Al-‘Aqaid wa al-Ahkaam
(العقائد
والأحكام)
Termasuk:
Kepercayaan
yang Sahih
Meyakini kewujudan Pencipta,
dan berTauhid kepadaNya, dan membenarkan Nabi-nabi dan Rasul-rasulNya dan Aushiak
mereka (as), dan di dalam Keadilan, qadha dan qadar, nasib dan Badaa' dan
Syurga dan Neraka, dan kemaksuman Khulafa’ Allah (as) di muka Bumi-Nya, dan
segala malaikat, dan perkara yang ghaib, dan semua para nabi dan Rasul-rasul
dan Aushiak mereka (as) yang telah dimaklumkan mengenainya. Dan kita tidak
mempunyai apa-apa kecuali yang kita pegang erat pada ekor mereka dan mengikuti
jejak langkah mereka. Dia SWT berfirman:
إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي
يُحْبِبْكُمُ اللَّه
{Jika kamu mengasihi Allah, maka ikutilah aku,
[supaya] kamu dikasihi Allah } [Surah Aali Imran (3): 31]
Dari Zurarah, berkata: Abu
Abdullah (as) telah ditanya mengenai permulaan Keturunan Adam, bagaimana ianya,
dan [bagaimana] permulaan pembiakan keturunan Adam, bagi orang-orang di
kalangan kita mengatakan bahawa Allah Azza wa Jall mewahyukan kepada Adam untuk
mengahwinkan anak-anak perempuannya kepada anak-anak lelakinya, dan semua
penciptaan ini berasal dari adik beradik.
Jadi Abu Abdullah (as) berkata:
"Maha Suci Allah yang jauh lebih Tinggi KebesaranNya dari yang demikian itu;
katanya, “bahawa Allah Azza wa Jall menciptakan ciptaan-Nya yang dikasihi-Nya dan
para nabi dan rasul dan orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan dan
laki-laki Muslim dan perempuan dari yang haram?! Tidak mempunyai
keupayaan mencipta mereka dari yang Halal?! Sesungguhnya Allah
telah mengambil perjanjian setia mereka pada kehalalan, yang suci bersih dan
baik. Demi Allah aku telah mengetahui bahawa salah seekor dari adik haiwan (betina)
telah disembunyikan dari abangnya, maka apabila dia bersama dengan adiknya yang
betina itu dan telah didedahkan kepadanya. Jadi, apabila dia tahu itu adalah
saudaranya, dia tarik keluar bahagian peribadinya dan dipegang digigitnya dengan
giginya sehingga putus, maka dia jatuh lalu mati.
Dan
haiwan lain ibunya telah disembunyikan darinya supaya dia melakukan perkara
yang sama!
Jadi bagaimana pula dengan
manusia yang mempunyai sifat manusia yang utama dan berpengetahuan?!
Adakah itu satu generasi dari
penciptaan ini - yang kamu lihat - yang mahukan pengetahuan dari kalangan ahli keluarga
nabi-nabi mereka, dan mereka mengambil pengetahuan dari punca yang mereka tidak
diperintahkan untuk mengambilnya, jadi akhirnya mereka berada dalam apa yang kamu
lihat dalam kesesatan dan kejahilan ilmu, [seperti] perkara-perkara yang lepas
sejak awal penciptaan Allah, dan itu amat mustahil.
Kemudian beliau berkata: Celakalah
mereka! Di manakah Fuqaha’ penduduk Hijaz dan Fuqaha’ penduduk Iraq yang tidak
berbeza mengenainya, bahawa Allah Azza wa Jall memerintahkan pena, jadi ia
berlari (menulis) di Lauh Mahfudz (Papan Terpelihara) yang melindungi semua apa
yang akan berlaku sehingga hari kiamat, [iaitu] dua ribu tahun sebelum dicipta
Adam. Dan semua Kitab-kitab Allah di mana pena berlari, termasuk Larangan
(perkahwinan) adik-adik bersaudara antara lelaki dan perempuan adalah Haram.
Dan kita lihat empat Kitab-kitab terkenal di dunia ini; Taurat, Injil, Zabur,
dan Furqan, Allah telah turunkan kepada mereka dari Lauh Mahfudz kepada
Rasul-Nya (as), ia adalah Taurat kepada Musa, Zabur kepada Nabi Daud, Injil kepada
Isa, dan Al-Qur'an kepada Muhammad, dan kepada Nabi-nabi (as), dan Kitab-kitab tersebut
tidak pernah menghalalkan [adik-beradik dan saudara-saudara berkahwin]. Saya
mengatakan bahawa sesiapa yang mengatakannya atau yang serupanya hanyalah mahu mengukuhkan
hujah-hujah oleh golongan Magi. (Majusi). Apakah mereka mahu memerangi Allah...)
[1]
_______
[1]
'Ilal A-Sharai': jilid 1, halaman 19
Jadi segala puji-pujian
tertentu bagi Allah yang telah mendedahkan mereka dan memalukan mereka dengan
kejahilan dan kedegilan mereka terhadap orang-orang yang benar daripada
keluarga Muhammad (as), kerana mereka mengatakan Nabi (as) anak-anak zina, pada
hal mereka jauh dari itu semua! Maka Allah hitamkan wajah tiap-tiap orang yang
menentang orang-orang yang benar daripada keluarga Muhammad (as) dan mendakwa
mengetahui sunnah Rasulullah dan ayat al-Quran yang Muhkam (jelas) dan
Mutashabih (ayat kiasan), dan melantik diri mereka sebagai Imam yang menyeru kepada
api neraka di dalam hal-hal agama, seperti Umayyah dan Abbasiyyah dan
orang-orang yang mengikuti mereka mengenai urusan dunia. Pengikut mereka tidak
mempunyai apa-apa alasan yang tinggal hari ini kecuali sama ada kedegilan dan
keangkuhan, atau mereka berkata "ia adalah seekor kambing walaupun ia
terbang"! ([Maksudnya mereka kekal degil dan berkeras pada pendapat mereka
walaupun ia jelas salah]).
Rukun Iman di mana seseorang
mesti percaya adalah apa yang ada di akhir Surah Al-Baqarah, Surah 2 dari Al-Quran,
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ
إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّـهِ
وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن
رُّسُلِهِ
Rasul telah beriman kepada Al
Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang
beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya
dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan
antara seseorangpun dari rasul-rasul-Nya"..,[Surah Al-Baqarah, 2:285]
dan
ia adalah Iman Nabi (sawas) yang telah:
Percaya
kepada Allah dan Malaikat dan Kitab-kitab Ilahi dan Rasul, sama ada mereka Nabi
atau Aushiak’ atau mana-mana Rasul dari Allah (swt), walaupun dia seorang Rasul
untuk kepimpinanan dunia sahaja seperti Talut as).
Jadi adalah wajib kepada setiap
Muslim untuk beriman kepada Allah, Yang Esa, Yang Tunggal dan Tempat Bergantung,
dan percaya kepada kenabian Muhammad (sawas) dan beriman kepada malaikat dan
Kitab-kitab dan Nabi-nabi sebelumnya dan Aushia’ mereka dan Syariat mereka dan
menghormati perundangan mereka walaupun ia telah dimansuhkan; kerana ia pernah
menjadi Syariat Allah di bumi ini. Dan kepada setiap Muslim beriman kepada Aushia’
Nabi Muhammad (sawas) Dua belas orang (as), dan untuk mempercayai semua yang
terbukti telah diriwayatkan dari mereka (as).
Juga setiap Muslim mesti percaya bahawa Al-Washi
yang ke dua belas dari Aushia’ Muhammad (sawas) adalah Imam Muhammad bin
Al-Hassan Al-Mahdi (as), dan dia masih hidup diberi rezeki sehingga hari ini,
dan dia akan bangkit dengan pedang seperti datuknya (sawas). Dan setiap Muslim mesti
menjadikan beliau sebagai seorang pemimpin dan menyeru ke arahnya dan mendahulukan
dia lebih daripada diri sendiri, wang dan anaknya, dan dia mesti berusaha untuk
meninggikan kalimahnya dan menunjukkan urusannya dan ketidakadilan yang telah dia
lalui dan menyediakan untuknya (as), daulahnya (negara) dan memusuhi musuh-musuhnya
dari pemimpin-pemimpin zalim yang menguasai seluruh umat ini dan pembantu dan
tentera kafir mereka yang keluar dari Wilayah Allah kepada Wilayah iblis (la).
Dan setiap orang yang beriman itu tidak takut bilangan mereka tidak juga
peralatan mereka.
Allah SWT berfirman :
وَمكَرُوا
مَكْراً وَمَكَرْنَا مَكْراً وَهُمْ لا يَشْعُرُونَ * فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ
عَاقِبَةُ مَكْرِهِمْ أَنَّا دَمَّرْنَاهُمْ وَقَوْمَهُمْ أَجْمَعِينَ * فَتِلْكَ
بُيُوتُهُمْ خَاوِيَةً بِمَا ظَلَمُوا إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ
يَعْلَمُونَ
{Dan mereka merencanakan rancangan (makar) dan
Kami pun merencanakan rancangan (makar), sedang mereka tidak menyadari. * Maka
perhatikanlah betapa sesungguhnya akibat rancangan mereka itu, bahwasanya Kami
membinasakan mereka dan kaum mereka semuanya. * Maka itulah rumah-rumah mereka runtuh
disebabkan kezaliman mereka. Sesungguhnya pada yang demikian itu (terdapat)
pelajaran bagi kaum yang mengetahui. } [ Surah Al- Naml (27) :50 -52 ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan