Jumaat, 28 Februari 2014

Soalan 116: Selawat ke atas Muhammad dan keturunan Muhammad

Soalan 116: Selawat ke atas Muhammad dan keturunan Muhammad


Soalan 116: Apakah maksud menghantar Selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad?

ما معنى الصلاة على محمد وآل محمد؟

Jawapan: Ash-Shalat (selawat) bermaksud berdoa dan merayu dan bertawasul kepada Allah untuk meminta sesuatu daripada-Nya SWT, atau mendekatkan diri kepada-Nya dan ia juga merupakan permohonan, jadi apabila kita berkata:

اللهم صلِّ على محمد

Ya Allah hantarlah selawat ke atas Muhammad, ia bermakna kita meminta dari Allah SWT untuk meningkatkan, menyanjung Muhammad (sawas) dan untuk meninggikan maqamnya, dan sudah tentu maqam Muhammad (sawas) adalah maqam yang paling dekat dan tidak ada maqam selepasnya, jadi maqamnya thabit (sahih) dan dia adalah pemilik maqam antara dua busaran (panah) (shalawatu Allah ‘alaihi wa Aalihi – Allah berselawat ke atasnya dan keturunannya), oleh itu dengan meminta dari Allah melalui menghantar selawat ke atas Muhammad adalah untuk meningkatkan sanjungan Muhammad dan menaikkan maqam Muhammad (sawas) di sisi manusia, yang bermaksud untuk mengajar manusia mengagung dan menyanjung Muhammad (sawas), dan ini diperoleh dengan kemunculan Imam Al-Mahdi (as) , kerana dia akan menyebarkan 25 huruf dari ilmu, maka dia akan mengajar manusia ber-Tauhid, dan dia akan mengajar mereka tentang Rasul-rasul , dan dia akan mengajar mereka tentang Kitab, dan dia akan mengajar mereka tentang malaikat-malaikat, dia akan mengajar mereka tentang penciptaan Allah SWT, dan dia akan mengajar mereka mengenai Muhammad (sawas), jadi apabila kita kata:

اللهم صلِّ على محمد وآل محمد

Ya Allah, Selawat ke atas Muhammad dan keturunan Muhammad, ini bermakna kita katakan: Ya Allah zahirkan Haq (kebenaran) Muhammad dan keluarga Muhammad, dan sanjungkan dan agungkan maqam Muhammad dan keturunan Muhammad, bermakna seolah-olah kita kata: Ya Allah segerakan kemunculan Muhammad dan keluarga Muhammad, dan seolah-olah kita kata: Ya Allah zahirkan keadilan dan kebenaran dan persamaan dan hindarkan ketidakadilan dan kerosakan dan ketidaksamaan, Itulah sebabnya zikir ini dilafazkan:

اللهم صلِّ على محمد وآل محمد

Ya Allah, Selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad,

adalah Zikir yang terbaik (paling afdhal) dan ganjarannya besar, dari apa yang saya telah belajar dari Imam Al-Mahdi (as) ialah Zikir yang paling besar adalah melafazkan kata ini:

(بسم الله الرحمن الرحيم ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم اللهم صلِّ على محمد وآل محمد وسلم تسليماً(

( " dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar, Ya Allah! Selawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad dan kesejateraan dan penghormatan").

Dan sesiapa yang membacanya 50 kali maka akan ditulis untuknya sebagai orang yang tidak lalai untuk hari itu, dan jika dia menyebutnya 100 kali dia akan ditulis sebagai penuh peringatan untuk hari itu , dan jika dia berkata 1000 kali maka dia akan menjadi orang-orang yang berjaya di sisi Allah dan di sisi Imam Al-Mahdi (as).

Allah SWT berfirman:

﴿إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً﴾

{Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat ke atas Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.} [1] ,

yang bererti bahawa orang yang beriman meminta dari Allah untuk menghantar selawat (sanjungan) ke atas Muhammad, maka mereka berkata:

اللهم صلِّ على محمد وآل محمد وسلّم تسليماً

("Ya Allah! Selawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad dan kesejateraan dan penghormatan"), dan makna send keamanan (Wa Sallim Tasliman): iaitu memberi mereka keselamatan dan keselamatan, dan keselamatan ia adalah bai’ah (ikrar setia) kepada Al-Qaim (as​​), dan keselamatan akan berada di dalam Daulah Qaim (as​​) [2], Allah SWT berfirman:

﴿وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ آمِناً﴾

{ .. barangsiapa memasukinya menjadi amanlah dia. .. } [3], dan Allah SWT berfirman:

﴿سِيرُوا فِيهَا لَيَالِيَ وَأَيَّاماً آمِنِينَ﴾

{ .. Berjalanlah kamu (di kota-kota itu) pada malam hari dan siang hari dengan dengan aman.} [ 4]. .


✡✡✡✡✡
----------
[1] Al-Quran : Surah Al -Ahzab { 33: 56 } .
[2] Pada dialog Imam Al-Shadiq (as) dengan Abi Hanifah, sehingga sampai kepada kata berikut: (... Maka berkata Abu Bakar Al-Hadhrami boleh aku jadi tebusan Mu (apakah) jawapan pada kedua-dua soalan lalu dia (Imam) berkata Wahai Aba Bakr Berjalanlah kamu (di kota-kota itu) pada malam hari dan siang hari dengan dengan aman, beliau berkata: (Ini ialah) untuk Qaim kami daripada Ahlulbayt, dan berkata “dan sesiapa yang masuk ia selamat”, maka sesiapa yang berbai’ah kepada beliau dan memasuki bersama beliau dan saling berjabat tangan dan menyertai perjanjian (bai’ah) menjadi sahabatnya maka dia akan selamat.) 'Alal Al-Syara i': Jilid 1 , halaman 89-91.
[3] Al-Quran: Surah Aali 'Imran {3: 97} .
[4] Al-Quran: Surah Saba' { 34: 18 }


Tiada ulasan: