Jumaat, 28 Februari 2014

Soalan 115: Hussain Adalah Dari Aku Dan Aku Dari Hussain

Soalan 115: Hussain Adalah Dari Aku Dan Aku Dari Hussain

Soalan 115: Rasulullah (sawas) bersabda: 

(حسين مني وأنا من حسين)                            

("Hussain adalah dari aku dan aku dari Hussain.") [1], apakah maksud "Aku dari Hussain"?

Jawapan: Al- Hussain (as) di dalam semua alam adalah dari Rasul Allah (sawas), dan tanpa Rasul Allah (sawas) berkata sepasti ini, bagaimanapun boleh didedahkan urusan Pesuruh Allah (sawas) itu dan kelebihan maqamnya yang tinggi dan haqnya supaya dikenal oleh penduduk Bumi adalah Imam Al -Mahdi (as),

﴿هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ﴾

{Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama,... } [2].

Jadi Agama Islam Al-Muhammadi yang asal akan dimenangkan-Nya di atas muka bumi ini melalui Imam Al-Mahdi (as), dan Imam Al -Mahdi (as) adalah dari Anak Al-Hussain (as) , dan asas dan paksi sebenar revolusi Imam Al-Mahdi (as) adalah revolusi Al-Hussain (as), jadi melalui Imam Al-Mahdi (as) Ayat ini akan terlaksana: {untuk dimenangkan-Nya atas segala agama}, ​​dan dia akan mengajar penghuni Bumi keagungan Muhammad (sawas) dan akan mengambil maqam yang tinggi, dan Imam Al -Mahdi (as) adalah buah dari buah Al-Hussain (as), dan revolusi Imam Al-Mahdi (as) adalah pembaharuan sejagat – tidak lain dari buah-buahan tulen yang dihasilkan oleh revolusi Al-Hussain (as), dengan itu melalui Al-Hussain (as​​) Islam kekal dan Muhammad (sawas) kekal , dan melalui Al-Hussain zahir Islam dan zahir Muhammad (sawas), dan melalui Al-Hussain Islam dikenali dan Muhammad (sawas) juga dikenali.



✡✡✡✡✡
                            
----------
[1] Bihar Al-Anwar : Jilid 43, halaman 261.
[2] Al-Quran: Surah Al-Taubah {9: 33}


Tiada ulasan: