Halaman

Jumaat, 7 Februari 2014

Al-‘Aqaid wa al-Ahkaam - Termasuk: Kepercayaan yang Sahih

Al-‘Aqaid wa al-Ahkaam
(العقائد والأحكام)
Termasuk:
Kepercayaan yang Sahih

Meyakini kewujudan Pencipta, dan berTauhid kepadaNya, dan membenarkan Nabi-nabi dan Rasul-rasulNya dan Aushiak mereka (as), dan di dalam Keadilan, qadha dan qadar, nasib dan Badaa' dan Syurga dan Neraka, dan kemaksuman Khulafa’ Allah (as) di muka Bumi-Nya, dan segala malaikat, dan perkara yang ghaib, dan semua para nabi dan Rasul-rasul dan Aushiak mereka (as) yang telah dimaklumkan mengenainya. Dan kita tidak mempunyai apa-apa kecuali yang kita pegang erat pada ekor mereka dan mengikuti jejak langkah mereka. Dia SWT berfirman:

إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّه

 {Jika kamu mengasihi Allah, maka ikutilah aku, [supaya] kamu dikasihi Allah } [Surah Aali Imran (3): 31]

Dari Zurarah, berkata: Abu Abdullah (as) telah ditanya mengenai permulaan Keturunan Adam, bagaimana ianya, dan [bagaimana] permulaan pembiakan keturunan Adam, bagi orang-orang di kalangan kita mengatakan bahawa Allah Azza wa Jall mewahyukan kepada Adam untuk mengahwinkan anak-anak perempuannya kepada anak-anak lelakinya, dan semua penciptaan ini berasal dari adik beradik.

Jadi Abu Abdullah (as) berkata: "Maha Suci Allah yang jauh lebih Tinggi KebesaranNya dari yang demikian itu; katanya, “bahawa Allah Azza wa Jall menciptakan ciptaan-Nya yang dikasihi-Nya dan para nabi dan rasul dan orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan dan laki-laki Muslim dan perempuan dari yang haram?! Tidak mempunyai keupayaan mencipta mereka dari yang Halal?! Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian setia mereka pada kehalalan, yang suci bersih dan baik. Demi Allah aku telah mengetahui bahawa salah seekor dari adik haiwan (betina) telah disembunyikan dari abangnya, maka apabila dia bersama dengan adiknya yang betina itu dan telah didedahkan kepadanya. Jadi, apabila dia tahu itu adalah saudaranya, dia tarik keluar bahagian peribadinya dan dipegang digigitnya dengan giginya sehingga putus, maka dia jatuh lalu mati.

Dan haiwan lain ibunya telah disembunyikan darinya supaya dia melakukan perkara yang sama!
Jadi bagaimana pula dengan manusia yang mempunyai sifat manusia yang utama dan berpengetahuan?!

Adakah itu satu generasi dari penciptaan ini - yang kamu lihat - yang mahukan pengetahuan dari kalangan ahli keluarga nabi-nabi mereka, dan mereka mengambil pengetahuan dari punca yang mereka tidak diperintahkan untuk mengambilnya, jadi akhirnya mereka berada dalam apa yang kamu lihat dalam kesesatan dan kejahilan ilmu, [seperti] perkara-perkara yang lepas sejak awal penciptaan Allah, dan itu amat mustahil.

Kemudian beliau berkata: Celakalah mereka! Di manakah Fuqaha’ penduduk Hijaz dan Fuqaha’ penduduk Iraq yang tidak berbeza mengenainya, bahawa Allah Azza wa Jall memerintahkan pena, jadi ia berlari (menulis) di Lauh Mahfudz (Papan Terpelihara) yang melindungi semua apa yang akan berlaku sehingga hari kiamat, [iaitu] dua ribu tahun sebelum dicipta Adam. Dan semua Kitab-kitab Allah di mana pena berlari, termasuk Larangan (perkahwinan) adik-adik bersaudara antara lelaki dan perempuan adalah Haram. Dan kita lihat empat Kitab-kitab terkenal di dunia ini; Taurat, Injil, Zabur, dan Furqan, Allah telah turunkan kepada mereka dari Lauh Mahfudz kepada Rasul-Nya (as), ia adalah Taurat kepada Musa, Zabur kepada Nabi Daud, Injil kepada Isa, dan Al-Qur'an kepada Muhammad, dan kepada Nabi-nabi (as), dan Kitab-kitab tersebut tidak pernah menghalalkan [adik-beradik dan saudara-saudara berkahwin]. Saya mengatakan bahawa sesiapa yang mengatakannya atau yang serupanya hanyalah mahu mengukuhkan hujah-hujah oleh golongan Magi. (Majusi). Apakah mereka mahu memerangi Allah...) [1]

_______
[1] 'Ilal A-Sharai': jilid 1, halaman 19


Jadi segala puji-pujian tertentu bagi Allah yang telah mendedahkan mereka dan memalukan mereka dengan kejahilan dan kedegilan mereka terhadap orang-orang yang benar daripada keluarga Muhammad (as), kerana mereka mengatakan Nabi (as) anak-anak zina, pada hal mereka jauh dari itu semua! Maka Allah hitamkan wajah tiap-tiap orang yang menentang orang-orang yang benar daripada keluarga Muhammad (as) dan mendakwa mengetahui sunnah Rasulullah dan ayat al-Quran yang Muhkam (jelas) dan Mutashabih (ayat kiasan), dan melantik diri mereka sebagai Imam yang menyeru kepada api neraka di dalam hal-hal agama, seperti Umayyah dan Abbasiyyah dan orang-orang yang mengikuti mereka mengenai urusan dunia. Pengikut mereka tidak mempunyai apa-apa alasan yang tinggal hari ini kecuali sama ada kedegilan dan keangkuhan, atau mereka berkata "ia adalah seekor kambing walaupun ia terbang"! ([Maksudnya mereka kekal degil dan berkeras pada pendapat mereka walaupun ia jelas salah]).

Rukun Iman di mana seseorang mesti percaya adalah apa yang ada di akhir Surah Al-Baqarah, Surah 2 dari Al-Quran,

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّـهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ

Rasul telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun dari rasul-rasul-Nya"..,[Surah Al-Baqarah, 2:285] 


dan ia adalah Iman Nabi (sawas) yang telah:

Percaya kepada Allah dan Malaikat dan Kitab-kitab Ilahi dan Rasul, sama ada mereka Nabi atau Aushiak’ atau mana-mana Rasul dari Allah (swt), walaupun dia seorang Rasul untuk kepimpinanan dunia sahaja seperti Talut  as).

Jadi adalah wajib kepada setiap Muslim untuk beriman kepada Allah, Yang Esa, Yang Tunggal dan Tempat Bergantung, dan percaya kepada kenabian Muhammad (sawas) dan beriman kepada malaikat dan Kitab-kitab dan Nabi-nabi sebelumnya dan Aushia’ mereka dan Syariat mereka dan menghormati perundangan mereka walaupun ia telah dimansuhkan; kerana ia pernah menjadi Syariat Allah di bumi ini. Dan kepada setiap Muslim beriman kepada Aushia’ Nabi Muhammad (sawas) Dua belas orang (as), dan untuk mempercayai semua yang terbukti telah diriwayatkan dari mereka (as).

 Juga setiap Muslim mesti percaya bahawa Al-Washi yang ke dua belas dari Aushia’ Muhammad (sawas) adalah Imam Muhammad bin Al-Hassan Al-Mahdi (as), dan dia masih hidup diberi rezeki sehingga hari ini, dan dia akan bangkit dengan pedang seperti datuknya (sawas). Dan setiap Muslim mesti menjadikan beliau sebagai seorang pemimpin dan menyeru ke arahnya dan mendahulukan dia lebih daripada diri sendiri, wang dan anaknya, dan dia mesti berusaha untuk meninggikan kalimahnya dan menunjukkan urusannya dan ketidakadilan yang telah dia lalui dan menyediakan untuknya (as), daulahnya (negara) dan memusuhi musuh-musuhnya dari pemimpin-pemimpin zalim yang menguasai seluruh umat ini dan pembantu dan tentera kafir mereka yang keluar dari Wilayah Allah kepada Wilayah iblis (la). Dan setiap orang yang beriman itu tidak takut bilangan mereka tidak juga peralatan mereka.

Allah SWT berfirman :

وَمكَرُوا مَكْراً وَمَكَرْنَا مَكْراً وَهُمْ لا يَشْعُرُونَ * فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ مَكْرِهِمْ أَنَّا دَمَّرْنَاهُمْ وَقَوْمَهُمْ أَجْمَعِينَ * فَتِلْكَ بُيُوتُهُمْ خَاوِيَةً بِمَا ظَلَمُوا إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

 {Dan mereka merencanakan rancangan (makar) dan Kami pun merencanakan rancangan (makar), sedang mereka tidak menyadari. * Maka perhatikanlah betapa sesungguhnya akibat rancangan mereka itu, bahwasanya Kami membinasakan mereka dan kaum mereka semuanya. * Maka itulah rumah-rumah mereka runtuh disebabkan kezaliman mereka. Sesungguhnya pada yang demikian itu (terdapat) pelajaran bagi kaum yang mengetahui. } [ Surah Al- Naml (27) :50 -52 ]






Tiada ulasan:

Catat Ulasan