Dari
Pendokong Al Yamani
Metod sebenar mengenal Shohibul Amr:
Artikel
ini bakal membicarakan isu yang amat penting sekali iaitu isu
berkaitan peraturan Ilahi dalam mengenali Khalifah Allah SWT pada setiap
zaman. Memandangkan peraturan ini diasaskan sendiri oleh Allah SWT pada hari
pertama diciptakan Adam (as), ketikamana DIA berfirman:
وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ
لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬ۖ قَالُوٓاْ
أَتَجۡعَلُ فِيہَا مَن يُفۡسِدُ فِيہَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ
بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ
وَعَلَّمَ ءَادَمَ
ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَہُمۡ عَلَى ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ فَقَالَ
أَنۢبِـُٔونِى بِأَسۡمَآءِ هَـٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ
قَالُواْ
سُبۡحَـٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ
ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ
قَالَ يَـٰٓـَٔادَمُ
أَنۢبِئۡهُم بِأَسۡمَآٮِٕہِمۡۖ فَلَمَّآ أَنۢبَأَهُم بِأَسۡمَآٮِٕہِمۡ قَالَ
أَلَمۡ أَقُل لَّكُمۡ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ غَيۡبَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ
وَأَعۡلَمُ مَا تُبۡدُونَ وَمَا كُنتُمۡ تَكۡتُمُونَ
وَإِذۡ
قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأَدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ
أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ
Ingatlah
ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa
Engkau hendak menjadikan [khalifah] di bumi itu orang yang akan membuat
kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih
dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". (30)
Dan
Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya
kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama
benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar!" (31)
Mereka
menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa
yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (32)
Allah
berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama ini".
Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah
berfirman: "Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya Aku
mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa
yang kamu sembunyikan?" (33)
Dan
[ingatlah] ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu
kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur
dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. (34)
Begitulah
para Anbiya, Rasul-rasul dan pengikut-pengikut mereka berhujah ke atas manusia
berdasarkan peraturan ini, yang mana Allah SWT telah menetapkan 3 peraturan ini
sejak hari pertama Allah menjadikan khalifahNya di atas muka bumiNya ini.
Pertama: Nas
iaitu sesungguhnya Allah telah menaskan ke atas Adam (as) bahawa dia adalah
khalifahNya di atas muka bumiNya di hadapan para Malaikat (as) dan Iblis (la),
ketikamana DIA berfirman:
وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ
لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬ۖ
Ingatlah
ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi".
Kedua: Ilmu,
iaitu dia adalah orang yang paling berilmu di kalangan manusia pada zamannya
tentang kitab-kitab samawi seperti Taurat, Injil dan Quran, serta apa jua yang
telah diberikan kepada para Anbiya dan Rasul-rasul sebelumnya. Sebagaimana
firmanNya:
وَعَلَّمَ ءَادَمَ
ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَہُمۡ عَلَى ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ فَقَالَ
أَنۢبِـُٔونِى بِأَسۡمَآءِ هَـٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ
Dan
Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya
kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama-nama itu
jika kamu memang orang-orang yang benar!"
Ketiga: Mengajak
kepada Ketuanan Allah, iaitu panjiNya "Bai'ah hanya untuk Allah",
dengan itu taat kepadanya adalah wajib yakni mentaati khalifah yang dilantik
oleh Allah SWT. Mentaatinya adalah mentaati Allah dan menderhakainya adalah
menderhakai Allah; kerana dia adalah pelaksana hukum-hakam Allah dan pentafsir
kitab-kitabNya yang turun dari langit, ketikamana DIA SWT berfirman:
فَإِذَا سَوَّيۡتُهُ
ۥ وَنَفَخۡتُ فِيهِ مِن رُّوحِى فَقَعُواْ لَهُ ۥ سَـٰجِدِينَ
Maka
apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya
ruh [ciptaan] Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. [Al-Hijr: 29]
Ketiga-tiga
perkara ini adalah peraturan Ilahi bagi mengenal Hujjat ke atas makhluk adalahٍٍٍ ٍ
telah
ditetapkanNya, sebagaimana firmanNya:
سُنَّةَ ٱللَّهِ فِى
ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلُۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ ٱللَّهِ تَبۡدِيلاً۬
Sebagai
sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum [mu],
dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati perubahan pada sunnah Allah. [Al
Ahzab:33]
Umat
manusia pada hari ini amat memerlukan kepada peraturan Ilahi seperti ini,
memandangkan banyaknya fitnah dan pengklaim-pengklaim Mahdi, serta
dakwah-dakwah kesesatan dan banyaknya mereka yang mendakwa sebagai Hujjat Allah
ke atas makhluknya selain daripada mereka yang dilantik Allah SWT, sejak dari
awal penciptaan lagi.
Peraturan
ini jugalah yang ditunjuki oleh Rasulullah (sawas) dan Ahlulbaytnya (as)
berdasarkan riwayat-riwayat mereka yang mutawatir, apabila ditanyakan berkenaan
metod bagi mengenal Imam atau Wasi (as) dan sesiapa jua yang mengklaim urusan
ini. Maka mereka (as) menjawab persoalan-persoalan ini, sepetimana yang diriwayatkan
daripada mereka (as):
أبي عن محمد العطار عن الأشعري عن محمد بن الوليد
عن حماد بن عثمان عن الحارث بن المغيرة النضري قال: قلت لأبي عبد الله عليه
السلام: بما يعرف صاحب هذا الامر؟ قال: بالسكينة والوقار والعلم والوصية
Daripada
Muhammad bin Attar, daripada Al Ash'ari, daripada Muhammad bin Al Walid,
daripada Hammad bin Uthman, daripada Al Harith bin Mughirah Al Nadhari, teah
berkata: (Aku telah berkata kepada Abi Abdillah (as):Dengan apa dikenali
Shohibul Amr ini? Menjawab: Dengan ketenangan, keteguhan pendirian, ilmu dan
wasiat). [Bihar Al Anwar, Al Allamah Al Majlisi, jilid 25, ms 138][Bashair Al
Darajat, ms 640][Al Khishaal, Syeikh Sadooq, ms 200][Al Imamah wa Al Tabshirah,
jilid 1, ms 138]
سألت أبا عبد الله
عليه السلام...فبما يعرفون ذلك؟...فقال: يعرف صاحب هذا الامر بثلاث خصال لا تكون
في غيره: هو أولى الناس بالذين قبله وهو وصيه، وعنده سلاح رسول الله صلى الله عليه
وآله ووصيته
Ali
bin Ibrahim bin Muhammad bin Isa, daripada Yunus bin Abdul Rahman, telah
berkata: menceritakan kami Hammad, daripada Abdul A'la, telah berkata: (Aku
telah bertanya kepada Abi Abdillah (as)...maka dengan apa mereka mengenali yang
demikian itu...dikenali pemilik urusan ini dengan tiga perkara yang tidak
terdapat pada selainnya: dia adalah orang yang lebih layak/utama bagi orang
sebelumnya dan dia adalah wasinya, di sisinya senjata Rasulullah (sawas) dan
wasiatnya). [Al Kafi, jilid 1, 378]
محمد العطار، عن
الأشعري، عن الخشاب، عن يزيد بن إسحاق شعر، عن الغنوي، عن عبد الأعلى، قال: قلت
لأبي عبد الله عليه السلام
ما الحجة على المدعي
لهذا الأمر بغير حق؟
قال: ثلاثة من الحجة
لم يجتمعن في رجل إلا كان صاحب هذا الأمر
أن يكون أولى الناس
بمن قبله
ويكون عنده سلاح رسول
الله صلى الله عليه وآله
ويكون صاحب الوصية
الظاهرة...
Daripada
Al Ash'ari, daripada Al Hashaab, daripada Yazid bin Ishaq, daripada Al Ghanwi,
daripada Abdul A'la, telah berkata: (Aku berkata kepada Abi Abdillah
(as), apakah hujah ke atas mereka yang mengklaim urusan ini secara tidak
benar? Dia menjawab: Tiga hujah yang tidak akan berhimpun pada seorang lelaki
melainkan dia adalah pemilik urusan ini: dia adalah orang yang lebih
layak/utama bagi orang sebelumnya, di sisinya senjata Rasulullah (sawas) dan
wasiatnya yang nyata...). [Al Imamah wa Al Tabshirah, Al Qummi, ms 137]
حدثنا محمد بن أحمد
عن محمد بن عيسى عن حماد بن عيسى عن عبد الاعلى عن أبي عبد الله عليه السلام قلت
إن الناس يتكلمون في أبى جعفر يقولون ما بالها ابطحت من ولد أبيه من له مثل قرابته
ومن هو أكبر منه وقصرت عمن هو أصغر منه وقال يعرف صاحب هذا الأمر بثلث خصال لا
تكون في غيره هو أولى الناس بالذي قبله وهو وصيه وعنده سلاح رسول الله صلى الله
عليه وآله ووصيته وذلك عندي لا أنازع فيه.
Telah
menceritakan kami Muhammad bin Ahmad, daripada Muhammad bin Isa, daripada
Hammad bin Isa, daripada Abdul A'la, daripada Abi Abdillah (as), berkata:
(...dikenali pemilik urusan ini (shohibul amr) dengan tiga perkara yang tida
ada pada selainnya, dia adalah manusia paling layak/ utama bagi Imam
sebelumnya, dia adalah wasinya, di sisinya senjata Rasulullah (sawas),
wasiatnya yang demikian itu ada di sisiku dan tiada perbalalahan padanya). [Bashair
Al Darajat, ms 202][Bihar Al Anwar, jilid 26, ms 217]
هذه الحالة - يا أخا اليهود - ثم طلبت حقي لكنت
أولى ممن طلبه لعلم من مضى من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وآله ومن بحضرتك منه
بأني كنت أكثر عددا وأعز عشيرة وأمنع رجالا وأطوع أمرا وأوضح حجة وأكثر في هذا
الدين مناقب وآثارا لسوابقي وقرابتي ووراثتي فضلا عن استحقاقي ذلك بالوصية التي لا
مخرج للعباد منها والبيعة المتقدمة في أعناقهم ممن تناولها
Daripada
percakapan Imam Ali (as) dengan seorang yahudi, beliau berkata kepadanya:
(...Keadaan ini - wahai saudara yahudi - kemudia aku menuntut hakku dan aku
adalah lebih layak daripada sesiapa jua yang menuntutnya, sedia diketahui
sesiapa yang tinggal kekal dari kalangan sahabat-sahabat Rasulullah (sawas) dan
sesiapa jua di kalangan kamu darinya bahawa aku adalah paling banyak bilangan,
ahli keluarga paling mulia, lelaki paling terpelihara, paling mentaati
perintah, hujjat yang paling jelas, mempunyai paling banyak gelaran/ kedudukan
di dalam agama ini, paling banyak hadis untuk orang terdahuluku, ahli
keluargaku, dan waris-warisku, keutamaan tentang kelayakanku itu
adalah dengan wasiat yang tidak dikeluarkan ianya kepada hamba-hamba
lainya dan baiah yang didahulukan di atas tengkuk-tengkuk mereka dari
kalangan mereka yang telah melakukannya...). [Al Khisaal, ms 374]
عن الإمام الباقر
عليه السلام...وإياك وشذاذا من آل محمد صلى الله عليه وآله فإن لآل محمد وعلي راية
ولغيرهم رايات، فالزم الأرض ولا تتبع منهم رجلا أبدا حتى ترى رجلا من ولد الحسين،
معه عهد نبي الله ورايته وسلاحه، فإن عهد نبي الله صار عند علي بن الحسين، ثم صار عند
محمد بن علي، ويفعل الله ما يشاء
Daripada
Imam Baqir (as): (...dan kepada kamu serta keganjilan daripada keluarga
Muhammad (sawas), sesungguhnya bagi keluarga Muhammad itu panji dan selain
mereka juga panji-panji, maka tinggal tetaplah di muka bumi dan jangan kamu
mengikut seorang lelaki dari mereka sehinggalah kamu melihat seorang
lelaki dari keturunan Al Hussain, bersamanya janji Nabi Allah, panjinya dan
senjatanya. Maka sesungguhnya janji Nabi Allah berada di sisi Ali bin Al
Hussain, kemudian berada di sisi Muhammad bin Ali, dan Allah berbuat apa yang
dikehendakinya). [Ilzam Al nasib, ms 296][Bihar Al Anwar, jilid 52, ms
224][Mu'jam Ahadith Al Imam Al Mahdi (as),jilid 5, ms 21]
Pertama: Setiap
orang yang berpegang dengan panji ini mengenali pemilik kebenaran. Adapun
keganjilan di dalam riwayat ini adalah pemilik-pemilik klaim kebatilan dan
mereka yang menisbahkan klaim-klaim mereka kepada keluarga Muhammad (as), iaitu
ianya adalah panji-panji kesamaran yang bercampur aduk antara hak dan batil.
Oleh itu, Imam baqir (as) mengingatkan supaya tidak mengikut panji-panji ini.
Setelah itu, Imam (as) menjelaskan bahawa pemilik kebenaran wajib berada
di kalangan zuriat keturunan Al Hussain (as), yakni setiap peribadi yang nasab
keturunannya tidak kembali kepada Al Hussain (as) adalah sepatutnya tidak
diikuti. Peraturan ini adalah tekad keamanan bagi memelihara kebenaran dan
pemiliknya.
Kedua: Wajib
ada bersamanya janji (ahd) daripada Nabi Allah (sawas). Janji (ahd) ini
adalah wasiat yang ada namanya di dalamnya iaitu dinaskan ke atasnya daripada
Rasulullah (sawas) dengan nama. Tidak terdapat seorang pun pada hari ini yang
membawa wasiat daripada Rasulullah (sawas) melainkan Sayyid Ahmad Al Hassan
(as).
Ketiga: Bersamanya panji
Rasulullah (sawas) dan panji tersebut adalah Baiah hanya untuk Allah (Bai'atu
lilLah) atau Ketuanan Allah dan bukannya ketuanan manusia. Jelas sekali
bahawa majoriti pada hari ini menyokong saqifah Bani Saidah di akhir zaman
iaitu shura kecil, melainkan Sayyid Ahmad Al Hassan (as) yang telah datang
dengan panji Rasulullah (sawas) iaitu Ketuanan Allah (Hakimiyyah Allah).
Keempat: Adapun senjata
Rasulullah (sawas) yang diisyaratkan di dalam riwayat adalah ilmu
Rasulullah (sawas), iaitu mengetahui tentang kitab-kitab Samawi dan setiap apa
yang diberikan kepada para Anbiya dan Rasul-rasul.
Perkara-perkara
ini tidak akan berhimpun melainkan pada pemilik kebenaran, maka tidak terdapat
seorang pun selain Sayyid Ahmad Al Hassan (as) yang benar-benar menepati
kesemua perkara ini. Beliau (as) berkata: (Aku paling berilmu dari kalangan
Ahli Quran berkenaan Quran mereka, paling berilmu dari kalangan ahli Injil
berkenaan Injil mereka, paling berilmu dari ahli Taurat berkenaan Taurat
mereka, dan paling mengetahui penyelewengan-penyelewengan (tahrif) yang
terdapat di dalamnya).
Lebih
utama lagi adalah pengetahuannya berkenaan jalan-jalan ke langit iaitu ilmu
yang tidak ada seorang pun mampu untuk mengklaimnya melainkan orang yang
ilmunya bersandarkan kepada ilmu Muhammad dan keluarga (sawas).Barangsiapa yang
memusuhinya adalah di dalam kebatilan; kerana dia mewakili kebenaran secara
keseluruhannya dan tiada apa selepas kebenaran melainkan kesesatan.
Sesungguhnya ia adalah urusan mereka yang lebih terang dari mentari,
walaupun cuba ditutup oleh sebahagian mereka pengetahuannya.
:عن الباقر عليه السلام, أنه قال
اسمه اسم نبي ما أشكل عليكم فلم يشكل عليكم عهد
نبي الله ورأيته وسلاحه
Daripada
Imam Baqir (as), bahawasanya dia berkata: (Namanya adalah nama Nabi, apa
meragukan ke atas kamu maka tidak pernah meragukan ke atas kamu akan janji
(ahd) Nabi Allah, panjinya dan senjatanya...) [Ilzam An Nasib, jilid 3, ms
96-97]
Janji
(Ahd) Nabi Allah: Adalah wasiat yang disebutkan di dalamnya nama anak
Imam Mahdi iaitu Ahmad, dia adalah anak pemilik wasiat.
Panji
Rasulullah (sawas): Adalah Baiah hanya untuk Allah (Al Bai'atu lilLah)
atau Ketuanan Allah.
Senjata
Rasulullah (sawas): Adalah Quran iaitu ilmu berkenaannya dan makrifatnya.
Oleh itu, orang yang membawa senjata Rasulullah mestilah mengetahui Muhkam dan
Mutasyabihnya, yang memansuhkan dan yang dimansuhkannya.
Bukankah
ini adalah penjelasan yang terang lagi benderang daripada Keluarga Muhammad
(as) khusus buat pemilik kebenaran apabila dia datang? Oleh itu, di manakah
kesamaran sepertimana yang disangkakan oleh umat ini bahawa ianya adalah
kesamaran buat mereka? Bukankah urusan ini adalah jelas seperti terangnya
matahari di waktu tengah hari?
حدثنا عمران بن موسى عن موسى بن جعفر عليه السلام
عن علي بن معبد عن جعفر بن عبد الله عن حماد عن عبد الله بن عبد الرحمن عن أبي
عمير عن معاوية بن وهب قال استأذنت على أبى عبد الله عليه السلام فاذن لي فسمعته
يقول في كلام له يا من خصنا بالوصية وأعطانا علم ما مضى وعلم ما بقي وجعل أفئدة من
الناس تهوى إلينا وجعلنا ورثة الأنبياء
Menceritakan
kami Imran bin Musa, daripada Musa bin Jaafar (as), daripada Ali bin Ma'bad,
daripada Jaafar bin Abdullah, daripada Hammad, daripada Abdullah bin Abdul
Rahman, daripada Abi 'Amir, daripada Muawiyah bin Wahab, telah berkata: (Aku
telah meminta izin ke atas Abi Abdillah (as), maka dia izinkan bagiku, lalu aku
telah mendengar dia berkata di dalam ucapannya: Wahai orang yang
mengkhususkan kami dengan wasiat, memberikan kami ilmu tentang apa yang telah
berlalu dan apa yang berbaki, serta menjadikan hati-hati manusia cenderung
kepada kami, dan menjadikan kami pewaris-pewaris Anbiya). [Bashair Al Darajat,
ms 149][Bihar Al Anwar, jilid 26, ms 112][Tafsir Nur Al Thaqolayn, jilid2,
mss551]
قال الامام علي عليه السلام: لا يقاس بآل محمد
صلى الله عليه وآله من هذه الأمة أحد ولا يسوى بهم من جرت نعمتهم عليه أبدا. هم
أساس الدين. وعماد اليقين. إليهم يفئ الغالي. وبهم يلحق التالي ولهم خصائص حق
الولاية. وفيهم الوصية والوراثة
Telah
berkata Imam Ali (as): (Tiada seorang pun yang dapat dibandingkan dengan
keluarga Muhammad (sawas). Orang yang mendapat kenikmatan dari mereka tidak
dapat disamakan dengan mereka. Mereka adalah asas agama dan tiang keyakinan.
Pelari yang di hadapan harus berbalik kepada mereka sementara yang di belakang
harus menyusul mereka. Mereka memiliki ciri-ciri utama hak kewalian. Pada mereka
wasiat dan warisan (kenabian)...). [Nahjul Balaghah, jilid 1, ms 30]
Mungkin
ramai yang mengklaim wasiat ini kerana ianya telah berada pada banyak tangan di
sepanjang zaman. Soalan ini seringkali bermain-main di fikiran kebanyakan
orang, oleh itu, bagaimanakah kita hendak membezakan antara yang hak dan yang
batil?
Jawapannya
telah diberikan oleh keturunan (itrah) Keluarga Muhammad (as) sendiri:
kebanyakan kamu berhujah dengan keraguan sepertimana kata Imam Ridha (as)
kepada Jathliq pendeta Nasrani dan ketua Jalut, tidak mungkin wasiat ini
diklaim oleh sesiapapun melainkan pemiliknya. Hadis Imam Ridha (as) berhujah
dengan pendeta Nasrani Jathliq dan ketua Jalut, Imam (as) membacakan apa yang
tertulis di dalam kitab Injil yang menyebutkan Rasulullah (sawas), di sini
Jathliq berkata: (Kami tidak mengakui kebenaran bahawa dia adalah Muhammad ini?
فقال الرضا عليه السلام: احتججتم بالشك فهل بعث
الله قبل أو بعد من ولد آدم إلى يومنا هذا نبيا اسمه محمد؟ أو تجدونه في شئ من
الكتب الذي أنزلها الله على جميع الأنبياء غير محمد؟ فأحجموا عن جوابه
Seraya
Imam Ridha (as) berkata: kamu telah berhujah dengan keraguan, adakah Allah
telah mengutuskan sebelum atau selepas daripada Adam sehingga ke hari kita ini
seorang Nabi yang namanya adalah Muhammad? Atau kamu dapatinya sesuatu dari
kitab-kitab yang diturunkan Allah ke atas semua Anbiya selain Muhammad? Maka
mereka mengundur diri daripada menjawabnya). [Bihar Al Anwar, jilid 49, ms
76][Ithbat Al Hudah, jilid 1, ms 196]
Begitu
juga di dalam riwayat yang lain Imam Ridha (as) menjelaskan kepada kita,
bagaimana mengenal orang yang mengklaim Imamah? Semasa penghujahan Imam Ridha
(as) di dalam majlis Al Makmun, Imam (as) telah menerangkan perkara ini dengan
terang sehingga tidak memerlukan usaha yang gigih untuk memikirkannya.
فسأله بعضهم فقال له: يا بن رسول الله بأي شئ تصح
الإمامة لمدعيها؟ قال بالنص والدليل، قال له: فدلالة الامام فيما هي؟ قال في العلم
واستجابة الدعوة
Ketikamana
salah seorang dari mereka bertanya: (Wahai anak Rasulullah , dengan apakah
dibenarkan Imamah bagi orang yang mendakwanya? (as) menjawab: Dengan nas dan
pembuktian. Bertanya pula kepadanya: apakah pembuktian Imam itu? (as) Menjawab:
pada ilmu dan menjawab dakwah). ['Uyoon Akhbar Al Ridha (as), jilid 2, ms 216]
Di
sepanjang perjalanan dakwah Al Yamani, kami dapati bahawa tidak pernah seorang
pun mengklaim wasiat Rasulullah (sawas) selain daripada Sayyid Ahmad Al Hassan
(as), walaupun wasiat tersebut wujud di dalam kitab-kitab utama selama
beratus-ratus tahun. Hattakan mereka yang mengklaim sebagai Mahdi tidak pernah
berani mengklain bahawa dia adalah dari kalangan Awsiya Muhammad (sawas). Oleh
itu, wasiat adalah batu besar yang menghancurkan setiap klaim palsu yang
berlalu di sepanjang sejarah Islam.
Dalil
yang mengatakan bahawa senjata adalah ilmu sepertimana yang diterangkan oleh
Ahlulbayt (as) sendiri:
حدثنا عبد الله بن
جعفر عن محمد بن عيسى عن الحسن عن فضالة عن يحيى عن أبيه عن عبد الله بن سليمان
قال سمعت أبا جعفر عليه السلام يقول إن السلاح فينا كمثل التابوت في بني إسرائيل
حيث دار التابوت فثم الملك وحيث ما دار السلاح فثم العلم.
Telah
menceritakan kami Abdullah bin Jaafar, daripada Muhammad bin Isa, daripada Al
Hassan, daripada Fadhalah, daripada Yahya, daripada bapanya, daripada Abdullah
bin Sulaiman, telah berkata: Aku telah mendengar Abi Jaafar (as) berkata:
(Sesungguhnya senjata pada kami adalah seperti Tabut pada Bani Israil,
ketikamana Tabut bertukar tangan maka di situlah kerajaan (Al Mulk), dan
ketikamana senjata bertukar tangan maka di situlah ilmu). [Bashair Al Darajat,
ms 203]
قال: كان فيه ألواح موسى التي تكسرت والطست التي
تغسل فيها قلوب الأنبياء
Telah
berkata Imam Ridha (as): (Telah berkata: Adalah pada Tabut itu papan-papan
tulis Musa yang berkecai dan dipukul, yang membasahi padanya hati-hati para
Anbiya). [Tafsir Al Ayashi, jilid 1, ms 133]
حدثنا محمد بن الحسين
عن صفوان عن أبي الحسن عليه السلام قال كان أبو جعفر عليه السلام يقول إنما السلاح
فينا مثل التابوت في بني إسرائيل أينما دار التابوت فثم الامر قلت فيكون السلاح
مزايلا للعلم قال لا
Telah
menceritakan kami Muhammad bin Al Hussin, daripada Safwan, daripada Abi Al
Hassan (as), telah berkata: Abu Jaafar (as) berkata: (Sesungguhnya senjata pada
kami adalah seperti Tabut pada Bani Israil, bilamana Tabut bertukar tangan maka
di situlah letaknya urusan. Aku bertanya: Maka senjata jadi berjauhan
dengan ilmu? Imam menjawab: Tidak). [Bashair Al Darajat, ms 203]
Kesimpulan:
1.
Peraturan dalam mengenal Shohibul Amr atau khalifah Allah yang merupakan
pemilik kebenaran telah pun dijelaskan dengan sejelas-jelasnya oleh Allah SWT
sejak hari pertama penciptaan Adam (as) lagi. Ditambah lagi dengan penjelasan
oleh Nabi Muhammad (sawas) dan Keluarganya yang suci (as) di dalam
riwayat-riwayat mereka.
2.
Kebanyakan mereka yang menentang dakwah kebenaran yang dibawa oleh pemilik
kebenaran adalah berasaskan kepada keraguan dan syak mereka, dengan
meninggalkan peraturan-peraturan yang ditetapkan Allah dan dijelaskan oleh
Muhammad dan keluarganya (sawas) dalam mengenalpasti pemilik kebenaran.
3.
Kesemua peraturan yang ditetapkan Allah dan dijelaskan oleh Muhammad dan
Keluarganya (sawas) adalah terhimpun pada peribadi Sayyid Ahmad Al Hassan (as)
yang mengklaim dirinya sebagai anak pemilik wasiat iaitu Imam Mahdi (as), yang
disebutkan namanya (Ahmad) di dalam hadis wasiat Rasulullah (sawas). Tiada
siapa pun yang pernah mengklaim urusan ini melainkan beliau (as).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan