Halaman

Isnin, 24 Februari 2014

Soalan 92: Pokok Yang Hijau

Soalan 92: Pokok Yang Hijau

Soalan 92: Apakah ini makna ayat ini:

﴿الَّذِي جَعَلَ لَكُمْ مِنَ الشَّجَرِ الْأَخْضَرِ نَاراً فَإِذَا أَنْتُمْ مِنْهُ تُوقِدُونَ﴾

Tuhan yang menjadikan untukmu api dari kayu yang hijau, maka tiba-tiba kamu nyalakan (api) dari kayu itu"? Surah Yasin [80 ]

Jawapan : Pokok hijau adalah agama, dan makna ayat tersebut adalah: "Bahawa Allah menjadikan bagi kamu dari ad-Din sebagai cahaya, dan dengan cahaya kamu boleh naik ke langit, dan menjadikan bagi kamu dari cahaya agama yang berjalan dengan cahaya itu di kalangan manusia, supaya kamu boleh mengenal yang hak dari yang batil, dan dengan beribadah dan mentaati Allah manusia akan ditingkatkan dan Allah akan menjadikan kepadanya cahaya untuk mengenal kebenaran, dan juga dia boleh melihat tkebenaran, dan itulah tujuan sebenar dari ayat ini.

Adapun makna luaran ayat ini, ia tidak perlu diperjelaskan lagi , kerana sesiapa yang mengkaji proses komposisi cahaya pada tumbuh-tumbuhan akan tahu kayu yang merupakan akibat daripada hasil proses ini, iaitu proses yang bergantung kepada bahan hijau yang biasanya terdapat pada daun, dan itu adalah satu tanda daripada tanda-tanda kebesaran Allah. Tumbuh-tumbuhan secara ringkasnya, mengambil peranan daripada pengumpul (dan pengeluar), yang menyimpan haba (panas) matahari dalam pembentukan kayu, dan kayu ini boleh menghasilkan haba pada bila-bila masa.


✡✡✡✡✡


Tiada ulasan:

Catat Ulasan