Selasa, 26 November 2013

Kamu akan dikembalikan – Ar Raj’a

Kamu akan dikembalikan – Ar Raj’a

oleh Baqiyat Allah
26 Mei 2012

Soalan 171: Apa yang dimaksudkan dengan Dia (SWT) berfirman:


وَهُوَ اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ لَهُ الْحَمْدُ فِي الْأُولَىٰ وَالْآخِرَةِ ۖ وَلَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

{Dan Dialah Allah: Tiada Tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya puji-pujian, pada mula dan yang akhir: dan bagiNya Perintah (Pembalasan), dan kepada Nyalah akan dikembalikan } [ Surah Al Qasas 28:70 ]?

Jawapan : Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam .
Semoga rahmat Allah ke atas Muhammad dan keturunan Muhammad, para Imam dan Mahdi-Mahdi .

Ia bermakna bahawa pujian sebenar adalah kepada Allah (SWT), dan itu adalah berdoa kepada-Nya dengan cara yang sempurna dan lengkap, maknanya cuma mengikut tahap ketinggian ilmuNya

{Dan Aku tidak mencipta jin dan manusia kecuali untuk menyembah-Ku}
[Surah Adh -Dhariyat 51:56 ],

bermakna cuma mengetahui, dan [tahap] ketinggian ilmuNya ini, yang melambangkan tujuan penciptaan, dicapai dalam Yang Pertama, ia adalah Langit Pertama (Langit Raj'a 'dikembalikan'), dan sebelum ia (Langit Atom/Zarrah), dan permulaannya bermakna (permulaan Pertama) pada kemunculan Imam Al Mahdi (as), di mana akan bermulah peringkat Yang Pertama ini dan pengenalan kepada penyediaan (membuka jalan kepada) dunia Raj'a ini.
{dan ia adalah Perintah (Pembalasan)}, bermakna ketuanan Allah oleh pemerintah Imam Al-Mahdi (as) dan Mahdi-Mahdi (as), kemudian Raj'a ini, adalah pemerintahan para nabi dan Rasul-rasul dan Imam-Imam dan Wasi-Wasi.

{dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan} kepada Allah (SWT) dalam Raj'a ini, yang bermaksud untuk memberi ganjaran kepada orang yang soleh dengan kebenaran mereka dan menyeksa orang-orang yang zalim (atau penindas) atas salah laku mereka di Raj'a (dari orang-orang yang yang mencapai lambang iman dan dari orang-orang yang mencapai lambang kekufuran)[1] seperti yang diriwayatkan dalam hadith-hadith mereka (as), jadi ukuran setiap pesalah (atau penindas) hendaklah ditimbang, dan ukuran setiap orang soleh akan ditimbang, dengan itu Allah akan membalas kesalahan kepada para nabi dan Rasul-rasul dan Imam-ImamNya terhadap para penindas yang mencapai lambang kekufuran.


وَلَنُذِيقَنَّهُم مِّنَ الْعَذَابِ الْأَدْنَىٰ دُونَ الْعَذَابِ الْأَكْبَرِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

{Dan sesungguhnya Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab yang lebih rendah sebelum azab yang lebih besar, supaya mereka boleh kembali}
[Surah As- Sajdah 32:21]:

Dan sesungguhnya kami akan merasakan mereka sedikit dari azab yang lebih rendah (di Raj'a). Bagi yang Terakhir (Hari Akhirat), pujian di dalamnya yang lebih lengkap, lebih sempurna, dan yang lebih besar, kerana ia adalah satu pendedahan fakta (kebenaran) yang lengkap, dan [semuanya akan diadili mengikut apa yang mereka lakukan]. 

{Tentulah kamu lalai daripadanya, tetapi kini kami telah bukakan perlindungan pada kamu, jadi penglihatan kamu pada hari ini sangat tajam }
[Surah Qaf 50:22].

{Dan Kami cabut apa yang ada dalam dada mereka dari permusuhan; sungai-sungai itu mengalir di bawahnya lalu mereka berkata: Segala puji bagi Allah yang membimbing kami dengan ini, dan tentulah kami tidak akan diberi hidayah kalaulah tidak kerana hidayah Allah kepada kita, pasti akan datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran dan ia akan diseru kepada mereka bahawa ini adalah syurga yang telah dibuat untuk kamu mewarisinya atas apa yang kamu lakukan } [Surah Al-' Araf 7:43].

Maksudnya terangkatnya (ego) itu dari dada-dada, dan masing-masing akan mengambil dari rahmat Allah oleh [saiz] bekas mereka, dan [apa yang dia lakukan] hendaklah diukur / ditimbang oleh ukurannya sendiri yang dia lakukan oleh perbuatannya yang baik.



- Ahmad Al Hassan

Tiada ulasan: