Soalan 105: Sunnah Imam Mahdi (as)
Soalan 105: Sunnah Imam Mahdi (as) adalah sunnah Nabi-nabi
dan Rasul-rasul, begitu juga Imam Mahdi (as) atau utusannya melakukan atau memerintahkan
perkara-perkara tertentu yang Zahirnya Haram - seperti cerita dalam Surah Al-
Kahf - kepada sebahagian sahabat atau sebahagian
manusia, bagaimanakah dia mengetahui perintah secara dalaman atau dari Syariah?
Jawapan: Ya, Imam Mahdi (as) telah membuat banyak
arahan yang sesetengah orang berfikir dan sebahagian dari mereka adalah sahabatnya
yang berbeza dengan Syariah, seperti di dalam beberapa riwayat dari Ahlulbayt
(as) bahawa dia akan menghukum dengan hukum dari sebahagian Nabi-nabi
sebelumnya (as) yang sebahagian dari ansarnya akan menentangnya [1]
.
Dan dia mengtahui bahawa perintah-perintah itu adalah Hukum
Syariah yang Sah, kerana ia diamalkan oleh Imam Mahdi (as), dan jika arahan
yang mencurigakan kepada manusia, maka mereka yang keliru boleh memulangkannya
kepada Dalil Yang Maha Agun di Langit dan Bumi - Allah SWT, supaya Dia boleh
menunjukkan kepadanya melalui penglihatan-penglihatan atau melalui mana-mana
cara di antaranya dia di antara dengan Allah SWT.
✡✡✡✡✡
--------------
[1] Dari Abi Bashir, dari Abi Ja'far (as), beliau
berkata: ("Diririwayat
dar al-Baqir as berkata: "al-Qaim akan memutuskan dengan
keputusan yang beberapa para sahabat akan menolaknya, dan di antara mereka akan
didahuluinya dengan pedang, dan itulah keputusan Adam a.s, maka dia akan
mendahului mereka dan memancung leher mereka. dan demikian pula dia akan
memutuskan kali
kedua dari kumpulan lain akan menolak, dan di antara mereka akan didahuluinya
dengan pedang, dan itulah keputusan Daud a.s, maka dia akan mendahului mereka
dan memancung leher mereka, dan demikian pula dia akan memutuskan kali
ketiga dari kumpulan lain akan menolak, dan di antara mereka akan didahuluinya
dengan pedang, dan itulah keputusan Ibrahim a.s, maka dia akan mendahului
mereka dan memancung leher mereka, dan demikian pula dia akan memutuskan kali
keempat dan ia adalah keputusan Muhammad (sawas), dan tidak seorang pun yang
akan menolaknya.") Bihar Al -Anwar : . Jilid 52, halaman 389.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan