Khamis, 6 April 2017

Lampiran II



Lampiran II
            
            
Keterangan mengenai rosaknya sebahaguan kepercayaan batil dalam sifat-sifat Khalifah Allah

Malangnya dalam zaman ini terdapat sebahagian orang-orang jahil yang yang melemparkan dakyah di mimbar-mimbar dan cuba untuk menipu sebahagian manusia. Mereka mengatakannya - berdasarkan riwayat Ahad atau berdusta atas Aali Muhammad (as) atau pemahaman mereka yang sakit pada sebahagian riwayat - bahawa Al-Hujjah atau Khalifah Allah di bumiNya atau Nabi atau Imam mempunyai sifat-sifat mukjizat yang kekal, yang terbiasa dengannya, sepanjang masa dan dalam semua keadaan, dan itulah hujjah Allah yang mereka kenal.


Oleh itu, mereka menyesatkan manusia dengan mendakwa bahawa ini adalah sifat-sifat yang dipunyai oleh seorang Imam yang mereka kenal, mereka sebenarnya melakukan pemusnahan, kerana disebabkan mereka didapati suka dengan sebahagian perkara yang bertentangan yang tidak diterima oleh seorang manusia pun [1]; mereka ambil dengan menyaring sesuatu yang boleh diserap melalui satu bentuk atau cara yang lain, dan meninggalkan yang lain yang remeh temeh yang tidak boleh diserapkan walaupun kepada orang-orang bodoh.

Salah satu perkara yang cuba untuk diserapkan sebagai sifat-sifat yang wujud pada seorang imam atau Khalifah Allah, adalah: Bahawa Khalifah Allah atau Imam tidak keluar daripadanya apa yang keluar daripada manusia lain pada kelebihan, dia tidak mempunyai bayang-bayang, dan dia memberi bekas kepada batu dan tidak menjejaskan pasir, dan binatang buas tidak makan akan dagingnya!

Saya tegaskan di sini bahawa mereka percaya bahawa ia adalah sifat-sifat yang ada pada Imam yang sentiasa dan terus-menerus berlaku. Tidak ada satu mukjizat pun yang mempunyai cap (tanda) waktu boleh berlaku pada salah seorang Hujaj (hujjah) seperti bertukarnya tongkat menjadi ular pada Musa (as), dan mungkin tidak berlaku pada hujjah lain dalam masa yang lain.


Dan kerana perkara ini seolah-olah mengelirukan sebahagian daripada mereka dan sepatutnya mereka perlu dijelaskan mengenai masalah ini, supaya perkara yang paling penting untuk diberi perhatian dalam hal ini adalah bahawa asas dalam iktiqad Islam adalah Al-Quran. Bagi riwayat-riwayat hendaklah dihadapkan kepada Al-Quran, jika pemahaman mereka bersalahan dengan riwayat-riwayat atau riwayat zahir bagi teks (nash) Al-Quran, semuanya sama ada riwayat-riwayat yang tidak dikatakan oleh Aali Muhammad, seperti yang mereka (as) nyatakan apa yang bertentangan dengan Al-Quran yang mereka tidak mengatakannya, yang semuanya didustakan kepada mereka. Atau bahawa riwayat-riwayat itu tidak secara zahir dan hanyalah takwil (tafsiran) yang secocok dengan Al-Quran.

Saya akan kemukakan terlebih dahulu apa yang mereka dakwa dari sifat-sifat yang wujud (melazimi) pada Khalifah Allah supaya mengenalnya seperti apa yang mereka dakwa pada kebijaksanaan dan kenyataan yang diketahui oleh berjuta-juta orang manusia yang telah hidup dengan Khalifah Allah pada masa lalu. Untuk kita lihat sama ada boleh dikelaskan mengikut pemahaman mereka dalam pandangan kebijaksanaan, dan adakah ia benar-benar mempunyai sifat-sifat yang disifatkan dengannya. 

Khalifah Allah selalu menampakkan diri kepada berjuta-juta orang dan dupindahkan dari generasi ke generasi?!! Kemudian saya akan kemukakan mengikut Al-Quran


Masalah Al-Maksum Yang Disifatkan Tidak Mempunyai Bayang-bayang:

Jika hanya badan (jasad) Khalifah Allah di bumiNya tiada bayang-bayang dan pakaiannya mempunyai bayang-bayang; tentu tidak tercapai apa yang mereka mahukan, iaitu Imam tidak mempunyai bayang-bayang, di mana tiada manfaat daripada dijadikan jasad Al-Imam tidak mempunyai bayang-bayang berjalan dengan pakaiannya di hadapan orang ramai, oleh itu, apa yang perlu adalah supaya tidak berpakaian (telanjang) agar tidak mempunyai bayang-bayang.

Juga: Tentulah tidak memadai untuk menjadikan pakaiannya sekali tidak mempunyai bayang-bayang, tetapi mesti juga disifatkan kepada semua pakaian yang dipakai oleh Imam itu, iaitu bahawa bukan kesemua pakaiannya yang jika pakaian itu jika dipakainya tidak mempunyai bayang-bayang. 

Juga: perlu disedari bahawa pakaian Imam dengan apa yang disifatkan – menurut mereka - kerana tidak ada bayang-bayang, sama seperti dia, mestilah apabila dicuci dan diletakkan di bawah sinar matahari juga tanpa bayang-bayang, atau mendapatkan mukjizat baru dan sifat yang dipandang tinggi (tiada bayang-bayang) padanya, dan dengan itu kita perlu untuk melemahkannya tanpa menyebutnya satu-persatu.

Juga: Jika pakaian itu diberikan atau dipinjamkan oleh Imam kepada orang lain; mesti ada bayang-bayang pula, dan ini juga memerlukan mukjizat baru untuk meningkatkan sifat (ia tidak mempunyai bayang-bayang).

Juga: serban Al-Ma'sum mesti tidak mempunyai bayang-bayang ia tidak terkecuali, Jika tidak, akan ada bayang-bayang untuk serbannya, kerana - seperti uang diketahui oleh semua orang – orang-orang Arab tidak memakainya sebagai hiasan sahaja, tetapi serban yang mereka pakai untuk melindungi mereka dari bahang panas matahari padang pasir, terutama pada musim panas, maka jika tidak mempunyai bayang-bayang, ini bermakna akan ditembusi sinar matahari, dan oleh itu, apabila para imam keluar pada musim panas di Hijaz dan Iraq, panas terik tidak memberi manfaat kepada serban mereka, untuk dikatakan bahawa ia mendatangkan bayang-bayang, iaitu sinar matahari yang menembusi dan menyeksa para imam (as) membakar badan yang boleh membuatkan mereka terbunuh, jika mereka berjalan di bawah panas terik matahari secara langsung untuk suatu tempoh masa, sebagaimaba Al-Hussein berarak dari Hijaz ke Iraq, dan oleh itu perlu satu lagi mukjizat untuk menghalang mereka dari bahaya dan kematian.



Masalah Al-Maksum Memberi Bekas Kepada Batu:


Mereka berkata: Khalifah Allah mempunyai sifat-sifat langkah kakinya tidak menjejaskan pasir dan meninggalkan bekas kepada batu, dan dengan sebab itu para imam tidak sentiasa berjalan dengan berkaki ayam; Jadi ini tidak cukup untuk menjadikan mukjizat ini sifat yang wujud pada mereka untuk manusia mengenali mereka, tetapi mestilah ditambah dengan tapak kaki Al-Imam juga tidak menjejaskan pasir dan memberi bekas kepada batu itu untuk dimasukkan sifat ini ke jalan-jalan, dan sudah tentu, jika perkara-perkara ini adalah sifat-sifat yang sentiasa ada pada Imam sebagaimana yang mereka katakan, maka jika dia masuk ke rumah-rumah orang dan tempat-tempat awam seperti masjid yang dimasuki oleh Khalifah Allah dan lantainya yang dipasangkan dengan batu, tentulah akan berlaku setiap kali Imam masuk ke dalam rumah akan merusakkan lantai dengan bekas pijakan tapak kakinya di lantai batu itu, dan memaksa tuan rumah untuk menukar lantai rumahnya, dan sudah tentu Al-Imam mesti membayar ganti rugi kepada mereka atas kerosakan rumah mereka, atau mungkin mereka yang mengemukan pendapat ini akan mengatakan bahawa lantai batu rumah-rumah orang akan dilindungi dan dikecualikan daripada sifat ini, yang disifatkan kepada Al-Imam, yang bermakna berlaku mukjizat sebaliknya dengan bertukar sifat yang ada pada Al-Imam sehingga tidak memberi bekas tapak kakinya ke atas batu di rumah-rumah kediaman manusia.

Banyak perkara yang boleh dibangkitkan dan didedahkan sejauh mana kejahilan, kebodohan dan kenaifan akal fikiran dari mempercayai kepercayaan orang-orang yang sesat ini yang menyelewengkan agama Allah SWT, dan menentang Al-Quran pada kebijaksanaan dan akal.

Mereka percaya bahawa sifat ini mengiringi Al-Hujjah sebelum meningkat amalannya dan keikhlasannya. Dan disertai dengan sifat-sifat mukjizat ini pada setiap masa, iaitu ia disertai sebelum diutus. Jika mereka katakan tidak, mereka akan membatalkan apa yang terbelit dan berakhirlah urusan itu, di mana akan menjadi makna mukjizat ini sebagai mukjizat sementara, seperti mukjizat lain yang mungkin berlaku dan mungkin tidak berlaku, tidak seperti sifat-sifat jasmani yang wujud pada Al-Hujjah pada setiap keadaan dan masa seperti yang mereka dakwakan. Jadi, mereka mempunyai sifat-sifat yang mengiringinya sebelum dia diuji di dunia ini dan membuktikan keikhlasannya serta ditingkatkan maqamnya yang melayakkannya untuk menyampaikan risalah dan menjadi Khalifah Allah di bumiNya selepas dihijab dengan jasad di dalam alam Jasmani ini apabila ia turun kepadanya, dan jika perkara ini berlaku, di manakah ujian (imtihan) untuk orang-orang yang dipilih (diutamakan) ini dengan tanda-tanda mukjizat selalu wujud padanya?!!!

Oleh itu, mereka menuduh bahawa Allah tidak adil, diberikan kepada Khalifah ini mukjizat yang mengiringi beliau sebagai permulaan ganjaran dan pahala, tidak seperti orang mukmin yang diuji oleh keinginan-keinginan tetapi tidak diiringi dengan mukjizat sebagai permulaan sebagaimana yang mengiringi Khalifah bahkan diutamakan padanya? Jadi, di manakah keadilan Allah? Bagaimana keadilan di antara penciptaan dalam memasuki ujian di dunia ini; jika mereka masuk dan salah seorang daripada mereka di tangannya mempunyai jawapan-jawapan dan penghargaan, dan yang lain hanya mempunyai soalan-soalan dan kepadanya terdapat jawapan-jawapan pada dirinya sendiri. penderitaan yang lebih utama yang diberikan kepadanya jawaban-jawaban tersedia? Beroleh pahala yang lebih besar daripada golongan miskin yang teraniaya tidak diberikan kepadanya jawapan-jawapan, menurut kepercayaan mereka yang bodoh ini?!!!

Masalah Binatang Buas Tidak Makan Akan Badan Khalifah Allah Di BumiNya:

Biarlah kamu merampas sambil berteriak di biliknya; dan datang kepada malapetaka ini yang dibatalkan oleh orang-orang bodoh Imamah Al-Hussein (as) dan memberi kepada orang-orang yang tidak beriman kepada Al-Hussein (as) dengan alasan untuk mengatakan bahawa Al-Hussein bukan dari Khalifah-khalifah Allah, bukan imam yang maksum; kerana dia tidak disifatkan dengan sifat yang disyaratkan sebagai seorang Khalifah Allah di bumiNya.

Al-Hussein (as) dadanya diinjak-injak oleh kuda. kuda adalah binatang peliharaan, ia adalah pintu pertama untuk tubuhnya dari dimakan binatang buas, yang musuh-musuh Al-Hussein (as) berniat untuk melakukan perbuatan ini, ia adalah supaya kuda-kuda menginjak-injak tubuhnya, untuk menjelaskan kepada orang-orang yang mengikuti mereka dari yang orang-orang bodoh - yang tidak dapat membezakan dari mereka yang mempunyai sesuatu - bahawa Al-Hussein bukan dari Khalifah-khalifah Allah dan dia tidak mempunyai kemuliaan (karamah) di sisi Allah, jika dia mempunyai kemuliaan (karamah), Allah akan menghalang kuda-kuda dari menjejakkan kaki ke dadanya dan badannya yang diberkati. Lihatlah bagaimana mereka menjadikan asas untuk menafikan Khalifah Allah adalah sama dengan asas mereka yang bodoh yang mengatakan kepercayaan merusak dan sesat ini.

Kemudian telah diriwayatkan bahawa dia dengan jelas menyatakan bahawa badannya akan dimakan singa adalah satu kebenaran, berkata Al-Hussein (as):


  • «Seolah-olah aku sampai digugurkan haiwan pemangsa yang liar (Asalan Al-Falawat) antara pemaqaman (Al-Nawawis) dan Karbala, maka mereka mengisikan ku ke rongga perut gendut yang gelap dan kelaparan. Tidak dapat dielakkan dari hari ukiran qalam... »

Berkata Zainab Ali (as)L 


  • »... Maka tangan-tangan tersebut berlumuran darah kami; mulut tersebut memakan daging kami, manakala mayat-mayat mereka yang suci ditawarkan sebagai makanan kepada binatang-binatang liar (Asalan Al-Falawat)....«.

Adakah mereka akan mengambil jalan keluar dengan mentakwilkan riwayat-riwayat itu; untuk keluar dari kesusahan yang mereka sendiri letakkan?

Jika riwayat pertama tidakkah orang yang menentang akan mengatakan orang yang mahu mencemarkan Imamah Al-Hussein (as) dengan takwil ini, atau akan dijadikan hujah untuknya; kerana pada zahir riwayat adalah hujah, atau akan mengatakan bahawa riwayat-riwayat ini tidak boleh diambil sebagai aqidah. Maka katakan kepada mereka, Apakah kamu mengambil daripadanya perkara yang mereka tidak mengambilnya?!!!

Malah, kepercayaan ini mendedahkan kekosongan daripada minda orang-orang yang beriman, dan juga kekurangan iman dalam Al-Quran dan keadilan Allah SWT.

Maka Hujaj (Hujah-hujah) atau Khalifah-khalifah Allah dalam Al-Quran adalah seorang manusia, berkongsi sama dengan orang-orang lain dengan sifat-sifat jasmani kemanusiaan, dan tidak mempunyai sifat-sifat istimewa menurut Al-Quran,  

﴿قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا﴾ 

Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya". [AlKahf 18:110],

Bagaimana boleh diterima akal  membina aqidah-aqidah batil, menyeleweng dan bersalahan dengan Al-Quran, dengan kebijaksanaan, dengan kata-kata logik dan dengan keadilan ilahi, bahkan juga dengan riwayat Aali Muhammad (as) yang selari dengan Al-Quran?! 

Diriwayatkan oleh Al-Shaduq dari Al-Redha (as):

• « Bahawa Imam disokong (diperkuat) dengan Roh Al-Qudus, tanpa terkecuali: dan di antara dia dan Allah, dari lajur cahaya terlihat amalan hamba-hamba dan setiap kali dia memerlukannya untuk memberikan petunjuk atasnya dan memudahkannya lalu   memberi ilmu dan melepaskannya supaya tidak disedarinya, Seorang Imam diperanakkan dan mempunyai anak, sihat dan sakit, makan dan minum, kencing dan berak, berkahwin, tidur, lupa, terlalai, bergembira dan bersedih hati, ketawa dan menangis, hidup, mati dan dikebumikan,  berziarah, akan dikumpulkan  dan dihadapkan, diakhiri, disoal diberi ganjaran, dimuliakan dan memberi syafaat, kepentingannya dalam dua kelompok, dalam bidang ilmu dan tindak balasnya terhadap dakwah.... » [2].

Saya akan mengesahkan semua yang dibahaskan mengenai kebenaran mengikut Al-Quran: 

﴿أَلَمْ يَأْتِكُمْ نَبَأُ الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ قَوْمِ نُوحٍ وَعَادٍ وَثَمُودَ ۛ وَالَّذِينَ مِن بَعْدِهِمْ ۛ لَا يَعْلَمُهُمْ إِلَّا اللَّـهُ ۚ جَاءَتْهُمْ رُسُلُهُم بِالْبَيِّنَاتِ فَرَدُّوا أَيْدِيَهُمْ فِي أَفْوَاهِهِمْ وَقَالُوا إِنَّا كَفَرْنَا بِمَا أُرْسِلْتُم بِهِ وَإِنَّا لَفِي شَكٍّ مِّمَّا تَدْعُونَنَا إِلَيْهِ مُرِيبٍ ۞ قَالَتْ رُسُلُهُمْ أَفِي اللَّـهِ شَكٌّ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖيَدْعُوكُمْ لِيَغْفِرَ لَكُم مِّن ذُنُوبِكُمْ وَيُؤَخِّرَكُمْ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ۚقَالُوا إِنْ أَنتُمْ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُنَا تُرِيدُونَ أَن تَصُدُّونَا عَمَّا كَانَ يَعْبُدُ آبَاؤُنَا فَأْتُونَا بِسُلْطَانٍ مُّبِينٍ ۞ قَالَتْ لَهُمْ رُسُلُهُمْ إِن نَّحْنُ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ يَمُنُّ عَلَىٰ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ ۖ وَمَا كَانَ لَنَا أَن نَّأْتِيَكُم بِسُلْطَانٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۚ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ﴾ 

Belumkah sampai kepadamu berita orang-orang sebelum kamu (iaitu) kaum Nuh, 'Ad, Tsamud dan orang-orang sesudah mereka. Tidak ada yang mengetahui mereka selain Allah. Telah datang rasul-rasul kepada mereka (membawa) bukti-bukti yang nyata lalu mereka menutupkan tangannya ke mulutnya, dan berkata: "Sesungguhnya kami mengingkari apa yang kamu disuruh menyampaikannya (kepada kami), dan sesungguhnya kami benar-benar dalam keragu-raguan yang menggelisahkan terhadap apa yang kamu ajak kami kepadanya". * Berkata rasul-rasul mereka: "Apakah ada keragu-raguan terhadap Allah, Pencipta langit dan bumi? Dia menyeru kamu untuk memberi ampunan kepadamu dari dosa-dosamu dan menangguhkanmu sampai masa yang ditentukan?" Mereka berkata: "Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga. Kamu menghendaki untuk menghalang-halangi (membelokkan) kami dari apa yang selalu disembah nenek moyang kami, karena itu datangkanlah kepada kami, bukti yang nyata". * Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: "Kami tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, akan tetapi Allah memberi kurnia kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya. Dan tidak patut bagi kami mendatangkan suatu bukti kepada kamu melainkan dengan izin Allah. Dan hanya kepada Allah sajalah hendaknya orang-orang mukmin bertawakkal. [Ibrahim 14:9-11]

Orang-orang yang menghadapi Khalifah-khalifah Allah di buminya (nabi-nabi / wshi-washi / rasul-rasul / imam-imam); mereka berkata kepada Khalifah-khalifah Allah, kamu hanyalah manusia seperti kami, kamu ada bayang-bayang, kaki kamu tidak memberi bekas kepada batu, kamu tidak mempunyau sifat-sifat yang membezakan secara zahir dengan kami, jika kamu dari Allah datangkan kepada kami satu sifat yang luar biasa, ia bermakna tanpa bayang-bayang dan tidak memberi bekas kepada batu, [Mereka berkata: "Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga. Kamu menghendaki untuk menghalang-halangi (membelokkan) kami dari apa yang selalu disembah nenek moyang kami, karena itu datangkanlah kepada kami, bukti yang nyata".]
Maka Rasul yang suci menolak mereka dengan menterbalikkan dan merubah bentuk perkataan yang tidak dapat mereka fahami: [Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: "Kami tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, akan tetapi Allah memberi kurnia kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya. Dan tidak patut bagi kami mendatangkan suatu bukti kepada kamu melainkan dengan izin Allah. Dan hanya kepada Allah sajalah hendaknya orang-orang mukmin bertawakkal]. Mereka tidak mengatakan kepada mereka itu: Tidak, kami bukanlah manusia seperti kamu, datanglah dan lihatlah kami tidak mempunyai bayang-bayang dan telapak kaki kami memberi bekas kepada batu dan tidak memberi kesan kepada tanah lembut. Tetapi mereka mengatakan kepada mereka itu: [Kami tidak lain hanyalah manusia seperti kamu]
kami manusia seperti kamu, kami ada bayang-bayang, dan kami ada berat tertentu, jasad-jasad kami seperti jasad-jasad kamu, kami berkahwin dan mempunyai anak-anak, kami makan dan minum dan berjalan di pasar-pasar dan orang ramai melihat kami. 

Untuk melihat seorang nabi dari nabi-nabi Uli Al-‘Adzim (Ulul-‘Adzmi), dia adalah Musa (as); Adakah telah disifatkan dengan sifat-sifat mukjizat seperti yang didakwa oleh orang-orang yang batil itu: 

﴿وَمَا تِلْكَ بِيَمِينِكَ يَا مُوسَىٰ۞ قَالَ هِيَ عَصَايَ أَتَوَكَّأُ عَلَيْهَا وَأَهُشُّ بِهَا عَلَىٰ غَنَمِي وَلِيَ فِيهَا مَآرِبُ أُخْرَىٰ ۞ قَالَ أَلْقِهَا يَا مُوسَىٰ ۞ فَأَلْقَاهَا فَإِذَا هِيَ حَيَّةٌ تَسْعَىٰ ۞ قَالَ خُذْهَا وَلَا تَخَفْ ۖ سَنُعِيدُهَا سِيرَتَهَا الْأُولَىٰ ۞ وَاضْمُمْ يَدَكَ إِلَىٰ جَنَاحِكَ تَخْرُجْ بَيْضَاءَ مِنْ غَيْرِ سُوءٍ آيَةً أُخْرَىٰ ۞ لِنُرِيَكَ مِنْ آيَاتِنَا الْكُبْرَى﴾ 

Apakah itu yang di tangan kananmu, wahai Musa? * Berkata Musa: "Ini adalah tongkatku, aku bertelekan padanya, dan aku pukul dengannya untuk kambingku, dan bagiku ada lagi keperluan yang lain padanya".* Allah berfirman: "Lemparkanlah ia, hai Musa!" * Lalu dilemparkannyalah tongkat itu, maka tiba-tiba ia menjadi seekor ular yang merayap dengan cepat. * Allah berfirman: "Peganglah ia dan jangan takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya semula, * dan kepitkanlah tanganmu ke ketiakmu, niscaya ia ke luar menjadi putih cemerlang tanpa cacat, sebagai mukjizat yang lain (pula), * untuk Kami perlihatkan kepadamu sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang sangat besar, [Tha ha 20:17-23]

Apa yang diperlukan Musa (as) untuk ayat-ayat ini jika - mengikut apa yang mereka dakwa - dengan menyifatkan semua keadaan-keadaannya tiada bayang-bayang dan kakinya tidak memberi bekas pada batu, dan ia adalah sifat mukjizat yang besar dan tidak boleh ditakwilkan dalam apa jua cara!!!? 

﴿وَنَزَعَ يَدَهُ فَإِذَا هِيَ بَيْضَاءُ لِلنَّاظِرِينَ﴾ 

Dan ia mengeluarkan tangannya, maka ketika itu juga tangan itu menjadi putih bercahaya oleh orang-orang yang melihatnya. [Al-A’raf 7:108] 

﴿فَأَلْقَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ ثُعْبَانٌ مُّبِينٌ﴾

Maka Musa menjatuhkan tongkat-nya, lalu seketika itu juga tongkat itu menjadi ular yang sebenarnya. [Al-A’raf 7:107] 

Kita membaca Al-Quran, kita tidak dapati bahawa Allah menambah kepada mukjizat Musa (as) bahawa itulah sifat mukjizat, dan ia adalah kakinya memberi bekas kepada batu atau dia disifatkan tidak mempunyai bayang-bayang. Tidakkah yang lebih utama, Allah perlukan nubuwah Musa (as) dengan kakinya memberi bekas pada batu, jika kaki Musa (as) memberi bekas pada batu dan kesannya kekal, tidakkah kesan yang kekal adalah dalil muktamad yang tidak boleh ditakwil dan tidak boleh ditolak, dan lebih baik dari tongkatnya kerana ia akan kembali seperti yang berlaku, maka dengan mudah dikatakan ia adalah sihir, dan dia pemimpinmu, dan ianya adalah bentuk sihir yang diada-adakan?!!!

Di manakah hikmah (kebijaksanaan) tanda (ayat) yang diberikan Allah, tangan putih dan tongkat yang bertukar menjadi ular, sedangkan ia disifatkan dengan sifat-sifat mukjizat yang lebih besar daripada mukjizat-mukjizat yang sementara ini. Maka ia adalah, menurut pemilik kepercayaan ini tidak mempunyai bayang-bayang, kaki memberi bekas kepada batu dan tidak menjejaskan tanah lembut, bahawa tidak cukup kakinya memberi bekas kepada batu dan merosakkan lantai batu Istana Firaun, untuk memperlihatkan dan memberitahu semua manusia tentang mukjizat Musa?!!!

Tidakkah lebih utama Musa (as) berkata kepada mereka: Lihatlah kakiku telah memberi bekas kepada batu dan tidak menjejaskan tanah lembut dan aku tidak mempunyai bayang-bayang, atau sekurang-kurangnya ia sebagai tnambahan kepada mukjizat Musa, Adakah ini yang dikatakan Musa (as), adakah perlu mukjizat pada kakinya?!

Mungkin pemilik ini akan dipaksa mempunyai kepercayaan rosak menyalahi Al-Quran dengan mengecualikan Musa dari sifat-sifat ini yang diwajibkan melengkapi Khalifah-khalifah Allah di bumiNya dalam segala keadaan!!!

Akhir sekali, saya katakan: jika perkara ini seperti yang dikatakan oleh orang-orang yang hampir tidak memahami perkataan itu, mengapa kemudiannya menolak Ali (as) dengan nash Rasulullah (S) ke atasnya, apakah tidak lebih baik baginya untuk membantah sifat mukjizat yang tidak terpisah darinya?! Bukankah lebih baik bagi Ali (as) untuk mengatakan kepada Abu Bakar: Aku tidak mempunyai bayang-bayang, dan datanglah, wahai kaum muslimin, lihatlah padaku, aku tidak mempunyai bayang-bayang dan aku Khalifah Allah di bumiNya kerana aku tidak mempunyai bayang-bayang?!  Bukankah lebih baik bagi Ali (as) untuk menunjukkan kepada mereka bahawa kakinya memberi bekas pada batu untuk membuktikan Imamahnya dengan sifat ini?!!!

Demi Allah bahawa yang disifatkan oleh orang-orang yang percaya dengan iktiqad yang buruk-buruk bagi orang-orang bodoh ini menganiaya orang-orang yang bodoh, kerana orang-orang bodoh adalah orang-orang yang mempunyai fikiran, tetapi mungkin sebahagian daripada penyelewengannya tidak bijak, tetapi mereka ini melemparkan kepercayaan ini menyerupai kepercayaan suku primitif di hutan Afrika dan persamaan cerita dongeng mereka, menjadikan mereka di kalangan orang yang dikuasai fikirannya dan tidak hairanlah bahawa mereka juga demikian, Sesiapa yang berpaling dari Aulia Allah dengan memeranginya, Allah akan menyesatkan fikirannya sehingga dia tidak sedar apa yang dikatakannya.

Barangkali sesuatu yang pelik yang tidak berkesudahan apabila didapati orang-orang bodoh ini yang dikuasai fikirannya, mereka dihadapkan pada riwayat-riwayat yang sama dengan riwayat-riwayat patah hati yang mengenal Al-Maksum seperti yang mereka percaya (fikir). dan saya tahu mengapa mereka tidak berpaling dari riwayat-riwayat yang Al-Maksum lahir dari paha dan tidak dikandung dalam rahim, saya tidak fikir ia akan menjadikan mereka lebih teruk daripada mereka yang mempercayai kepercayaan yang memalukan seperti kepercayaan yang menjijikan (yang patah hati) kerana mereka berselisih dengan Allah, Mengenai kelahiran Al-Maksum dari paha turut disebut di dalam riwayat, Maka mengapa mereka tidak mempercayainya, (Dia tidak dikandung ibunya dalam rahim, tetapi dilahirkan dari paha kanan), dan Ali akan mengingatkan mereka supaya tidak melupakan kemahuannya dalam siri kepercayaan yang memalukan yang mereka mempercayainya pada Al-Maksum dan mereka sentiasa percaya yang disediakannya dan dalam semua waktu.



------------------------------------
 [1] Contohnya telah dinyatakan: "Bahawa di kalangan kanak-kanak aushiak tidak dihamilkan dalam perut, tetapi kami menjalankan di dalam dada; tidak keluar dari dalam rahim, tetapi kami keluar dari paha kanan ibu-ibu kami," Untuk apa dilakukan oleh mereka yang bodoh ini menetapkan kepercayaan apa yang disebut dalam teks ini dengan makna yang sia-sia walaupun terdapat riwayat-riwayat dan dakwaan dari mereka (as) yang terang-terang batil, telah diriwayatkan bahawa mereka (as) adalah "di sulbi-sulbi yang mulia dan rahim-rahim yang disucikan, kamu tidak dikotori dengan kejahilan kotor (keji)."
[2] Uyun Akhbar Al-Redha (as) – Al-Shaduq: Jilid 1, halaman 193..














Tiada ulasan: