Jumaat, 8 Februari 2019

Kedua belas / Al-Ana wa Nahnu – 17 - 25


Kedua belas / Al-Ana wa Nahnu – 17 - 25

17 Senjata kegelapan, kejahilan, dan Iblis:

Imam Ahmad Al-Hasan (as) berkata:

[2 – Diri

Ia adalah asas wabak penyakit dan rumah penyakit, oleh karena itu, jika tidaklah terdapat di dalamnya lubang (celahan/kelemahan) yang sesuai keinginan hawa nafsu dunia ini, dan jika tidaklah terdapat di dalamnya penyakit hati iaitu keakuan (Al-Ana), maka Syaitan tidak akan mempunyai jalan atas manusia [untuk merayunya], oleh itu, melalui kesihatannya anak Adam akan sihat, dan dengan penyakitnya dia sakit dan melaluinya dia mati.

Dan Syaitan (laknahu Allah), sama ada menggunakan apa yang ada di dalamnya, iaitu Al-Ana untuk menusuknya, maka senjata syaitan datang dari dirinya dan tikaman berlaku di dalamnya. Atau Syaitan (laknahu Allah) akan menggunakan apa yang ada di dunia ini untuk menusuk Diri di lubang (celahan- kelemahan)-nya.

Sekarang kita tahu senjata syaitan dan susunannya dari apa yang digunakan pada diri dan persekitarannya. Dan dengannya kita mengetahui pengertian Jihad diri adalah jihad Al-Akbar (besar). Oleh kerana pertahanan (benteng) Diri dalam peperangan ini akan menolong mengalahkan syaitan, dan menghancurkan senjatanya.

Bagi menerangkan dengan lebih terperinci lagi mengenai senjata-senjata dari Kegelapan, Al-Jahil dan Syaitan, saya akan serahkan saja kepada permata dari permata Aali Muhammad (as), yang menerangkan tentera Jahil dan tentera Akal (Al-3aqal), untuk dikurniakan kepada orang mukmin dengan tentera 3aqal selepas meninggalkan tentera Jahil sehingga 3aqalnya menjadi sempurna, dan dilindungi (dibentengi) oleh Allah dari senjata-senjata syaitan.

------------------------------------
2- Jihad Pintu Syurga - oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as): hal 13 – 2 Diri

Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...92

18. Jihad Al-Akbar (Besar).

Imam Ahmad Al-Hasan (as) berkata:

[Jihad Besar (Al-Akbar) Mendahului Jihad Kecil (Al-Ashghar)

Tujuan yang paling penting dalam berjihad adalah mengeluarkan manusia dari memperhambakan diri kepada Bumi ini, dan mengabdi kepada Al-Ana, [dan kembali] kepada memperhambakan diri kepada Allah, Yang Esa, Yang Maha Memaksa, dan mengiktiraf Ketuanan (Hakimiyah)-Nya SWT, pada kedua-dua tahap, Perundangan dan pelaksanaan sekaligus, pada Khalifah Allah di bumi-Nya. Dan pertempuran Jihad yang pertama mengambil tempat di dalam ruang lingkup undang-undang Ilahiyah ini (Khalifah Allah di bumi-Nya), dan ia adalah undang-undang yang pertama, yang melibatkan penerimaan ketaatan [Khalifah Allah] atau tidak daripadanya, Yang Maha Kuasa berfirman:

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ﴾

{Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".} [Al-Baqarah 2:30]

dan hasilnya;

﴿فَسَجَدَ الْمَلائِكَةُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ * إِلَّا إِبْلِيسَ اسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ﴾

{Lalu seluruh malaikat-malaikat itu bersujud semuanya, - kecuali iblis; dia menyombongkan diri dan adalah dia termasuk orang-orang yang kafir. } [Surah Shaad 38:73 & 74]

Para Malaikat menang dalam peperangan ini, sementara tang rugi adalah Iblis (la3nahu Allah), dan Jihad ini adalah dari jenis yang pertama, dan ia adalah Jihad Diri sebagaimana Rasulullah menyebutnya sebagai "Jihad Al-Akbar". Dan ia mesti dimulakan oleh para Mujahid (orang yang berjihad) dengan Jihad Al-Akbar (besar) lebih dahulu dan kemudian bergerak kepada Jihad Al-Asghar (kecil), bahkan Jihad kecil adalah salah satu bahagian yang penting dalam jihad Al-Akbar.] [1]


19. Senjata Ilmu Dan Hikmah 

Imam Ahmad Al-Hasan (as) berkata:

Untuk Jalan Kedua: dalam mengetahui (mengenal) Khalifah Allah di bumi-Nya adalah merupakan senjata para nabi dan Aushiaknya.  Iaitu Ilmu dan Hikmah (pengetahuan dan kebijaksanaan), dan ini dikenal dari ucapan mereka, dan penyelesaian mereka atas berbagai masalah, dan urusan Kejadian hari kiamat.

------------------------------------
2- Jihad Pintu Syurga - oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as): hal 13 – 2 Diri

Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...93


Dan ia mestilah orang yang membebaskan diri mereka daripada keinginan dan Al-Ana untuk menunjukkan kebijaksanaan dan pengetahuan mereka (as), yang dengannya menjadi hujjah Allah SWT ke atas malaikat:

وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

{Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang betul orang-orang yang benar!"} [Al-Baqarah 2:31]

Ia adalah dalil yang terbaik atas khalifah Allah di bumi-Nya. [1]


20. Pakaian Yusuf (as):

Imam Ahmad Al-Hasan (as) berkata:

[.........Kemuliaan pakaian ini tidak lain adalah ia menyentuh hati Yusuf, ini adalah pakaian itu, dalam semua tanda-tanda itu adalah pakaian ini menjadi saksi keadilan yang menyaaksikan kesucian hati dan kemurnian Yusuf, pakaian ini bercakap tetapi dengan perbuatan bukan dengan kata-kata, Dan apa yang paling diperlukan bagi seseorang untuk belajar daripada pakaian Yusuf (as) adalah kejujuran dan amanah dan mengatakan yang benar dan berikan semua orang akan haknya, dan belajar untuk meninggalkan hasad dan Al-Ana serta akhlaq yang tercela. .......] [1]


21. Puasa dari Al-Ana

Soalan: Apakah maksud Hadis Qudsi {الصوم لي وأنا اجزي به :
"Puasa adalah untuk Ku (Allah) dan Aku adalah ganjaran untuknya"}. Al Kafi, jilid 4, ms 63, hadis 6.

Jawapan Imam Ahmad Al-Hasan (as)
:
:

]Bacaan (Aku memberi ganjaran untuk itu -
أجزي به - Ajzi bihi) adalah salah kerana Allah SWT memberi ganjaran ke atas semua ibadat hambaNya. Tidak dikhususkan hanya untuk puasa sepertimana bacaan salah yang diketengahkan.

Bacaan yang betul ialah: {
أجزى به- Ujza bihi} bermaksud "Aku adalah ganjaran untuknya", dengan membaris hadapankan huruf hamzah dan  menukar kepada Alif Maqshurah. Puasa yang dimaksudkan adalah puasa Mariam (as) dan lebih dari itu:

إِنِّى نَذَرۡتُ لِلرَّحۡمَـٰنِ صَوۡمً۬ا فَلَنۡ أُڪَلِّمَ ٱلۡيَوۡمَ إِنسِيًّ۬ا
Sesungguhnya aku bernazar untuk berpuasa kerana (Allah) Al-Rahman; maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini. (Surah Maryam: 26)

------------------------------------
1- Jihad Pintu Syurga - oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as): hal 45 Mengenal Khalifah Allah
2- Idha'aat Min Da3awatu Al-Mursalin - oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as): J 3 Bahagian II hal 121

Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...94


Bermakna seseorang itu menjadi terasing daripada makhluk dan menikmati kebersamaan Allah (SWT). Bahkan ini adalah permulaan dan pengakhiran yang hasilnya ialah Allah sebagai ganjaran bagi puasa itu iaitu puasa dari Al-Ana (Keakuan). Apabila seorang hamba itu berjalan di atas jalan yang lurus, mengetahui, meyakini serta menyaksikan bahawa kewujudannya adalah pinjaman dan keberadaannya yang disangkakan adalah disebabkan oleh ketiadaan dan kegelapan yang bercampur dengan cahaya. Ini adalah dosa yang tidak pernah lekang dari seorang hamba. Dia adalah hamba pada masa lalu, sekarang dan di masa hadapannya. Jika hamba ini menahan diri dari Al-Ana dan dengan ikhlas meminta untuk menyingkirkan lembaran kegelapan dan ketiadaan tersebut, lalu Allah SWT memperkenankan doanya. Maka tiada apa lagi yang kekal melainkan Allah yang Satu lagi Maha Pemaksa (Al Qahar) serta disinari bumi dengan cahaya Tuhannya, didatangkan dengan Al Kitab dan dikatakan segala puji bagi Allah
Tuhan semesta alam.] [1]


22 Hijab Kegelapan, Yang Berasal Dari Kegelapan, Ketiadaan Dan Kebendaan:

Jawapan Imam Ahmad Al-Hasan (as):

Hijab kegelapan adalah tentera kejahilan, yang telah disebut oleh Imam Al-Shadiq (as) dan akhlaq yang tercela dan "Al-Ana" yang diimplan dalam sifat manusia. Jadi semakin meningkat "Al-Ana" bagi seorang manusia, semakin meningkatlah hijab ini. Dan semakin berkurang "Al-Ana" bagi seorang manusia, semakin berkuranglah hijab ini. Jadi hijab ini berasal dari kegelapan, ketiadaan, dan kebendaan. Dan ia tidak lain selain dari cara-cara untuk menguasai setiap yang baik.

Bagi hijab cahaya, ia adalah kalimah Allah SWT dan limpahan yang turun dari Allah AWJ kepada makhluk-Nya, dan ia mempunyai keadaan pada setiap darjat kedudukan dan bagi setiap orang yang berjuang di jalan Allah SWT. Jadi bagi makhluk yang terbaik, Muhammad (S), hijab cahayanya adalah Al-Quran, atau hijab berayun, seperti dalam riwayat dari Al-Shadiq (as), di mana beliau berkata,

Jibrail meminta kepada baginda untuk berhenti di suatu tempat sambil berkata, "Tunggu di sana wahai Muhammad (bermaksud ini adalah pangkat kamu, Jibrail tidak dapat mencapai kedudukan nabi, maka dia berkata kepada baginda untuk meninggikan kedudukan baginda (S), kamu telah berdiri di tempat di mana tiada malaikat atau nabi yang pernah berdiri sebelum kamu. Adalah Tuhan mu memberi rahmat."
         
Baginda bertanya, "Ya Jibrail, bagaimana Dia memberi rahmat?"
[Jibrail] berkata, "Dia berkata, Kegemilangan, Kesucian, Aku Tuhan para malaikat dan Roh. Rahmat Ku melebihi

--------------------------------------
1- Kitab Mutasyabihaat: oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) Jilid 1  - Soalan No. 13


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...95

kemarahan Ku." Lalu baginda [Nabi (S)] kemudian berkata, "Ya Tuhan, aku mohon keampunan-Mu, aku memohon keampunan-Mu." Dia (as) berkataL sepertimana firman Allah:
﴿قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَىٰ﴾
"dia dekat sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi.)"- [Surah An-Najm  53:9].

(Abu Basir kemudian) bertanya: apakah  panjang dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi)?"
Jadi dia (as) berkata, "Ia adalah jarak antara lengkungan dan kepala busur."
Beliau (as) kemudian berkata, "Dan di antara mereka ada tabir (hijab) yang bersinar dan berayun." Dan aku tidak mengetahuinya sehingga dia (as) berkata, "Ia adalah zamrud. Dia melihat ke dalam apa yang Allah kehendaki dari cahaya Kebesaran sehalus mata jarum. Lalu Allah berfirman... "

Hijab zamrud hijau yang berayun ini adalah petunjuk hijab kegelapan dan hijab cahaya, dan terangkatnya hijab kegelapan dengan pembukaan yang seperti mata jarum, dan terangkatnya hijab cahaya oleh ayunan yang berlaku pada hijab. Oleh itu, hijab yang gelap adalah kecacatan yang ditinggalkan oleh tentera kejahilan dan "Al-Ana", dan hijab cahaya yang menyelubungi manusia akan menghapuskannya apabila dia memperoleh tentera akal dan akhlak yang mulia. Beginilah bagaimana manusia itu dalam perjalanan menuju kesempurnaan, dia berusaha untuk mencapai dan mengangkat "Al-Ana" dari halaman kewujudan dan untuk memperoleh semua tentera akal, dan ini adalah pembukaan yang nyata.
﴿إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا﴾
(Sesungguhnya Kamilah Yang membuka untuk kamu dengan pembukaan yang nyata). – [Surah Al-Fath 48:1].
.........................

Jawapan kepada Soalan: Hijab kegelapan dan cahaya diangkat oleh Allah menuju ke arahNya SWT dan mendapatkan keredhaan-Nya. Dan hijab kegelapan khususnya diangkat dengan meninggalkan tentera kejahilan dan akhlak yang tercela, dan dengan beralih dari "Al-Ana" dan meninggalkannya. Dan hijab cahaya diangkat dengan ilmu dan makrifat, memperoleh tentera akal dan akhlak yang terpuji, dan memanjat tangga kenaikan kepada kedudukan darjat suci dalam [tahap] penghuni langit tertinggi.] [1]


23. Waswas Di Dalam Hati Atau Melihat Kekejian Dalam Jaga Atau Tidur:

Imam Ahmad Al-Hasan (as) berkata:

[...............
﴿ُثُمَّ يُحْكِمُ اللّهُ آيَاتِهِ َواللّهُ َعلِيمٌ حَكِيْمٌ﴾
dan Allah menguatkan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Allah menjadikan ayat-ayat-Nya jelas dengan melontar ketenangan. ketenteraman, kesopanan dan keyakinan ke dalam hati orang-orang yang beriman. selepas dilemparkan ke dalam hati mereka ilmu yang benar daripada-Nya SWT bukan apa

------------------
1- Kitab Mutasyabihaat: oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) Jilid 1  - Soalan No. 28. Perjalanan Musa Kepada Pertemuan Dua Laut oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) hal 67

Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...96


yang dilemparkan Syaitan ke dalam hati sebahagian daripada mereka, tetapi apa yang didakwah oleh Rasul. Dan lontaran syaitan adalah bisikan ke dalam hati, atau oleh penglihatan yang berniat jahat semasa sedar atau dalam tidur. Dan dia melemparkan kepada penyokong-penyokongnya yang diri mereka dikuasainya supaya cintakan "Al-Ana", penampilan. kepimpinan, jawatan tertinggi yang palsu dan mengikut keinginan (hawa nafsu).

﴿هَلْ أُنَبِّئُكُمْ عَلَىٰ مَن تَنَزَّلُ  الشَّيَاطِينُ * تَنَزَّلُ عَلَىٰ كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ * يُلْقُونَ السَّمْعَ وَأَكْثَرُهُمْ كَاذِبُونَ﴾

{Apakah akan Aku beritakan kepadamu, kepada siapa syaitan-syaitan itu turun? * Mereka turun kepada tiap-tiap pendusta lagi yang banyak dosa, * (mereka) melontarkan pendengaran itu, dan kebanyakan mereka adalah pendusta-pendusta. } [Al-Syu'araa 26: 221-223].

24. Kerakusan Al-Ana Dan Hawa Nafsu Akan Membawa Mereka Ke Neraka, Merekalah Bahan Bakarnya:

Soalan: Maulana tercinta Al-Syed Ahmad Al-Hassan (semoga Allah melindunginya):

Saya salah seorang Ansar telah diminta oleh seorang Muslim tentang maksud ayat :

﴿إِنَّكُمْ وَمَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ حَصَبُ جَهَنَّمَ أَنْتُمْ لَهَا وَارِدُونَ﴾

Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah, adalah umpan Jahannam, kamu pasti masuk ke dalamnya. [2],

kalau orang-orang Kristian dan Al-Maseh menyembah Isa bin Mariam (as), adakah ini bermakna bahawa Isa (as) dimasukkan ke dalam neraka, dia dan ibunya Al-3uzharaa’ (Mariam yang dara) (as), atau adakah penjelasan (tafsir) lain?!

Jawapan Imam Ahmad Al-Hasan (as):

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                            
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

﴿إِنْ هِيَ إِلَّا أَسْمَاءٌ سَمَّيْتُمُوهَا أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ بِهَا مِنْ سُلْطَانٍ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَمَا تَهْوَى الْأَنْفُسُ وَلَقَدْ جَاءَهُمْ مِنْ رَبِّهِمُ الْهُدَى﴾

Itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan bapak-bapak kamu mengadakannya; Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun untuk (menyembah)nya. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka dan sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari Tuhan mereka. [Al-Najm 53:23.].

Sesungguhnya hakikat perhambaan mereka yang menyembah Al-Ana (Keakuan) dan hawa nafsu diri sendiri, seperti maksud ayat: Bahawa mereka mengumpulkan kayu api (bahan bakar) neraka, maka sesungguhnya kerakusan Al-Ana (Keakuan) dan hawa nafsu akan membawa mereka ke neraka (jahanam), merekalah bahan bakarnya,

-----------------
1- Kitab Mutasyabihaat: oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) Jilid 2  - Soalan No. 42.
2. Al-Anbia 21:98.

Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...96

dan merekalah yang menjulangkan api neraka mereka dan sebagai bahan bakarnya. Seperti mana ditunjukkan di sepanjang perjalanan manusia memerangi agama demi agama, iaitu mereka yang memerangi agama adalah ulamak yang tidak beramal, pengikut dan orang yang bertaklid dengan mereka – iaitu orang-orang yang menyembah mereka - memerangi Anbiak, Aushiak dan orang-orang yang beriman dengan mereka, Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَاباً مِنْ دُونِ اللَّهِ﴾

Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka tuhan-tuhan selain Allah. [Al-Taubah 9:31],

Iaitu yang mengikuti ulamak mereka yang memerangi Anbiak dan Aushiak (as), sampai ke peringkat di mana pengikut menyembah ulamak yang tidak beramal selain Allah........] [1].


25. Pergerakan Sholat:       


[Solat Dan Tauhid

Solat adalah mikraj bagi orang mukmin dan ia mewakili bentuk jalan makrifat. Langkah-langkah makrifat, pergerakan-pergerakan dan kata-kata yang menggambarkan jalan makrifat. Oleh itu, gerakan-gerakan solat yang dimulai dengan qiyam (berdiri), ruku' dan seterusnya sujud adalah menggambarkan tentang makrifat yang bersekali dengan penyingkiran daripada Al-Ana (sifat keakuan). Ketika berdiri (qiyam) dia yang menghadapkan wajahnya, pada ruku' yang mewakili kerendahan dan penyingkiran daripada Al-Ana pada darjat tersebut, sehinggalah pada sujud yang mewakili kerendahan serta ketundukan dan penyingkiran daripada Al-Ana pada darjat yang lebih tinggi. Saya tegaskan bahawa kerendahan dan ketundukan bertambah seiringan dengan pertambahan makrifat,. sebagaimana makrifat bertambah dengan pertambahan ketundukan dan kerendahan.] [1]

------------------
1- Kitab Mutasyabihaat: oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) Jilid 4  - Soalan No. 168.
2. Kitab Al-Tauhid: oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) bahagian Solat dan Tauhid.
 A


✡✡✡✡✡
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas

Tiada ulasan: