Ahad, 2 April 2017

Al-Raj’ah:


Al-Raj’ah:

Al-Raj’ah adalah Alam Imtihan (ujian) yang lain, sebagaimana Alam Al-Ajsam (jisim-jisim - benda) di mana kita hidup sekarang juga adalah Alam Imtihan (ujian) di mana kita masih berada di dalamnya dan kita sedang diuji.

Al-Raj’ah adalah Alam Allah mengembalikan semula sebahagian penciptaan sekali lagi dan menguji mereka, dan mereka yang berada di Alam Al-Raj’ah akan lupa kepada alam-alam sebelumnya, walaupun Allah telah menguji mereka di sana, kerana mereka dihijab (diselubungi) oleh Alam ini daripada yang lain, dan manusia di Alam Jasmani ini dihijab (diselubungi) dengan Al-Ajsam (jisim-jisim - benda) dan mereka dilupakan oleh Allah pada ujian mereka sebelumnya di Alam Al-Zhar.

﴿نَحْنُ قَدَّرْنَا بَيْنَكُمُ الْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ ۞ عَلَىٰ أَن نُّبَدِّلَ أَمْثَالَكُمْ وَنُنشِئَكُمْ فِي مَا لَا تَعْلَمُونَ ۞  وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ النَّشْأَةَ الْأُولَىٰ فَلَوْلَا تَذَكَّرُونَ﴾ 

Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-sekali tidak akan dapat dikalahkan,۞ untuk menggantikan kamu dengan orang-orang yang seperti kamu dan menciptakan kamu kelak dalam keadaan yang tidak kamu ketahui.۞ Dan Sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama, maka mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran?:.. 60-62 [56]

[Dan menciptakan kamu kelak dalam keadaan yang tidak kamu ketahui.۞ Dan Sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama, maka mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran (untuk penciptaan yang kedua)?]  iaitu Kami akan ciptakan kamu di Alam lain yang kamu tidak ketahui, kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama di Alam Al-Zhar. kamu telah mengetahuinya dan kemudian kamu telah dilupakan, kamu tidak ingat apa yang kamu lakukan sekarang selepas Kami ciptakan kamu buat kali yang kedua atau Alam Jasmani kebendaan yang kamu berada di dalamnya.

Orang-orang yang diciptakan dan akan ada di Al-Raj’ah adalah sebahagian penciptaan sahaja dan tidak semua daripada mereka, iaitu mereka ysng telah mencapai darjah tinggi dalam iman, dan sesiapa yang jatuh ke lembah yang dalam kerana kafir (ingkar) dan mendustakan Allah serta auliakNya yang dikenali di dunia ini

Mengapa Al-Raj’ah?

Sebelum mengetahui mengapa Al-Raj’ah kita harus faham bahawa kita berada di sini dalam Alam Jasmani dalam Imtihan (ujian) kedua, Al-Raj’ah adalah ujian ketiga. Maka soalan yang sama dihadapkan untuk ujian ini di mana kita berada di dalamnya. Mengapa kehidupan Jasmani, mengapa ini adalah ujian yang kedua padahal kita telah diuji di Alam Al-Zhar (Alam Alastu bi Rabbikum) dan urusannya yang telah berakhir?

Jawapan kepada soalan ini adalah apa yang Imam Jafar bin Muhammad Al-Shadiq (as) katakan:

• ‘Ilal Al-Syaraei’ (Al-Syarai3): «Diceritakan kepada kami Ali bin Ahmad dari Muhammad bin Abi Abdillah dari Muhammad bin Ismail Al-Barmaki katanya diceritakan kepada kami Jaafar bin Suleiman bin Ayub Al-khazaz katanya, diceritakan kepada kami Abdullah bin Al-Fadhl Al-Hasyimi katanya, aku berkata kepada Abi Abdullah (as): Sebab apakah Allah AWJ menjadikan roh-roh tinggal di badan-badan selepas berada di kerajaanNya (malakutNya) yang tertinggi di tempat yang paling tinggi?

Beliau (as) berkata: Sesungguhnya Allah TWT tahu bahawa roh-roh dalam kemuliaan dan ketinggiannya apabila ditinggalkan mengikut halnya, kebanyakannya merebut tuntutan rububiyah (ketuhanan) di bawahNya AWJ maka dijadikanNya dengan kuasaNya pada badan-badan yang kadarnya pada permulaan diberikan penentuan kepadanya dan dirahmatinya dengan lebih memerlukan sebahagiannya kepada sebahagian yang lain, bergantung sebahagiannya kepada sebahagian yang lain, meninggikan sebahagiannya kepada sebahagian yang lain di dunia dan meninggikan sebahagiannya kepada sebahagian yang lain di akhirat, dan mencukupkan antara satu sama lain dan mengutus kepada mereka RasulNya dan membawakan kepada mereka hujah-hujahNya sebagai penyampai berita gembira dan pemberi peringatan kepada yang menyuruh penyalahgunaan pengabdian dan merendahkan diri kepada orang-orang yang mereka kasihi dengan menjadikan bermacam-macam yang mereka sembah dan meletihkan mereka sebagai balasan segera dan hukuman pada masa akan datang dan balasan pahala segera dan pahala pada masa akan datang bagi mereka yang ingin berbuat baik dan mereka yang semakin jahat dan untuk menunjukkan kepada mereka yang mencari sara hidup dan faedah keuntungan akan mengetahuinya, bahawa yang dengannya mereka sembah dan hamba yang diciptakan dan menerima ibadahnya, maka dengan itu layak mendapat kebahagiaan selama-lamanya dan syurga yang kekal. Dan untuk mencapai kekebalan daripada ketakutan dari hak yang mereka tidak punyai. Kemudian dia (as) berkata: Wahai Ibn Al-Fadhl! Sesungguhnya Allah TWT yang terbaik pandangannya terhadap hamba-hambaNya dari diri mereka sendiri, Apakah kamu tidak melihat bahawa kamu tidak melihat mereka, melainkan seorang kekasih yang sangat dikasihi dari yang lain, sehingga sebahagian daripada mereka menjadi orang-orang yang merebut tuntutan rububiyah (ketuhanan) dan sebahagian daripada mereka merebut tuntutan nubuawah yang bukan haknya, sebahagian daripada mereka merebut tuntutan Imamah yang bukan haknya, tanpa mereka lihat di dalam diri mereka adalah kekurangan, kelemahan, kehinaan, yang memerlukan, miskin, kesakitan dan mereka berubah-rubah dan ada kematian yang menunggu mereka dari yang berkuasa untuk mengumpulkan mereka, wahai Ibn Fadhl, sesungguhnya Allah TWT tidak melakukan terhadap hamba-hambaNya selain yang paling sesuai untuk mereka dan tidak menzalimi manusia sedikitpun tetapi manusialah yang menganiaya diri mereka sendiri.» [77]

Imam Al-Shadiq (as) menerangkan mengapa diulangi ujian di dalam Alam Jasmani ini.

Adapun mengapa akan diulang Imtihan (ujian) dalam Alam Al-Raj’ah pada yang benar-benar beriman dan pada yang benar-benar kafir khususnya? Ia adalah kerana kedua-dua golongan ini adalah golongan yang luar biasa, pada yang benar-benar beriman adalah diberikan kepada mereka kebesaran dan mereka akan mendapat ganjaran terbesar, dan dengan itu mengulangi ujian bagi mereka untuk mengekalkan keputusan yang sama supaya seluruh penciptaan tahu bahawa ini adalah sesuai dengan kurniaan yang besar yang Allah lebihkan kepada mereka atas seluruh penciptaan.


Bagi yang benar-benar kufur untuk mereka azab yang besar, supaya ahli neraka menerima balasan dari azab ini, dan untuk itu ia adalah ujian ketiga di Al-Raj’ah dan mengulangi keputusan buruk (negatif) yang sama, untuk mengetahui bahawa penciptaan ini adalah layak dengan azab yang besar ini.

Di sini telah berhadapan kekeliruan dengan gambaran tersebut,: Mengapa ada ujian-ujian ini

Apakan keputusan Al-Zhar akan berulang lagi dan semua orang akan mengulangi keputusannya, di manakah kebijaksanaan ujian ini apabila keputusannya diketahui terlebih dahulu?!

Jawapannya: Memberi peluang yang sebenar bukanlah suatu khayalan, Allah SWT telah memberikan kepada penciptaanNya ini peluang yang sebenar untuk mengubah sesuatu keputusan yang buruk di dalam Al-Zhar, tetapi kerana hakikatnya mereka melakukan kemungkaran dan kekejian yang mengulangi keputusan yang sama. Di mana kebijaksanaannya adalah bahawa Allah Maha Mulia, berbelas kasihan, Maha penyayang (Karim Rauf Rahim), dan satu lagi peluang ini adalah dizahirkan untuk kurnia kemurahan dan rahmatNya Yang Maha Suci, sebagai tambahan keterangan Imam Al-Shadiq (as) pada menurunkan roh-roh ke Alam Jasmani yang terbatas adalah untuk menunjukkan kelemahannya melalui sekatannya dan belenggu-belenggunya, dan sebagai tambahan kepada apa yang diterangkan dari sebab Al-Raj’ah, dan terdapat juga sebab yang diterangkan oleh Allah SWT yang juga berkaitan dengan rahmat dan kemuliaanNya, dan adalah diketahui bahawa mereka akan meminta peluang kedua dan oleh itu dibentangkan kepada mereka peluang ini sebelum mereka memintanya. Dengan pengulangan ini dan kemuliaan dari Dia Yang Maha Suci ini adalah didapati mereka akan memintanya di akhirat iaitu supaya diadakan ujian semula kepada mereka, dan meminta satu lagi peluang, bukannya peluang yang telah diberikan kepada mereka sebelum ini. 

﴿قَالُوا رَبَّنَا أَمَتَّنَا اثْنَتَيْنِ وَأَحْيَيْتَنَا اثْنَتَيْنِ فَاعْتَرَفْنَا بِذُنُوبِنَا فَهَلْ إِلَىٰ خُرُوجٍ مِّن سَبِيلٍ﴾ 

Mereka menjawab: "Ya Tuhan kami Engkau telah mematikan kami dua kali dan telah menghidupkan kami dua kali (pula), lalu kami mengakui dosa-dosa kami. Maka adakah sesuatu jalan untuk keluar?" [Ghafir 40:11].


Bagaimana Terjadinya Al-Raj’ah?

Ada perkara-perkara yang perlu diketahui untuk memahami bagaimana terjadinya Al-Raj’ah:


Pertama: Kesedaran penukaran atau perubahan adalah satu perkara yang relatif, pada hakikatnya kita akan rasa perubahan keadaan di sekeliling kita apabila kita terdedah dengan perubahan yang berbeza, sama ada ruang tempat atau masa, tetapi apabila terjadi kepada kita dan perkara-perkara di sekeliling kita terdedah atau terbuka bersama-sama untuk bergerak di luar had masa dan ruang, Iaitu dengan ukuran selain ukuran yang empat yang kita tahu dan kita merasainya, maka sesungguhnya kita tidak akan merasa apa-apa bentuk perubahan ketara di sekeliling kita, dan kita akan dapat untuk mengukur tidak kira berapa besar dan cepat akan kewujudannya, dan sebab bahawa perubahan ini termasuk kita sendiri semuanya adalah pada kadar yang sama.

Untuk menjadikan ianya lebih mudah untuk difahami: kita bayangkan bahawa kita hidup di tengah-tengah pergerakan kita, maka kita tidak akan merasakan pergerakan benda-benda di sekeliling kita dan akan dianggap sebagai statik (beku – tidak berubah) selagi pergerakan kita dan satu-satunya pergerakan adalah gerakan berpusat pada kita semuanya, dan kita tidak akan merasa apa-apa perubahan di tengah-tengah dan pada perkara-perkara yang ada di dalamnya selagi perubahan ini termasuk semua yang berada di tengah-tengah – iaitu walaupun kita sendiri - pada kadar yang sama.

Bayangkan ketinggian anda [1.7 m], dan ada satu alat pengukur untuk mengukur ketinggian anda, jika anda memanjangkan alat pengukur itu menjadi dua kali ganda ketinggian anda, apabila anda mengukur ketinggian anda dengan alat pengukur itu sendiri; anda akan dapati bahawa ketinggian baru anda juga (1.7 m), dan anda tidak akan tahu meningkatnya ketinggian anda manakala ketinggian baru anda sebenarnya adalah (3.4 m).

Jika kita memahami apa yang dibentangkan kita dapat memahami bahawa kita dan alam semesta di mana kita hidup di dalamnya; mungkin untuk kita masuk semua ke dalam Alam Al-Raj’ah atau langit pertama tanpa merasakan perubahan besar yang telah berlaku kepada jisim-jisim kita atau jisim-jisim di sekeliling kita atau alam semesta di mana kita hidup di dalamnya, bahkan kita dapat memahami bahawa kita dan semua alam semesta di mana kita hidup di dalamnya terus berubah, dan mungkin ini adalah satu perubahan yang besar, tetapi kita tidak merasakan perubahan ini, kerana ia mendapat segala-galanya dalam kadar yang sama.

Kedua, kita berada dalam Al-Zhar dalam Langit Pertama, dan kita akan pergi ke Al-Raj’ah yang juga berada di Langit Pertama, iaitu, bahawa ianya ada pergerakan [78] Bagi falak (orbit) yang paling besar, yang merangkumi alam-alam semesta dan Alam-alam di mana kita hidup dalam salah satu daripadanya, dan kita mesti memberi perhatian kepada pergerakan ini adalah di luar sempadan masa dan ruang serta dalam dimensi lain yang tidak kita rasakan, tetapi ia benar dan wujud pada masa ini. Kesan daripada pergerakan ini adalah sangat besar dalam alam-alam semesta dan apa yang ada di dalamnya, dan kita tidak boleh tahu sejauh mana kesan ini selagi kita adalah sebahagian daripada alam semesta ini. Satu-satunya cara untuk kita tahu perubahan ini adalah dengan kita berada di luar alam-alam semesta ini, maka kita akan melihat hakikat yang ia benar-benar berbeza daripada realiti yang kita rasa ketika berada di dalam alam semesta ini.


Ketiga: Penerangan tentang Alam Al-Raj’ah dalam riwayat Al-Maksumin tidak sesuai dengan Alam kebendaan yang kita hidup di dalamnya ini, ia tidak dapat dielakkan untuk menerima bahawa Alam Al-Raj’ah adalah Alam yang berbeza, dan mempunyai peraturan-peraturan yang berbeza dari Alam Jasmani di mana kita tinggal di dalamnya ini.

• Mukhtashar Basha'ir Al-Darajat: «Muhammad bin Al-Hussein bin Abi Al-Khattab dan Ya’kub gin Yazid dari Ahmad bin Al-Hussein Al-Maitsami dari Muhammad bin Al-Hussein, dari Abban bin Othman dari Musa Al-Hanath katanya: Aku mendengar Aba Abdillah (as) berkata: Hari-hari Allah ada Tiga: Hari bangkitnya Al-Qaim (as), dan Hari Al-Kurrah (Al-Raj’ah), dan Hari Kiamat.» [79].

• Mukhtashar Basha'ir Al-Darajat: «Dari Al-Hassan bin Ali bin Fadhdhal dari Abu Al-Maghri Humaid bin Al-Muthanna dari Dawud bin Rashid dari Hamran bin A’yan katanya: Abu Jafar (as) berkata kepada kami: Dan kelak dia benar-benar akan kembali bersamamu iaitu terbiasa dengan Al-Hussein Bin Ali (as) yang memerintah sehingga terletak di kening matanya tanda-tanda kebesaranan.» [80]

• Mukhtashar Basha'ir Al-Darajat: «Muhammad bin Al-Hussein bin Abi Al-Khattab dari Musa bin Sa’dan dari Abdullah bin Al-Qasim Al-Hadhrami dari Abdul Karim bin ‘Amru Al-Khatsa’mi katanya: Aku mendengar Aba Abdillah (as) berkata: ... dan Amir Al-Mukminin (as) akan memerintah selama 44,000 tahun, sehingga orang dari pengikut Ali (as) melahirkan 1000 lelaki dari sulbinya, dan pada masa itu dua taman akan wujud di Masjid Kufah dan apa yang ada di sekitarnya, dengan kehendak Allah.» [81]

• Mukhtashar Basha'ir Al-Darajat: « juga dirawayatkan dari beliau dengan jalan sampai kepada Asad bin Ismail dari Abi Abdillah (as), beliau berkata, apabila ditanya mengenai hari Allah yang disebut dalam Al-Qur'an: 

فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِّمَّا تَعُدُّونَ 

dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu:
Ia adalah pengembalian (Kurrah – Raj’ah) Rasulullah (S). Baginda akan memerintah dalam pengembalian baginda lima puluh ribu tahun, dan Amirul Mukminin (as) akan memerintah dalam Raj’ahnya selama empat puluh empat ribu tahun.» [82]

• Bihar Al-Anwar: «Ahmad bin Muhammad Al-Sayari, dari Muhammad bin Khalid, dari Omar bin Abdul Aziz, dari Abdullah bin Najih Al-Yamani katanya: Aku berkata kepada Abi Abdillah (as):
﴿كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ *  ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ.
(Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui,* dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.) . Beliau berkata: "Sekali pada Kurrah (Raj’ah), dan sekali lagi pada hari kiamat."» [83].

• Mukhtashar Basha'ir Al-Darajat: «Diberitahu padaku Al-Syeikh Abu Abdillah Muhammad bin Makki dengan isnadnya dari Ali bin Ibrahim Ibn Hashim pada mentafsirkan Al-Quran Al-Aziz kataya: Dalam menjawab kepada mereka yang menafikan Al-Raj’ah Allah AWJ berfirman

وَيَوْمَ نَحْشُرُ مِن كُلِّ أُمَّةٍ فَوْجًا
Dan pada hari Kami kumpulkan dari tiap-tiap umat segerombolan besar [27:83]

Ali bin Ibrahim berkata: Diberitahu padaku oleh bapaku dari Ibn Abi ‘Umair dari Hamad, dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: Apa yang orang katakana pada ayat ini: 
﴿وَيَوْمَ نَحْشُرُ مِن كُلِّ أُمَّةٍ فَوْجًا﴾
Dan pada hari Kami kumpulkan dari tiap-tiap umat segerombolan besar.
Aku berkata: mereka mengatakan ia adalah hari Kiamat. Beliau berkata:. Ia bukan sebagaimana yang mereka katakan, Bahawa ia adalah Al-Raj’ah, Allah akan mengumpulkan pada hari Kiamat dari tiap-tiap umat segerombolan besar dan meninggalkan yang lain?! Adapun ayat hari Kiamat:

﴿وَحَشَرْنَاهُمْ فَلَمْ نُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَدًا﴾

Dan Kami kumpulkan seluruh manusia, dan tidak kami tinggalkan seorangpun dari mereka.».[84] 


----------------------------------
[77] 3ilal Al-Syarai3- Al-Shaduq: Jilid 1, hal.15-16 Bab Sebab mengapa Allah AWJ muliakan roh-roh di badan-badan selepas ia bebas dari tempat yang paling tinggi
 [78] Ia adalah peralihan beransur-ansur dan bukan pergerakan, tetapi diibaratkan sebagai pergerakan walaupun mereka dikekang oleh batasan empat dimensi; kerana tidak ada perkataan yang boleh difahami manusia dan diibaratkan peralihan bentuk lain hanya lafaz yang kita kaitkan adalah terhad pada empat dimensi.
[79] Mukhtashar Basha'ir Al-Darajat: ms – Ibn Sulaiman Al-Hilli: halaman 18
[80] Mukhtashar Basha'ir Al-Darajat: ms – Ibn Sulaiman Al-Hilli: halaman 22..
[81] Mukhtashar Basha'ir Al-Darajat: ms – Ibn Sulaiman Al-Hilli: halaman 27..
[82] Mukhtashar Basha'ir Al-Darajat: ms – Ibn Sulaiman Al-Hilli: halaman 49..
[83] Bihar Al-Anwar: Al-Majlisi:. Jilid 53 halaman 25
[84] Mukhtashar Basha'ir Al-Darajat: ms – Ibn Sulaiman Al-Hilli: halaman 41-42.


Untuk Rujukan lanjut: Kitab Al-Raj3ah




Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya










Tiada ulasan: