Halaman

Isnin, 24 Februari 2014

Soalan 101: Ash-Shalat Al-Wustaa dan Umat Al-Wustaa -313

Soalan 101: Ash-Shalat Al-Wustaa dan Umat Al-Wustaa -313

Soalan 101: Allah SWT berfirman:

﴿حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلاةِ الْوُسْطَى﴾

{Peliharalah semua solat(mu), dan (peliharalah) ash-shalat al-wustaa.} [1],

Apa dia shalat wustaa?

Jawapan: Ash-Shalat Al-Wustaa adalah solat Jumaat khususnya, dan pada hari-hari yang lain, adalah solat Zuhur (tengah hari), dan perintah ini adalah untuk menjaga solat Jumaat khususnya dan untuk memeliharanya; kerana umat Islam berkumpul untuk perbaiki (mengislah) apa yang terjejas dalam agama mereka dan dalam urusan dunia mereka dan juga untuk meninggikan agama dan kelebiihan (manafaat) daripada nikmat Allah SWT, ini adalah mengikut erti yang zahir.

Bagi maksud sebenar (hakikat), Solat adalah kekuasaan (Al-Wilayah) bagi Wali Allah dan HujjahNya ke atas hamba-hambaNya dan Ash-Shalat Al-Wustaa atau Solat Jumaat adalah amal dan Jihad di antara tangan (kuasa) Qa'im (as), dan solat Qa'im (as) adalah solat Jumaat, kerana dia menyatukan Umat Islam selepas dipecah belahkan oleh para pemimpin dan ulama yang tidak beramal. Solat Qa'im (as) adalah Ash-Shalat Al-Wustaa; kerana sahabat-sahabatnya yang bersolat dan beramal dan berjihad dan mereka adalah umat pertengahan (الأمة الوسط) [2]:

﴿وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيداً﴾

{Dan demikianlah Kami menjadikan kamu umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas kamu. } [3]
                                                              

Maka sudah pastilah bahawa sebahagian besar orang Islam tidak menjadi saksi atas manusia, dan bagaimana peminum arak atau penzina atau yang melakukan maksiat akan menjadi saksi atas manusia dalam Mahkamah Ilahiyah, sebaliknya ia adalah Umat Pertengahan - dan mereka adalah juga pemimpin-pemimpin - mereka adalah Tiga Ratus Tiga Belas (313) orang, dan mereka adalah saksi bagi umat manusia kerana mereka adalah hamba Allah yang sebenar, dengan itu mereka adalah kaum yang beribadah, yang ikhlas, yang tertindas,yang terkenal di langit, yang tidak dikenali di bumi dan yang tidak bersalah di sisi Allah walaupun mereka dicela oleh orang yang mencela.

Yang Maha Kuasa berfirman:

﴿وَنُرِيدُ أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ﴾

{ Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi),} [4]


✡✡✡✡✡


-------------------------
[1] Al-Quran: Surah Al-Baqarah {2: 238} .
[2] Diriwayatkan dari Amir Al-Mukminin (as) di akhir sebuah hadis mengenai pemisahan Ummah : ("... kemudian beliau berkata: 13 firqah dari 73 firqah semua daripada mereka akan mendakwa sayang dan cintakan saya, hanya salah satu daripada mereka akan berada di Syurga dan mereka adalah jenis yang Tengah, dan 12 (yang lain) akan berada di neraka."  Al -Amali oleh Sheikh Al-Tusi . halaman 524.
[3] Al-Quran : Surah Al-Baqarah { 2: 143 } .
[4] Al-Quran : Surah Al-Qasas { 28: 5} .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan