Isnin, 24 Februari 2014

Soalan 102: Makanan Ruh dan Jasad

Soalan 102: Makanan Ruh dan Jasad

Soalan 102: Apa yang di maksudkan dengan kata Al-Shadiq (as):       

(إن استطعت أن لا تأكل إلا الله فافعل)

( "Jika kamu mampu untuk tidak makan, kecuali kerana Allah, maka lakukanlah.") ,
apakah makna hadis ini?

Jawapan: Maksudnya berada dalam mengingati Allah SWT dalam setiap keadaan dan zikir adalah makanan ruh, yang mengurangkan keperluan badan pada makanan dalam suatu jumlah, iaitu dengan kekuatan bukan dengan nafsu, Isa (as) berkata: ("Bukan dengan makanan sahaja hidupnya anak-anak Adam, tetapi dengan kalimah Allah.")

Sebagai manusia ia memperoleh kedudukan (maqam) dalam Kerajaan Malakut, maka dia makan dan minum bukan untuk jasmani kebendaan sahaja, kerana orang yang berpuasa makan dan minum ketika dia tidur di siang hari seperti yang diriwayatkan dalam Hadits daripada mereka (as) [1] , Bahkan ramai orang semasa mereka tidur di siang hari berpuasa melihat di dalam penglihatan mereka (dimimpikan) makan dan minum dan apabila bangun (sedar) dan lapar dan dahaga hilang, seolah-olah mereka telah makan dalam dunia jasmani ini, jadi Imam Al -Sadiq (as) adalah membimbing manusia memperbanyak mengingati (berzikir) Allah dari mengutamakan dunia.

Pada hakikatnya manusia mesti mengentahui: (Dengan makanan anak-anak Adam akan mati), oleh itu dengan makanan dan keinginan (nafsu), jiwa (ruh) menjadi sibuk (jauh) dari kemajuan (peningkatan), dan ia dihalang oleh persiapan badan jasmani ini, dan persiapan ruh (jiwa) beransur-ansur mati, berbanding orang yang berjihad di jalan Allah SWT sentiasa berusaha beransur-ansur naik kedudukan (maqam)nya.


✡✡✡✡✡


--------------

[ 1] Dari Hasan ibn Sidqah, beliau berkata: Abu Al-Hasan (as) berkata: ("Tidurlah, Allah akan memberi makan orang yang berpuasa dan minum dalam tidurnya ") Al-Kafi: jilid 4, halaman 65; Baab fadhl Al-Shaum Wal-Sa'im: halaman 14; Wasa'il Al- Syiah (Ale - Bayt) : jumlah 10, halaman 136, Hadis 13042 ..

Tiada ulasan: