Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah
Al-Harrani
Pengantar
Kesalahan Pendekatan:
Tidak ada keraguan bahawa segala-galanya mempunyai pertimbangan
yang dapat diketahuinya kebenarannya dari yang lain, dan dari sini perlu dikaji
masalah ilmiah mengikut ukuran yang diakui oleh akal yang sihat dan fitrah yang
bersih, untuk meningkatkan tahap perbincangan dengan matlamat yang disebutkan. ia
adalah menyingkap hakikat dan mengenal yang hak dan yang batil, dan menjauhkan manusia
dari membuang masa dan umur dalam pertengkaran (persaingan) yang sia-sia yang
tidak ada matlamat kepada mengetahui hakikat yang teguh.
Dari sini yang selaras dengan; akal yang sihat dan fitrah
yang bersih perlu menyemak masalah secara menyeluruh sebelum masuk memperinci
perkara yang terbina atasnya. Ada banyak perbincangan yang merujuk kepada
perkara-perkara separa (juzuk) ini. Ia tidak menguraikan dari asas ia dibina, yang
tidak betul dan akan merusak perkara-perkara sebahagian (juzuk) yang pembinaannya
berdasarkan asas keseluruhan selepas diperakui mengenainya, sebagai contoh: Tidak
dibenarkan bagi seorang muslim untuk mengubah cara wuduk atau cara solat atau
puasa selepas disahkan pleh Muhammad (S) kerana dia adalah orang yang
memberitahu mengenainya, maka mendustakannya (mengubahnya) bermakna telah menyangkal
baginda yang sah nubuwahnya mengikut yang difardhukan.
Begitu juga tiada manfaat mengharapkan sesuatu dari
perbincangan kita sebagai orang Islam dengan orang Kristian dalam hal-hal juzuk
sebelum membuktikan ketidaksahan agama dan kepercayaan mereka selepas kedatangan
Islam, dan mereka tidak berhak untuk mengubah cara ibadah kita dari agama Islam
yang sebenar yang telah diajarkan kepada kita sebelum mereka membuktikan kebatilan
agama kita. Maka berdebatlah mengenai asas-asas (Ushuluddin) agama Islam dan asas-asas
risalah Muhammad dan kenabiannya (S).
Sebab perbahasan dalam perkara-perkara juzuk tersebut
tidak bernilai daripadanya selepas diperakui asas-asas pembinaannya.
Berikut ini adalah apa yang kita dapati pada kata-kata Al-Qaim
keluarga Muhammad Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), di mana beliau berkata: (Jika
kamu mahu mengatasi mereka yang khilaf (berlainan pendapat) dan menghujah
mereka dengan sempurna, berhujjahlah dengan mereka menggunakan peraturan mengenal
Al-Hujjah (Qanun Makrifah Al-Hujjah)) [1]
Ia ditunjukan dalam jawapannya mengenai banyak persoalan mengolok-ngolok
dari perkahwinan Umar bin al-Khattab dengan Umm Kaltsum, kemudian telah mengulas
apa yang diajukan dengan membatalkan pendustaan tersebut .
_________________________
Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani.... 16
Oleh itu, perbahasan itu harus memberi tumpuan kepada
persoalan-persoalan menyeluruh di mana banyak masalah cabang terbina. Dari
sinilah, semua kesamaran yang disebut oleh Ibn Taimiyah dan yang lain bukanlah yang
asas pada hakikatnya kerana ia adalah hasil kepercayaan yang dibinanya. Maka ia
didatangkan dari sifat (tabi’at) iktiqad sebenar ‘itrah (keluarga) Nabi (as), maka
sekiranya Ibn Taimiy`ah dan yang selainnya beriman dengan aqidah kita mengapa
dia bawakan kesamaran (Syubhah) ini; kerana mereka (as) telah menerangkan
kelahiran Imam Muhammad bin Al-Hasan (as) dan menyatakan nashnya, menerangkan
keghaibannya dan tanda-tanda kemunculannya dan kamu menghalang-halangi untuk
menimbulkan semua kesamaran kepada aqidah yang mulia ini.
Jadi, ada kesamaran Ibn Taymiyah dan mereka yang serupa dengannya
dalam kebenaran mengenai asas-asas aqidah yang benar. Maka kerana mereka tidak
percaya dengan Al-‘itrah Al-Hadiyah (Pembimbing dari keluarga nabi) (as) mereka
mula berpaut untuk memberikan kesamaran yang terang-terang batil, untuk mengadili
dan memeriksa asas-asas aqidah yang diiktiqad dan dari sumber-sumbernya dan tidak
termasuk padanya kesamaran-kesamaran yang terbatal seperti yang diterangkan
dengan jelas.
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan