Isnin, 27 Ogos 2018

Hentian Pertama:



Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani
                   

Selepas ini, kita kembali kepada kata-kata Ibn Taymiyah, dan kami telah kemukakan kata-kata beliau dalam beberapa pemerhatian dan jawapan akan berada dalam hentian-hentian supaya mudah apa yang kita mahu terangkan kepada para pembaca.


Hentian Pertama:

Pada kata-kata beliau: (Dikatakan bahawa Muhammad bin Jarir Al-Thabari, dan Abdul Baqi bin Qani’ dan ulama selain keduanya dari ahli ilmu nasab keturunan dan sejarah yang telah menyebut bahawa Al-Hassan bin Ali Al-Askari tidak mempunyai keturunan atau anak.)

Jawapan: Jika diandaikan bahawa Ibn Jarir Al-Tabari dan Ibn Qani’ memberikan nash yang Imam Al-Askari (as) tidak mempunyai anak, adakah kenyataan kedua-dua mereka ini perlu menggugurkan silsilah keturunannya (as) yang ada dan juga menolak semua riwayat dan kenyataan ahli ilmu nasab keturunan yang memberikan nash ke atas anak-anak Imam Muhammad (as) bagi anaknya (as)?! Bolehkah kita mengambil dan mengugurkan kewujudan Imam ke sebelas, Al-Hasan Al-Askari (as) tidak mempunyai anak berdasatkan teks (nash) Al-Tabari dan Ibn Qani’ ke atasnya dan menolak kenyataan dari semua ahli ilmu nasab keturunan yang akan dibawakan dan dipetik kata-kata mereka?!
       

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...43

Bahkan sekurang-kurangnya telah bertentangan dengan kesaksiannya. Salah seorang daripada mereka berdua tidak mengemukakan melainkan satu dalil (bukti) dan inilah yang tidak terdapat dalam kata-katanya, dia hanya menggugurkan silsilah keturunan dengan meletakkan Imam Al-Hasan Al-Askari (as) tidak mempunyai anak sebagai kenyataan Al-Thabari dan Ibn Qani’ dan nash kepada silsilah keturunan Imam Al-Hasan Al-Askari (as) begitu sahaja, tidak menerangkan di mana nashnya ke atas perkara tersebut?!

Maka siapakah Ibn Qani’?

Marilah kita bawakan kenyataan Ibn Hazm, yang akan mengenalkan kepada kita Ibn Qani’, dengan kata-kata:

1 - Fikirannya bercampur aduk...
2 - Ia meriwayatkan hadits ganjil...
3 - Ia meriwayatkan segala musibah...
4 - Tidak tsiqah...

Kata Ibn Hazm: (Abdul Baqi bin Qani’ adalah maula Bani Abi Al-Syawarib, yang gelarannya sebagai Aba Al-Hussein, meninggal dunia pada tahun tiga ratus lima puluh satu Hijrah. Fikirannya telah bercampur aduk beberapa tahun sebelum kematiannya. Ia banyak meriwayatkan hadits ganjil, dan dia banyak meninggalkan ahli hadits.) [1]

Katanya lagi: (Adapun hadits dari Abu Hurairah itu adalah semata-mata palsu memberi musibah kepada hadits Abdul Baqi bin Qani’ yang tersendiri.) [2]
                                      
Dan katanya ketika mengulas hadits (Niscaya Allah akan menuangkan timah meleleh ke dalam telinganya pada hari kiamat): (Ini adalah hadits mauduk gabungan perbuatan yang keji yang tidak pernah diketahui dari jalan Anas, ataupun dari riwayat Ibn Al-Munkadir. Maupun dari hadits Malik. bukan dari Ibn Al-Mubarak, , dan semua yang bukan dari Ibn Al-Mubarak kepada Ibn Sya’ban orang yang tidak diketahui (majhulun), dan Ibn Sya’ban pada orang-orang Maliki menganggap Abdul Baqi bin Qani’ sebagai orang-orang Hanafi yang kita boleh mengkaji hadits kedua-duanya didapati ada musibah yang nyata. Dan yang dusta semata-mata. Dan kelihatan diletakkannya perbuatan keji yang besar, sama ada mengubah sebutannya atau bercampur adukkan dengan tulisannya atau dengan sengaja meriwayatkan tentang yang tidak baik dalam pendustaan itu, dan melalaikan untuk menerima pengajarannya.) [3]

----------------------------------
1 - Al-Muhli: J 6 hal 168
2 - Al-Muhli: J 7 hal 38
3 - Al-Muhli: J 9 hal 57


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani... 44

Beliau berkata: (Dan dari jalan Abdul Baqi Ibn Qani’, telah meriwayatkan pendustaan dari Musa bin Zakaria, dari Abbas bin Muhammad bin Ahmad bin Yusan.) [1]

Beliau juga berkata: "Khabar kedua diriwayatkan oleh Ibn Qani’ yang meriwayatkan semua musibah." [2]

Beliau juga berkata: (Khabar ini juga diriwayatkan dari jalan Abdul Baqi bin Qani’, meriwayatkan semua musibah.) [3]

Beliau juga berkata (dan oleh Abdul Baqi bin Qani’ meriwayatkan segala pendustaan yang janggal, dan semua musibah tanpa hujjah kerana ia mengubah pada penghujungnya.) [4]

Al-Zhahabi memetik dari Al-Daraquthni bahawa dia berkata mengenai Ibn Qani’: (dia penghafal, tetapi hafalannya ada yang silap dan ada yang tepat.) [5]

Al-Barqani berkata: "Orang Baghdadi mempercayainya, dan bagiku dia lemah." [6]

Adakah betul dengan apa yang dikemukakan di atas untuk menjadikannya penghalang yang menghalang penggunaan semua yang akan datang dari pernyataan ahli silsilah dan riwayat-riwayat? Adakah ini suatu keadilan ilmiah?

Adapun apa yang berkenaan dengan Ibn Jarir Al-Thabari, Saya tidak fikir ia yang dimaksudkan adalah Muhammad bin Jarir Al-Thabari yang meninggal dunia pada abad keempat, dia adalah pengarang Kitab Al-Mustarsyad, Dalaa’il Al-Iimamah, dan Nawadir Al-Mu3jazati, yang dituduh berdusta olehnya terlebih dahulu; kerana dia seorang Syiah, ditambah pula dinyatakan dalam kitabnya Dalaa’il Al-Iimamah tentang kelahiran Imam Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari (as), dia berkata dalam pengenalannya kepada kehidupan Imam Al-Hasan Al-Askari (as): Dia menyebut anaknya (as): Sebagai Pengganti yang soleh, Al-Qaim, Shahib Al-Zaman (Pemilik Zaman) Al-Imam Al-Muntadzar (yang ditunggu-tunggu kepada urusan Allah (Salawatu Allah 3alaih Wa 3alaa Aba’ihi Wa Sallam)) [7] Kemudian beliau menyebutkan malam kelahirannya dan menceritakan kisah ibunya yang suci (as). Dia menyebut orang yang melihatnya dalam kehidupan bapanya dan menyebutkan orang- orang-orang yang menyaksikannya, begitu juga menyebutkan orang-orang yang menyaksikannya tentang Al-Ghaibah Al-Kubra (Keghaiban Utama) dan yang selainnya.
                                                             
-------------------------
1- Al-Muhli: J 10 hal 231
2- Al-Muhli: J 10 hal 62
3- Al-Muhli: J 10 hal 379
4- Al-Muhli: J 10 hal 165
5- tazharah al-hufaz: J 3 hal 93, Su’alaat Ibn Hamzah Al-Daraquthni: Hal 25 Dan hal 236, Tarikh Baghdad: J 11 hal 90
6- Su’alaat Ibn Hamzah Al-Daraquthni: hal 25, Tarikh Al-Islam: J 26 hal 59
7- Dalaa’il Al-Iimamah Li Muhammad bin Jarir Al-Thabari (al-Syi3i): hal 425.


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...45

Ini bermakna Al-Thabari adalah penulis kitab Al-Tarikh yang meninggal dunia pada tahun 310 Hijrah, Saya tidak dapati kenyataan Al-Thabari dalam kitab Tarikhnya bahawa Imam Al-Hassan Al-Askari (as) adalah mandul, saya tidak tahu bagaimana Ibn Taimiyah boleh mengaitkannya dengan beliau mengenai perkara ini?!

Walaupun diandaikan bahawa Al-Thabari menetapkan bahawa Al-Hassan Al-Askari (as) adalah mandul, dia tidak memberikan pengetahuannya tentang silsilah keturunan dan tidak dianggap sebagai ahli silsilah keturunan. Bahkan seorang ahli sejarah yang berminat dalam melaporkan peristiwa-peristiwa sejarah yang menyusun perjalanan sejarah dalam kitab Tarikhnya, dan ini tidak dikaitkan dengan silsilah keturunan sama sekali.

Kata-kata para ahli silsilah keturunan adalah penyedia dengan cara yang sama seperti apa yang kita katakan, Oleh itu, tidak benar disebutkan kepada Al-Thabari kerana ia tidak akan mengesahkan dan menolak nasab keturunan, tetapi akan menunjukkan peristiwa-peristiwa sejarah..

Nampaknya lelaki itu telah dibayangi oleh kebencian terhadap keluarga Muhammad (as) dia sangat bangga menafikan kelahiran Imam Mahdi (as) tanpa membuat penyelidikan yang tepat, Pada hal, ia dinyatakan oleh ramai ahli silsilah keturunan bahawa Muhammad Al-Mahdi (as) adalah anak Imam Al-Hassan bin Ali Al-Askari (as), begitu juga ramai ulama Al-Sunnah mengakui kelahirannya. Berikutnya akan disenataikan sebahagian daripada apa yang saya dapati secara ringkas kenyataan dari ahli silsilah keturunan dan kata-kata sebahagian ulama Al-Sunnah, yang hidup sebelum kelahiran Ibn Taimiyah Al-Harrani.


✡✡✡✡✡
                      
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas



Tiada ulasan: