Ahad, 24 Mac 2019

Soalan 280: Pendakwa mesti berani tunjukkan diri


Soalan 280: Pendakwa mesti berani tunjukkan diri

Sesiapa yang mendakwa bahawa dia diutus kepada manusia sepatutnya mendedahkan imejnya dengan klip video dan memberitahu mereka tentang bapanya dan datuknya?

Dan menunjukkan orang ramai tanda-tanda pada tubuhnya seperti yang disampaikan oleh pengikut anda. Ini adalah yang paling kurang diketahui pada seorang pendakwa dalam perkara ini, walaupun terdapat ramai yang mendakwanya. Hanya lakukan ini. Sesiapa yang mendakwa seperti anda tentulah tidak peduli akibatnya, saya harap anda menjawabnya dan terima kasih.

Pengirim: Umm Hani - Iraq

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Masalah sembunyi dan takut daripada penzalim dan musuh-musuh para Imam (as), tidakkah itu adalah lebih baik pada Al-Syed Ahmad Al-Hassan, tidakkah disebutkan dalam riwayat-riwayat yang Imam Mahdi (as) ghaib kerana takut dibunuh, bahkan haram disiarkan namanya yang mulia?! Jika anda tidak berpandangan ke hadapan perhatikanlah yang berikut,

Dari Zararah katanya, telah berkata Abu Abdillah (as): (Ya Zararah, mestilah bagi Al-Qaim (as) itu berlaku keghaiban, Aku berkata: Mengapa? Dia berkata: takut untuk dirinya sendiri dan memberi isyarat dengan tangannya, ke arah perutnya) [243].

Dan dari Abi Abdillah Al-Shalihi, katanya: Dia bertanya kepadaku selepas sahabat kami Abu Muhammad pergi untuk bertanya mengenai nama dan tempat tinggalnya, maka keluar jawapannya: (jika ditunjukkan pada kamu nama mereka akan disiarkannya, dan jika mereka tahu tempat tinggal mereka akan menunjukkannya) [244].

Adakah anda juga akan membantah Imam Mahdi (as) dan berkata kepadanya: "Siapa yang seperti kamu, jangan takut akibatnya?" Maka mengapa kamu membiarkan Auliak Allah dan berdiri di barisan musuh mereka dan kemudian mengatakan mengapa mereka tidak menunjukkan kepada kita! Adakah mereka telah melarikan diri dan tersembunyi kerana mereka membiarkan kamu? Bagaimana anda menilaihya?

Bukankah lebih baik bagi anda mengkaji pembuktian Al-Syed Ahmad Al-Hassan, semoga Allah Taala membimbing anda ke jalan yang lurus, dan meninggalkan jalan ragu-ragu dan kekal dalam keraguan? Sebelum anda mengatakan "Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul", sebagaimana Allah SWT menempelak, keadaan mendustakan para rasul (as):


﴿وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَى يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلاً﴾

Dan (ingatlah) hari ketika orang yang zalim itu
 menggigit dua tangannya, seraya berkata: "Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul". [245],
dan Allah berfirman:



﴿قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِن كَانَ مِنْ عِندِ اللَّهِ ثُمَّ كَفَرْتُم بِهِ مَنْ أَضَلُّ مِمَّنْ هُوَ فِي شِقَاقٍ بَعِيد﴾

Katakanlah: "Bagaimana pendapatmu jika ia datang dari sisi Allah, kemudian kamu mengingkarinya. Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang selalu berada dalam penyimpangan yang jauh?" [246],
dan allah berfirman:


﴿قَالَ يَا قَوْمِ أَرَأَيْتُمْ إِن كُنتُ عَلَى بَيِّنَةٍ مِّن رَّبِّيَ وَآتَانِي رَحْمَةً مِّنْ عِندِهِ فَعُمِّيَتْ عَلَيْكُمْ أَنُلْزِمُكُمُوهَا وَأَنتُمْ لَهَا كَارِهُونَ﴾

Berkata Nuh: "Hai kaumku, bagaimana fikiranmu, jika aku ada mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku, dan diberinya aku rahmat dari sisi-Nya, tetapi rahmat itu disamarkan bagimu. Apa akan kami paksakankah kamu menerimanya, padahal kamu tiada menyukainya?" [247].

والحمد لله رب العالمين.

Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)
                      
Syeikh Nadzim Al-3uqailiy
* * *


✡✡✡✡✡

------------------------
[243] – Bihar Al-Anwar: J 52 hal 96.
[244] – Al-Kafi: J 1 jal 333.
[245] - Al-Furqan 25:27.
[246] - Fushshilat 41:52.
[247] - Hud 11:28.           


Soalan 279: Bagi yang menolak dakwah


Soalan 279:  Bagi yang menolak dakwah

Pertama:
السلام على من اتبع الهدى
Salam ke atas orang-orang yang mengikuti petunjuk,

Keadaan kamu kamu tidak normal. Kamu mahu merosakkan masyarakat Islam dan mengambil kesempatan ke atas orang yang berakal polos untuk membenarkan  rancangan Zionis-Israel untuk menyebarkan perpecahan dan pembubaran dalam masyarakat Islam, maka bersyukur kepada Allah yang mendedahkan kerosakan yang kamu  kamu lakukan.
.
Penghantar: Mohammed Al-Hamaidawi - Iraq
Jawapan:

 بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Adapun kemudian daripada itu ... dari Abi Ja;far (as): (.. sesungguhnya Al-Mahdi dipanggil namanya Mahdi, kerana ia membimbing kepada sesuatu yang tersembunyi ..) [234].

Dan Al-Shadiq (as) katanya: (Jika Al-Qaim bangkit dia akan membawa sesuatu yang dijangkakan) [235].

Dan dari Abi Ja;far (as) katanya: ( sesungguhnya Al-Qaim kami apabila bangkit beliau akan menyeru orang ramai untuk sesuatu yang baru, seperti apa yang diseru oleh Rasulullah (S), dan Islam bermula sebagai dagang (asing), dan akan kembali kepada asing maka beruntunglah  orang-orang yang asing) [236].

Dan dari Amirul Mukminin (as) dalam khutbahnya yang sangat panjang beliau berkata: (... dan akan zahit kepada manusia sebuah kitab baru yang sangat sukar pada orang-orang kafir, manusia diseru kepada suatu perkara sesiapa yang menyeteujuinya akan dibimbing dan  sesiapa yang meingkarinya akan sesatlah dia, Maka celakalah semua orang-orang yang celaka yang meingkarikannya ......) [237].

Dan dari Aban Bin Taghalab , dia berkata: Aku mendengar Aba Abdillah Ja’far bin Muhammad (as) berkata: (Apabila panji kebenaran muncul untuk mengutuk orang-orang Timur dan Barat, adakah kamu tahu mengapa? Aku berkata: Tidak, dia berkata Untuk orang yang menemui seorang dari Ahl Baitnya sebelum dia keluar )  [238].

Dan dari Abi Ja;far (as) katanya:(Pemilik urusan ini sekiranya telah muncul akan menemui manusia (seperti) yang ditemui Rasulullah (S) dan banyak lagi) [239].

Biarlah berita ini menjadi peringatan kepada kamu kerana kamu tergesa-gesa untuk membantah kebenaran dan ahlinya. Telah diriwayatkan dari mereka (as) bahawa kebanyakan mereka  mendustakan kebenaran itu. [240] dan Allah berfirman
﴿وَأَكْثَرُهُمْ لِلْحَقِّ كَارِهُونَ﴾
dan kebanyakan mereka benci kepada kebenaran itu. [241],

Dan kamu ambillah pelajaran yang baik pada keadaan umat terdahulu dan gigitlah betul-betul, janganlah apa pun usaha kamu disangkakan memerah susu namun hasilnya darah, mati lebih awal (pra matang) dan esok Imam Mahdi (as) menjadi lawanmu. Kembalikan dirimu dan mintalah pada Tuhanmu, Dia lebih dekat padamu dari urat lehermu, dan janganlah menghindari kebenaran kerana bertaqlid membuta tuli kerana hawa nafsu dan kasihkan dunia dan mengharapkan kedudukan tinggi, maka apa yang berlegar dibelakang kasut bukan maksum, tidak lain melainkan binasa dan kebinasaan  [242], di sini ada peluang yang masih terbuka untuk anda, dan peluang akan melewati awan jika kamu tidak kembali, dan di sini ada utusan imam kamu Al-Mahdi (as) dan dia berteriak memanggil kamu dan menangis untuk kamu, jangan biarkan apabila dia turun dan membiarkan diri kamu dan kamu menjadi kutukan mulut generasi demi generasi hingga Hari Kiamat, Semoga Allah memberi petunjuk kepada kamu untuk menyokong keluarga Muhammad dan menjauhkan kamu dari memusuhi mereka, sesungguhnya Dia mendengar dan memperkenankan (doa hamba-Nya)..

والحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين الأوصياء المرضيين

Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
                
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)
                      
Syeikh Nadzim Al-3uqailiy



✡✡✡✡✡

--------------------------

[234] - Ghaibah Al-Nu'mani: hal 242.
[235] - Ghaibah Al-Thusi: hal 307.
[236] - Ghaibah Al-Nu'mani: hal 336.
[237] - Ilzam Al-Nashib: J 2 hal 174.
[238] - Ghaibah Al-Nu'mani: hal 308.
[239] - Ghaibah Al-Nu'mani: hal 308.
[240] - Amirul Mukminin (as) berkata: (Janganlah kamu mengatakan apa yang kamu tidak tahu, kebanyakan mereka  mendustakan kebenaran itu) Nahj Balaghah dengan huraian Mohammad Abduh: 1, hal 154..
[241] – Al-Mukminun 23: 70.
[242] - diriwayatkan  Al-Syeikh  Al-Kulaini, dengan sanad dari Sahl bin Ziyad, daripada Daud bin Mehran, dari Ali bin Ismail Al-Maitsami, dari seorang lelaki, dari Juwairiyah bin Mushar, katanya: (Aku mendekati belakang Amirul Mukminin (as) lalu dia berkata kepadaku: Wahai Juwairiyah tidak akan binasa mereka yang bodoh ini melainkan apa berlegar di belakang kasut mereka yang datang padamu, aku berkata: Aku datang untuk bertanya kepadamu tentang tiga perkara: kehormatan, kewibawaan dan akal, beliau berkata: kehormatan bagi sesiapa yang menghormati Sultan yang mulia, dan kewibawaan yang memperbaiki penghidupan, dan akal bagi sesiapa yang nertaqwa kepada Allah) Al-Kafi: J 8 hal. 241.


Sabtu, 23 Mac 2019

Soalan 111: Peraturan Penentu Rasul, washi, Hujah dan Khalifah Allah


Soalan 111: Peraturan Penentu Rasul, washi, Hujah dan Khalifah Allah

بسم الله الرحمن الرحيم،

Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as)                       

، السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya mempunyai seorang kawan Sunni yang telah bertanya kepada saya beberapa masalah yang telah menimbulkan kebimbangan saya: iaitu

Jika Al-Qaim (as) ditentukan bahawa dia adalah anak kesembilan Al-Hussein mengapa sesetengah mereka yang rapat dengan Syiah berpendapat bahawa ia adalah Imam Al-Kadzim (as), dan jika ada senarai khusus ditentukan oleh Rasulullah dan  Al-Zahra’ nama-nama para imam, mengapa ada kekacauan di kalangan Syiah selepas kematian setiap Imam, sehingga Zararah bin A3yan meninggal dunia dan tidak beriman dengan imanah Imam Al-Kadzim (as)?
                        
Pengirim: Syaima’ Hassan Ali

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم،
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Sebelum menjawabnya mestilah diketahui bahawa Zararah bin A3yan sedang sakit hendak mati sebelum (Syahadah) Syahidnya Imam Al-Shadiq (as), dan  lama kemudian selepas hari-hari Al-Shadiq (as) cukup dua bulan dia kemudian meninggal dunia akibat sakitnya, dan mati sebagai seorang yang beriman dalam wilayah Ahl Al-Bait (as) tidak mengkafiri Imam Al-Kadzim (as) [218].

Adapun manusia akan ingkar (kufur) kepada para nabi dan para washi, walaupun disebut oleh orang-orang yang mendahului mereka. Dia pula bukanlah salah seorang yang layak yang boleh mendakwa syiah rapat dengan para imam (as), bahkan pada keadaan ini, banyak anak-anak Adam telah mengikut Iblis (laknahu Allah) dengan menyombongkan diri pada hujah Allah dan khalifahNya SWT:

﴿وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُنْ مِنَ السَّاجِدِينَ﴾

Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam", maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud.[219].

Tidakkah Muhammad (S) disebut di dalam Taurat dan Injil dengan nama dan sifat-sifatnya, bahkan orang Yahudi mengasaskan Madinah Al-Mubarakah untuk menunggu baginda, dan mereka tahu ia adalah tempat hijrah baginda, namun begitu kekufuran orang-orang Yahudi dan Nasrani lebih besar lagi melainkan sebahagian kecil yang memenuhi janji Allah. Bukankah Isa (as)  disebut di dalam Taurat dengan nama dan sifat-sifatnya? Namun kekufuran orang-orang Yahudi lebih besar lagi. Persoalan kufur kepada para nabi dan para washi (as) adalah slogan (lambang) yang dibawa ulama yang tidak beramal pada setiap zaman, dan para pengikut mereka menyembah mereka, orang-orang yang menolak untuk menjadikan mereka bebas,

Saya nasihatkan anda untuk membaca wasiat Rasulullah (S) dan ada berpuluh-puluh riwayat yang menunjukkan ada dua belas Mahdi-mahdi dan yang pertama daripada mereka disebut namanya dan  sifat-sifatnya, mengapa ulama akhir zaman kufur dengannya? Maka hujjah-hujjah ulama yang tidak beramal hari ini adakah anda mempercayainya dengan keengganan Ali bin Hamzah Al-Bathaini apabila beliau menafikan akan imamah  Imam Al-Redha (as) mendakwa berdiri (terjenti) pada Imam Musa bin Jafar (as), dan ia adalah Al-Qaim, dan ini adalah  tuntutan-tuntutan kesan dari vintakan dunia dan cintakan kepada jawatan ketua palsu Ali bin Hamzah Al-Bathaini dan pengikutnya.

Maka ada banyak riwayat dari Nabi (S) yang diriwayatkan dalam sumber Al-Sunnah, termasuk hadits Al-Ghadir, yang mana Rasulullah memerintahkan umat Islam memberikan bai'ah kepada Ali (as), Abu Bakr dan Umar telah memberikan bai'ahnya, begitu juga dengan hadits wasiat dan  hadits-hadits pujian baginda (S) kepada Syiah Ali (as), Bagaimanapun Al-Sunnah tidak beriman bahawa Ali (as) adalah washi Rasulullah (S) dan Khalifah Allah SWT selepas Rasulullah (S), dan mereka mentakwilkan bahawa Al-Maula (Penguasa) adalah Al-Nashir (Penolong) tidak yang lain, dan mereka Syiah  adalah orang-orang yang dipuji , dan wasiat dikhaskan mengenai warisan dan hutang naginda (S) tidak yang lain ...., dan  mentakwilkan hadits:
إنّ علياً (ع) من رسول الله (ص) كهارون (ع) من موسى (ع)
Sesungguhya Ali (as) sebahagian dari Rasulullah (S) seperti Harun (as)  sebahagian dari Musa (as) ... dan  mentakwilkan ..., dan  mentakwilkan.

Maka mereka mengesahkan apa yang diriwayatkan dari Rasulullah (S): (Bahawa Fatimah (as) penghulu wanita sekalian alam) dan kemudian mereka tidak merasa penting dalam membetulkan kerja-kerja (amalan) Umar dan sekumpulan orang-orang munafik dalam serangan ke atas rumah Fatimah (as), Mereka bahkan berbangga dengan syair-syair mereka tentang apa yang Umar lakukan terhadap serangannya ke atas rumah Fatimah (as), belajan jiwa Muhammad (S), dan Berikut ini adalah bait-bait syair oleh Hafidz Ibrahim yang terkenal sebagai Penyair Nil:

وقولـه لعلـي قالـها عـمر أكرم بسامعها أعظم بملقيـها
حرقتُ دارك لا أبقي عليك بـها إن لـم تبايع و بنت المصطفى فيها
ما كان غير أبي حفص يفوه بـها أمام فـارس عدنـان وحامـيها

Dan berkata kepada Ali, kata Umar lebih mulia yang mendengarnya lebih besar  yang memuinya

Ku bakar rumahmu hingga tiada yang tinggal padamu dengannya, jika engkau tidak membai’ah sedangkan anak Al-Mustafa di dalamnya

Apa yang dikatakan Abi Hafsh adalah di hadapan Faris Adnan dan penyokongnya

Dan aku berkata kepada Hafidz Ibrahim benarlah kamu dalam hal ini, Tidak ada yang berani membakar rumah Fatimah (as); kerana ia adalah anak Muhammad (S), kecuali Umar Abu Hafsah, dan disahkan Hafidz Ibrahim apabila dia menyatakan Umar dalam hatimu:

Engkau telah dijangkiti rasa benci memusuhinya, namun engkau ikat padanya dengan nikmat Allah menjadi perisai terhadap musuh-musuhnya

Engkau benar dalam hal ini, Umar adalah musuh dari musuh-musuh Rasulullah (S), tetapi bilakah Umar menjadi perisai terhadap musuh-musuh baginda? Adakah apabila dia melarikan diri di Uhud dan dia berteriak kepada tentera Islam dan membiarkan mereka untuk membantu Rasulullah, dan dia meninggalkan Rasulullah (S) dan Ali (S) di medan perang? Atau ketika dia kembali dari pembukaan Khaibar kerana takut kepada orang-orang Yahudi ketika dia menghina sahabat-sahabatnya? Atau adakah anda melihat dia menjadi perisai terhadap musuh-musuh baginda ketika menyerang rumah Fatimah anak perempuan Muhammad (S) dan ketika Fatimah berada di belakang pintu yang mencederakannya lalu gugur bayi kandungannya, dan dia mahu membakar rumahnya?? Kita tidak pernah mendengar bahawa Umar seorang satria terbilang atau membunuh dengan berani kafir Quraisy dan yang lain, tetapi kita dengar dan kita sedar bahawa Umar menyebabkan terbunuhnya Fatimah anak perempuan Muhammad (S) dan kandungannya Al-Muhsin (as), sedangkan Allah SWT berfirman:
﴿قُلْ لا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْراً إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى﴾
Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kerabat terdekat". [220],


adakah diterima akal yang menyelamatkan dirinya dengan api. Saya tidak mengatakannya, tetapi Rasulullah (S) bersaba: (orang yang terjerumus dalam dosa melemparkan hujahnya sehingga fitnahnya dilemparkan ke dalam api neraka).


Jika orang-orang yang mempunyai masalah mencari kebenaran, peraturan untuk mengenal Al-Hujah ini ada di dalam Al-Quran Al-Karim, dan nashnya ini dijelaskan dan ditulis dalam kitab  (Idhaat Min Da3watu Mursalin J 3 Q II) Pencerahan Dakwah Para Rasul (as) Juzuk 3
 Bahagian II, buku ini telah diterbitkan dan anda boleh membacanya.

Pencerahan

﴿ثُمَّ بَدَا لَهُمْ مِنْ بَعْدِ مَا رَأَوُا الْآياتِ لَيَسْجُنُنَّهُ حَتَّى حِينٍ﴾

Kemudian timbul pikiran pada mereka setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) bahawa mereka harus memenjarakannya sampai sesuatu waktu.[221].

﴿وَلَقَدْ جَاءَكُمْ يُوسُفُ مِنْ قَبْلُ بِالْبَيِّنَاتِ فَمَا زِلْتُمْ فِي شَكٍّ مِمَّا جَاءَكُمْ بِهِ حَتَّى إِذَا هَلَكَ قُلْتُمْ لَنْ يَبْعَثَ اللَّهُ مِنْ بَعْدِهِ رَسُولاً كَذَلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ مُرْتَابٌ﴾

Dan sesungguhnya telah datang Yusuf kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan, tetapi kamu senantiasa dalam keraguan tentang apa yang dibawanya kepadamu, hingga ketika dia meninggal, kamu berkata: "Allah tidak akan mengirim seorang (rasulpun) sesudahnya. Demikianlah Allah menyesatkan orang-orang yang melampaui batas dan ragu-ragu.[222].

Tanda-tanda (mukjizat) yang mengiringi Yusuf (as) dengan izin Allah bukanlah tongkat yang menjadi ular dan tangannya tidak memancar cahaya dan tidak dapat membelah laut, Tetapi ia adalah pakaian (baju) yang menunjukkan kebenaran Yusuf (as) dan ia merupakan taufik dan penyelesaian ilahi bagi perjalanan Yusuf (as), Siapakah mereka dan berapa ramai yang melihat baju yang koyak, bahkan terkoyak pada baju itu sebagai tanda (mukjizat)? Dan di manakah mereka yang melihat taufik dan penyelesaian Allah kepada Yusuf (as) untuk mengetahui bahawa dia diutus oleh Allah Yang Maha Suci?

Tanda-tanda (mukjizat) itu mengiringi Yusuf dan yang melihatnya adalah orang-orang yang mengiringi perjalanan Yusuf (as), tetapi mereka tidak melihat sebagai tanda-tanda (mukjizat), dan mereka telah memutuskan bahawa
﴿مِنْ بَعْدِ مَا رَأَوُا الْآياتِ لَيَسْجُنُنَّهُ حَتَّى حِينٍ﴾
setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) bahawa mereka harus memenjarakannya sampai sesuatu waktu.

Dari Abi Ja’far (as): pada firmanNya: [Kemudian timbul fikiran pada mereka setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) bahawa mereka harus memenjarakannya sampai sesuatu waktu,]
Tanda-tanda (mukjizat) tentang kesaksian anak muda dan baju yang terkoyak dari belakang dan kedua-duanya berkejaran dari pintu sehingga didengar dia menariknya di pintu, Dan apabila dia mengambilnya, dIa masih lagi menekan suaminya sehingga masa penahanannya,
﴿وَدَخَلَ مَعَهُ السِّجْنَ فَتَيانِ﴾
Dan bersama dengan dia masuk pula ke dalam penjara dua orang pemuda
Dia berkata: Dua orang hamba kepada raja itu salah seorang dari mereka tukang roti, seorang lagi pembuat minuman, dan yang berdusta tidak melihat mimpi adalah seorang tukang roti. [223].

Tanda-tanda (mukjizat) tidak semua mengiringi dakwah dan perjalanan Yusuf (as), tetapi apa yang didatangkan kepada semua nabi yang diutus (as) sebagai bukti dakwah Ilahiyah yang bertanggung jawab seperti yang dibawa oleh Yusuf (as), dia (as)) tidak terkecuali dari para rasul dan jalan mereka satu iaitu untuk menunjukkan risalah mereka,
﴿قُلْ مَا كُنْتُ بِدْعاً مِنَ الرُّسُلِ﴾
Katakanlah: "Aku bukanlah rasul yang pertama di antara rasul-rasul [224],
jalan mereka jelas (wasiat atau nash, ilmu dan hikmah, panji-panji bai3atu Lillah (ikrar taat setia milik Allah) atau Kerajaan Allah atau Hakimiyah Allah),

ketiga-tiga tanda keterangan itu dibawa oleh Yusuf (as).
﴿وَلَقَدْ جَاءَكُمْ يُوسُفُ مِنْ قَبْلُ بِالْبَيِّنَاتِ﴾
Dan sesungguhnya telah datang Yusuf kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan, .
Sebelum kita tahu bagaimana, bila dan di mana Yusuf (as) datang, kita perlu tahu apakah ketiga-tiga perkara ini mewakili garis panduan dakwah Ilahiyah secara umum.

Allah berfirman

﴿أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلا هُدىً وَلا كِتَابٍ مُنِيرٍ * وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا أَوَلَوْ كَانَ الشَّيْطَانُ يَدْعُوهُمْ إِلَى عَذَابِ السَّعِيرِ * وَمَنْ يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى وَإِلَى اللَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ﴾

Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. Dan di antara manusia ada yang membantah Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan.* Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang diturunkan Allah". Mereka menjawab: "(Tidak), tapi kami (hanya) mengikuti apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya". Dan apakah mereka walaupun syaitan itu menyeru mereka ke dalam siksa api yang menyala-nyala (neraka)? * Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan tali yang kokoh. Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala urusan. [225].

Dakwah kebenaran tidak mungkin hanya bersendirian, tanpa wujudnya seruan kebatilan yang menentangnya, sejak hari pertama nabi telah mewasiatkan kepada mereka siapa selepas baginda dengan perintah Allah SWT, kita dapati ada dakwaan yang batil yang menentang dakwah kebenaran, Adam (as) yang pertama yang diutus dari nabi-nabi Allah, yang mewasiatkan kepada Habil (as), tetapi Qabil menentang dakwah kebenaran dan menuntut hak Khilafah, sehinggalah qurban sebagai ukuran yang menentukan siapa washi Adam (as) dan qurban Qabil tidak diterima seperti mana qurban yang ditunjukkan Habil washi Adam, Qabil telah mengemukakan ancaman kepada Habil sebagai washi dan kemudian membunuhnya tanpa teragak-agak atau takut kepada Allah SWT:

﴿وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَاناً فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ * لَئِنْ بَسَطْتَ إِلَيَّ يَدَكَ لِتَقْتُلَنِي مَا أَنَا بِبَاسِطٍ يَدِيَ إِلَيْكَ لِأَقْتُلَكَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ * إِنِّي أُرِيدُ أَنْ تَبُوءَ بإِثْمِي وَإِثْمِكَ فَتَكُونَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ وَذَلِكَ جَزَاءُ الظَّالِمِينَ * فَطَوَّعَتْ لَهُ نَفْسُهُ قَتْلَ أَخِيهِ فَقَتَلَهُ فَأَصْبَحَ مِنَ الْخَاسِرِينَ﴾

Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!". Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa". * "Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam". * "Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan (membawa) dosa (membunuh)ku dan dosamu sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang-orang yang zalim". * Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia seorang di antara orang-orang yang rugi.[226].

Ini juga berlaku kepada Yusuf (as) kerana hasad dengki saudara-saudaranya.
Bahkan ia berlaku kepada semua washi-washi (as), apabila Allah memilih Rasul-rasul-Nya, begitu juga Iblis (laknahu Allah) memilih dari tenteranya yang menentang dakwah kebenaran.

Allah SWT memilih Habil (as), dan Iblis (laknahu Allah) memilih Qabil untuk menentang pendakwah Allah, dan Allah memilih Muhammad (S), dan Iblis memilih Musailamah dan Syajah, Al-Aswad dan lain-lain untuk menentang pendakwah kebenaran Muhammad (S).
                   
Berikut dihadapkan soalan: Apakah diterima alasan sesiapa yang meninggalkan dari mengikut Muhammad (S) atas alasan wujud terlalu banyak halaman dakwah, Dan tidak dapat membezakan yang hak dari yang batil?!

Sebenarnya, tidak diterima alasan dan jadilah tempat kembalinya adalah neraka jahanam sama seperti orang-orang yang mengikuti dakwah atau risalah nubuwah yang dusta dan palsu.

Maka adakah Allah SWT meletakkan peraturan untuk mengenal pendakwah kebenaran pada setiap zaman dan dia adalah hujah Allah atas hamba-hambaNya dan Khalifah Allah di bumiNya, mentaatinya adalah mentaati Allah dan mendurhakainya adalah mendurhakai Allah dan beriman dan menyerah (Islam) kepadanya adalah beriman dan menyerah kepada Allah dan mengkarinya (kufur) dan menyeleweng darinya, adalah kufur kepada Allah dan menyeleweng dari Allah.

Atau bahawa Allah telah meninggalkan tali pergantungan yang lemah (Jauh Dia Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi dari semua itu), Dia Al-Hakim Mutlak dan mengukur segala sesuatu dengan kadar ukuran terbaik,
﴿وَكُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِمِقْدَارٍ﴾
Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya. [227],Dan Dia

﴿عَالِمِ الْغَيْبِ لا يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلا فِي الْأَرْضِ وَلا أَصْغَرُ مِنْ ذَلِكَ وَلا أَكْبَرُ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ﴾
Yang Mengetahui yang ghaib, sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang kepadamu. Tidak ada tersembunyi daripada-Nya sebesar zarrahpun yang ada di langit dan yang ada di bumi dan tidak ada (pula) yang lebih kecil dari itu dan yang lebih besar, melainkan tersebut dalam Kitab yang nyata. [228].

Akibatnya adalah bahawa diperlukan Hikmah Ilahiyah yang meletakkan peraturan untuk mengenal Khalifah Allah di bumiNya pada setiap zaman, dan peraturan ini perlu diletakkan sejak hari pertama Allah SWT menjadikan di dalamnya seorang Khalifah di bumiNya. Maka tidak boleh terjadi peraturan ini adalah secara kebetulan saja dalam salah satu dari risalah-risalah langit hingga ke hari ini dari hari pertama oleh wujudnya tanggung jawab sejak hari pertama lagi, setidak-tidaknya ukuran yang meyakinkan bagi kesemuanya adalah wujudnya Iblis sebagai mukallaf (yang bertanggung jawab) sejak hari pertama, dan mukallaf (yang bertanggung jawab), perlu akan peraturan ini dan perlu tahu pemilik hak ketuhanan, jika tidak ia akan beralasan dari mengikut hak ketuhanan (Al-Haq Al-Ilahiyah) kerana dia tidak dapat membezakan, dan tidak mempunyai peraturan ilahi untuk mengenal Khalifah ini dilantik oleh Allah SWT.

                         
Dan ukuran yang meyakinkan bagi kesemuanya sekitar tarikh hari pertama Allah SWT menjadikan di dalamnya seorang Khalifah di bumiNya. adalah:

1 - Allah nashkan ke atas Adam, dan bahawa dia Khalifah di bumiNya dengan kehadiran malaikat (as) dan Iblis.
2 - Setelah Allah menciptakan Adam (as) mengajarkannya semua nama-nama.
3 - Kemudian Allah memerintahkan sesiapa yang menyembahNya pada masa itu, malaikat dan Iblis sujud kepada Adam.

Allah Taala berfirman:

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ﴾

 Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". [229].
﴿وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ﴾
Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama-nama itu jika kamu mamang orang-orang yang benar!" [230].
﴿فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ﴾
Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. [231]

﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلاً﴾

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim.. [232] [233]

Tiga perkara ini adalah peraturan Allah SWT untuk mengenal Al-Hujah pada umat manusia dan Khalifah Allah di bumiNya, Keriga-tiga perkara ini adalah peraturan dan sunnah Allah SWT untuk mengenal KhalifahNta sejak hari pertama lagi, dan sunnah Ilahiyah ini akan berjalan hingga ke akhir dunia dan bangkitnya Al-Saah (Kiamat).

﴿سُنَّةَ اللَّهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلُ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلاً﴾                                                 

Sebagai sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum(mu), dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati pada sunnah Allah itu perubahan. [234].
                       
﴿سُنَّةَ اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلُ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلاً﴾

Sebagai suatu sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnah Allah itu. [235].

Secara logiknya mana-mana insan yang memiliki kilang, ladang, kapal atau apa sahaja yang melibatkan pekerja yang bekerja untuknya. Hendaklah dia menentukan salah seorang daripada pekerja-pekerjanya untuk menjadi ketua dan dijelaskan namanya agar tidak berlaku kekacauan. Perlantikan ini juga perlu ditetapkan pada orang yang paling tahu dan berkelebihan, serta diarahkan semua pekerja agar mentaati ketua tersebut dalam melaksanakan apa yang diinginkannya.

Kegagalan pemilik untuk berbuat demikian pasti akan mengakibatkan impiannya hancur musnah kerana ketiga-tiga aspek ini menggambarkan kebijakan seseorang. Oleh itu, sekiranya kita berkeyakinan bahawa kesemua aspek ini adalah keperluan bagi manusia yang bergelar pemilik, bagaimana pula kita mengharuskan salah satu dari tiga aspek ini ditinggalkan Allah SWT, sedangkan DIA SWT adalah Pemilik dan Penguasa mutlak buat semesta alam ini? 

Jika kita meluaskan lagi peraturan ilahi ini secara terperinci kita dapati bahawa nash (Peruntukan) Ilahi ke atas Adam (as) berubah ke dalam bentuk wasiat disebabkan wujudNya khalifah terdahulu bilamana dinashkan atau diperuntukkan ke atas orang selepasnya dengan perintah Allah SWT berdasarkan kewajipannya sebagai khalifah Allah di muka bumiNya, sebagaimana yang difirmankan: 

﴿إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا﴾
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahliNya. [236]

Tujuan Allah SWT mengajarkan Adam (as) nama-nama tersebut adalah untuk mengenalkannya akan hakikat sebenar nama-nama ketuhanan, memperelokkan dia dengannya dan mentajallikanNya pada dirinya sebelum bergelar khalifah Allah di muka bumiNya. Maka tindakan Adam (as) menerangkan kepada para Malaikat nama-nama tersebut adalah untuk mengenalkan mereka akan hakikat sebenar nama-nama ketuhanan, yang mana diciptakan mereka daripadanya. Oleh itu Allah SWT mengenalkan Adam (as) akan kesemua Nama-nama ketuhanan bersesuaian dengan kedudukannya sebagai khalifah Allah. Adapun di kalangan Malaikat tiada satu nama pun yang diketahui melainkan hanya satu atau beberapa nama yang diciptakan mereka daripadanya. Dengan ilmu dan hikmah ini, maka terbuktilah hujah Adam (as) sebagai khalifah Allah SWT ke atas para Malaikat.

Perkara ketiga di dalam peraturan Ilahi ini ialah perintah Allah SWT kepada para Malaikat dan Iblis supaya sujud kepada Adam (as). Ini bagi melaksanakan perbuatan yang perlu dilakukan oleh khalifah Allah selaku individu yang diamanahkan khilafah padanya. Ia juga bagi melaksanakan peranan yang perlu dimainkan oleh wakil-wakil (Malaikat) Allah SWT selaku pekerja dan penuntut di sisi khalifah Adam (as).

Sekaligus menetapkan bahawa Ketuanan dan Kekuasaan Allah SWT di atas muka bumiNya hanya dapat direalisasikan dengan mentaati khalifah Allah di muka bumiNya. Hal yang sama juga berlaku pada semua Rasul termasuk Nabi Muhammad (S), di mana mereka (as)  membawa panji yang sama iaitu kepatuhan (Bai’ah) hanya kepada Allah atau Ketuanan dan Kekuasaan hanya untuk Allah SWT. Kesemua mereka (as) berhadapan dengan tentangan orang-orang yang ingin mengekalkan kedudukan iaitu Ketuanan Manusia dan sekaligus menolak Ketuanan dan Kekuasaan Allah SWT, sehinggakan  mereka (as) sentiasa dicurigai disebabkan tuntutan dan pertentangan ini. Isa (as) dikatakan datang untuk menuntut pemerintahan Bani Israel, sepertimana yang dituduhkan musyrikin Quraish kepada Nabi Muhammad (S): “Bukan Syurga dan bukan Neraka tetapi kekuasaan yang diinginkanya” atau dengan kata lain Muhammad (S) diutuskan untuk menuntut kekuasaan bagi diri dan keluarganya. Tuduhan yang sama juga dilemparkan kepada Ali (as) sebagai gilakan takhta kekuasaan.

Sebenarnya para pengikut Isa atau Muhammad (S) atau Ali (as) mendapati bahawa mereka terdedah kepada dunia dan perhiasannya, harta atau pangkat, Mereka (as) hanya melaksanakan perintah Allah SWT supaya menuntut pengembalian Ketuanan dan Kekuasaan Allah SWT, Malah mereka (as) mengetahui bahawa manusia tidak akan sekali-kali menyerahkan kekuasaan tersebut kerana akan ditentang dengan cara diperlekeh, dihina, dikeji, cubaan bunuh dan dipenjarakan. Inilah yang berlaku kepada pengganti Isa (as) yang diserupakan bilamana dipakaikan mahkota duri dan diperlekehkan sebelum dia disalib. Hal sedemikian juga berlaku kepada Ali (as) bilamana dipecahkan pintu rumahnya sehingga menyebabkan remuk tulang rusuk isterinya Fatimah (as), serta diheret keluar secara paksa sedang pedang-pedang berkilauan di mukanya. Musa bin Jaafar Al-Kadzim (as) juga dipenjarakan sehingga maut bilamana dia (as) menetapkan sempadan Fadak sebagai Kekuasaan dan khilafah Allah di muka bumiNYA. dipenjarakan sehingga mati, Beginilah tanggapan biasa orang-orang jahil yang sentiasa beranggapan bahawa tuntutan empunya sebenar kekuasaan Allah SWT sebagai alasan untuk menjatuhkan mereka, sambil meneriakkan di muka empunyanya bahawa kedatangannya untuk menuntut kekuasaan bagi kepentingan dirinya sendiri. Hakikat sebenarnya bukan itu yang diinginkan oleh khalifah Allah ini dalam menuntut kekuasaan dunia, kerana dia sedia maklum bahawa tuntutannya ini akan menjadi sebab utama kehormatannya dicela dan diperlekehkan serta bakal ditentang hebat oleh mereka yang jahil ini.

Malahan mereka yang jahil ini akan menggunakan cara yang biasa digunakan oleh kebanyakan manusia iaitu jalan tipu daya dan pemalsuan atau pembunuhan dan ancaman ketakutan untuk mengekalkan kekuasaan mereka. Ini terbukti bilamana Ali (as) menuntut kekuasaan dan berkata “Aku adalah pemegang wasiat Rasulullah (S)  dan aku adalah khalifah Allah di muka bumiNya”, Namun hakikat sebaliknya yang berlaku iaitu Abu Bakar bin Abi Quhafah yang mendapat kekuasaan duniawi, yang kemudiannya berkata “perbetulkanlah aku kerana aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu”. 
Dalam situasi ini, Adakah Ali (as) yang tamakkan dunia atau Abu Bakar yang zuhud akan kekuasaan dunia? Sedangkan Abu Bakarlah yang mengingkari hak Ali (as) sebagai khalifah Allah dan mengingkari wasiat Rasulullah (S)  kerana berkehendakkan kekuasaan dunia? Bagaimakah mereka menentukannya???

Secara khususnya wasiat didatangkan bersama-sama dengan pemegang-pemegang wasiat (Aushiak) (as) sebagai menguatkan tuntutan mereka (as) di masa yang paling sukar. Sebagai contoh Al-Hussain (as) dalam peristiwa karbala berkata kepada mereka yang memeranginya: ”Carilah di muka bumi ini orang yang paling hampir dengan Muhammad (S)  nescaya kamu tidak akan menjumpaiNya selain aku”
(أنا سبط محمد الوحيد على هذه الأرض)
(Aku satu-satunya cucu Muhammad di bumi ini)
seterusnya Al-Hussain (as) menguatkan tuntutannya dengan wasiat dan nash Ilahi: 
﴿ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِنْ بَعْضٍ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴾
“Satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui” [237]

Mereka yang memahami ayat ini akan cepat mengetahui bahawa Al-Hussain (as) hendak memberitahu tentang wasiat yang ada berserta dengannya (as) kerana dia (as) adalah satu-satunya zuriat yang diamanahkan khilafah dan masih hidup. 

Kini kita kembali kepada Yusuf kita dapati:

1- Wasiat:

Pada kata-kata Ya'qub (as) kepada Yusuf (as)

﴿وَكَذَلِكَ يَجْتَبِيكَ رَبُّكَ وَيُعَلِّمُكَ مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ وَيُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَعَلَى آلِ يَعْقُوبَ كَمَا أَتَمَّهَا عَلَى أَبَوَيْكَ مِنْ قَبْلُ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ إِنَّ رَبَّكَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ﴾            
Dan demikianlah Tuhanmu, memilih kamu dan diajarkan-Nya kepadamu sebahagian dari ta'bir mimpi-mimpi dan disempurnakan-Nya nikmat-Nya kepadamu dan kepada keluarga Ya'qub, sebagaimana Dia telah menyempurnakan nikmat-Nya kepada dua orang bapakmu sebelum itu, Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. [248].

Maka Ya'qub menerangkan bahawa Yusuf (as) pemegang wasiatnya (washinya) dan lanjutan daripada dakwah Ibrahim (as) dan ia sangat jelas.

Pada kata-kata Yusuf (as)

﴿وَاتَّبَعْتُ مِلَّةَ آبَائي إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ مَا كَانَ لَنَا أَنْ نُشْرِكَ بِاللَّهِ مِنْ شَيْءٍ ذَلِكَ مِنْ فَضْلِ اللَّهِ عَلَيْنَا وَعَلَى النَّاسِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَشْكُرُونَ﴾
Dan aku pengikut agama bapa-bapaku Ibrahim, Ishak dan Ya'qub. Tiadalah patut bagi kami mempersekutukan sesuatu apapun dengan Allah. Yang demikian itu adalah dari kurnia Allah kepada kami dan kepada manusia (seluruhnya); tetapi kebanyakan manusia tidak mensyukuri (Nya). [239],

Yusuf, (as) mengesahkan hubungan beliau kepada para nabi dan yang merupakan Barisan Semulajadi untuk meneruskan dakwah mereka.

2- Ilmu:

Pada FirmanNya:

﴿قَالَ لا يَأْتِيكُمَا طَعَامٌ تُرْزَقَانِهِ إِلَّا نَبَّأْتُكُمَا بِتَأْوِيلِهِ قَبْلَ أَنْ يَأْتِيَكُمَا ذَلِكُمَا مِمَّا عَلَّمَنِي رَبِّي إِنِّي تَرَكْتُ مِلَّةَ قَوْمٍ لا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَهُمْ بِالْآخِرَةِ هُمْ كَافِرُونَ﴾
Yusuf berkata: "Tidak disampaikan kepada kamu berdua makanan yang akan diberikan kepadamu melainkan aku telah dapat menerangkan jenis makanan itu, sebelum makanan itu sampai kepadamu. Yang demikian itu adalah sebagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Sesungguhnya aku telah meninggalkan agama orang-orang yang tidak beriman kepada Allah, sedang mereka ingkar kepada hari akhirat. [240].

Pada FirmanNya:

﴿.. تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَباً فَمَا حَصَدْتُمْ فَذَرُوهُ فِي سُنْبُلِهِ إِلَّا قَلِيلاً مِمَّا تَأْكُلُونَ * ثُمَّ يَأْتِي مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ إِلَّا قَلِيلاً مِمَّا تُحْصِنُونَ * ثُمَّ يَأْتِي مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ عَامٌ فِيهِ يُغَاثُ النَّاسُ وَفِيهِ يَعْصِرُونَ﴾
 ..."Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan.* Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (benih gandum) yang kamu simpan.* Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan dimasa itu mereka memerah anggur". [176].

Dan Pada FirmanNya:

﴿قَالَ اجْعَلْنِي عَلَى خَزَائِنِ الْأَرْضِ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ﴾
Berkata Yusuf: "Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan". [242].

3 – Bai3atu Lillah - kesetiaan kepada Allah
:
Pada FirmanNya:

﴿يَا صَاحِبَيِ السِّجْنِ أَأَرْبَابٌ مُتَفَرِّقُونَ خَيْرٌ أَمِ اللَّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ * مَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِهِ إِلَّا أَسْمَاءً سَمَّيْتُمُوهَا أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ بِهَا مِنْ سُلْطَانٍ إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ أَمَرَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ﴾
Hai kedua penghuni penjara, manakah yang baik, tuhan-tuhan yang bermacam-macam itu ataukah Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa? * Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah) nama-nama yang kamu dan nenek moyangmu membuat-buatnya. Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun tentang nama-nama itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". [243],

✡✡✡✡✡

Pencerahan
 
Selepas kita tahu adanya peraturan ilahi untuk mengenal khalifah Allah di BumiNya, yang disebutkan dalam Al-Quran, bahkan ia didatangkan kepada semua para nabi dan-rasul (as), dan Yusuf (as) juga didatang kepadanya, kita perlu menggunakan dan mengamalkan peraturan ilahi ini pada zaman kezuhuran suci (zaman Yusuf Aali Muhammed (as)), kerana mereka yang tidak mengikut peraturan ini adalah menjadi pengikut Iblis (laknahu Allah) sebagaimana yang diterangkan.

Dan anda juga boleh menemuinya di dalam Injil bahawa Isa (as) disahkan oleh- nabi-nabi terdahulu dari bani Israel yang telah mengingatkannya, memberi khabar gembira dan mewasiatkannya, serta didatangkankepadanya dengan ilmu dan kebijaksanaan (hikmah), dan juga mengibarkan panji-panji ikrar taat setia kepada Allah (Bai’atu Lillah) dan menyerikan kerajaan dan Hakimiyah Allah. Muhammad juga disahkan dengan peraturan ini dan diterangkan oleh para nabi terdahulu telah mengingatkannya, memberi khabar gembira dan mewasiatkannya, dan ia disebut dalam Taurat dan Injil, dan didatangkan pada baginda (S) dengan mengetahui ilmu Al-Kitab dan hikmah, dan mengibarkan panji-panji ikrar taat setia kepada Allah (Bai’atu Lillah) dan menyerikan kerajaan dan Hakimiyah Allah SWT di BumiNya. Begitu juga dengan Aali Muhammad (as), ada lebih banyak riwayat mengenai mereka (as) yang disahkan oleh peraturan ilahi ini supaya tidak menyesatkan Syiah (pengikut) mereka. Tetapi malangnya ada di antara mereka yang mendakwa sebagai Syiah mereka pada akhir zaman memilih untuk mengingkari riwayat riwayat mereka dan berpaling darinya dan dari Al-Quran Al-Karim, dan mengikut ulama yang tidak beramal yang menyesatkan mereka dan yang mencampur adukkan kebenaran dengan kebatilan, mereka tidak lagi kembali kepada peraturan dari Allah untuk mengenal hujah Allah dan Khalifah Allah dan para washi, yang dengannya manusia diuji yang telah wujud dalam Al-Quran Al-Karim, yang telah diterangkan dengan jelas, semoga sesiapa yang mengaku sebagai Syiah (pengikut)  Aali Muhammad dan masyarakat umum yang menganut agama samawi beralih kepada peraturan ini yang akan melepaskan diri mereka daripada neraka.

Jika penjaga kebenaran Ilahi (Shohib Al-Haq Al-Ilahi), Washi penghibur [244] kepada para nabi dan rasul-rasul Allah yang akan datang pada akhir zaman. jika ia datang hendaklah dengan ketiga-tiga peraturan ini, iaitu:

Wasiat: Iaitu yang sebelumnya (as) mewasiatkan kepadanya dan mereka menyatakan nash ke atasnya dengan nama dan sifat dan tempat tinggal, seperti mana telah diwasiatkan kepada Al-Rasil Muhammad, dari nabi-nabi sebelumnya (as) pada namanya dan sifatnya adalah menunggang unta, dan tempat tinggalnya di Faran, iaitu Mekah dan di sekitar (Arafah), dan banyak riwayat-riwayat washi (pemegang wasiat) pada akhir zaman dengan namaj sifat dan tempat tinggal dengan nama dan sifat dan tempat tinggal .

Ilmu Dan Hikmah Ia juga datang dengan ilmu dan hikmat - Sebagaimana Rasulullah (S) diutuskan dengan ilmu dan kebijakan, begitulah juga halnya dengan pemegang wasiat di akhir zaman tersebut. firman Allah SWT: 

﴿هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولاً مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ﴾

“Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang Ummiyyin, seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka, serta mengajarkan mereka Kitab Allah dan Hikmah, dan sesungguhNya mereka sebelum itu adalah dalam kesesatan yang nyata”. [245]

Rasul dalam ayat di atas adalah ditujukan kepada Muhammad bin Abdullah (S)  yang diutuskan pada permulaan umat ini, setelah itu Allah berfirman lagi:

﴿وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ﴾

“Dan juga yang lain dari mereka, yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. [246]

Rasul yang dimaksudkan dengan (وأخرين منهم) iaitu “yang lain dari mereka” adalah Mahdi pertama daripada anak Imam Mahdi Muhammad bin Hassan Al-Askari (as), yang juga utusannya. Diajarkan juga kepada mereka Al-Kitab dan hikmah sebagaimana Rasulullah (S) . Nama baginda (S)  di langit adalah Ahmad, manakala Mahdi pertama namaNya di dunia adalah Ahmad dan namaNya di langit adalah Muhammad. Dia (as) adalah gambaran kepada Rasulullah (S)  iaitu diutuskan sepertimana diutuskan Muhammad (S) , dan melalui jalan dakwah sepertimana dilalui Muhammad (S) . Di sana pasti akan wujudNya Quraysh serta pemimpin-pemimpinnya, ummul Qura (Mekah), hijrah ke Madinah dan setiap perkara yang mengiringi dakwah Rasulullah (S) . Cuma situasiNya sahaja yang berbeza manakala prinsip utamaNya adalah sama.


Yang ketiga. Tuntutan Ketuanan dan Kekuasaan Allah
Penguasa Ilahi atau pemegang wasiat ini mestilah merealisasikan kebijakan dan ilmu pengetahuanNya dalam segenap segi realiti kehidupan seharian. Syukur kepada Ilahi kerana dengan kurniaNYA telah terbukti bahawa kesemua “ulama tidak beramal” (ulama’ghairu amilin) mengajak kepada ketuanan manusia melalui pilihanraya, syura dan saqifah di akhir zaman. Melainkan pemegang wasiat sebenar yang sentiasa mengajak kepada Ketuanan dan Kekuasaan Allah SWT, serta tidak pernah lari dari jalan yang diterangkan oleh Muhammad (S)  dan Ahl Al-Bait baginda (as). Adapun ulama tidak beramal mereka keluar dan berpaling dari jalan yang sebenar, dan ternyata, keutamaan perencanaan ilahi jelas maksudnya (adil),
untuk mendaulatkan panji Rasulullah (S)  iaitu Ketaatan kepada Allah (bai’ah kepada Allah) hanyalah oleh washi pemeang wasiatnya.

Mereka yang selainnya telah bertindak mendaulatkan panji pilihanraya dan ketuanan manusia iaitu dengan jalan ketaatan kepada Taghut penzalim dan memenuhi kehendak-kehendak mereka. Malahan mereka mengajak manusia berbondong-bondong menyertainya dan memperdayakan orang-orang yang jahil tentang akidah sebenar yang diredhai oleh Allah SWT, sedangkan Ahl Al-Bait (as) telah memperjelaskan perkara ini dengan terang lagi nyata. Sebaik-baik contoh adalah darah Imam Hussain (as) di Karbala dan ucapan Fatimah (as) ketikamana umat Islam Madinah mengenepikan khilafah Ali (as) sebagai pemegang wasiat dan khalifah sebenar Rasulullah (S)“ Dalam ucapannya dia berkata:

Wahai ummat manusia yang bergegas ke arah ucapan batil, yang diam dan rela atas tindakan keji dan merugi. [247]

Apakah kalian tidak merenungkan Al-Quran atau ada tembok di hati kalian?. Tidak demikian yang sesungguhnya, melainkan perbuatan buruk kalian telah mengalahkan hati kalian. Maka dia telah merampas telinga dan mata kalian. Sejelek-jelek pentakwilan adalah pentakwilan kalian. Seburuk-buruknya ganti adalah kebatilan yang kalian jadikan sebagai ganti dari kebenaran. Demi Allah sesungguhnya kalian akan menerima beban yang berat dan akibat yang dahsyat (di hari kiamat nanti). Ketika tabir telah terungkap bagi kalian dan tampak bagi kalian sesuatu yang di belakangNya adalah kesulitan. Dan tampak bagi kalian, dari Tuhan kalian, sesuatu yang tidak kalian sangka-sangka sebelumnya, dan di sanalah pengikut-pengikut kebatilan akan merugi”.[248]

Pada hari ini, mereka menyedari bahawa diri mereka telah mengikuti dan mengambil jalan orang-orang yang telah terlebih dahulu sesat. Apakah realiti yang kamu hadapi sekarang ini azab dari Allah SWT atau tidak? Jauh di lubuk hati kamu mengakui bahawa ini adalah azab dari Allah SWT tetapi kamu takut untuk mengakuinya dengan lidah kamu bahawa Ahmad Al-Hassan adalah utusan Imam Mahdi (as). Ini adalah risalah Ketuhanan sepertimana firman Allah SWT: 

﴿وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبْعَثَ رَسُولًا﴾

“dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul” (Al-Isra’:15).

Mukjizat Sebagai Medium Keimanan?

Mukjizat kebendaan tidak mungkin menjadi medium untuk berimannya manusia kepada Allah SWT, malahan Allah SWT tidak meredhai keimanan berasaskan kebendaan semata-mata seperti ini. sekiranya Allah SWT menerima iman sebegini, sudah pasti diterimaNYA keimanan Firaun setelah melihat Mukjizat kebendaan yang tidak dapat disangkal lagi iaitu melihat terbelahnya laut sambil menyentuh tembok laut yang tinggi dengan tangannya sendiri, seraya berkata: 

﴿آمَنْتُ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرائيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ﴾
“Aku beriman, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (Islam)” [249]

Namun begitu Allah SWT tidak meredhai keimanan sebegini dan berfirman lagi: 

﴿آلآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ﴾

“Adakah sekarang (baru engkau beriman), padahal sesungguhNya engkau dari dahulu telah kufur derhaka dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?” [250] 

SeterusNya Allah SWT membiarkan badan Firaun tidak luput agar manusia di kemudian hari berfikir, firmanNYA lagi: 

﴿فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً وَإِنَّ كَثِيراً مِنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ﴾

“Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar) dan (ingatlah) sesungguhNya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami! [251]

Amat malang sekali kerana hanya sedikit dari kalangan manusia yang mengambil pengajaran dari ayat dan peristiwa ini. Begitulah mukjizat tidak mungkin dapat membuatkan manusia beriman sepertimana yang mereka kehendaki, kecuali berimanbya manusia dengan berat hati kerana dipaksa untuk menerima sesuatu yang hebat setelah tidak mampu berhadapan dengannya. Keislaman sebegini hanyalah Islam pada mata kasar dan bukannya Islam dalam ertikata tunduk kepada yang tidak Nampak (Ghaib) iaitu Allah SWT. Mereka yang bertadabbur dengan kisah para Nabi (as) akan mendapati bahawa mereka (as) didatangkan dengan perkara yang sama iaitu kesamaan yang tersebar luas di zaman mereka (as) Musa (as) diberikan tongkat yang boleh menjadi ular besar di zaman yang terdapat banyakNya ahli sihir yang menukarkan tongkat menjadi ular bagi memukau pandangan orang ramai. Begitu juga Isa (as) diberikan mukjizat dapat menyembuhkan penyakit ketikamana tersebar luasnya perubatan di zamannya. Nabi Muhammad (S)  juga diberikan mukjizat Al-Quran ketikamana umat Arab mengagung-agungkan sajak dan syair. Hal sedemikian berlaku adalah untuk kesamaran (اللبس), sebagaimana firmanNYA:

﴿وَلَوْ جَعَلْنَاهُ مَلَكاً لَجَعَلْنَاهُ رَجُلاً وَلَلَبَسْنَا عَلَيْهِمْ مَا يَلْبِسُونَ﴾
“Dan kalau Kami jadikanNya malaikat (sebagai Rasul), tentulah Kami jadikan dia berupa seorang lelaki dan tentulah Kami (dengan yang demikian) menyebabkan mereka kesamaran sebagaimana mereka sengaja membuat-buat kesamaran” [252]

Kesamaran ini adalah bagi memberi ruang kepada mereka yang tidak beriman dengan perkara ghaib agar dapat mentafsir dan seterusNya beriman dengan perkara ghaib. Jika tidak, keimanan mereka hanya berdasarkan kebendaan semata-mata dan bukanlah keimanan dan keislaman sebenar yang diterima oleh Allah SWT, sepertimana dalam firmanNYA: 

﴿قُلْ يَوْمَ الْفَتْحِ لا يَنْفَعُ الَّذِينَ كَفَرُوا إِيمَانُهُمْ وَلا هُمْ يُنْظَرُونَ﴾
“Katakanlah (wahai Muhammad): Pada hari pembukaan itu, tidak ada gunanya lagi kepada orang-orang kafir kiranya mereka hendak beriman dan mereka pula tidak akan diberi tempoh (berbuat demikian)” [253]

Kesimpulannya, kesempurnaan Iman itu adalah beriman dengan perkara Ghaib seratus peratus sepertimana keimanan para Nabi dan Aushiak (as). Tiap kali keimanan itu bercampur aduk dengan tanda, isyarat, karamah ataupun mukjizat kebendaan ianya adalah keimanan yang paling rendah dan tiada nilainya di sisi Allah SWT. Keimanan dan keislaman yang hanya berdasarkan kekuatan serta kesempurnaan mukjizat semata-mata adalah tidak diterima sepertimana tertolaknya keimanan dan keislaman Firaun. Ini kerana keimanan sebegini adalah seratus peratus keimanan kebendaan, sedangkan Allah SWT menggambarkan bahawa orang-orang beriman itu adalah orang yang beriman dengan perkara-perkara Ghaib:

﴿الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ﴾﴿الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ﴾
“Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”. [254]

﴿الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ وَهُمْ مِنَ السَّاعَةِ مُشْفِقُونَ﴾
“Iaitu mereka yang takut Tuhannya dengan beriman kepada perkara Ghaib dan mereka pula gerun cemas akan hari kiamat”. [255]

﴿إِنَّمَا تُنْذِرُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَمَنْ تَزَكَّى فَإِنَّمَا يَتَزَكَّى لِنَفْسِهِ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ﴾
"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada mereka yang takut akan Tuhan mereka dengan beriman kepada perkara Ghaib, serta mereka mendirikan sembahyang dan sesiapa yang membersihkan dirinya maka sesungguhnya dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali”. [256]

﴿إِنَّمَا تُنْذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكْرَ وَخَشِيَ الرَّحْمَنَ بِالْغَيْبِ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ﴾
“Sesungguhnya peringatan dan amaran hanyalah kepada orang menurut Al-Quran serta ia takut Al-Rahman dengan beriman kepada perkara-perkara Ghaib. Oleh itu berilah kepadanya berita yang menggembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia”. [257]
﴿مَنْ خَشِيَ الرَّحْمَنَ بِالْغَيْبِ وَجَاءَ بِقَلْبٍ مُنِيبٍ﴾
 “Orang yang takut akan Al-Rahman dengan beriman kepada perkara-perkara Ghaib serta dia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat”.[258]

﴿لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ﴾
“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang menolongNYA serta Rasul-rasulNYA dengan beriman kepada perkara-perkara Ghaib, sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”. [259]

﴿إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ﴾
“’Sesungguhnya orang-orang yang takut akan TuhanNya dengan beriman kepada perkara-perkara ghaib, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. [260].  

والحمد لله رب العالمين


✡✡✡✡✡

------------------
[218] - Dalil ini adalah apa yang diriwayatkan dari Umam Al-Redha (as), dari Ibrahim bin Muhammad Al-Hamdani – (ra) - berkata: (Aku bertanya kepada Al-Redha (as)::"Wahai anak Rasulullah, beritahu aku tentang Zararah, Adakah dia tahu hak bapa tuan (as)? beliau menjawab: Ya., Laluku  bertanya kepadanya, Dia tidak menyuruh anaknya \Abida untuk mengetahuii berita kepada suapa yawasiat Al-Sadiq J’afar bin Muhammad (as) dan beliau berkata: Zararah tahu bapa ku (as) dan dinashkan bapanya kepadanya, tetapi menyuruh anaknya untuk menhenal daripada bapaku (as) Tidakkah dia boleh bertaqiyah untuk menunjukkan urusannya kepada dan nash bapanya kepadanya dan bahawa apabila anaknya melambatkabbta bapanya telah diminta untuk menunjukkan seperti kata pada bapaku (as) tidak suka menyerahkannya tanpa arahannya mengangkat Al-Quran, dan berkata: Ya Allah sesungguhny imamku adalah yang mengukuhkan mushhaf (Al-Quran) ini dan Imamnya adalah abak Ja;far bin Muhammad (as)) Kamal Al-Din dan Tamam Al-Ni3mah: hal 75.
[219] – Al-A3raf 7:11.
[220] – Al-Syura 42:23.
[221] – Yusuf 12:35.
[222] – Ghafir 40:34.
[223] – Tafsir Al-Qumi: J 2 hal 344.
[224] -  Al-Ahqaf 46: 9.
[225] - Luqman: 20 - 2.
[226] -  Al-Maidah 5: 27-30.
[227] -  Al-Ra3d: 8.
[228] – Saba 34:3.
[229] -  Al-Baqarah 2:30.
[230] -  Al-Baqarah 2:31.
[231] -  Al-Hijr 2: 29.
[232] -  Al-Kahf 18: 50.
[233] - di sini saya ingin menarik perhatian kepada ayat yang mulia ini adalah nash menunjukkan Hakimiyah Allah yang telah diterangkan sebelum ini, mereka adalah malaikat (as) dan nya adalah Iblis (la), dan yang yang menolak untuk Hakimiyah Allah hari ini  yang terpakai kepada mereka ayat yang lain iaitu mereka telah mengambil Iblis dan keturunannya sebagai wali selain Allah
(أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلاً)
(Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim. [Al-Kahf 18:50] 
(Dari Al-Syed).
[234] -  Al-Ahzab 33:62.
[235] – Aali Imran 3:23.
[236] -  Al-Nisa’ 4:58.
[237] -  Aali Imran 3:34.
[238] -  Yusuf 12:6.
[239] -  Yusuf 12:38.
[240] -  Yusuf 12:37.
[241] -  Yusuf 12:47 - 49.
[242] -  Yusuf 12:55.
[243] -  Yusuf 12:39 - 40.
[244] – Isa (as) berkata” tetapi sekarang Aku pergi kepada Dia yang telah mengutus Aku, dan tiada seorangpun di antara kamu yang bertanya kepada-Ku: Ke mana Engkau pergi?
Tetapi karena Aku mengatakan hal itu kepadamu, sebab itu hatimu berdukacita.
Namun benar yang Kukatakan ini kepadamu: Adalah lebih berguna bagi kamu, jika Aku pergi. Sebab jikalau Aku tidak pergi, Penghibur itu tidak akan datang kepadamu, tetapi jikalau Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepadamu.
Dan kalau Ia datang, Ia akan menginsafkan dunia akan dosa, kebenaran dan penghakiman;akan dosa, karena mereka tetap tidak percaya kepada-Ku; akan dosa, karena mereka tetap tidak percaya kepada-Ku; akan kebenaran, karena Aku pergi kepada Bapa dan kamu tidak melihat Aku lagi; akan penghakiman, karena penguasa dunia ini telah dihukum. Masih banyak hal yang harus Kukatakan kepadamu, tetapi sekarang kamu belum dapat menanggungnya. Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang. -Injil Yohanes Bab XVI. (Dari Al-Syed).
[245] - Al-Jumu'ah 62:2
[246] - Al-Jumu'ah 62:3.
[247] - Dalam beberapa sumber (dikeluarkan).
[248] - Kitab Ma’ani Al-Akhbar, Syeikh Al-Shaduq, halaman 355.
[249] - Yunus 10:90.
[250] - Yunus 10:91.
[251] - Yunus 10:92.
[252] - Al-An3am 6:9.
[253] - Al-Sajdah 32:29).
[254] - Al-Baqarah 2:3.
[255] - Al-Anbiya’ 21:49
[256] - Fathir 35:18
[257] - Yasin 36:11.
[258] – Qaf 50:33.
[259] – Al-Hadid 57:25 
[260] - Al-Mulk 67:12.