Selasa, 12 November 2013

Soalan 122 - Betapa Keperitan Itu Melemahkan Hati-Hati Yang Dilandainya

Kiriman Muhammad Eshraq 


APAKAH MAKNA KATA-KATA IMAM HUSSEIN (AS): (BETAPA KEPERITAN ITU MELEMAHKAN HATI-HATI YANG DILANDAINYA)?

Jawapan:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Allah telah berselawat ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad. para Aimmah dan para Mahdiyyin.

Imam Hussein (as) bermunajat dengan kata-kata ini dan mengadu kesedihannya yang teramat sangat kepada Allah SWT. Al Karb (keperitan) adalah jiwa yang berduka cita dan kesedihan, yang menjelaskan tentang betapa hebat musibah yang melandanya. Beliau melihat dengan mata kepalanya sendiri bahawa kebatilan sedang membunuh kebenaran, yang dizahirkan kepadanya ketika itu. Musibah tersebut membuatkan hati-hati manusia tidak mampu membebaskan diri daripadanya dan berhadapan dengannya. Disebabkan itu beliau digenangi dengan kesedihan yang teramat sangat, melainkan Allah SWT meluruskan dan menguatkannya dengan daya dan kekuatanNya.

Oleh itu, Imam Hussein (as) seolah-seolah berkata kepada Allah SWT: Tuhanku, aku tidak mampu menanggung keperitan yang hebat ini melainkan dengan daya dan kekuatanMu. Seolah-olah Imam Hussein (as) berkata: (Tiada kekuatan melainkan dengan Allah).

Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (as)
Kitab al-Mutasyabihat, jilid keempat, ms 17, soalan 123. 

Tiada ulasan: