Khamis, 20 Februari 2014

Soalan 63: أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ

Soalan 63: أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ

Allah swt berfirman :

﴿وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ ﴾

Dan Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri,: "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar, kami saksikannya". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai tentang ini".[1].Al-A’raaf 7:172

Adakah Alam al-Zarr adalah alam haqiqat yang sudah ada dan telah berkuat kuasa, dan di manakah wujudnya? Sheikh Saduq mengatakannya wujud, dan Sheikh Al-Mufid (rahimahullah) mengatakan ia adalah Iktikad yang sahih, apa maksudnya: jika Alam al-Zarr wujud kenapa kita lupa padanya atau kita ingat sebahagian darinya?


Jawapan: 

Alam al-Zarr adalah adalah Alam sebenar (عالم حقيقي) dan bukan khayalan (ilusi) dan bukan secara bawa-bawaan, tetapi akan lupa bagi yang lalai lagi melalaikan, sementara tidak pernah dilupakan oleh nabi-nabi dan para rasul dan ausiak (as), bahkan mereka masih mengingati dan mengetahuinya dan mereka mengenali pemimpin (auliak) mereka dan membezakannya dengan kehidupan di dunia ini, Maka Ali ibn Abi Talib (as) penghulu segala Aushiak mengatakan sesuatu yang bermaksud, “Aku tidak kenal kamu,” kepada sesiapa yang berkata kepadanya, Aku dari syiah (pengikut) kamu ([173]).

Subhana Allah, Sheikh Al-Mufid (rahimahullah) dan semoga Allah meninggikan maqamnya yang mulia berkata: “Kalaulah apabila kita melupakannya”, Adakah kamu lupa jika kamu melihat wajah kamu di cermin, Subhana Allah, jika kamu lupa apa yang ada di dalam tangan kamu dan di hadapan penglihatan kamu tetapi kamu tidak melihatnya, maka dilupakan kepada kamu dari Alam al-Zarr yang pertama dan paling benar.

Selain itu, Ahl al-Bayt (as) menegaskan hadith tentang alam ini ([174]), saya tidak nampak untuk menafikannya, kecuali kerana kejahilan yang akan mendustakannya, Adakah mereka akan berpaling daripada isi hadith apabila mereka ragui pengetahuan meraka. Adakah mereka akan berpaling daripada ayat

﴿نَسُوا اللَّهَ فَأَنْسَاهُمْ أَنْفُسَهُمْ﴾,

lalu Allah menjadikan mereka melupakan diri mereka. [175], 

Mereka berada di Alam al-Zarr tetapi mengutuknya. 


Hakikat Alam al-Zarr: Ia adalah Alam al-anfus (diri-diri) di Langit Dunia ini, dan turun dari langit ke bumi benih (nutf) anak-anak Adam, maka apabila ditanam (dicampurkan) nutfah selepas itu ia mengambil jalan ke wadahnya, ia akan mempunyai rupa bentuk jasmani untuk diri (an-nafs) masuk ke dalamnya, dan memasuki diri dalamnya, Apabila an-nafs masuk ke dalam rupa bentuk jasmaninya ia melekat (bersenyawa) dengan air mani (nutfah) yang turun darinya, Apabila seorang manusia itu mati, nutfah itu keluar daripadanya sekali lagi dari mulutnya, atau dari mana-mana bahagian lain keluar bersama dirinya dari tubuhnya, dan nutfah ini tetap berhubungan dengan diri (an-nafs) manusia itu, dan diri (an-nafs) berhubungan dengan nutfah dan nutfah berhubungan dengan diri (an-nafs) dan kedua-duanya dari alam yang satu iaitu Alam al-Zarr atau Alam al-anfus (diri-diri), Apabila nutfah turun ke bumi diikuti oleh (an-nafs) dirinya, dan apabila berpisah diri (an-nafs) dengan badan ia mengikuti nutfah.

Dalam kehidupan di dunia ini  apabila manusia itu taat kepada Tuhannya dan berusaha untuk mencapai redhaNya yang Maha Suci baginya keuntungan pada Kerajaan langit dari golongan kanan, dia telah dituliskan riwayat kehidupan, disenaraikan namanya dalam catatan kehidupan dan yang mewarisi Al-Jinan (yang tersembunyi), dan dari ketaatannya ia tergolong sebagai muqarrabun (auliak Allah), yang tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Jika manusia itu menderhaka Tuhannya dan melakukan kemurkaan Allah SWT tidak ada keuntungan pada Kerajaan langit, dan tidak ditulis riwayat kehidupannya, tetapi kembali dari kematian,, tidak disenaraikan namanya dalam catatan kehidupan, dan menjadi orang yang menyahut panggilan neraka,
bahkan adalah sebahagian dari Neraka.


-------------
[173]- ورد عن علي (ع) أنّ قوماً أتوه في أمر من اُمور الدنيا يسألونه، فتوسلوا اليه فيه بأن قالوا: نحن من شيعتك يا أمير المؤمنين، فنظر اليهم طويلاً، ثم قال: (ما أعرفكم ولا أرى عليكم أثراً مما تقولون، إنما شيعتنا من آمن بالله ورسوله ...) دعائم الاسلام : ج1 ص56.
[174]-
راجع على سبيل المثال: بحار الأنوار: ج3 ص279، و ج5 ص234. وإليك هذا المثال: عن الحسين بن نعيم الصحاف قال: سألت الصادق (ع) عن قوله: (فمنكم كافر ومنكم مؤمن)، فقال: (عرف الله ايمانهم بولايتنا وكفرهم بتركها يوم اخذ عليهم الميثاق وهم في عالم الذر وفي صلب آدم (ع)) تفسير القمي : ج2 ص371.
وعن زرارة، عن أبي جعفر (ع) قال: سألته عن قول الله عز وجل: (وإذ أخذ ربك من بني آدم من ظهورهم ذرياتهم وأشهدهم على أنفسهم ألست بربكم قالوا بلى) الآية، قال: (أخرج من ظهر آدم، ذريته إلى يوم القيامة، فخرجوا كالذر فعرفهم وأراهم نفسه ولولا ذلك لم يعرف أحد ربه ...) الفصول المهمة للحر العاملي : ج1 ص423 ح5، 7.
[175]-
الحشر : 19

Tiada ulasan: