Sabtu, 16 Februari 2019

Bila Permulaan Dakwah dan di mana


Sirah (Riwayat hidup) Imam Ahmad Al-Hasan Al-Yamani (as) dan sejarah dakwahnya secara ringkas

Bila Permulaan Dakwah dan di mana


Sebelum memasuki tahun 1999, Al-Sayed Ahmad Al-Hasan (as) telah bertemu dengan bapanya Imam Al-Mahdi (as) di alam nyata. Imam Al-Mahdi (as) telah memperturunkan ilmunya dan mengarahkan beliau (as) mengikut arahannya. Pada penghujung tahun 1999 dengan arahan Imam Al-Mahdi (as), beliau (as) telah mengkritik hebat kebatilan yang berlaku di Hauzah dan menuntut mereka melakukan pembaharuan dari segi keilmuan, amalan dan kewangan. Protes dan kritikan bagi menuntut pembaharuan ini berterusan sehingga ke tahun 2002, apabila Imam Mahdi (as) mengarahkan Al-Sayed Ahmad Al-Hasan untuk menyampaikan kepada orang ramai bahawa dia (as) adalah utusan Imam Mahdi (as) dan seterusnya mengajak mereka beriman kepada Al-Sayed Ahmad Al-Hasan. Pada tahun yang sama bulan Julai bersamaan Jamadil Awwal 1423 beliau berhijrah ke kota suci Najaf, bapanya Imam Mahdi (as) mengarahkan beliau (as) supaya mengajak seluruh umat manusia bahawa namanya disebutkan di dalam wasiat Rasulullah (S) di malam sebelum kewafatan baginda.



Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas

Tiada ulasan: