Jumaat, 8 November 2013

Soalan 234: Nasihat Imam Ahmad Al Hassan As Buat Para Ansar

Soalan 234: Nasihat Imam Ahmad Al Hassan As Buat Para Ansar

: بسم الله الرحمن الرحيم، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Berikut adalah nasihat Sayyid Ahmad Al Hassan buat para ansar, yang didatangkan sebagai jawapan atas pertanyaan dan permintaan daripada saudara 'Alaa' yang dimuliakan. Ianya bertarikh: Rabu, 16 safar 1430 hijrah.



Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين كما هو أهله وكما ينبغي لكرم وجهه وعزّ جلاله، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين الهداة الأطهار وسلم تسليماً.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta sanjungan Allah atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Imam dan para Mahdi. Yang ditenangkan dan disucikan serta limpahan salam pengiktirafan.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah satu-satunya, tiada sekutu bagiNya, Tuhan yang Satu, lagi Maha Esa, yang bergantung kepadaNya segala sesuatu, yang tidak pernah mengambil sebarang teman dan anak. Dan aku bersaksi bahawa tuan dan maulaku Muhammad bin Abdullah hambaNya dan pesuruhNya kepada seluruh alam.

Aku bertahmid kepada Dia SWT yang menganugerahkanku dengan kurniaanNya yang tidak diketahui tentangnya melainkan Dia swt, yang menjadikanku hambaNya. KepemurahanNya ke atasku yang menjadikanku dari kalangan orang-orang yang sujud dan mentakdirkanku di kalangan orang-orang yang ingat. Pada hakikatnya, aku mendapati diriku hanyalah seorang yang lalai serta tidak layak untuk kemuliaan ini yang dilimpahkan ke atasku oleh Dia SWT. Namun, Dia yang maha pemurah memberi balasan yang banyak. Demi Allah, aku tidak mendapati diriku telah mengemukakan melainkan sedikit untuk aku mengatakan bahawa Dia telah memberikanku balasan yang banyak, berbanding sedikit yang telah aku kemukakan.

Seterusnya adalah kehendak Dia SWT yang telah menghimpunkanku di kalangan tuan-tuanku keluarga Muhammad, para Imam dan para Mahdiyyin alaihimussalam. Mentakdirkanku bersama-sama mereka dan menghimpun wajahku yang gelap di kalangan wajah-wajah mereka yang bersinar dengan cahayaNya swt. Lalu aku meletakkanku di antara perintahNya swt yang mengekangku di antara makrifat tentang diriku yang meresahkanku. Ia adalah apa yang Allah swt kehendaki untuk menguji makhluk dengan batu yang menjadi hitam akibat dosa-dosa, yang tidak memberi mudharat dan tidak juga memberi manfaat.

Apakah yang telah aku katakan kepada kalian: (Janganlah kalian menjadi ansar Ahmad Al Hassan, seorang hamba yang akan mati, yang tidak berkemampuan atas sesuatu pun. Tetapi jadilah ansar kepada yang sentiasa hidup, yang tidak mati dan yang berkemampuan atas segala sesuatu). Bermaksud: Janganlah kalian disibukkan oleh kiblat berbanding Hakikat yang kalian tujui. Jadikanlah hati-hati kalian melekat kepadaNya swt dan bukannya dengan salah seorang hamba-hambaNya, walau hamba ini adalah khalifah Allah di bumiNya. Kalian mentaati khalifah Allah kerana Allah memerintahkan kalian sedemikian. Jadikanlah pengorbanan-pengorbanan kalian bersama khalifah Allah; kerana Allah memerintahkan kalian sedemikian, bukan kerana kalian mencintai insan ini yang Allah jadikannya sebagai khalifahNya di bumiNya. Ini adalah syirik yang menghalang manusia mukmin soleh daripada meningkat naik ke jalan-jalan langit (samawaat).

﴿وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللّهِ إِلاَّ وَهُم مُّشْرِكُونَ﴾

"Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah." (47 Surah Yusuf: 106)

Ketahuilah bahawa Allah menjadikan perasaan kasih dan cinta kepada kami di dalam hati-hati orang yang beriman, yang membelasi hati-hati mereka untuk mengingati kami dan dan air mata mereka mengalir kerana kerinduan pada kami. Kalian diuji dengan ini juga, maka janganlah kalian disibukkan dengan ini berbanding Allah. Janganlah kalian menjadi seperti orang yang disibukkan dengan cermin berbanding gambaran yang ada di dalamnya, kerana cermin itu hanya wujud untuk menyampaikan kepada kalian gambaran tersebut.

Ketahuilah, semoga Allah merahmati kalian bahawa khalifah Allah di bumiNya, hanyalah bukti-bukti yang mereka dikenal oleh orang yang mengenali mereka dan Allah dikenali melalui mereka. Matlamat dan tujuan kalian adalah Allah dan untuk mengenaliNya swt. Oleh itu, awaslah kalian dan berwaspadalah daripada disibukkan dengan bukti-bukti (Semoga Allah mensejahterakan kesemua mereka) berbanding tujuan kalian yang telah mereka tunjuki dan halakan kepadanya.

Aku ringkaskan kata-kataku dengan dua kalimat yang aku letakkan di leher-leher kallian: (Berwaspadalah kalian dan berasa cemaslah dengan kiblat, kerana ia adalah kiblat yang diarahkan kalian untuk menghadap wajah melaluinya. Berwaspadalah kalian dan berasa cemaslah dengan kiblat, kerana ia kiblat yang diinginkan adalah apa yang disebaliknya).

Aku mengingatkan kalian agar tidak menghalusi khalifah Allah di bumiNya kerana dia hanyalah kiblat kalian kepada Allah dan aku juga takut kalian berasa cemas dengan khalifah Allah berbanding daripada mengingati Allah swt; kerana khalifah Allah hanyalah kiblat kepada Allah.

Seterusnya, jadikanlah kesibukan kalian pada berbuat baik sesama kalian dan bersifat belas ihsan sesama mukmin, semoga Allah merahmati kalian. Dengan izin Allah, tiada di kalangan kalian orang yang beriktikad bahawa Allah swt mempunyai sekutu dan tiada juga di kalangan kalian yang beriktikad bahawa Allah swt, yang mana Dia adalah cahaya (Nur) yang tiada kegelapan (zhulmah) padaNya bertahalul (bertempat) di salah satu alam makhluk di mana kegelapan bercampur aduk dengan cahaya. Bahkan ia tertegak dengan cahayaNya swt yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Sebagaimana aku menganggapi kalian mengetahui bahawa Allah berkata-kata kepada orang yang ikhlas kepadaNya daripada kalangan makhlukNya: Aku Hidup yang tidak mati dan Aku telah menjadikan kamu hidupan yang tidak mati, Aku berkata kepada sesuatu "Jadilah", lalu ia jadi dan Aku menjadikan kamu berkata kepada sesuatu "Jadilah", lalu ia jadi".[48]

Firman Allah Taala:

﴿لَا يَذُوقُونَ فِيهَا الْمَوْتَ إِلَّا الْمَوْتَةَ الْأُولَى وَوَقَاهُمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ﴾

"Mereka tidak akan merasakan mati di dalamnya kecuali kematian di dunia. Dan Allah memelihara mereka dari azab neraka." [49

Mereka semua tidak mati dan tidak mengenal kematian melainkan keluarnya mereka daripada dunia ini.

Firman Allah Taala:

﴿وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَن شَاء اللَّهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَى فَإِذَا هُم قِيَامٌ يَنظُرُونَ﴾

"Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu." [50]  

Mereka semua tidak mati, bahkan mereka tidak terperanjat dan tidak mati ketika Israfil meniupkan sangka kala.

Firman Allah Taala lagi:

﴿يَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ﴾

"Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan." [51

Mereka tidak binasa kerana mereka adalah wajah Allah, bermaksud: bahawa Allah berhadapan dengan makhluk lain melalui mereka.

Tetapi, di manakah hidupan yang tidak mati selainNya? Siapakah yang Hidup tidak mati itu sendiri? Di manakah yang mengatakan kepada sesuatu "jadilah" lalu ia jadi dengan daya dan kekuatan selainnya, bahkan memerlukan izin selainnya? Siapakah yang berkata "jadilah" lalu ia jadi dengan daya dan kekuatanNya sendiri:

﴿ ... قَالَ اللّهُ يَا عِيسى ابْنَ مَرْيَمَ اذْكُرْ نِعْمَتِي عَلَيْكَ ............... وَإِذْ تَخْلُقُ مِنَ الطِّينِ كَهَيْئَةِ الطَّيْرِ بِإِذْنِي فَتَنفُخُ فِيهَا فَتَكُونُ طَيْراً بِإِذْنِي﴾

[Ingatlah], ketika Allah mengatakan: "Wahai Isa putera Maryam, ingatlah nikmatKu kepadamu.......dan [ingatlah pula] di waktu kamu membentuk dari tanah [suatu bentuk] yang berupa burung dengan izinKu, kemudian kamu meniup padanya, lalu bentuk itu menjadi burung [yang sebenar] dengan izinKu." [52

Hendaklah Kalian tinggalkan perbahasan dan pertengkaran, semoga Allah merahmati kalian, serta berkata-katalah dengan manusia mengikut kadar kemampuan akal mereka.

Aku berpesan kepada kalian supaya menyampaikan kebenaran kepada orang yang menuntutnya dengan lemah lembut, belas ihsan dan bertimbangrasa. Kalian membawa makanan daripada langit kepada mereka, oleh itu, janganlah kalian menyertakan pemberian kalian dengan ungkitan dan menyakiti perasaan si penerima:

﴿يأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالأذَى﴾

"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan sedekahmu dengan mengungkit-ungkitnya dan menyakiti [perasaan si penerima]" [53]

Jangan kalian jadikan hidayah mereka sebagai keinginan kalian, tetapi jadikanlah keinginan kalian untuk menjadi pembantu kami di lapangan hari kiamat. Jadilah kalian daripada kalangan orang yang para Malaikat berbangga dengan mereka.

Bantulah kami dengan ilmu dan amal, serta ikhlas sesama kalian. Jadilah sebaik-baik umat yang dikeluarkan buat umat manusia. Sekiranya kalian tidak menjadi Ashabul Kahfi, maka kalian jadilah orang-orang yang menakjubkan mereka yang sebelum dan sesudah kalian.

Firman Allah Taala:

﴿أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَباً﴾

Adakah engkau menyangka, bahawa "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?" [53].

Dan hanya mendengarkan kepala Hussein bin Ali as membacakan: "Bahawa Ashaabul Kahfi dan Ar-Raqiim itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?." Bermaksud: Ashabul Kahfi yang lain, mereka adalah sahabat-sahabat Qoim yang menuntut bela dan berpegang teguh dengan agama Hussain yang dibunuh kerananya iaitu ketuanan Allah (Hakimiyyah Allah).

Kalian telah berpegang dengan agama keseluruhannya iaitu ketuanan Allah. Tiada sesuatu pun yang dapat memudharatkan orang yang datang dengan ketuanan Allah di hari kiamat kelak dan orang yang mencuaikannya tidak mendapat manfaat suatu apa pun. Pada hakikatnya, orang-orang yang mencuaikan ketuanan Allah dituliskan mereka daripada kalangan orang yang menentang Muhammad, walau mereka mendakwa diri mereka sebagai pengikutnya. Mereka dituliskan dari kalangan penentang-penentang Ali, walau mereka mendakwa sebagai pengikutnya (syiahnya). Mereka dituliskan sebagai penentang-penentang Hussein, yang mengorbankan hatta anak kecilnya yang masih menyusu dan menjulang kepalanya dihujung tombak, demi memastikan ketuanan Allah.

Demi Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia, merekalah yang membawa kepala Hussain dihujung tombak pada zaman ini. Cukuplah buat mereka kehinaan dan keaiban, apabila mereka mendapati diri mereka di penghujung perjalanan, yang mana mereka tidak memahami sesuatu pun daripada agama Tuhan ataupun revolusi Hussain as.

Bertahun-tahun lamanya kalian mendengar mereka berkata terang-terangan di atas mimbar bahawa Hussain tidak pernah keluar demi kekuasaan. Mereka meyakini bahawa dengan ini mereka mensucikan Hussein as dari kekejian, sedangkan tuntutan khalifah Allah terhadap ketuanan Allah adalah tugas yang ditetapkan ke atasnya, dengan cara ia adalah aib dan penuh kekurangan bagi selainnya; kerana khalifah Allah berdasarkan tuntutannya terhadap ketuanan Allah adalah perlaksanaan kehendak Allah, sedangkan tuntutan selainnya berdasarkan ketuanan manusia adalah bertentangan dengan kehendak Allah. Orang yang dilantik Allah sebagai Imam, Allah tidak meredhai mereka menolak Imamah atau meninggalkan tugasnya dalam menunjukkan hidayah kepada manusia ke jalan yang lurus.

Oleh itu, bagaimana mereka mewajibkan bahawa Hussein as tidak pernah menuntut ketuanan Allah dan tidak pernah menuntut kekuasaan, yang disebabkannya manusia diuji dan terbahagi kepada dua bahagian pada setiap zaman; di kalangan mereka ada yang seperti Iblis mengatakan "aku" atau "kami" dan di kalangan mereka ada yang seperti Malaikat, yang di dalam sujud mereka mengatakan HUA.

Seterusnya, lihatlah musibah yang menimpa mereka pada masa lalu, yang menganggap bahawa Hussein as tidak pernah keluar menuntut kekuasaan dan menurut pemikiran mereka menganggap berketuakan Hussein as, adakah mereka pada hari ini mempunyai pegangan yang sama dengan mereka di masa lalu???!!!

Aku tinggalkan kalian dan manusia sekaliannya untuk menilai iaitu melihat mereka melompat-lompat di atas kerusi kekuasaan seperti monyet.

Wahai ansar Allah yang dikasihi, kalian telah tahu kejahilan mereka dan kebinasaan mereka. Mereka telah binasa dan membinasakan, maka bertimbang rasalah kepada orang yang telah mereka binasakan, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk:

﴿ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ﴾

"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk." 8

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahmad Al Hassan..

-------------------------------------
[47] - Yusuf:106.
[48] – Beliau as menunjukkan kepada hadis Qudsi yang terdapat di dalamnya: (wahai anak Adam, Akulah yang hidup tidak mati, taatilah aku pada apa yang telah perintahkan kamu sehingga Aku menjadikan kamu hidup tidak mati. Wahai anak Adam, Aku berkata kepada sesuatu "jadilah maka ia jadi", taatilah Aku pada apa yang telah perintahkan kamu sehingga Aku menjadikan kamu berkata kepada sesuatu "jadilah maka ia jadi". (Mustadrak Al Wasail: jilid 11, ms 258. Bihar Al Anwar: jilid 90, ms 376)
[49] - Ad Dukhan:56.
[50] - Al-Zumar:: 68.
[51] – Al-Rahman: 27.
[52] - Al Maidah 5:110
[53] – Al-Baqarah:2: 264.
[54] - Surah Al Kahf: 9.

[55] - Surah An Nahl: 125.

Tiada ulasan: