Halaman

Sabtu, 8 Februari 2014

Al-Ahkam:

Al-Ahkam:
(الأحكام)

Adapun Al-Ahkam, ia adalah kumpulan perundangan yang didatangkan kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul (as) daripada Yang Maha Suci, dan yang dipikulkan kepada hamba-hamba dengannya, dan mungkin sebahagian daripadanya telah dibatalkan (nasakh) atau ditambah perundangan lain, melalui peredaran masa, mengikut ilmu al-Hakim al-Khabir untuk memperbaiki hal hamba-hamba dan negeri pada setiap zaman, dan tidak sah untuk membatalkan, mengubah atau menambah, kecuali dengan terutusnya pemberi peringatan yang ma'sum yang bercakap mengenai Allah dan melaksanakan perintah-Nya. Dan sesiapa yang mencari selain dari itu, maka telah sesat dalam kesesatan yang jauh, dan jika kita melihat pada Syarak dari Langit (Asy-Syara’i As-Samawiyah) dan Hukum-hukum Ketuhanan (Al-Ahkam Al-Ilahiyah) kita akan dapati ditujukan kepada dia, dan hanya Dia sahaja pengislah (yang memperbaiki) ruhani, jasmani, negara dan ekonomi, jadi sesiapa yang menggubal atau mengubah dan membatalkan atau menambah dalam syariat selain dari maksumin yang bercakap mengenai Allah, maka dia mendakwa seolah-olah sebagai tuhan dan pencipta yang ada penyembahnya, dan jika dia tidak mengakui pada kata-katanya maka Al-Quran telah mengisytiharkan bahawa orang-orang Yahudi menyembah orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah; kerana mereka telah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, dan pengikutnya pula mentaati mereka.

Dari Abi Ja'far a.s. dalam mentafsir firman Allah SWT: "( اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَاباً مِنْ دُونِ اللَّهِ) Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah, " ¹ beliau berkata, " Bagi orang-orang alimnya dan rahib-rahib, pengikut mereka telah mentaati mereka, dan telah mengambil kata-kata mereka dan mengikuti apa yang telah diperintahkan kepada mereka, dan mereka telah mengambilnya sebagai agama apa yang mereka telah menyeru menjadi pengikutnya dan mengambil mereka sebagai tuhan-tuhan dengan mematuhi mereka, dan meninggalkan apa yang diperintahkan Allah, KitabNya dan Rasul-rasulNya, lalu mereka menolak dan membelakang (perintah nya), dan mereka mengikut apa yang orang-orang alim dan rahib-rahib perintahkan mereka dan mentaatinya dan menderhaka kepada Allah, tetapi Dia SWT menyebutnya di dalam Kitab kita (al-Quran) supaya kita mengambil pengajaran daripadanya... " ².


_______
¹ . Surah At-Taubah (9): 31
². Tafsir Al-Qumi : Jilid 1, hal. 289 ; Bihar Al-Anwar : Jilid 9, hal. 212 .



  
Jadi setiap kepercayaan yang manusia percaya, jika dia tidak mengambil daripada ma'sum yang datang dari Allah, maka ia adalah memperhamba (menyembah) selain Allah, dan setiap Hukum Syar’ei yang diamal manusia sebagai ibadat, jika dia tidak mengambilnya daripada ma'sum yang membawanya dari Allah, maka ia menyembah orang yang mengeluarkan fatwa dan penggubal itu, kerana dia mendakwa seolah-olah dia tuhan, di mana maksumin diri mereka tidak melakukannya kecuali Hukum Syariah yang dinaqalkan dari Allah SWT.

Imam As -Sadiq a.s. berkata dalam surat yang terkenal kepada Syiah: (Wahai kumpulan yang dirahmati dan yang berjaya, Allah telah menyempurnakan untuk kamu apa yang datang kepada kamu dari yang baik, dan ketahuilah bahawa bukanlah dari Ilmu Allah dan bukan dari perintahNya yang sesiapa sahaja dari makluk Allah mengambil dalam agamanya mengikut sesuka hati, pendapat dan pertimbangannya sendiri, pada hal Allah telah menurunkan Al-Quran dan terdapat di dalamnya penjelasan tiap-tiap sesuatu. dan Dan jadikanlah al-Quran dan belajar Al-Quran itu keselamatan, orang-orang yang berpengetahuan dalam al-Quran, yang Allah telah kurniakan ilmuNya, tidak boleh mengambilnya mengikut, pendapat dan ukuran sesuka hati mereka sendiri, Allah telah memperkayakan mereka itu dengan apa yang Dia berikan mereka daripada ilmu-Nya yang ditentukan.dengannya.

Dan diletakkan pada mereka kemuliaan dari Allah dan memuliakan mereka dengannya, dan mereka adalah ahli ilmu tempat umat ini bertanya mengenai urusan (perintah) Allah kepada mereka, dan mereka adalah tempat bertanya - dan ia di hadapan dalam Ilmu Allah supaya dipercayai dan diikuti - mereka dibimbingnya, dan memberinya daripada ilmu al-Quran apa yang dihidayahkan dengannya kepada Allah dengan izin-Nya, dan untuk semua jalan yang benar, dan mereka adalah orang-orang yang tidak dapat keluar dari perkara-perkara dan pengetahuan dengan apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dan melaksanakannya bersama mereka.

Jadi sesiapa, dalam ilmu Allah, menderita dalam asal-usul penciptaan telah mengalahkan mereka, di bawah naungan , mereka adalah orang-orang yang terkeluar dari meminta para alim ulama - yang mana Allah telah berikan Ilmu al-Quran dan meletakkannya ke atas mereka dan memerintahkan untuk bertanya kepada mereka – dan mereka adalah orang-orang yang mengambil mengikut hawa nafsu, pendapat dan ukuran sendiri sehingga syaitan masuk pada mereka; kerana mereka membuatkan, orang beriman pada Ilmu al-Quran di sisi Allah, menjadi orang-orang kafir, dan membuatkan, orang-orang yang sesat dalam Ilmu Al-Quran di sisi Allah, beriman, dan mereka juga membuatkan dalam kebanyakan perkara , menghalalkan apa yang diharamkan Allah dan mereka juga membuatkan dalam kebanyakan perkara , mengharamkan apa yang dihalalkan Allah.

Itu adalah hasil keinginan mereka sendiri, dan Rasulullah (sawas). yang telah mengamanahkan kepada mereka sebelum kewafatannya dan mereka berkata: “Kami, selepas Allah Azza wa Jal mengambil RasulNya (sawas), boleh mengambil dari pendapat Ijmak manusia selepas Allah Azza wa Jal mengambil RasulNya (sawas), dan selepas amanah yang baginda amanahkan kepada kami dan memerintahkan kami dengannya. Menentang Allah dan RasulNya (sawas.) Tidak ada yang berani terhadap Allah, tidak jelas kesesatan daripada orang yang mengambil secara demikian, dan mendakwa bahawa dia mempunyai kemampuan.

Demi Allah, bahawa Allah berhak ke atas ciptaanNya supaya mentaatiNya dan mengikut perintah Nya semasa kehidupan Muhammad sawas. dan selepas kewafatannya. Adakah akan taat mereka musuh-musuh Allah. Bahawa mereka yang mendakwa bahawa sesiapa yang menerima Islam bersama Muhammad (sawas). mengambil [agamanya] dengan mengikut kata-katanya, pendapat dan pertimbangannya sendiri? Jadi, jika dia berkata: Ya , maka dia berbohong kepada Allah dan sesat sesesatnya. Dan jika dia berkata: Tidak, maka tidak ada yang dapat mengambil pendapatnya, mengikut sesuka hati atau pertimbangannya sendiri, kerana dia telah mengakui dengan bukti atas dirinya sendiri . Dan dia adalah dari orang-orang yang mendakwa bahawa perintah Allah mesti ditaati dan diikuti selepas kematian Rasulullah (sawas), dan Allah berfirman dan firmanNya adalah kebenaran:

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلاَّ رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىَ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللّهَ شَيْئاً وَسَيَجْزِي اللّهُ الشَّاكِرِينَ

{Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.)} ¹

Supaya kamu tahu bahawa perintah Allah mesti ditaati dan diikuti dalam kehidupan Muhammad (sawas), Dan selepas Allah mengambil Muhammad (sawas), Dan seperti tidak ada, seorang manusia pun bersama Muhammad (sawas), yang tidak sepatutnya mengambil [agamanya] mengikut sesuka hati, pendapat dan pertimbangannya sendiri, bertentangan dengan perintah Muhammad (sawas), maka seperti tidak ada, seorang manusia pun selepas Muhammad (sawas), sepatutnya mengambil [agamanya] mengikut sesuka hati, pendapat dan pertimbangannya sendiri,). " ²

_______
¹ . Surah Al- Imran (3): 144.
². Al-Kafi: Jilid 8, halaman 5 -6; Wasail As-Syiah: Jilid 27 , halaman 37; Bihar Al-Anwar: Jilid 75, halaman 213 .

Jadi, jika para Imam, dengan akal dan ilmu mereka yang sempurna mengenai Muhkam al-Kitab ini dan Mutasyabihaatnya, dan diturunkanNya dan pentakwilannya (maknanya), tidak boleh ada baginya fatwa, tetapi mereka dipindahkan dari Allah dan RasulNya (sawas), Jadi bagaimana ini boleh dibenarkan kepada orang lain, dengan kekurangan akal mereka dan kejahilan mereka tentang Muhkam dan Mutasyabihaat, dan yang diturunkan dan yang ditakwilkan itu.

قال الإمام الصادق (ع) لأبي حنيفة عندما دخل عليه: (يا أبا حنيفة، تعرف كتاب الله حق معرفته؟!!! وتعرف الناسخ والمنسوخ؟!!! قال: نعم، قال (ع): يا أبا حنيفة، لقد ادعيت علماً، ويلك ما جعل الله ذلك إلاّ عند أهل الكتاب الذين أنزل الله عليهم. ويلك ولا هو إلاّ عند الخاص من ذرية نبينا (ص)، ما ورثك الله من كتابه حرفاً، فإن كنت كما تقول ولست كما تقول، فأخبرني …)

Imam As-Sadiq (as) berkata kepada Abu Hanifah apabila dia datang kepadanya:??! (Ya, Aba Hanifah, adakah kamu arif (kenal-tahu) kitab Allah dengan benar-benar makrifah (pengetahuan) ?!!! Dan adakah kamu arif yang nasakh dan mansuhkan? Beliau berkata: “ya.”, beliau (as) berkata: Wahai Aba Hanifah, kamu telah mendakwa (berpura-pura) berilmu, Celakalah kamu, Allah tidak menjadikan (perkara) ini melainkan di sisi yang ahli dengan al-Kitab yang diturunkan Allah kepada mereka. Celakalah kamu, dan hanya di sisi. orang-orang tertentu (khas) dari keturunan nabi kita (sawas), Allah tidak mewarisikan kamu daripada KitabNya sehuruf pun, jadi jika kamu seperti yang kamu katakan dan kamu tidak seperti yang kamu katakan, jadi beritahu aku ...) ¹.

__________________
¹. Ilal As-Sharai: V1, P90; Wasail As-Syiah: V27, P48.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan