Selasa, 11 Ogos 2015

Soalan 248: Pedoman memilih bakal isteri


Soalan 248: Pedoman memilih bakal isteri

Soalan 248: Saya membai’ah Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), dan saya berharap tuan doakan untuk saya dan keluarga saya. Saya belum berkahwin adakah saya dibenarkan berkahwin, jika saya berkahwin dengan bakal isteri seorang wanita 3amiyah (Sunni) atau menunggu Al-Faraj (Zuhur), dan saya ingin menghantar sebahagian daripada harta hak Imam Al-Mahdi (as) Apakah perantaraannya? Harap  dibalas dan semoga Allah menolong tuan..

Penghantar: 3amru – Mesir

Jawapan:
         
بسم الله الرحمن لرحيم،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
                             
Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Saya bermohon kepada Allah menjayakan anda untuk kebaikan di dunia dan akhirat, dan menetapkan anda untuk menyokong kebenaran di bumi ini selama anda hidup..

Adapun perkahwinan dengan muslimah berlainan mazhab yang tidak memberi tumpuan permusuhan (terus menerus bermusuh) tidak ada masalah padanya, tetapi yang lebih afdhal (yang terbaik) beramallah dengan kata-kata Rasulullah Muhammad (S): (pilihlah kerana agamanya nescaya kau beruntung.) [90], Saya bermohon kepada Allah menjayakan anda memilih mukminah yang soleh, dan di negara anda Mesir, terdapat ramai mukminah, Anda boleh bertanyakan saudara ansar.

Adapun mengenai Khums anda boleh berikan kepada mereka yang memerlukan mukminin dan mukminat di negara anda Mesir, Saya bermohon kepada Allah menjayakan anda untuk berbuat demikian, dan anda boleh bertanyakan saudara ansar untuk mengenali mereka yang memerlukan di negara anda mukminin dan mukminat. Semoga Allah memelihara anda dan Semoga Allah menjayakan anda bagi semua yang baik.


            
Ahmad Al-Hassan
         

✡✡✡✡✡

------------------------
[90] – Al-Kafi: Jilid 5 halaman 332.




Tiada ulasan: