungan)



)Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani

Adalah diketahui bahawa setiap muslim tidak boleh mengembangkan kaedah-kaedah apa pun kepada kaedah Al-Quran dalam menerangkannya, dan di sini jika kita mentadabbur Al-Quran Al-Karim untuk mendapatkan pendekatan yang jelas menggambarkan mereka yang inginkan ilmu dan menyampaikan fikirannya kepada yang lain melalui dalil-dalil atas kebenaran-kebenaran dengan petunjuk ilmiah yang kukuh, kadangkala kita dapati contoh perasaan yang mendekati pemikiran. dan yang lain mendapatkan cerita yang bertujuan untuk menerangkan kebenaran-kebenaran dalam gaya yang indah yang mengasyikkan pembaca, yang ketiga mendapatkan nasihat yang berkesan, dan sebagainya ...

Mari kita ambil kisah Nabi Musa (as) yang berbicara dengan Firaun sebagai contoh mengenainya, Allah berfirman kepada Nabi-Nya Musa (as):

﴿اذْهَبَا إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ * فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ * قَالَا رَبَّنَا إِنَّنَا نَخَافُ أَن يَفْرُطَ عَلَيْنَا أَوْ أَن يَطْغَىٰ  * قَالَ لَا تَخَافَا ۖ إِنَّنِي مَعَكُمَا أَسْمَعُ وَأَرَىٰ *فَأْتِيَاهُ فَقُولَا إِنَّا رَسُولَا رَبِّكَ فَأَرْسِلْ مَعَنَا بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا تُعَذِّبْهُمْ ۖ قَدْ جِئْنَاكَ بِآيَةٍ مِّن رَّبِّكَ ۖ وَالسَّلَامُ عَلَىٰ مَنِ اتَّبَعَ الْهُدَىٰ* إِنَّا قَدْ أُوحِيَ إِلَيْنَا أَنَّ الْعَذَابَ عَلَىٰ مَن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ * قَالَ فَمَن رَّبُّكُمَا يَا مُوسَىٰ * قَالَ رَبُّنَا الَّذِي أَعْطَىٰ كُلَّ شَيْءٍ خَلْقَهُ ثُمَّ هَدَىٰ * قَالَ فَمَا بَالُ الْقُرُونِ الْأُولَىٰ *قَالَ عِلْمُهَا عِندَ رَبِّي فِي كِتَابٍ ۖ لَّا يَضِلُّ رَبِّي وَلَا يَنسَى﴾

Pergilah kamu beserta saudaramu dengan membawa ayat-ayat-Ku, dan janganlah kamu berdua lalai dalam mengingat-Ku; * Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas;* maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut".* Berkatalah mereka berdua: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami khuatir bahawa ia segera menyeksa kami atau akan bertambah melampaui batas".* Allah berfirman: "Janganlah kamu berdua khuatir, sesungguhnya Aku beserta kamu berdua, Aku mendengar dan melihat". * Maka datanglah kamu berdua kepadanya (Fir'aun) dan katakanlah: "Sesungguhnya kami berdua adalah utusan Tuhanmu, maka lepaskanlah Bani Israil bersama kami dan janganlah kamu menyeksa mereka. Sesungguhnya kami telah datang kepadamu dengan membawa bukti dari Tuhanmu. Dan keselamatan itu dilimpahkan kepada orang yang mengikuti petunjuk.* Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa siksa itu (ditimpakan) atas orang-orang yang mendustakan dan berpaling.* Berkata Fir'aun: "Maka siapakah Tuhanmu berdua, hai Musa?.* Musa berkata: "Tuhan kami ialah (Tuhan) yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian memberinya petunjuk.* Berkata Fir'aun: "Maka bagaimanakah keadaan umat-umat yang dahulu?" * Musa menjawab: "Pengetahuan tentang itu ada di sisi Tuhanku, di dalam sebuah kitab, Tuhan kami tidak akan salah dan tidak (pula) lupa. [1]


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani17
           
Walaupun Firaun melampaui batas, kita dapati bahawa Dia Yang Maha Suci memerintahkan Musa dan saudaranya Harun supaya bercakap dengannya secara lemah lembut. Dan diilihat dalam pernyataan Tafsir kata Al-Lain (lembut) adalah tidak boleh memanggilnya atau memanggil bercakap dengannya menggunakan namanya.

Dari Muhammad Ibn Abi ‘Umair, katanya: (Aku berkata kepada Musa bin Jafar (as): Khabarkan padaku mengenai firman Allah AWJ kepada Musa dan Harun:
﴿اذْهَبَا إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ * فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ
Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas;* maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut"?

Dia berkata: Adapun firmanNya:
﴿قُولَا لَهُ قَوْلًا لَّيِّنًا
"maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut," yakni: gelarannya dan katakan padanya, Wahai Aba Mush’ab. Nama Firaun itu adalah Aba Mush’ab, Al-Walid bin Mush’ab, Adapun firmanNya:
﴿لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ
mudah-mudahan ia ingat atau takut, sebab ia dikatakan sangat menginginkan Musa di atas pemergiannya, Allah AWJ mengetahui bahawa Firaun tidak akan ingat, dan tidak akan takut melainkan melihat kepada kekuasaan, bukankah engkau telah mendengar Allah Azza wa Jalla berfirman:
﴿حَتَّىٰ إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ﴾
hingga bila Fir'aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: "Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (Islam) [2], Maka Allah tidak menerima imannya, dan berkata:
﴿آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ
Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan.[3]) [4]

Walaupun Firaun melampaui batas, kita dapati bahawa Dia Yang Maha Suci menegaskan supaya berlemah lembut dalam ucapannya, dan kerana itu Dia Yang Maha Suci berkata kepada Nabi-Nya yang Mulia:
﴿فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّـهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ...
"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu..." [5]
                      
Selepas arahan-arahan ke atas adab berbicara dalam Al-Quran Al-Karim ini, apa yang membimbangkan kami dari membawakan ayat-ayat yang diberkati ini menyaksikan mengapa Musa dan saudaranya Harun (as) mengemukakan dalil-dalil dan mengapa dikatakan kepada Firaun,bukankah Firaun telah mengenepikan dalil-dalil dari mereka?

Adalah diketahui bahawa sesiapa yang mengemukakan dalil-dalil tentang sesuatu dan membuktikannya dengan dalil-dalil, yang ingin dibuktikan itu bertentangan dengan apa yang dibuktikan, pertama, dia harus mengemukakan dalil-dalil, Dan di sini terdapat pertentangan di antara yang menjadi dalil kepada kedua-dua dalil.

____________________
1- ThaHa 20:52-42
2- Yunus 10:90
3. Yunus 10:91
4  3ilal Al-Syarai3: J 1 hal 67
5. Aali Imran 3:159          


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani18

Inilah apa yang dipanggil pertentangan, iaitu pertentangan yang terjadi di antara yang menjadi dalil kepada kedua-dua dalil, bukan di antara dalil dan bantahan, kerana masalah itu tidak membatalkan dalil, Bahkan ia adalah pengakuan dengan dalil dan menyerahkannya. Penyerahan perlu dijelaskannya dan akan menjelaskan lebih banyak perkara.

Apa yang saya mahu dinyatakan adalah apa yang dikatakan oleh Yamani Aali Muhammad, Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) dalam sebuah kitab Ma3a 3abdu sh-Shaleh, beliau (as) berkata: (dalam persengketaan sentiasa mereka ulang tuduhan yang tertumpu kepada contoh untuk mengetepikan kekeliruan pada dalil yang dibuang, contohnya, mereka mengatakan ini adalah dalil dari kitab-kitab kamu bahawa Umar memecah masuk ke rumah Al-Zahraa’ membakar pintu rumahnya, mereka mengatakan kepada kamu: bagaimana dan di mana keberanian Ali bin Abi Talib, dan bagaimana dia redha Al-Zahraa’ dipukul sehingga mematahkan tulang rusuknya?

Tumpukan perhatian saudara di sini, apa yang mereka lakukan?

Pertama, Mereka tidak mengajukan dalil dengan dalil untuk menolaknya, pada hal dalil yang dibuktikan untuk perkara itu telah mereka akui pada permulaan lagi; kerana itulah mereka pergi kepada mewujudkan kekeliruan dan tidak menolaknya dengan dalil yang diperselisihkan, ia bermakna jika di sisi mereka ada dalil yang diketepikan untuk diajukan, dan oleh kerana mereka tidak mengemukakan dalil pembatalan, mereka memerlukan dalil dan mengakuinya, mereka berada di peringkat menghilangkan kecurigaan tentang dalil dengan menimbulkan kekeliruan-kekeliruan ke atasnya.


Berikan tumpuan di sini, kamu membingungkan mereka ke mana mereka hendak keluar; kerana makna mereka mengemukakan kekeliruan yang merupakan pengakuan tanpa dalil, dan makna mengemukakan kekeliruan adalah mereka kehilangan dalil untuk menolaknya. mereka mengemukakan kekeliruan bermakna mereka berada di peringkat memberi penerangan dan menghilangkan kecurigaan darinya.

Kedua, apa yang saya katakan kepada saudara adalah menolak kekeliruan dengan contoh, kerana kebanyakan orang memahami contoh dan contoh adalah perkara yang paling dekat dengan mereka kerana perbandingan menjadikannya lebih mudah bagi mereka. kekeliruan ini ditolak dengan contoh berikut ini: ia adalah Sumaiyah Umm Ammar, Apabila kekeliruan itu mengesahkan Ali (as) yang disahkan oleh Rasulullah (S) Dan Sumaiyah berperang seperti yang diketahui (berperang di sisi Ali). Dia adalah salah seorang ahli Syurga juga sebagaimana yang diketahui, Rasulullah (S) telah menjadi saksi ke atasnya [1], dan bagi Rasulullah, tidak ada perbezaan di antara isteri dan anak perempuannya dan mana-mana muslimah yang lain, kerana baginda adalah bapa kepada umat dan semua di sisinya adalah sama dan di tangannyalah sama segala urusan..

_________________________
Di mana baginda (S) bersabda: (Sabarlah keluarga Yasir, sesungguhnya kamu dijanjikan dengan syurga) Bihar Al-Anwar: J 18 p 21, Kanz Al-3umal J 11 hal 728


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani19


Adapun menanggapi dari Rasulullah (S) dan Ali (as) keliru pada hal mereka adalah hamba-hamba yang beramal dengan perintah Allah dan tidak seperti orang-orang umum yang menolong diri mereka sendiri.

Satu lagi contoh: isteri Firaun, bukankah antara wanita terbaik ahli syurga [1] Mengapa membiarkan Musa (as) diseksa Firaun dan tenteranya... dan lain-lain

Adalah penting supaya bentuknya menyeluruh, sentiasa memerlukan hujah untuk cuba lari dengan mengelirukan dalil-dalil.[2]

Itulah sebabnya mengapa hujah Musa dan saudaranya Harun yang sangat kuat diatasi Firaun kepada mengelirukan dengan kata:
﴿قَالَ فَمَا بَالُ الْقُرُونِ الْأُولَىٰ
"Berkata Fir'aun: "Maka bagaimanakah keadaan umat-umat yang dahulu?"

Dan sekarang apa yang dikatakan oleh orang-orang yang adil itu mengenai kata-kata Firaun, adakah kata-katanya ini menjatuhkan hujah Musa dan Harun (as)?

Semua orang-orang akan mengatakan apa yang dikaitkan dengan dalil-dalil yang dikemukakan Musa dan Harun (as) dan keterangan-keterangan Qarun pada masa yang lalu?! Tidakkah terdapat sebarang kekeliruan ketika Firaun tidak mewaswaskan gambaran ke atas dalil Musa (as)?!

Dan inilah jawapan musa Musa (as):
﴿قَالَ عِلْمُهَا عِندَ رَبِّي فِي كِتَابٍ ۖ لَّا يَضِلُّ رَبِّي وَلَا يَنسَى
Musa menjawab: "Pengetahuan tentang itu ada di sisi Tuhanku, di dalam sebuah kitab, Tuhan kami tidak akan salah dan tidak (pula) lupa;
di sini Musa (as) mahu mengatakan kepada Firaun, bahawa apa yang dikatakannya kepada Firaun tiada kaitan dengan keterangan yang dikemukakan oleh kamu (Firaun), dan persoalan Firaun itu tidak menolak dalil yang kamu kemukakan.

Dengan itu kekeliruan dan kesamaran tidak dapat membatalkan dalil.

Selepas ini, kita tidak akan menemui pembaca dalam lipatan perbahasan ini logik yang sama untuk meningkatkan kekeliruan dan kesamaran (syubhah) oleh Ibn Taimiyah dan yang serupa dengannya, ia adalah logik ala-Firaun menentang risalah Musa (as), dan apabila dia kehabisan dalil dia mula menulis dalam kitabnya (Minhaj Al-Sunnah) kekeliruan-kekeliruan yang besar, dan yang berkaitan dengan perbahasan kita yang disamarkannya (syubhah).

____________________
1- Dari Nabi (S) sabdanya: (Penghulu wanita-wanita ahli Syurga ada empat orang: Maryam binti Imran, Fatimah binti Muhammad, Khadijah binti Khuwailid, dan Asiyah binti Muzahim isteri Firaun (Kasyf Al-Ghummah): J 2, hal 77
2 - Ma3a 3abdu s-Shaleh: hal 95
                

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani20


Mengenai Imam Mahdi, Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari (as), Kita dapati dia berusaha keras dalam pelbagai cara menafikan kelahirannya (Imam Mahdi), dan pada masa yang sama kita lihat pebdustaan dihubungkan dengan orang-orang Syiah yang kononnya percaya dia ghaib di ruangan bawah tanah!! Dan selain daripada itu saudara akan dapati dalam penyelidikan ini, semua apa yang dikatakannya tidak ada asas, bukan dari riwayat-riwayat Syiah, dan tidak juga dari kata-kata ulama mereka, kemudian pergi pula menyatakan kekeliruan-kekeliruan di sepanjang kehidupan Imam Muhammad bin Al-Hasan (as), dengan Khidir (as). Kerana dia telah mati menurut pendapat beberapa orang pengkaji sebagaimana yang dikatakannya dan akan dibawakan kata-katanya secara terperinci, dan kemudian mengatakan bahawa kebanyakan jin dan manusia yang berdusta mendakwa dia adalah Khidir, dan melompat-lompat dari satu kepada yang lain, ia tidak lain untuk mengelirukan pemikiran orang ramai dengan kesamaran,.

Dia dan orang-orang yang mengikutinya pada hakikatnya mereka hanya membantah (berdebat) yang berpegang kepada perkara-perkara sederhana untuk membuktikan kepercayaan yang mereka pertahankan, bahawa ianya telah menetap dalam fikiran mereka kerana mereka dilahirkan di atasnya.

﴿وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنزَلَ اللَّـهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا ۗ أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?".[1]

Kebanyakannya ini adalah rasional (logik) yang mereka putuskan (mengadili) di zaman kita. Ini adalah rasional (logik) pandangan jahiliyah, walaupun sesetengah orang telah cuba untuk menolaknya dengan perkataan dan perbuatan.

Selepas ini, apa yang saya ingin tekankan bahawa pembaca melihat kepada kejujuran dan menjadikan kejujuran itu pemutus dan hakim kepada apa yang Ibn Taimiyah gariskan. Patutkah dia kemukakan apa yang ia berpihak kepadanya, walaupun ia adalah sumber yang lemah sebagaimana lemahnya pemikiran dan kesedarannya.

Kemudian untuk melihat keberaniannya menafikan orang lain di satu sisi dan berbohong kepada mereka di sisi yang lain, sebagai contoh: Pada memberi kesamaran berhubungan dengan Imam Muhammad bin Al-Hasan (as) di ruangan bawah tanah di mana dalilnya dari sumber-sumber Syiah, Adakah diterima akal menetapkan kepada manusia untuk berhujjah dengan pihak lawannya dengan kitabnya yang dipercayainya sendiri?!

Di mana hujahnya atau hujah orang lain yang percaya bahawa Imam kedua belas (as) bersembunyi di ruangan bawah tanah, manakah dalil mereka dari sumber-sumber Syiah?! Tidak akan ada dalil tersebut.

_________________
1- Al-Baqarah 2:170


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani21


Sumber-sumber ini berada di tangan semua dan boleh dikaji semula dan boleh dibaca, apa yang tertulis hanyalah sejumlah pembohongan dan kesamaran yang timbul dari pemikiran yang was-was yang bertentangan dengan Nabi dan keluarga Nabi (S).


                  
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas


Tiada ulasan: