Sabtu, 8 April 2017

Lampiran III: Syam’un (Atau Sam’an) Washi Isa (as)



Lampiran III


Syam’un (Atau Sam’an) Washi (Pemegang Wasiat) Isa (as)
شمعون (أو سمعان) وصي عيسى (عليه السلام)


• «"Bab Wasiat (Al-Washiah) sejak dari Adam (as)" 

5402 diriwayatkan Al-Hassan bin Mahbub, dari Maqail bin Sulaiman dari Abi Abdillah (as) katanya: "Rasulullah (S): bersabda: Aku adalah penghulu para Nabi, dan washiku adalah penghulu washi-washi, dan washi-washinya adalah penghulu para washi, Bahawa Adam (as) meminta kepada Allah SWT supaya menjadikan baginya seorang washi yang sholeh, Allah AWJ mewahyukan kepadanya, Aku memuliakan nabi-nabi dengan nubuwah, dan kemudian Aku memilih dari penciptaanKu itu dan menjadikan mereka yang terpilih sebagai aushiak (washi-washi). Lalu Allah Ta’ala mewahyukan kepadanya dan mengingatkan kepadanya, ya Adam berwasiatlah kepada Syits (Seth), Lalu Adam (as) berwasiat kepada Syits, anak Adam itu adalah hadiah Allah, dan Syits berwasiat kepada anaknya Syubban, dia adalah seorang anak kepada bidadari-bidadari cantik (hauraa’), yang diturunkan Allah AWJ kepada Adam dari Syurga yang dikahwinkan dengan anaknya Syits, dan Syubban berwasiat kepada Muhlats, Muhlats berwasiat kepada Mahuq, dan Mahuq berwasiat kepada Ghutsmisya, dan Ghutsmisya berwasiat kepada Akhnukh, ia adalah Nabi Idris (as), Idris berwasiat kepada Nahur, dan Nahur mengangkat Nuh (as), dan Nuh berwasiat kepada Sam, Sam berwasiat kepada ‘Utsamir (3utsamir), dan Utsamir berwasiat kepada Barghitsasya dan berwasiat Barghitsasya kepada Yafits, dan Yafits berwasiat kepada Burrah, dan Burrah berwasiat kepada Jafsiyah, dan Jafsiyah berwasiat kepada ‘Imran, dan ‘Imran mengangkat Ibrahiam (as), Ibrahiam berwasiat kepada anaknya Isma’il, dan Isma’il berwasiat kepada Ishak dan Ishak berwasiat kepada Ya’kub, dan Ya’kub berwasiat kepada kepada Yusuf, dan Yusuf berwasiat kepada Batsriya, dan Batsriya berwasiat kepada Syu’aib, dan Syu’aib berwasiat kepada kepada Musa bin ‘Imran (as), dan Musa bin ‘Imran berwasiat kepada Yusya’ bin Nun, dan Yusya’ bin Nun berwasiat kepada Daud, dan Daud berwasiat kepada kepada Sulaiman (as), dan Sulaiman berwasiat kepada Ashif bin Barkhiya, dan Ashif bin Barkhiya berwasiat kepada Zakaria, dan Zakaria berwasiat kepada Isa ibn Maryam (as), dan berwasiat Isa ibn Maryam kepada Syam’un bin Hamun Al-Shafa dan Syam’un berwasiat kepada Yahya bin Zakaria dan Yahya bin Zakaria berwasiat kepada Munzhar, dan Munzhar berwasiat kepada Salimah, dan Salimah berwasiat kepada Baradah dan kemudian Rasulullah (S) bersabda dan diangkatnya hingga kepada Baradah dan aku mengangkat engkau, Wahai Ali dan engkau mengangkat washi engkau hingga kepada washi-washi engkau dari anak-anak engkau seorang demi seorang hingga diangkat kepada kebaikan penghuni bumi di selepas engkau, dan engkau akan diingkari umat ini dan akan bersalah-salahan terhadap engkau dengan ikhtilaf yang sangat dahsyat, dan yang pasti engkau akan tetap bersamaku, dan yang tidak wajar kepada engkau akan ke neraka, dan neraka adalah tempat simpanan orang-orang kafir "» [1]

o. 20 - «Disampaikan oleh bapaku, dan Muhammad bin Al-Hasan (ra) mereka berkata: disampaikan oleh Sa’ad bin Abdullah katanya: Disampaikan oleh: Ahmad bin Muhammad bin Isa, dari Al-‘Abbas bin Ma’ruf, dari Ali ibn Mahziyar dari Al-Hasan bin Sa’id, dari Muhammad bin Ismail Al-Qurasyi, yang disampaikan oleh Ismail ibn Abi Rafi’ daripada bapanya, Abi Rafi’ berkata: Rasulullah (S) bersabda: ..... Allah AWJ mengutus Isa bin Maryam, (as) dan menyerahkan cahayaNya, ilmu, hikmah dan semua ilmu-ilmu nabi-nabi sebelumnya dan ditambahkan Injil padanya dan diutus ke Bait Al-Maqdis kepada bani Israel, dan menyeru mereka kepada kitabNya dan HikmahNya dan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, sebahagian besar daripada mereka melampau batas, hanya kesesatan dan kekafiran, ...... Maka ketika ia hendak diangkat diwahyukan kepada beliau untuk menyerahkan cahaya Allah, hikmah dan ilmu kitabnya kepada Syam’un bin Hamun Al-Shafa khalifahnya (penggantinya) ke atas orang-orang beriman itu lalu dilakukannya. Maka Syam’un terus menegakkan perintah Allah AWJ dan menyalin semua makalah Isa (as) untuk kaumnya, dari bani Israel dan berjihad menentang kekafiran, Maka sesiapa yang mentaatinya dan percaya kepadanya dengan apa yang dibawanya adalah seorang yang beriman dan sesiapa yang mengingkarinya dan berdegil adalah kafir sehingga Tuhan kita TWT memilih dan mengutus seorang nabi yang soleh, dia adalah Yahya bin Zakaria, kemudian Syam’un ditangkap.....» [2]

o «Dan dikhabarkan kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Abdullah Al-Jauhari berkata, dikhabarkan kepada kami Muhammad bin Umar Al-Qadhi Al-Ja’abi katanya dikhabarkan kepadaku Muhammad bin Abdullah Abu Jaafar katanya dikhabarkan kepadaku Muhammad bin Habib Al-Jund Al-Naisaburi, dari Yazid Ibn Abi Ziad, dari Abd Al-Rahman bin Abi Laila katanya: Ali (as) berkata: Aku di sisi Nabi (S) di rumah Ummu Salamah ketika itu masuk menemui kami sekumpulan sahabat baginda, termasuk Salman, Abu Zhar, Miqdad dan Abdul Rahman bin Auf, Salman berkata: ya Rasulullah bahawa setiap nabi ada washi dan Sabath (سبط), maka siapakah Washi dan Sabath engkau? Maka beselang beberapa ketika kemudian baginda bersabda: Wahai Salman, Allah mengutus empat ribu nabi dan mereka mempunyai empat ribu washi dan lapan ribu sabath, maka demi Dia yang diriku di tanganNya, akulah sebaik-baik anbiak dan wasiku adalah sebaik-baik aushiak dan Sabath (Asbath).
Kemudian baginda bersabda: Wahai Salman tahukah kamu siapa washi Adam? Beliau berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Lalu baginda (S) bersabda: Aku mengenal engkau wahai Aba Abdillah dan engkau dari ahlulbait kami, Bahawa Adam berwasiat kepada anaknya Tsits (Syits-Seth), dan Tsits berwasiat kepada anaknya Syubban, dan Syubban berwasiat kepada Mukhlab, Mukhlab berwasiat kepada Mahuq, dan Mahuq berwasiat kepada ‘Utsmitsa, dan ‘Utsmitsa berwasiat kepada Akhnukh, dia adalah Nabi Idris (as), Idris berwasiat kepada Nakhur, dan Nakhur berwasiat kepada Nuh (as), dan Nuh berwasiat kepada Sam, Sam berwasiat kepada ‘Itsam (3itsam), dan ‘Itsam berwasiat kepada Tarisyatsa dan berwasiat Tarisyatsa kepada Yafits, dan Yafits berwasiat kepada Burrah, dan Burrah berwasiat kepada Khafsiyah, dan Khafsiyah berwasiat kepada ‘Imran, dan ‘Imran mengangkat Ibrahiam (as), dan Ibrahiam berwasiat kepada anaknya Isma’il, dan Isma’il berwasiat kepada Ishak dan Ishak berwasiat kepada Ya’kub, dan Ya’kub berwasiat kepada Yusuf, dan Yusuf berwasiat kepada Bartsiya, dan Bartsiya berwasiat kepada Syu’aib, dan Syu’aib berwasiat kepada kepada Musa, dan Musa berwasiat kepada Yusya’ bin Nun, dan Yusya’ berwasiat kepada Daud, dan Daud berwasiat kepada kepada Sulaiman, dan Sulaiman berwasiat kepada Ashif bin Barkhiya, dan Ashif berwasiat kepada Zakaria, dan Zakaria berwasiat kepada Isa ibn Maryam (as), dan berwasiat Isa ibn Maryam kepada Syam’un bin Hamun Al-Shafa dan Syam’un berwasiat kepada Yahya bin Zakaria dan Yahya berwasiat kepada Munzhar, dan Munzhar berwasiat kepada Salimah, dan Salimah berwasiat kepada Baradah dan Baradah berwasiat kepadaku dan aku mengangkat engkau Ali. Beliau berkata: Ya Rasulullah, adakah diantara mereka nabi-nabi dan aushiak yang lain? Baginda bersabda: Ya, banyaknya tidak terkira ..... »[3]

o. «(13805) 12 - Ali bin Musa bin Thawus dalam sebuah buku (Al-Iqbal) berkata: Diriwayatkan oleh Muhammad bin Ali Al-Tharazi di dalam kitabnya dengan isnadnya sampai kepada Al-Mufadhdhal bin ‘Umar katanya, berkata Abu Abdillah (as) kepadaku dan kemudian menyebut hadits tentang kelebihan Hari Al-Ghadir – sehingga sampai kepada kata Al-Mufadhdhal - Tuan, tuan telah perintahkan padaku berpuasa atasnys? Dia berkata: Ya demi Allah, Ya demi Allah, Ya demi Allah, ia adalah hari Adam (as) bertaubat kepada Allah maka berpuasalah tanda syukur pada Allah Ta’ala pada hari itu, dan ia adalah hari Allah Ta’ala menyelamatkan Ibrahim (as) dari api maka berpuasalah tanda syukur pada Allah Ta’ala kerananya. dan pada hari itu ditemukan  Musa bersama Harun (as) maka berpuasalah tanda syukur pada Allah Ta’ala pada hari itu, dan pada hari itu Isa isytiharkan washinya Syam’un Al-Shafa maka berpuasalah tanda syukur pada Allah AWJ pada hari itu. Bahawa ia adalah hari Rasulullah (S) mengangkat Ali (as) supaya manusia ambil perhatian dan untuk menyatakan keutamaannya dan washinya, maka berpuasalah tanda syukur pada Allah AWJ pada hari itu, dan pada hari itu berpuasalah dan qiyam (sholat malam) dan memberi makan menghubungkan antara ikhwan, ia adalah keredhaan Al-Rahman dan kebencian syaitan.» [4]

o «3- dan juga darinya: pada apa yang disebutkannya dari kitab (Al-Dalail) oleh Muhammad ibn Jarir Al-Thabari, Pada panggilan Jibrail (as) bagi Maula kami Ali (as) dalam kehidupan Rasulullah (S) sebagai Amirul Mukminin dan Penghulu segala washi (Saidu Al-Wasshiyin), dia berkata pada lafaznya ini: Diceritakan pada kami Abu Al-Fadhl Muhammad bin Abdullah, berkata: Diceritakan pada kami ‘Imran bin Muhsin bin Muhammad Ibn ‘Imran bin Thawus maula Al-Shadiq (as) berkata: Diceritakan pada kami Yunus bin Ziad Al-Hannat Al-Kafrabuti berkata: Diceritakan pada kami Al-Rabi’ bin Kalam Ibn ‘Am Al-Fadhl bin Al-Rabi’, dari Al-Fadhl ibn Al-Rabi’: Bahawa Al-Mansur sebelum kerajaannya disibukkan dengan Jaafar bin Muhammad (as) berkata: Aku bertanya kepada Jaafar bin Muhammad bin Ali (as) pada masa perjanjian Marwan Al-Himari mengenai sujud syukur yang Amirul Mukminin (as) sujud padanya, apakah sebabnya? Maka diceritakan padaku dari bapanya Muhammad bin Ali katanya: Diceritakan padaku dari bapanya Ali bin Al-Hussein, dari bapanya Al-Hussein, dari bapanya Ali bin Abi Talib (as): bahawa Rasulullah (S) menghadap pada urusan-urusannya lalu mendapat perbaikan dengan ujiannya dan baginda semakin tunduk, apabila baginda didahului dengan mukanya yang seperti itu baginda akan pergi ke masjid dan Rasulullah (S) keluar untuk mendirikan sholat, dan aku sholat bersama baginda, dan selepas selesai dari sholat aku akan menghadap Rasulullah (S), lalu memeluk Rasulullah (S), Kemudian dia bertanya mengenai perjalanannya dan apa yang dia lakukan, maka dijadikan Ali (as) berbicara  dan raut muka Rasulullah (S) bersinar gembira dengan percakapannya. Apabila dia (as) datang untuk berbicara. . Rasulullah (S) akan berkata kepadanya: Tidakkah engkau gembira wahai Aba Al-Hassan? Beliau berkata: Semoga ibu dan bapaku menjadi tebusanmu, berapa banyak dari yang baik boleh menggembirakan ku. Baginda berkata: Jibrail (as) turun kepada pada waktu zawal (tengahari), ia berkata kepadaku: Wahai Muhammad, ini anak bapa saudaramu Ali, yang berikutnya selepas kamu dan Allah (AWJ) menguji orang-orang Islam dengan cubaan yang terbaik, dan bahawa ia adalah perbuatannya begitu dan begini, Maka aku cakapkan apa yang disampaikan kepadanya, Maka dia berkata kepadaku: Wahai Muhammad, bahawa melarikan diri dari keturunan Adam sesiapa yang berpaling dari Syits bin Adam, washi bapanya Adam pada Syits, dan melarikan diri dari Syits dengan bapanya Adam, dan adalah melarikan diri dari Adam dengan Allah.
Wahai Muhammad, dan melarikan diri sesiapa yang berpaling dari Sam anak Nuh washi bapanya Nuh pada Sam, melarikan diri dari Sam dengan Nuh, dan adalah melarikan diri dari Nuh dengan Allah.
Wahai Muhammad, dan melarikan diri sesiapa yang berpaling dari Ismail bin Ibrahim Al-Khalil Al-Rahman washi bapanya Ibrahim pada Ismail, melarikan diri dari Ismail dengan Ibrahim, dan adalah melarikan diri dari Ibrahim dengan Allah.
Wahai Muhammad, melarikan diri sesiapa yang berpaling dari Yusya’ bin Nun washi Musa pada Yusya’, melarikan diri dari Yusya’ dengan Musa, dan adalah melarikan diri dari Musa dengan Allah.
Wahai Muhammad, dan melarikan diri sesiapa yang berpaling dari Syam’un Al-Shafa washi Isa pada Syam’un, melarikan diri dari Syam’un dengan Isa, dan adalah melarikan diri dari Isa dengan Allah.
Wahai Muhammad, dan melarikan diri sesiapa yang berpaling dari kita dan wazir engkau dimasa hayat engkau dan washi engkau selepas engkau wafat pada Ali, dan melarikan diri dari Ali dengan engkau, adalah melarikan diri dari engkau dengan Allah (AWJ)....... ». [5]


o «(Hadits Ilham yang lahir dari Iblis)

Dengan Isnad – marfu’ - kepada Al-Hassan (as) kepada bapanya, kepada datuknya Rasulullah (S) ..... bersabda: Benar kamu wahai Ham, sesungguhnya telah (benarlah) nabi-nabi dan washi-washi. Baginda bertanya: Siapakah washi Ya’kub? Dia (Ham) menjawab: Yusuf. Baginda bertanya:: Siapakah washi Yusuf? Dia (Ham) menjawab (Yusya’ bin Nun, dan washi Yusya’: adalah Syam’un) Baginda bertanya:: Siapakah washi Syam’un? Dia (Ham) menjawab, Daud, dan washi Daud: Sulaiman dan washi Sulaiman: Ashif bin Barkhiya dan washi Isa Syam’un Al-Shafa. Maka Nabi berkata kepadanya, Kamu tahu nama washi dan kamu melihat sesuatu di dalam Kitab? Beliau menjawab: Ya, dan yang telah mengutus kamu dengan haq sebagai seorang nabi...... » [6]


---------------------------------
[1] Man La Yahdhuruhu Al-Faqih - Al-Shaduq: Jilid 4, halaman 174
[2] Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah - Al-Shaduq: halaman 225..
[3] Kifayat Al-Atsar – Al-Khazaz Al-Qumi: halaman 151.
[4] Wasail Al-Syiah (Aali Al-Bait) - Al-Hurr Al-3amali: Jilid 10, halaman 445.
[5] Dalail Al-Imamah - Al-Thabari: halaman 57.
[6] Al-Raudah Fi Fadhail 'Amir Al-Mu’minin (as) - Ibn Syazhan: halaman 321.




Tiada ulasan: