Jumaat, 22 November 2013

MUZAKARAH KEBENARAN DAKWAH AL-YAMANI

Dikirim oleh Mohamad Sidik


MUZAKARAH KEBENARAN DAKWAH AL-YAMANI

Assalamu'alaikum wrt wbt sahabat2 ansar yg dirahmati Allah sekalian,

Di sini saya ingin menyampaikan beberapa hujah sebagai muzakarah kita untuk mereka yang masih ada keraguan terhadap kebenaran dakwah Imam Ahmad Hasan Al-Yamani:

1. Kebenaran itu bukan sekadar dinilai berdasarkan ru'yah 'irfani sahaja, kerana ru'yah dan kasyaf 'irfani itu boleh sahaja dipengaruhi oleh iblis, terutama bagi orang-orang awam yang lalai dan ghairu 'amilin (kurang beramal) seperti kebanyakan kita.

2. Pokok utama kebenaran hakikat dakwah Imam Ahmad Hasan Al-Yamani adalah dinilai berdasarkan HUJAH-HUJAH imam pada 'kebenaran tauhid' dan 'keadilan syariat' yang dibawa bersamanya. Hakikat 'kebenaran tauhid' dan 'keadilan syariat' inilah dua pokok utama yang akan menjadi hujah kepada kebenaran Al-Yamani sampai bila-bila.

3. Andainya Imam Al-Mahdi tidak zuhur atau kezuhurannya akan lewat sekalipun sekiranya berlaku Bada Allah pada kezuhurannya, maka Imam Ahmad Al-Hasan itu tetap imam dan pembaharu agama bagi syariat Muhammad SAW.

Ini sebagaimana kata Imam Ja'far Sodiq tentang hal imam Al-Hasan dan Al-Husain:

الحسن والحسين إما قاما أو قاعدا فإنهما إماما

"Al-Hasan dan Al-Husain sama ada mereka berdua itu bangkit bertindak atau duduk berdiam diri, sesungguhnya mereka berdua itu tetap imam." [Rujuk:
عبقرية الإمام]

Hal ini sama dengan situasi Imam Ahmad Al-Hasan dan Imam Al-Mahdi, sama ada kedua-dua mereka berdiam diri (tidak zuhur) atau mereka berdua bangkit bertindak (dengan kezuhuran), maka mereka berdua itu tetap imam bagi kita.

4. Andainya Hashemboy itu dikatakan imam Al-Mahdi, maka wajiblah baginya mendatangkan HUJAH-HUJAH sebagaimana hujah-hujah yang didatangkan oleh Imam Ahmad atau hujah-hujah yang lebih kuat daripada Imam Ahmad. Para imam itu adalah HUJAH-HUJAH Allah di atas di muka bumi.

6. Mu'jizat2 pada hal Imam Ahmad Al-Hasan atau karamah2 Hashemboy bukanlah penentu utama kebenaran dakwah masing2. Dari sudut ke'irfanan, tujuan mu'jizat rasul adalah untuk MENJAWAB CABARAN kepada orang2 yang ingkar terhadap utusan atau sebagai satu bentuk PERTOLONGAN ALLAH kepada orang2 yang beriman pada khalifah lantikanNya. Penentu dan kayu ukur utama dalam menilai kebenaran ialah HUJAH, sebagaimana Muhammad SAW dan Al-Quran adalah HUJAH Allah bagi kaum Muslimin. Manakala bagi para musuh Allah, segala kaeajaiban pada mereka adalah fitnah untuk pengikut kebenaran.

7. Bagi setiap khalifah Allah yang diutuskan itu, nescaya akan datang bersama-samanya satu fitnah besar yang akan sentiasa mengiringinya. Ia bertujuan bagi membersihkan dan menentukan siapakah orang-orang yang benar2 akan kekal bersama dakwah rasulNya dan siapakah pula orang-orang yang terpesong daripada jalan kebenaran Allah dan khalifah lantikannya.

Firman Allah SWT dalam al-Quran:

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang paling terbaik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapakah yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." [An-Nahl 16:125]

# Justeru itu, untuk sahabat2 kita yang sudah berpaling daripada dakwah Imam Ahmad Hasan Al-Yamani, maka kita jangan susah2 hati dengan mereka. Kita jaga silaturrahim dan hubungan baik dengan mereka macam biasa. Yang kekal bersama dakwah imam Ahmad sudah ditentukan untuk kekal, manakala yang terpesong juga sudah dituliskan akan terpesong. Kebersamaan kita semua ini sudah ditentukan oleh Allah. Bilangan ansar tidak akan bertambah atau berkurang melainkan sebagaimana yang sudah ditetapkan oleh Allah. Maju terus dengan dakwah kita sebagaimana adanya.

Wallahu a'lam.

Tiada ulasan: