Ahad, 16 Ogos 2015

Soalan 268: Contoh Faraidh (pembahagian harta pusaka)


Soalan 268: Contoh Faraidh (pembahagian harta pusaka)
بسم الله الرحمن الرحيم     
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

dan doa dan salam kepada Rasul-rasul Muhammad dan ilahi.

Untuk Sayyed Ahmed Hassan semoga Allah melindunginya, kewujudan ketenangan Maulana Imam (aj) pro-Allah.

Soalan no 1: Seorang wanita meninggal dunia dan meninggalkan harta pusaka (pendapatan) kerja. Bagaimanakah pembahagian peninggalan ini, diketahui dia meninggalkan suaminya, ibu dan lima anak-kananya (tiga lelaki dan dua perempuan)?

Soalan no 2: Bolehkah dimakan daging ikan Tuna – (Al-Tun – Thon) - dan udang - halal atau haram?

Soalan no 3: Daging tanpa lemak jenis merah dan putih yang dijual negara-negara Arab dan pasaran Islam tradisional dan moden - PASARAYA - Bolehkah membeli dan menggunakannya?

Semoga Allah memberi ganjaran kebaikan kepada tuan dan Semoga Allah memberi ganjaran yang besar mengingati kematian ninda tuan Saiyidah Nisaa’ Al-‘Alaminm Fatimah Zahra’ ke atasnya dan keluarganya selawat dan salam dan cucunya Ruh Allah Al-Musawi Al-Khumeini rahsia sucinya.

وإنا لله وإنا إليه راجعون
Kita adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya kita akan kembali.
والسلام عليكم ورحمة الله تعالى و بركاته
Salam atas kamu, dan rahmat Allah serta keberkatanNya.

Al-Dar Al-Baidhaa’ – Maghribi

Jawapan:
         
بسم الله الرحمن لرحيم
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً
                                  
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
                             
Segala puji bagi Allah, Selawat Allah ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Soalan no 1: Seorang wanita meninggal dunia dan meninggalkan harta pusaka (pendapatan) kerja. Bagaimanakah pembahagian peninggalan ini, diketahui dia meninggalkan suaminya, ibu dan lima anak-anaknya (tiga lelaki dan dua perempuan)?

Jawapan: suku (satu perempat) untuk suami, dan satu perenam untuk ibu, dan setiap anak lelaki dapat dua bahagian daripada dua orang anak perempuan itu.

Bahagikan harta pusaka ini kepada 96 bahagian, suaminya mendapat 24 bahagian dan untuk ibunya 16 bahagian dan setiap seorang daripada tiga anak lelakinya mendapat 14 bahagian (14 + 14 + 14) dan bagi setiap anak perempuannya mendapat 7 bahagian (7 + 7).

Soalan no 2: Bolehkah dimakan daging ikan Tuna – (Al-Tun – Thon) - dan udang - halal atau haram?

Jawapan: Ikan Tuna dan udang halal.

Soalan no 3: Daging tanpa lemak jenis merah dan putih yang dijual negara-negara Arab dan pasaran Islam tradisional dan moden - PASARAYA - Bolehkah dibeli dan menggunakannya?

Jawapan: Untuk ayam perlu diselidik pada sumbernya (sah sembelih); Kerana ianya disembelih dalam skala besar menggunakan pisau automatik dalam penyembelihan dan supaya dipertimbangkan penyembelihannya sah menurut syara’, dan penyembelihannya bagaimanapun mesti dengan tangan orang-orang Islam bukan dengan mesin, tidak boleh bergantung atas kewujudannya di pasaran Islam pada tarikan luaran daging ayam dan burung sahaja dengan tidak diperiksa dan diselidik ia benar-benar sah penyembelihannya dengan tangan dan bukan dengan mesin.

Bagi lembu dan kambing; boleh dipegang dengan perkataan jika penjual adalah seorang Islam dan mendapat jaminan penyembelihan yang sah dengan perkataannya. Untuk daging merah atau daging lembu dan kambing boleh bergantung kepada kewujudannya di pasaran orang-orang Islam pada sifat luarannya.


Semoga Allah memberi ganjaran kebaikan kepada tuan dan Semoga Allah memberi ganjaran yang besar kepada anda dan menjayakan anda untuk kebaikan dunia dan akhirat dan menjauhkan kejahatannya.


Ahmad Al-Hassan
                    

✡✡✡✡✡


Tiada ulasan: