Soalan
101: Ash-Shalat Al-Wustaa dan Umat Al-Wustaa -313
Soalan
101: Allah SWT berfirman:
﴿حَافِظُوا عَلَى
الصَّلَوَاتِ وَالصَّلاةِ الْوُسْطَى﴾
{Peliharalah
semua solat(mu), dan (peliharalah) ash-shalat al-wustaa.} [1],
Apa
dia shalat wustaa?
Jawapan:
Ash-Shalat Al-Wustaa adalah solat Jumaat khususnya, dan pada hari-hari
yang lain, adalah solat Zuhur (tengah hari), dan perintah ini adalah untuk
menjaga solat Jumaat khususnya dan untuk memeliharanya; kerana umat Islam
berkumpul untuk perbaiki (mengislah) apa yang terjejas dalam agama mereka
dan dalam urusan dunia mereka dan juga untuk meninggikan agama dan kelebiihan (manafaat)
daripada nikmat Allah SWT, ini adalah mengikut erti yang zahir.
Bagi
maksud sebenar (hakikat), Solat adalah kekuasaan (Al-Wilayah) bagi Wali Allah dan
HujjahNya ke atas hamba-hambaNya dan Ash-Shalat Al-Wustaa atau Solat Jumaat
adalah amal dan Jihad di antara tangan (kuasa) Qa'im (as), dan solat Qa'im (as)
adalah solat Jumaat, kerana dia menyatukan Umat Islam selepas dipecah belahkan oleh
para pemimpin dan ulama yang tidak beramal. Solat Qa'im (as) adalah Ash-Shalat
Al-Wustaa; kerana sahabat-sahabatnya yang bersolat dan beramal dan berjihad
dan mereka adalah umat pertengahan (الأمة الوسط) [2]:
﴿وَكَذَلِكَ
جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ
الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيداً﴾
{Dan
demikianlah Kami menjadikan kamu umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas manusia
dan agar Rasul menjadi saksi atas kamu. } [3]
Maka
sudah pastilah bahawa sebahagian besar orang Islam tidak menjadi saksi atas manusia,
dan bagaimana peminum arak atau penzina atau yang melakukan maksiat akan menjadi
saksi atas manusia dalam Mahkamah Ilahiyah, sebaliknya ia adalah Umat Pertengahan
- dan mereka adalah juga pemimpin-pemimpin - mereka adalah Tiga Ratus Tiga
Belas (313) orang, dan mereka adalah saksi bagi umat manusia kerana mereka
adalah hamba Allah yang sebenar, dengan itu mereka adalah kaum yang beribadah,
yang ikhlas, yang tertindas,yang terkenal di langit, yang tidak dikenali di
bumi dan yang tidak bersalah di sisi Allah walaupun mereka dicela oleh orang
yang mencela.
Yang
Maha Kuasa berfirman:
﴿وَنُرِيدُ
أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ
أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ﴾
{
Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin dan menjadikan mereka
orang-orang yang mewarisi (bumi),} [4]
✡✡✡✡✡
-------------------------
[1]
Al-Quran: Surah Al-Baqarah {2: 238} .
[2]
Diriwayatkan dari Amir Al-Mukminin (as) di akhir sebuah hadis mengenai
pemisahan Ummah : ("... kemudian beliau berkata: 13 firqah dari 73 firqah
semua daripada mereka akan mendakwa sayang dan cintakan saya, hanya salah satu
daripada mereka akan berada di Syurga dan mereka adalah jenis yang Tengah, dan
12 (yang lain) akan berada di neraka." Al -Amali oleh Sheikh Al-Tusi . halaman 524.
[3]
Al-Quran : Surah Al-Baqarah { 2: 143 } .
[4] Al-Quran : Surah Al-Qasas {
28: 5} .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan