Ahad, 31 Julai 2016

Kedua: Dengan Akal


Ulangan [Ushul-ushul Yang Tiga:(الأصول الثالثة)

Ushul  Pertama: Al-Mustakhlif - Yang Melantik khalifah atau Yang memberi mandat.
Ia adalah Allah SWT atau Al-Haqiqah.

Terdapat dua cara untuk mengesahkan wujudnya kesaksian Al-Haqiqah (Allah SWT) yang ghaib.yang mengwujudkan alam ini.
Pertama: dengan wahyu]


Kedua: Dengan Akal
(الثاني: الطريق العقلي)



Ia adalah kaedah melalui penyelidikan untuk membuktikan kewujudan Allah atau Al-Haqiqah dan membuktikan dengan sifat-sifat (gambaran-gambaran), tetapi ia tidak mencapai makrifah Al-Haqiqah (yang sebenar) yang merupakan sebab penciptaan.

Al-Quran mendedahkan sebahagian dalil-dalil akal, seperti dalil-dalil ketertiban dan kebijaksanaan yang dilihat oleh seseorang pada alam penciptaan, dan dalil-dalil bahawa ketiadaan tidak menghasilkan (sesuatu). Dan kita akan memperlihatkan dalil-dalil akal yang mungkin akan menjadi hujah kepada sesiapa yang menggunakan akal fikiran [1]. dalam menyimpulkannya seperti yang mereka dakwa.

Di sini perlulah kita terus menetapkan sesuatu yang penting yang akan mengiringi kita dalam tajuk yang kita mahu melibatkan akal di dalamnya, Akal adalah sebuah neraca bukannya neraca-neraca. Akal membuat perbandingan antara maklumat yang diberikan kepadanya dan menjelaskannya. Ianya sama ada berat atau ringan, bernilai atau tidak. Atas sebab ini dalam usaha untuk memastikan tugas akal mengikut gambaran yang sahih (betul), mestilah ada peraturan (kawal selia) pertimbangan-pertimbangan yang kukuh dan meyakinkan, untuk menjadi rujukan dalam pertimbangan. Jika tidak apa yang akan diletakkan di dalam salah satu daripada neraca timbangan yang adil, atau akal hanyalah sesuatu yang waham (khayalan) yang tidak berkesudahan bagi hakikat yang berkaitan. Hasilnya ialah membuat kesimpulan (keputusan) yang salah. Malangnya, kenyataan ini tersebar secara meluas sama pada kedua-dua tahap aqidah atau syari'ah..

Oleh kerana apa yang duperkatakan di sini adalah untuk membuktikan adanya hakikat kewujudan bagi alam atau Al-Mustakhlif - Yang melantik khalifah atau Yang memberi mandat (Allah), maka tidak boleh kita jadikan pertimbangan syari’at agama kita dengan pertimbangan akal fikiran, kerana tujuan kita di sini untuk membuktikan asas-asas yang melibatkan agama. Jadi, kita mesti menjadikan pertimbangan kita pada pembuktian dan dugaan-dugaan yang tidak perlukan pendapat, seperti: mustahilnya untuk menentukan sesuatu itu tidak wujud dan wujudnya bersama-sama (serentak), dan betapa mustahilnya untuk menyatakan urutan kewujudan-kewujudan ini banyak had-hadnya dalam urutan yang tak terbatas dari semua aspek kedudukan, dan betapa mustahilnya untuk menyatakan yang tiada (tidak wojud) itu menghasilkan (sesuatu), dan ketetapan-ketetapan lain yang seperti ini.

Sebahagian dalil-dalil akal yang digunakan oleh Allah SWT atas mereka yang tidak percaya kepada Tuhan (Atheis - Mulhid) dalam Al-Quran [2]:

a) Ketiadaan (yang tiada - tidak wojud)  tidak menghasilkan sesuatu, dan kesan-kesan kejadian menunjukkan adanya pelaku.

Firman AllahL

﴿أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْءٍ أَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ﴾

Apakah mereka diciptakan tanpa sesuatupun ataukah mereka yang menciptakan (diri mereka sendiri)? [Al-Thur 52:35]

Alam (atau alam-alam) tidak azali (sedia ada), tetapi baharu kerana ia berubah-ubah (mengalami perubahan), dan setiap yang baharu didahului dari tiada sebelumnya, maka ia termasuk dari yang baharu, kerana yang tiada secara mutlak (asalnya tidak wujud) tiada sesuatupun padanya, maka ia tidak menghasilkan sesuatu. Maka mustahil untuk mendatangkan (mengadakan) sesuatu dari sesuatu yang tiada secara mutlak. Maknanya untuk mendatangkan (mengadakan) sesuatu dari ketiadaan (yang tiada) secara mutlak. Semesta alam atau alam-alam atau kewujudan adalah sesuatu yang baharu, adalah tidak mungkin ia boleh datang dari yang tiada secara mutlak. Jadi kewujudan yang baharu (semesta alam atau seluruh alam penciptaan) membuktikan bahawa ia datang dari kewujudan azali Yang Dirinya Maha Kaya dari yang lain.
Jika kita katakan, baharunya itu sedia ada dari azali dan tidak didahului dari yang tiada sebelumnya kita telah membuktikan kewujudanNya SWT [3].

Tetapi jika kita katakan ia adalah yang baharu, ia juga mengalami pembaharuan. Ia tidak boleh menjadi yang pertama, kerana ia bermakna bahawa ia adalah kenyataan bersama sesuatu yang wujud dan yang tidak wujud (sekali gus), maka yang lainnya sebagai urutan dimana tidak boleh urutan ini menjadi tidak terbatas dari semua aspek kedudukan; kerana alam yang baharu mempunyai batasan dan permulaan. Dan apabila ia adalah suatu urutan (siri) tidak tercapai oleh akal dari aspek kejadiannya yang mempunyai permulaan, ia mesti terhenti kepada yang baharu dari azali sedia ada, dan dengan itu membuktikan kewujudanNya SWT.

Kita maksudkan pada Al-Azal (azali), bukan azali masa, tetapi ia bermakna tidak didahului sebelumnya dengan ketiadaan tanpa jarak masa selepas kewujudannya dari ketiadaannya.

Dan dengan tidak terhingga mutlak: ia adalah terhad dari mana-mana aspek kedudukan, tidak ada permulaan dan penamat, tanpa mengira jarak masa dan tempat kewujudannya dari ketiadaannya. Kita tidak maksudkan ia adalah yang (tiada penghujungnya) pada sebahagian persamaan, seperti:


 
Di sebelah kiri pada persamaan di atas adalah benar ia menjangkau hingga ke akhirnya (tiada penghujungnya), tetapi ia ada permulaan, dan begitulah juga dengan satah (dataran) alam adalah benar keluasannya ditetapkan kepada tiada berpenghujung, tetapi ia ada awal permulaannya.

Hakikat (kejadian) Alam Jasmani atau alam semesta Jasmani di mana kita hidup adalah baharu, telah terbukti walaupun menurut kajian Ilmu Fizik Moden. Kalaulah Alam Jasmani adalah azali (sedia ada) ia adalah stabil, seimbang, dan tidak seperti yang berlaku sekarang mengalami kegawatan dan perubahan yang berterusan. Dan sepatutnya mereka yang berfahaman Atheis sekarang mematuhi (menerima) bahawa alam ini baharu bukan azali (sedia ada); kerana, menurut dakwaan, pemerhatian dan pengakuan mereka, apa yang diakui dalam Ilmu Fizik dan hukumnya.

Saya katakan ini sebagai hujjah atas mereka yang berfahaman Atheis; kerana mereka melibatkan diri dengan Alam Jasmani sahaja, dengan mengatakan bahawa untuk membuktikan baharunya alam tidak dimaksudkan kepada Alam Jasmani sahaja.

b) Sifat kesan-kesan kejadian menunjukkan adanya sifat pemberi kesan.
Untuk menerangkan dalil ini akan dibawakan di sini sebahagian teks dari dari Buku Delusi Atheisme (Wahmu l-Ilhad), dan sesiapa yang mahu keterangan lebih terperinci bolehlah merujuk kepada Delusi Atheisme (Wahmu l-Ilhad).


[Fasal yang mengatakan "Makna (matlamat) Evolusi":


Kita mempunyai genetik, genetik mutasi dan hukum pewarisan untuk genetik lebih baik atau kita boleh katakan: bagi bentuk kehidupan (objek) yang lebih baik. Maka perbezaan di antara genetik dan bentuk kehidupan adalah seperti perbezaan antara plan untuk membina rumah dan rumah itu sendiri dan hukum pewarisan bagi pemakaian genetik memperbaiki genetik-genetik ini. Kini kita tahu secara muktamad bahawa alat terbaik yang meneruskan (mengekal) kehidupan di bumi (duniawi) adalah alat yang benar-benar pintar (otak). Walaupun perbelanjaan alat pintar atau otak nilai ekonominya sangat tinggi pada pemakaian organisma (kehidupan) kerana ia memerlukan sejumlah besar makanan, tetapi hasil evolusi memaksa untuk pergi ke arah ini iaitu untuk membangunkan alat pintar.

Maka dengan mengambil kira hakikat bahawa genetik itu ada sejak dari awal lagi maka genetik perlu membina alat pintar mutasi (contohnya otak), samada cepat atau lambat sehingga walaupun genetik mutasi itu datang secara rawak (liar) sepenuhnya.

Apabila hukum pewarisan genetik lebih baik atau untuk menjadi yang terbaik [4] ia adalah penentu dalam proses evolusi. Maka hasilnya adalah bahawa kita sekarang boleh mengatakan dengan pasti bahawa evolusi sejak dari mula adalah satu arah pergerakan yang bertujuan untuk menghasilkan genetik sebagai alat atau pemakaian pintar, maka evolusi jadi bermakna.

Saya percaya bahawa pandangan ini cukup lengkap untuk membatalkan teori Dr. Dawkins yang tidak percaya kepada Tuhan dalam skop kehidupan di bumi (dunia) yang tertegak atas evolusi yang tidak bermakna (semestinya) dalam jangka masa yang panjang.

Pada hakikatnya, bahawa jika kita mahu mengembangkan dalam kita menentukan lebih lanjut dan lebih banyak ketentuan yang lebih baik pada sebarang jenis kehidupan yang boleh dibayangkan, maka kita boleh yakin – dibina mengikut peraturan evolusi berdasarkan kesukaran (komplikasi) mutasi atau alat-alat pembiakan dan pemilihan yang lebih baik darinya - bahawa mana-mana hidupan sama seperti hidupan yang ada di bumi - berasaskan air, karbon, nitrogen dan bahan-bahan kimia lain - atau berada di planet lain atau alam lain yang berasaskan ammonia sebagai ganti air, atau berasaskan silikon sebagai ganti karbon - kerana ia mampu untuk membentuk rantaian yang panjang seperti karbon – maka tidak dapat dielakkan akan menghasilkan alat pintar, ini adalah matlamat evolusi yang tidak dapat dielakkan, menurut peraturan yang kita tahu sekarang, dan tidak boleh menyimpang dari mana-mana kesukaran (komplikasi) kehidupan atau alat-alat pembiakan dan evolusi yang boleh dicapai sama ada cepat atau lambat.

Adalah diketahui bahawa dijangkakan daripada semua hidupan lain di alam kita bergantung kepada air dan karbon; kerana air yang keadaannya cair adalah sesuai untuk menjadi tempat tinggal hidupan di mana ketumpatannya berkurang apabila ia membeku dan terapung (di permukaan) sebagai air batu (ais), ini membolehkan hidupan itu terus hidup di dalam air yang cair di bahagian bawahnya, dan empat unsur ini iaitu Hidrogen, Oksigen, Nitrogen dan Karbon adalah paling banyak dan berlimpahan di seluruh alam ini dan karbon tanpa unsur lain berupaya membentuk rantaian yang lemah yang boleh patah dengan mudah, dan ini juga sesuai untuk metabolit dan hidupan tidak seperti rantaian silikon.

Dengan itu, kita telah sampai kepada fasal yang membicarakan kesimpulan yang diperselisihkan mengenai kemungkinan membuktikan kewujudan Tuhan (Rabb atau Ilah) mengikut teori evolusi. Kita telah membuktikan keupayaan (sifat) matlamat kehidupan dan ia adalah tujuan dan matlamat evolusi, di mana keupayaan (sifat) kesan-kesan kejadian menunjukkan adanya pemberi kesan yang membuktikan keupayaan (sifat) pemberi kesan bahawa ia adalah tujuan, kesedaran dan pengetahuan. Dan hasilnya membuktikan kewujudan Tuhan (Rabb atau Ilah) sama ada Dia adalah pemberi kesan langsung atau adalah pemberi kesan langsung terhadap kesan dari kesan-kesan kejadian yang juga menunjukkan sifat-sifatNya. iaitu matlamat sifat yang kita buktikan, dan ini dengan sendirinya sudah cukup untuk mengubah teori atheis moden yang dibina atas dasar bahawa evolusi bukan bermatlamat pada kebendaan dalam jangka masa panjang .


Alat pintar:


Saya katakan: pembangunan (evolusi) ini bertujuan untuk mencapai alat pintar; kerana ia adalah alat pintar yang lebih baik untuk tinggal bebas dalam persaingan sengit untuk kekal antara genetik-genetik, dan dengan kewujudan tujuh bilion (ribu juta) manusia di bumi hari ini sudah cukup untuk membuktikan hakikat ini, tetapi tidak ada salahnya dalam membincangkan mengenai hakikat ini secara ringkas untuk menjelaskannya. maka walaupun kita menganggap bahawa genetik mutasi secara rawak dari awal lagi kita akan katakan bahawa ia tidak dapat tidak mesti menyediakan genetik yang layak untuk membina alat pintar, dan ia tidak bermaksud di sini dengan alat pintar otak semasa (kini) bagi manusia dan haiwan, tetapi apa yang kita maksudkan adalah sesuatu yang boleh digambarkan sebagai permulaan bagi otak, seperti sel saraf tunggal, dan pasti bahawa mereka yang memiliki alat pintar adalah mereka yang lebih baik dalam pertandingan ini dan akan menjadikan peluang untuk kekal yang lebih besar dan kemudian jika pertandingan telah bergerak di antara mereka yang mempunyai alat-alat pintar akan menjadi objek yang mempunyai alat pintar yang menyediakan kepintaran yang lebih besar adalah pemenang dalam perlumbaan untuk tinggal kepada yang lebih baik dan sebagainya. Maka dalam evolusi permulaan alat pintar tidak dapat dielakkan alat pintar itu diperbaiki mengikut masa juga tidak dapat dielakkan. Dan dengan itu kita boleh katakan bahawa matlamat alat pintar tidak dapat dielakkan mengalami evolusi kepada apa jua matlamat yang boleh diringkaskan dan kita katakan evolusi direka untuk mencapai kepintaran.

Saya ingin mengingatkan bahawa saya tidak mengatakan bahawa mana-mana pertandingan yang berlaku antara individu, keputusannya akan memihak kepada individu pintar dan juga antara spesies-spesies, tetapi saya katakan: jika binaan genetik alat pintar adalah yang terbaik dalam pertandingan itu tidak dapat dielakkan dialah pemenang dalam pertandingan itu. 

Individu paling pintar atau yang memiliki alat pintar yang terbaik mungkin menjejaskan individu kurang pintar atau mempunyai alat pintar yang lebih rendah atau tidak mempunyai alat pintar akibat dari kelebihan, pendekatan dan keadaannya.

Jenis yang mempunyai alat pintar yang terbaik boleh terjejas dalam persaingan jika kekal di hadapan jenis yang mempunyai alat pintar yang lebih rendah akibat dari kelebihan, pendekatan dan keadaannya.

Tetapi genetik binaan alat pintar pada bila-bila masa tidak didapati masuk kepada kumpulan genetik-genetik yang membina organisma hidupan, Maka ia tidak boleh terjejas dalam pertandingan itu di hadapan genetik lain, dan tidak boleh keluar daripada kumpulan genetik-genetik penanda untuk membina organisma hidupan, bahkan akan mara dan dengan kecepatan yang ketara yang meningkat mengikut masa; kerana perbezaan di antaranya dengan genetik lain dalam persaingan untuk kekal atau kemajuan memperoleh tempat dan peningkatan yang ketara.

Persaingan antara genetik-genetik tidak berhenti pada persaingan untuk kekal, tetapi terdapat persaingan antara genetik-genetik di barisan hadapan dalam kumpulan genetik-genetik yang membina jasad organisma hidup, maka ia berusaha menjadikan bilangannya banyak, walaupun persaingnya sedar atau tidak sedar, tetapi ia adalah pertandingan melalui hukum evolusi umum dan patuh di bawah peraturan nya.


Dalil-dalil akal dikemukakan oleh Al-Quran untuk membuktikan kewujudan Allah:


Apa yang dibentangkan dalam bab ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa tujuan evolusi yang dengan itu membuktikan bahawa di belakangnya adalah sesiapa yang mahu mencapai matlamat ini, dan hasilnya kita telah membuktikan kewujudan Tuhan dalam peraturan sifat kesan-kesan kejadian menunjukkan sifat (keupayaan) pemberi kesan. Maka kesan-kesan kejadian iaitu kehidupan duniawi (bumi) membuktikan ia mempunyai gambaran adanya matlamat, dan dengannya kita buktikan sifat yang mencari matlamat dan tahap terendah bagi pemberi kesannya, dan ini membuktikan kepada kita kewujudan Tuhan alam sedar. Tetapi dengan ini saya akan membincangkan bab yang selebihnya mengenai masalah matlamat evolusi ini dari sudut pandangan bahagian-bahagian bahkan akan memberi tumpuan ke atasnya; kerana ahli biologi memerhatikan masalah bahagian-bahagian evolusi dan sebahagian golongan atheis, mereka mendesak untuk mempertimbangkan sudut tertentu sahaja walaupun saya melihatnya pada sudut yang sama dengan keadaan mereka melihatnya dengan sebelah mata.

Adapun untuk menunjukkan dalil bagi (ketiadaan tidak menghasilkan sesuatu) maka mesti diperhatikan bahawa kesan-kesan kejadian yang perlu kita bincangkan untuk menunjukkan Allah sebagai pemberi kesan adalah asal Alam Semesta Jasmani dan seterusnya, dan ini tidak diperkatakan mengenainya dengan batas-batas teori Darwin, atau ilmu kajihayat (biologi), tetapi boleh dibincangkan secara ilmiah (saintifik) dalam ketentuan penyelidikan dan teori fizik yang khusus dalam alam semesta dan bagaimana ia tejadi, dan perkara ini akan dibincangkan secara terperinci dalam Bab VI.


Dalil pertama kewujudan Tuhan Mutlak: sifat kesan-kesan kejadian menunjukkan kepada sifat pemberi kesan.


Ia adalah dalil peraturan (pengkanunan): dengan wujudnya peraturan pada kesan-kesan kejadian menunjukkan akan adanya peraturan pemberi kesan, dan oleh itu ia menunjukkan memberi kesan ke atas alam, dan ia perlu untuk dibuktikan.

Dan dari dalil sistem: Kewujudan sistem (peraturan) pada kesan-kesan kejadian menunjukkan pemberi kesannya meletakkan peraturan, dan dengan itu menunjukkan ia memberi kesan ke atas alam, dan ia perlu dibuktikan.

Dan dari dalil matlamat: Kewujudan matlamat pada kesan-kesan kejadian menunjukkan pada memberi kesan ke atas matlamat, dan oleh itu menunjukkan ia memberi kesan ke atas alam, dan ia perlu dibuktikan.


Kesimpulan Dalil-dalil ialah:


Apabila kita dapati sesuatu yang berperaturan tahulah kita bahawa pemberi kesan ke atas alam mampu mengatur dan dengan itu membuktikan kewujudan pemberi kesan mampu mengatur alam, dan apabila kita dapati kata-kata atau perbuatan mempunyai ciri-ciri kebijaksanaan tahulah kita bahawa ia datang dari yang bijaksana dan dengan itu membuktikan kewujudan pemberi kesan yang bijaksana. Contohnya: Apabila kita dapati sebidang tanah yang dipenuhi dengan pokok-pokok buah-buahan ditanam secara teratur (bersistem) lagi rapi (bijak) dan tanamannya bersifat teratur dan bermatlamat, dengan itu kita menilai bahawa dia seorang yang berilmu dan mengerti apa yang dia lakukan. Kita katakan:yang menanamnya adalah seorang manusia, sebagai contoh. dan apabila kita dapati tanah yang dipenuhi semak samun (berhutan) di mana pokok-pokok tumbuh secara liar dan tidak teratur menunjukkan kepada kita tumbuh-tumbuhan liar itu tidak ditanam oleh manusia.

Secara umumnya, dalil ini boleh dijadikan sebahagian penggunaannya dalam had-had kehidupan di muka bumi dan contoh-contoh sepertinya ada banyak, terutamanya bagi wujud manusia dengan anggapan bahawa ia mempunyai sifat-sifat khas yang menunjukkan kepada kita bahawa ada pemberi kesan yang sebenar (asal) yang berupaya mengatur siatem dan matlamatnya, dan boleh menjadikan dalil ini mempunyai hubungan dengan teori evolusi.


Sifat kesan-kesan kejadian menunjukkan sifat pemberi kesan kepada alam semesta di mana kita hidup:


Tidak syak lagi (undang-undang) hukum fizik mengawal alam semesta, undang-undang bermakna bahawa ada penggubal undang-undang, dan bahawa undang-undang adalah mesti akan membawa kepada sistem, dan sistem yang maknanya adalah di sana ada yang mengatur,


Untuk menerangkan urusannya lebih kekal di dalam perumpamaan ini:


Ia bermakna kita dapati apabila ada satu simpang dan lampu-lampu isyarat yang mengawal lalu lintas kenderaan di persimpangan tersebut. Kita tahu bahawa ada kesedaran yang kuat tentang pengetahuan peraturan yang dikehendaki bagi sistem ini iaitu meletakkan isyarat lalu lintas ini dengan cara yang sama kita katakan: Hukum gravity (daya tarikan) menunjukkan kepatuhannya, serta kepatuhan kuasa elektromagnet dan nuklear, dan kekuatan pada tahap kewujudannya dan pada tahap ukurannya, Maka kesemuanya kena patuh dengan hukum laluan alam semesta seperti yang dinyatakan ketika (peredarannya) berselisih. Tetapi ia tidaklah terlalu banyak seperti laluan (benda-benda) yang terdapai di alam semesta ini. Maka adakah munasabah bahawa apabila kita melihat lampu isyarat lalu kita menilai kewujudan polis trafik atau Majlis Perbandaran yang meletakkan lampu isyarat di simpang-simpang untuk mengawal selia lalu lintas daripada melihat di belakangnya ada undung-undang kepolisian (keselamatan) mengatur kerja-kerjanya, dan kita tidak menilai bahawa terdapat kekuatan pengetahuan pemimpin yang meletakkan peraturan yang kita dapat dan membuktikan ilmunya dan kita dapati bahawa Dia mengatur dan mentadbir lalulintas (perjalanan) di seluruh alam?!

Akal mentadbir dan tidak diragukan lagi wujudnya pengatur yang meletakkan peraturan ini yang menjadi sistem bagi alam semesta. Adapun mereka yang berkeras menafikan pengatur alam Yang Bijaksana ini, penafiannya hanyalah kedegilan semata-mata dan bantahannya dapat diduga yang menunjukkan bahawa yang menafikannya tidak banyak berbeza dari mereka yang berkeras mengatakan bahawa bumi ini tidak berputar.

Adakah semua sistem ini tanpa pengatur?! Demi Allah, Sungguh pelik, bagi sesiapa yang mempercayainya, Dan bagi mereka yang berkata bahawa yang meletakkan lampu isyarat adalah polis trafik atau pekerja jalan, sepatutnya ia berlaku adil dengan dirinya sendiri yang tanpa tujuan dan secara membuta tuli dalam perkara ini yang juga mengatakan bahawa lampu isyarat itu jadi sendiri, datang sendiri ke persimpangan jalan, Maka adakah berat bagi akal kita melihat sistem dan peraturan dalam kedudukan ini, lalu kita mengatakan: bahawa tidak ada pengatur, dan melihat sistem dan peraturan dalam kedudukan lain dan mengatakan: Tidak wujud pengatur alam yang boleh menciptanya!!!?

Sekiranya kita ringkaskan (simpulkan) dalil sifat kesan-kesan kejadian atas sifat pemberi kesan dan dengan itu wujud pemberi kesan, berikut digambarkan pendapat mereka:

Di sisi kita –   ada kita dan orang-orang atheis - Apabila kita memasuki mahkamah akal manusia.

Kesan-kesan kejadian = Alam, sifat alam = Peraturan dan sistem, sifat pemberi kesan = Pengatur alam, pemberi kesan = tidak diketahui.

Kita mempelajari alam semesta dalam ilmu sains moden maka kita tahu sifatnya (gambarannya), dan sifatnya ini kita tahu sebagaimana yang dinyatakan dan membuktikan ia wujud, ternyata dari sifatnya sebagai pengatur (pembuat peraturan), dan dengan itu ia adalah yang sedar dan yang mengetahui.

Sekarang terbukti bahawa terdapat pemberi kesan pada kejadian yang disifatkan sebagai pengatur, yang sedar dan yang mengetahui.

Jadi, kita telah membuktikan kewujudan pengatur alam yang mengatur alam semesta (dan bagi kita: adalah perlu untuk membuktikannya).

Sifat (adanya) kesan-kesan kejadian kepada pemberi kesan dalam kehidupan di muka bumi:

Tidak diragukan lagi bahawa sekumpulan hukum-hukum fizik alam juga berjalan pada bumi dan di bumi ini sesuai diselaraskan sebagaimana dalil ini juga, Maka peraturan itulah yang menjadi sebab sistem ini dihasilkan, Dan sifat tabi'ei (semula jadi) yang dipilih hanyalah hasil daripada peraturan ini, oleh itu ia berdasarkan undang-undang yang muktamad dan termaktub. Dan tidak boleh dikatakan: ia hanyalah kebetulan dan tidak termaktub, dan hasil dalam pemilihan sifat tabi'ei untuk membentuk kesesuaian atau sesuai dikanunkan atau berdasarkan peraturan, dan selagi ada hukum fizik sekurang-kurangnya adalah jelas bagi kita dan dengan kadar yang sedikit di peringkat atom dan subatom dan ia adalah tahap pergantungan kepada kehidupan bentuk kehidupan di muka bumi, maka ia telah dikanunkan, dan ia yang dicari.

Ini adalah penerangan, untuk melengkapkan penerangan kita dan akan membentangkannya di tempat lain,

Dan akan dibawakan tiga perkara lain yang berkaitan dengan kehidupan di muka bumi, khususnya, ia adalah:

- Pemetaan genetik.
- Peraturan evolusi atau kenaikan dengan pilihan tabi’ei.
- Matlamat dari evolusi atau kenaikan dengan pilihan tabi’ei. [5]

Dan di sini ia menimbulkan bentuk kepentingan orang yang berfahaman Atheis: Kejadian gempa bumi di dalam tanah dan sebahagian batu-batan atau perlanggaran asteroid pada zaman dahulu ... dan lain-lain, menunjukkan bahawa kewujudan tidak ada sistem tertentu tetapi berlaku secara rawak (liar). 

Ini sebenarnya adalah tidak lebih daripada kekeliruan orang bodoh yang melakukan sesuatu atas kebodohannya, kewujudan sistem umum yang membuktikannya dan membuktikan hasil yang bermatlamat, ia tidak membatalkan kewujudan sesuatu yang berlaku yang tidak selaras dengan sistem umum, secara zahir, dan untuk menghampiri gambaran yang lebih banyak: Sekiranya terdapat taman yang teratur dan pokok-pokok.

Penyusunan dan matlamat yang tepat dan teratur dari aspek jenis dan jarak di antara mereka, dan kita melihat di tengah-tengah taman sebidang tanah pokoknya telah tumbang dan tanahnya terhakis. Adakah peristiwa ini menguji kejahilan kita kerana ia berikan kepada kita untuk menentukan taman ini menjadi semak samun atau tidak teratur. Walaupun setiap susunan yang kita lihat sekeliling tempat ini hancur? Hakikatnya bahawa kita berada di bahagian yang tidak munasabah yang kita pertimbangkan bahawa dusun ini menjadi semak samun kerana kita dan didapati entah bagaimana di bahagian tengahnya hancur, kerana kita tidak tahu kemungkinan sebab berlaku kemusnahan ini adalah hendak dibina rumah untuk didiami di kebun itu, atau untuk membuat tasik bagi penternakan ikan, atau ladang lembu atau padang rumput terbuka. .. dan lain-lain, atas sebab-sebab yang mungkin kita tidak ketahui. Perkara yang sama berlaku kepada peristiwa-peristiwa yang mereka katakan dan mengecam dalil sistem di muka bumi dan alam semesta ini, di mana sistemnya telah diterangkan dan dibuktikan dengan keterangan (dalil-dalil), ia tidak membatalkan sebahagian peristiwa yang mereka tidak ketahui sepenuhnya, dan mungkin jika kita tahu kita akan mengatakan bahawa dia sangat teratur dan sangat bijaksana. [6]

Maka akan lebih tidak diketahui lagi mengenai yang mengawalnya yang wujud tempohnya yang terbaik tidak lebih daripada seratus tahun - sebagai manusia - sesuatu yang terjadi tempoh kesan kewujudannya melampaui hingga ke ribuan atau beratus-ratus ribu atau berjuta-juta tahun, 

Bukankah ini betul-betul mengimbau kebijakan betapa kerasnya batu di bawah tanah ketika penggalian asas untuk mendirikan bangunan pencakar langit, mereka adalah pembinasa dan tidak membantu langsung untuk menguatkan sistem dan begitu juga dengan akalnya; kerana ia menggali lubang lubang contohnya, yang menyebabkan kemusnahan?! Kemudian dia berkata bahawa segala perbincangan yang melanggar kepentingan kebendaan dan jasmani sebahagian kewujudan pada satu masa apa yang dilakukan itu pada akal adalah membabi buta, Bukankan ia suatu kemungkinan untuk menjadikan matlamat untuk memperbaiki sesetengah diri, atau bertujuan untuk mencapai kebaikan semua? Bukankah undang-undang yang adil yang diluluskan oleh semua masyarakat untuk menghukum pembunuh atau pencuri? Adakah hukuman ini mengganggu dan menunjukkan kegagalan sistem dan kekurangan sebab; apakah kerana ia menyebabkan kerosakan kepada manusia? Atau adakah hukuman ini sangat adil, teratur dan diterima akal dengan kerosakan yang sama yang terkandung di dalamnya atau yang berat sebelah atau ia menyebabkan kepada kerosakan?!!! Pada hakikatnya, sistem ini sahih, dan dengan itu telah dianjurkan ia terbukti adil bagi mereka yang mencari kebenaran, dan kemusykilan-kemusykilan tidak akan menghapuskan dalil, tetapi hanya mengekalkan masalah untuk menunjukkan kegagalan pertemuannya untuk membuktikan kepercayaannya, dan ini berpindah pula kepada kemusykilan selepas mengakui ketidakupayaan untuk mempertahankan dalil [7].


-------------------------------------
** Atsar (kesan) = tanda sesuatu yang telah wujud
[1] Untuk menarik perhatian bahawa kita berada di sini untuk bersaing dengan penggunaan lafaz-lafaz perkataan yang kita panggil cetusan pemikiran manusia dengan akal, dengan menganggap bahawa gambarannya benar (sahih) untuk kita menamakannya, pada hal akal sebenar (Al-3aqal Al-Haqiqi) adalah apa yang ada di Langit Ketujuh Keseluruhan.
[2] Ayat-ayat Al-Quran yang dibawa di sini bukan kerana ia sebagai hujah yang berdiri sendiri tetapi kerana ia membangkitkan bukti akal dan bukan untuk berselisih dengan menolak sesuatu dalil kerana ia adalah dari Al-Quran dan orang itu pula tidak beriman kepada Allah dan Al-Quran. kita tidak membawanya sebagai dalil kerana ia bersumber dari Al-Quran tetapi ia adalah dalil akal. Jika dia tidak menerima bukti akal ini dia akan mengembalikannya dengan dalil akal yang kita tolak.
[3].Allah berfirman: 
﴿وَكَذَٰلِكَ نُرِي إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ ۞ فَلَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ اللَّيْلُ رَأَىٰ كَوْكَبًا ۖ قَالَ هَـٰذَا رَبِّي ۖ فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَا أُحِبُّ الْآفِلِينَ۞ فَلَمَّا رَأَى الْقَمَرَ بَازِغًا قَالَ هَـٰذَا رَبِّي ۖ فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَئِن لَّمْ يَهْدِنِي رَبِّي لَأَكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّالِّينَ ۞ فَلَمَّا رَأَى الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَـٰذَا رَبِّي هَـٰذَا أَكْبَرُ ۖ فَلَمَّا أَفَلَتْ قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي بَرِيءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ ۞ إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا ۖ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ﴾
Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan di langit dan bumi dan agar dia termasuk orang yang yakin.* Ketika malam telah gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: "Inilah Tuhanku", tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: "Saya tidak suka kepada yang tenggelam." * Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata: "Inilah Tuhanku". Tetapi setelah bulan itu terbenam, dia berkata: "Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang yang sesat".* Kemudian tatkala ia melihat matahari terbit, dia berkata: "Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar". Maka tatkala matahari itu terbenam, dia berkata: "Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan.* Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Rabb yang menciptakan langit dan bumi, dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. [Al-An3am 6:75 - 79.]
[4] Gen-gen dan benda wujud (hidupan) adalah pembantu untuk membina pemetaan  dan pembina itu sendiri, Maka gen-gen mewakili pemetaan dan organisma hidupan mewakili hasil perlaksanaan pemetaan. 
[5] Wahm Al-Ilhad:. halaman 194.
[6]. Kewujudan jurang dalam vakum kuantum mencukupi untuk menyangkal idea bahawa manusia boleh dilindungi dengan sebab kecacatan sepenuhnya.
[7] Dalam perkara ini kita dapati semua yang tidak berdaya bersandar dan mungkin lebih meredhai dirinya dengan berpegang kepada aqidah yang batil.




Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya


Jumaat, 22 Julai 2016

Ushul-ushul Yang Tiga:


Ushul-ushul Yang Tiga:
(الأصول الثالثة)


Ushul  Pertama: Al-Mustakhlif - Yang Melantik khalifah atau Yang memberi mandat.


Ia adalah Allah SWT atau Al-Haqiqah.

Terdapat dua cara untuk mengesahkan wujudnya kesaksian Al-Haqiqah (Allah SWT) yang ghaib.yang mengwujudkan alam ini.

Pertama: dengan wahyu

﴿قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap berjumpa dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya." [Al-Kahf 18:110]

Semestinya seseorang manusia itu menyedari bahawa tidak menasabah (tidak diterima akal) untuk dia bertegas menutup telinganya dari mendengar sesuatu di sebalik dinding. Kemudian berkata – dengan kedegilan dan keras kepalanya – apa yang mereka telah dengar: tidak ada apa-apa di belakang dinding. Sepatutnya mula-mula ia membuka telinganya dan cuba untuk mendengar, dan kemudian jika dia tidak mendengar sebagaimana apa yang telah mereka dengarkan, barulah ia boleh menilai bahawa tiada apa yang wujud di sebalik dinding.

Sebenarnya, bahawa kaedah wahyu adalah kaedah asas yang mulia. Dan permulaannya adalah mengesahkan kewujudan Al-Haqiqah (atau Allah SWT), Tetapi ia lebih daripada sekadar mengesahkan makrifah (mengenal) dan ia adalah penyebab penciptaan [1] dan mula bersedia untuk mendengar dari Al-Haqiqah. Dan kemudian dengan kesaksamaan dan keikhlasan kepada hakikat kewujudan alam penciptaan ini, sehingga kamu mendengar roh manusia dari Al-Haqiqah Yang Maha Bijaksana, dan membuktikan kewujudan dan kebijaksanaan-Nya. Kemudian bermulalah perjalanannya kepada makrifah, yang akan mendengar dari Allah dan Rasul-Nya dengan wahyu dalam rukya (mimpi) dan kasyaf, bahkan sehingga sampai kepada perkara manusia boleh mendengarkan sesuatu walaupun benda-benda tidak bernyawa (AlJamadaat) [2], ia adalah jalan (kaedah) para nabi dan para wali, dan sepatutnya menjadi jalan (kaedah)  semua anak-anak Adam, kerana mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka apa yang diseru kepada mereka. Pada hal mereka sibuk dalam dunia ini dalam kelalaian. Mungkin tindakan mereka itu berniat jahat yang berlawanan dengan wali-wali Allah sehinggakan mereka tidak sedar hati mereka tertutup lalu tidak mendengar atau mengetahuinya,

﴿كَلَّا ۖ بَلْ ۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ﴾

Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.: [Al-Mutaffifin 83:14]

Dan dengan jalan ini seperti yang diterangkan, melangkaui apa yang telah dibenarkan, tidak ada salahnya untuk meluaskan sedikit masalah makrifah, yang merupakan tujuan penciptaan manusia ini.

Makrifah adalah,

﴿وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴾

"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.: [Al-Zhariyat 51:56]

Manusia pada dasarnya dicipta untuk mengenal Allah, kerana dia dicipta mengikut shurahNya (gambaranNya), iaitu, manusia adalah tajalli (penzahiran) Allah dalam alam-alam penciptaan. Maka shurahNya (gambaranNya) adalah seperti sejauh mana apa yang kita tahu mengenai Al-Haqiqah, tetapi oleh kerana pada umumnya manusia menjauhi dari jalan Allah, mereka sibuk dengan dunia ini dan lalai terhadap Tuhan mereka, maka orang-orang yang ingat hanya tertentu dan sangat sedikit, seperti cahaya bintang-bintang kecil dalam kegelapan langit, ia adalah kehendak Allah - dan rahmat-Nya - bahawa Rasul-rasul yang terpilih khususnya inilah yang mengingat dan mendengar, dan mereka diutus untuk mengingatkan orang-orang yang lalai dan sibuk dengan dunia ini dan mengenalkan mereka jalan (kaedah) agar mereka berjalan menuju Allah, untuk menyelamatkan sebahagian dari mereka yang lalai dengan mengingatkan dan mengenalkan mereka dengan kurnia Allah dan mengurniakan keselamatan yang diterima oleh orang-orang yang terdahulu. Jadi, pada asasnya manusia kesemuanya ingat dan mereka tidak perlukan peringatan. Jika terdapat seorang utusan (rasul) maka sepatutnya mereka mengenalnya walaupun ia tidak mengumumkan dirinya.

﴿وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۖ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّـهُ ۗ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ﴾

Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. [Al-Baqarah 2:282].

﴿قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap berjumpa dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya." [Al-Kahf 18:110]

Sekiranya mereka lalai, maka sepatutnya mereka mengambil pelajaran dari (Al-Rasul) – yang diutus Allah kepada mereka supaya mereka menjalani bersama mereka, jalan yang tidak dapat difahami atas kelalaian mereka - mereka tidak perlukan kepada tahap yang tinggi untuk mengingatkan mereka.

Malah sepatutnya Khalifah Allah tidak perlu banyak perisytiharan mengenai dirinya. Dan sepatutnya manusia dapat mengenal pasti Khalifah Tuhan (Rabb dan Ilah) mereka, yang memungkinkan mereka tetap menghubunginya, bersamanya dan bertanya kepadanya mengenai kerasulannya, ini adalah prinsip asas yang jika mereka itu adalah orang-orang yang memelihara fitrah kemanusiaan mereka ketika mereka lalai. Ini telah diterangkan di dalam Al-Quran bahawa para nabi seperti Ibrahim tidak perlu banyak pengisytiharan dakwah kepada mereka itu, iaitu seruan-seruan berikut:

﴿وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ﴾

Dan serulah kepada manusia untuk berhaji (ziarah Al-Hujjah), nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, [Al-Hajj 22:27].
Ayat ini adalah jelas; Serulah, wahai Ibrahim, nescaya manusia akan datang kepadamu dengan cepat sebaik sahaja mereka tahu perisytiharanmu tentang seruan (dakwah) Allah yang engkau bawa [3], kerana mereka akan ingat dan berhubung dengan Tuhan mereka, dan mereka mengetahuinya. Darinya diperintahkan RasulNya menurut kelayakannya, tetapi sepatutnya mereka diingatkan sama seperti kamu, dan kamu mengenali mereka sebelum mereka menyeru, tetapi malangnya mereka sibuk dengan dunia ini sehingga kamu mengingatkan mereka perkara berkenaan.

Jadi, manusia akan datang kepadamu sebaik sahaja kamu mengisytiharkannya, adapun selain orang-orang ini atau orang-orang yang gagal menurut fitrah mereka sehingga ia tidak lagi layak untuk dipanggil manusia, maka mereka ini sudah tentu tidak ada lagi yang memberi manfaat kepada mereka samada seruan-seruan mahupun sesuatu yang lain. Dan di antara manusia dan di antara orang-orang yang gagal menurut fitrah mereka, ada banyak dari mereka yang mencemarkan fitrah mereka dan dirinya mengikut ukurannya. Mereka tidak perlukan sesuatu yang lain samada perisytiharan mahupun seruan (dakwah). dan ia adalah apa yang kita panggil dalil-dalil untuk mengenal Khalifah Allah atau peraturan untuk mengenal Al-Hujjah.

Dengan rahmat Allah-SWT, Dia tidak hanya mengutus rasul-rasul sebagai kurniaanNya Yang Maha Suci, tetapi memerintahkan pesuruh-Nya itu untuk mengumumkan seruan (dakwah). mereka, walaupun apa yang akan dipikulnya adalah risalah kekasihnya Maha Suci kepada musuh-musuhnya disebabkan pengumuman ini. Bahkan juga atas keluasan rahmatNya SWT, bukan sahaja dengan semua ini, namun disertakan bersama rasulNya itu ayat-ayat dan keterangan-keterangan (dalil-dalil yang jelas dan nyata bagi setiap pencari kebenaran). Maka tidak ada lagi alasan untuk berdalih dan tidak ada lagi hujjah yang diperlukan yang semuanya adalah alasan, hujah dan bantahan yang lemah.

﴿رُّسُلًا مُّبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى اللَّـهِ حُجَّةٌ بَعْدَ الرُّسُلِ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ عَزِيزًا حَكِيمًا﴾

(Mereka Kami utus) selaku rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya rasul-rasul itu. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [Al-Nisaa’ 4:165]

Dengan itu - seperti yang telah diterangkan - mereka tidak mempunyai hujah yang benar, tetapi Dia Al-Karim Al-Rahim memberi iktibar sebagai hujah kepada mereka atas keagungan kemuliaanNya. Maka diutus utusan yang membawa ayat-ayat dan keterangan-keterangan untuk menghancurkannya hingga ke akar umbi hujjah khayalan mereka ini. Walau bagaimanapun - dan malangnya - mereka ini adalah para pemberontak yang tidak sopan yang Allah berikan mereka peluang demi peluang tanpa kelayakan, namun mereka akan tetap meminta satu peluang lagi,

﴿قَالُوا رَبَّنَا أَمَتَّنَا اثْنَتَيْنِ وَأَحْيَيْتَنَا اثْنَتَيْنِ فَاعْتَرَفْنَا بِذُنُوبِنَا فَهَلْ إِلَىٰ خُرُوجٍ مِّن سَبِيلٍ﴾

Mereka menjawab: "Ya Tuhan kami Engkau telah mematikan kami dua kali dan telah menghidupkan kami dua kali (pula), lalu kami mengakui dosa-dosa kami. Maka adakah sesuatu jalan (bagi kami) untuk keluar?" [Ghafir 40:11]

Untuk lebih jelas lagi gambaran perkara ini dibawakan contoh berikut: Sekiranya kamu mempunyai kerja-kerja yang dibuat oleh orang tertentu, dan dia tidak melaksanakannya kerana kecuaian dan kemalasan, dan apabila ditanyakan kepadanya mengapa dia tidak melakukan kerja itu (sendiri)? Akan diberikan kepada kamu alasan yang rapuh dan tidak yang sebenar. Mereka berkata kepadamu, sebagai contoh: Saya perlukan itu dan ini untuk melaksanakan kerja tersebut. Kamu menyekat (membantah) alasan dan hujah-hujahnya yang rapuh juga - dengan pengetahuan kamu dan ia adalah alasan yang lemah lagi dusta - yang mengesahkan tuntutannya, dan dengan demikian jika kamu menganggap alasan dan hujahnya adalah benar, seperti kata bidalan bijak-pandai: Mengikut pendusta hingga ke ambang pintu,

﴿وَلَوْ أَنَّا أَهْلَكْنَاهُم بِعَذَابٍ مِّن قَبْلِهِ لَقَالُوا رَبَّنَا لَوْلَا أَرْسَلْتَ إِلَيْنَا رَسُولًا فَنَتَّبِعَ آيَاتِكَ مِن قَبْلِ أَن نَّذِلَّ وَنَخْزَىٰ﴾

Dan sekiranya Kami binasakan mereka dengan suatu azab sebelumnya, tentulah mereka berkata: "Ya Tuhan kami, mengapa tidak Engkau utus seorang rasul kepada kami, lalu kami mengikuti ayat-ayat Engkau sebelum kami menjadi hina dan rendah?" [Taha 20:134]

Maka masalah dalam perkara ini tidak boleh digambarkan antara manusia sebagai hujah yang sebenar terhadap Allah, sama sahaja diutus seorang utusan atau tidak, dan sama sahaja pada rasul-rasul itu ada ayat-ayat, keterangan-keterangan dan dalil-dalil, atau di tangan mereka kosong, tiada apa-apa kecuali yang diingatkan Allah.

Jadi, apa yang dituntut pada setiap manusia supaya ingat dan ikhlas apa yang diwahyukan kepada nabi dan mengenal kebenaran dan apa yang dikehendaki dari kekuasaanNya Yang Maha Suci. Maka Allah telah mencipta semua ini dan menjadikan untuk ini dan Dialah yang menguji mereka supaya menjadi demikian,

﴿وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴾

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.: [Al-Zhariyat 51:56]

﴿وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۖ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّـهُ ۗ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ﴾

Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. [Al-Baqarah 2:282].

﴿قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا﴾


Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap berjumpa dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya." [Al-Kahf 18:110]

Tetapi sayangnya kebanyakan manusia bergantung kepada kegelapan Alam Jasmani ini dan melalaikan Tuhan mereka. Mereka tidak melalui jalan ini iaitu jalan wahyu melainkan golonan yang sedikit, seperti nabi-nabi Allah, rasulNya dan wali-waliNya SWT. Maka Allah membuka kepada yang lain daripada anak-anak Adam jalan perantaraan atau khalifah supaya menyanjung dan mengenali mereka, dan dengan demikian zahirlah bersama terbukanya jalan perantaraan dari mula hingga akhir yang berkaitan dengan perlantikan atau pemberian mandat khalifah sebagai makrifah yang diwajibkan oleh Yang Maha Suci, ianya adalah Al-Khalifah dan Al-Risalah yang dibawa untuk mengetahuinya (ditakrifkan).



-----------------------------------
[1] "وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ"
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.: [Al-Zhariyat 51:56] Iaitu untuk mengenali-KU
[2] Al-Jamadaat (benda-benda mati) atau bahan-bahan umum dari sumber kehidupan bakteria, tumbuh-umbuhan dan haiwan, serta semua aspek kehidupan dari salinan, pertumbuhan dan pergerakan hanyalah proses kimia jika dipandang padanya dalam batas-batas dunia kebendaan (Alam Al-Madi), oleh itu tidak ada perbezaan hakiki antara tumbuhan, haiwan, bakteria dan benda-benda mati, tetapi perbezaan hanya dalam pemasangan bahan-bahan ini yang layak untuk proses menyalin sendiri dan proses yang terhasil daripada evolusi.
[3] Ini adalah apa yang dikatakan kepada warisan Ibrahim (as) mereka khusus memiliki keikhlasan pada Allah dari keturunan Ibrahim (as), di mana Ibrahim (as) telah menempatkan mereka dengan perintah Allah, berhampiran Bait Al-Haram untuk mereka menjadi imam- imam manusia, orang-orang yang diseru berhaji dan mendirikan sholat iaitu mendirikan agama Allah selepas bapa mereka Ibrahim (as). Maka diwajibkan atas manusia untuk datang kepada mereka sebagai mana diwajibkan atas manusia datang kepada bapa mereka Ibrahim (as) sebelum ini,
رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ"
"Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang mulia, ya Tuhan kami, agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.." [Ibrahim 37:14]
Dalam Al-Kafi - Al-Kulayni: 1, halaman 392-393. -
- Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, dari Ibn Abi Amir, dari Ibn Azhinah, dari Al-Fadhil, dari Abi Ja'far (as) katanya: Kami melihat orang bertawaf mengelilingi Ka’bah, beliau berkata: Mereka bertawaf mengelilinginya secara jahiliyah, Sesungguhnya mereka diperintahkan bertawaf mengelilinginya, kemudian pergi kepada kami lalu mengenali kami adalah wilayah mereka, tempat mereka mengasihi, tempat mereka berurusan dan tempat mereka memberi sokongan, kemudian beliau membaca ayat ini,
﴿فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِم﴾
"maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka.”
- Al-Hussein bin Muhammad, dari Ma’la bin Mohammed, dari Ali bin Asbath, dari Daud bin-Al-Nu'man dari Abu Ubaidah katanya: Aku mendengar Aba Ja'far (as) - dan Melihat orang-orang di Mekah dan apa yang mereka amalkan – katanya, beliau berkata: amalan mereka seperti amalan zaman jahiliyah, Adapun Allah tidak memerintahkan mereka seperti ini dan tidak diperintahkan mereka melainkan supaya menggunduli rambut mereka (menghilangkan kotoran pada badan mereka) dan menunaikan nazar mereka, maka melalui kami dikhabarkan tempat wilayah mereka dan kepada kami tempat mereka memberi sokongan. -
- Ali bin Ibrahim, dari Saleh bin Al-Sindi, daripada Ja'far bin Basyir dan Muhammad bin Yahya, dari Ahmad bin Muhammad bin Isa, dari Ibn Fadhil semuanya, dari Abi Jamilah, dari Khaled bin Ammar, dari Sudair katanya: Aku mendengar Aba Ja'far (as) ketika beliau berada di dalam dan aku di luar dan dia memegang tanganku, dan kemudian mencium Al-Bait dan berkata: Wahai Sudair sesungguhnya diperintahkan manusia supaya datang ke batu-batu ini. Lalu bertawaf mengelilinginya dan kemudian mendatangi kami lalu mengetahui kami adalah wilayah mereka dan ia adalah firman Allah:
﴿وَإِنِّي لَغَفَّارٌ لِّمَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا ثُمَّ اهْتَدَىٰ﴾
Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal saleh, kemudian tetap di jalan yang benar.
dan kemudian memberi isyarat dengan tangannya ke dadanya - pada wilayah kami - dan kemudian beliau berkata: Wahai Sudair, Aku akan tunjukkan kamu orang-orang yang berpatah balik (Al-Shadin) dari agama Allah, lalu melihat kepada Abu Hanifah dan Sufyan Al-Tsuri pada masa itu mereka berhalaqah di dalam masjid, Lalu beliau berkata: Mereka itu orang-orang yang berpatah balik dari agama Allah tanpa mendapat petunjuk dari Allah mahu pun Kitab yang nyata. Mereka itu jika duduk di rumah mereka, maka orang-orang akan pergi (ke tempat lain), maka tiada yang dapat diberitahu suatu pun dari Allah TWT, dan Rasul-Nya (S) sehinggalah mereka mendatangi kami lalu kami memberitahu mereka dari Allah SWT dan  dari Rasul-Nya (S)



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya






Ushul-ushul Yang Tiga:
)الأصول الثالثة(

Rabu, 20 Julai 2016

Ushuluddin (Asas Agama):




بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani


والحمد الله رب العاملين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما
,
Puji-pujian bagi Allah Tuhan sekelian alam..Selawat sanjungan Allah atas Muhammad dan Aali Muhammad, Imam-imam dan Mahdi-mahdi serta salam pengiktirafan


Ushuluddin (Asas Agama):
(أصلُ الدين)

Ushuluddin atau aqidah Al-Ilahiyah (kepercayaan ketuhanan) di muka bumi ini adalah perlantikan pengganti (penggantian kepemimpinan) sejak Allah menciptakan makhluk manusia bumi pertama, ia adalah Adam (as) dengan menjadikan dia khalifahNya di muka bumiNya.

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ﴾

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".[Al-Baqarah 2:30] 

﴿وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ﴾

Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama-nama itu jika kamu semamangnya orang-orang yang benar!" [Al-Baqarah 2:31] 

﴿قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ﴾ 

Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana". [Al-Baqarah 2:32] 

قَالَ يَا آدَمُ أَنبِئْهُم بِأَسْمَائِهِمْ ۖ فَلَمَّا أَنبَأَهُم بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ﴿٣٣

Allah berfirman: "Wahai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-namanya". Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama itu, Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku-katakan kepadamu, bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?"

Itu adalah apa yang berlaku di antara Adam (as), malaikat-malaikat dan jin, kerana malaikat-malaikat dan jin tidak mampu mendapat makrifah (pengetahuan) seperti diri Adam (as). Maka tidak dapat dielakkan Adam adalah seorang Khalifah dari Kekhalifahan (Al-Khalifah), kerana dia mampu untuk memperkenalkan apa yang tidak mereka ketahui. ia telah beramal dengan sebahagian daripada apa yang telah diamanahkan kepadanya dari keupayaan dan berkebolehannya sebagai seorang manusia, dan kebolehan manusia lebih luas dan lebih hebat (A3dzam) kerana ia dicipta menurut shurah (gambaran) Allah. Iaitu ia dicipta atas makrifah nama-nama Allah dan diamanahkan berkeupayaan untuk menzahirkan nama-nama Allah bagi penciptaan Allah yang menciptakan Adam menurut shurahNya (gambaranNya) [1]

Adapun di antara manusia atau anak-anak Adam sendiri, maka tidak dapat tidak mereka tidak sama dalam amalan dan keikhlasan. Apatah lagi kelalaian mereka lebih banyak dari amalan, Maka ia juga menjadi sebab yang tidak dapat dielakkan supaya dilantik sebagai pengganti seorang yang ‘alim lagi arif (mengenal) Allah berbanding yang jahil kepadaNya. Maka Khalifah pertama yang hakiki (sebenar) - dalam alam-alam yang tinggi - adalah Muhammad (S) kemudian Aali Muhammad (S) kemudian yang seumpama mereka dari kalangan manusia. Adapun dalam Alam Jasmani ini mereka adalah penciptaan yang paling berilmu dan yang paling mengenal Allah SWT dalam setiap zaman.


Di sini yang terpilih dan yang dilantik akan diajarkan amanah oleh yang memberi mandat khalifah, dan dengan mengambil kira sifat-sifat Khalifah dan kemuliaan amalannya atau tanggungjawabnya sebagai seorang khalifah (yang terpilih) boleh menggambarkan apa yang dibawanya dan boleh menggambarkan sebagai seorang (khalifah) yang terpilih.

Kita katakan kerana ia menerima berita yang ghaib maka dia adalah seorang nabi yang membawa berita dan akan diberitakan kepadanya dengan wahyu tentang asas-asas (Al-Ushul), dan kerana ia membawa risalah maka dia adalah seorang Rasul yang membawa risalah daripada yang mengutusnya. Maka Ushul Al-Din (asas-asas agama) adalah perlantikan khalifah yang mengandungi tiga asas-asas iaitu: Yang memberi mandat khalifah, khalifah dan Ilmu atau Pemberi berita (Munbiyun), nabi dan berita-berita (Anba’un), atau yang mengutus, Rasul dan risalah, dan boleh digambarkan seorang khalifah sebagai seorang imam jika dia mempunyai maqam Imamah.
                                             
Ushul perlantikan khalifah (penggantian kepemimpinan) ini adalah Ushul Al-Din (asas-asas agama), tunggak dan tiang agama. Maka sesiapa yang menghancurkannya akan hancurlah agama Al-Ilahi dan tiada sesuatu yang tinggal daripadanya. Ini telah disahkan oleh Imam-imam (as) dan Imam Al-Shadiq (as) mengatakan tentang mereka yang merampas hak Imam Ali (as), merekalah golongan yang tambah menghancurkan nasib Islam, mereka bukan sahaja merampas hak Amir Al-Mukminin (as), bahkan kerana rampasan ini adalah dianggap menghancurkan asas-asas tempat bergantung agama Ilahi, dan kemudian jadilah manusia itu menyimpang dari asas-asas agama Ilahi, dari Alif hingga Ya’ (dari A sampai Z).

Imam Ja'far bin Muhammad Al-Shadiq (as) berkata:

«Agama dan asas-asas agama adalah pada seorang lelaki dan lelaki tersebut adalah seorang yang yakin, seorang yang beriman, ia imam umatnya dan ahli di zamannya. Sesiapa yang mengenalnya akan mengenal Allah dan sesiapa yang menafikannya telah menafikan Allah dan agamaNya dan sesiapa yang jahil (tidak mengenalnya) tidak akan mengenal Allah dan agamaNya dan syari’atNya tanpa Imam tersebut juga telah lari, dan dengan mengenal lelaki itu adalah mengenal agama Allah, dan mengenal wajahnya [2] adalah pengenalan (makrifah) yang kukuh (tsabit) terhadap pengertian mengenali agama Allah dan menyampaikannya kepada mengenal Allah.» [3]

Nabi (S) menegaskan mengenai perkara ini dalam satu hadis golongan yang selamat (Al-Firqatu Al-Najiyah) yang terkenal di dalam kitab-Al-Sunnah:

«Umat ini akan terpecah belah menjadi 73 golongan. Mereka semua ada di neraka kecuali satu golongan”. Dikatakan kepada Rasulullah (S) “siapakah golongan itu”. Baginda (S) bersabda “Apa yang Aku dan para sahabat-ku ada di atasnya pada hari ini.”»

«Umat ku akan terpecah belah menjadi 73 golongan. Mereka semua ada di neraka kecuali satu golongan”. Dikatakan: Ya Rasulullah (S) “siapakah golongan itu?. Baginda (S) bersabda “Apa yang Aku dan para Sahabat-Ku ada di atasnya pada hari ini.» [4]

Jadi, Al-Rasul (S) telah menyifatkan sendiri golongan yang selamat (Al-Firqatu Al-Najiyah) dengan menyatakan bahawa golongan yang menjadikan kepimpinannya dilantik oleh Allah, sebagaimana Rasulullah (S) dan orang-orang mukmin yang percaya dengan kepimpinan Ilahiyah ini yang mengenal Allah dan dengan perintah Allah, begitulah juga dengan Sahabat Rasulullah (S)

Maka yang sebenarnya sebagaimana yang ditakrifkan dan disifatkan oleh Rasulullah (S) dengan tepat, ia adalah golongan (Firqah) di mana hubungan kesepakatan di antara baginda dan para sahabat, iaitu beriman dengan perlantikan Khalifah, dan terdapat Khalifah Ilahi lantikan Allah, dan di sana terdapat orang-orang yang beriman dengan khalifah ini dan dengan asas-asas ini yang merupakan Ushul Al-Din (asas-asas agama) Ilahi.
Dan riwayat pendamping (yang menguatkan) mengenainya dari Al-Syeikh Al-Shaduq (rahimahu Allah) berkata:

«Diriwayatkan dari Abu Nashr Muhammad bin Ahmad bin Tamim Al-Sarkhasi berkata: diriwayatkan dari Abu Lubaid Muhammad bin Idris Al-Syami berkata: diriwayatkan dari Ishaq bin Israel berkata: diriwayatkan dari Abdul Rahman bin Muhammad Al-Muharibi berkata: diriwayatkan dari Al-Afriqi, dari Abdullah bin Yazid, dari Abdullah bin Umar berkata: Rasulullah (S) bersabda: Akan datang kepada umatku apa yang datang kepada Bani Israel, sama seperti mereka dan mereka berpecah kepada tujuh puluh dua golongan dan umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan lebih daripada mereka satu golongan, semuanya akan ke neraka selain satu golongan. Katanya, mereka berkata:: Ya Rasulullah, golongan yang mana satu? Baginda (S) bersabda “Adalah apa yang kami ada di atasnya pada hari ini,  Aku dan para sahabat-ku.» [5]



---------------------
[1] Al-Kafi - Al-Kulayni: Jilid 1, halaman 134; Al-Tauhid - Al-Shaduq: halaman 103...
[2] Perkataan ini ada khilaf di antara sumber-sumbernya, dalam riwayat ini (Wajahahu - wajahnya), dalam Khatimah Al-Mustadrak: Jilid 4, halaman 118 (Wajahtaha - wajahnya), dalam Al-Bihar. Jilid 24, halaman 290, disebutkan oleh Al-Bashair (Wajahain – dua wajah),, dan juga dalam Miraah Al-3uqul, dan dalam sebahagian sumber : (Dharabain - dua jenis).
[3]. Bashair Al-Darajat - Mohammed bin Al-Hassan Al-Shafar: halaman 549; Mukhtashar Bashair Al-Darajat - Al-Hassan bin Sulaiman:.. halaman 82; Khatimah Al-Mustadrak - Al-Mirza Al-Nuri: Jilid 4, halaman 118; Bihar Al-Anwar - Al-Majlisi: Jilid 42, halaman 290.
[4] Perkataan ini disebut oleh Ibn Taimiyah di dalam Majmu3 Al-Fatawa: Jilid 24, halaman 171-172, dan disifatkan sebagai masyhur..
[5] Ma3ani Al-Akhbar- Al-Shaduq:. halaman 323.



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya