Menghentikan
Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani84
Keraguan
Sebahagian Yang Menggunakan Sebagai Suatu Alasan Palsu: (1)
Pertama:
Ada yang berpegang pada
kata-kata Al-Naubakhti dalam kitabnya oleh sebahagian orang-orang Syiah pada riwayat
hidup Imam Al-Hasan Al-Askari (as) yang berkata: (Al-Hasan bin Ali (as) dilahirkan
dalam bulan Rabi3 Al-Akhir pada tahun 232 Hijrah dan meninggal dunia secara
tersembunyi dari penglihatan di (Samara’) pada lewat malam Jumaat, lapan Rabi3
Al-Awwal tahun 260 H, dan dikuburkan di rumahnya di mana dikebumikan bapanya (as),
Dia iaitu Imam Al-Hasan Al-Askari (as) berumur 28 tahun dan disholatkan oleh
Abu Isa bin Al-Mutawakkil. Dia menjadi Imam selama lima tahun lapan bulan lima
hari, dan dia mati tidak dilihat kesannya dan tidak dikenali anaknya dengan
jelas. [1]
Maka sebahagian yang berpegang pada berkata: (dia mati
dan tidak dilihat kesannya dan tidak dikenali anaknya dengan jelas) untuk
menafikan kelahiran Imam Muhammad bin Al-Hasan (as) atas alasan bahawa Al-Naubakhti
mengisytiharkan bahawa tidak wujud anak bagi Imam Al-Askari (as),
Saya tidak tahu bagaimana ia sesutu yang bijak untuk mendapat
manfaat daripada kenyataan menafikan kelahiran Imam Muhammad bin Al-Hasan (as) ini,
pada hal dia tidak mengatakan: (tidak dilahirkan anak baginya), tetapi dikatakan:
(tidak dilihat kesannya dan tidak dikenali anaknya dengan jelas (dan ini tidak bermaksud,
Imam Al-Askari (as) tidak mempunyai anak pada hakikatnya, kerana tidak dapat
melihat kewujudannya tidak menunjukkan ia tidak wujud.
Di samping itu Al-Naubakhti menggambarkan anak itu dengan
jelas mengatakan: (dan tidak dikenali anaknya dengan jelas) dan kata-katanya benar
kerana bagi Imam Al-Askari (as) tidak mempunyai anak yang boleh dilihat dan
diketahui oleh semua orang, ya anaknya ghaib (tidak diperlihatkan); kerana kelahiran
Imam Muhammad bin Al-Hasan (as) mesti ditutup secara rahsia dan tersembunyi, disebabkan
Bani Abbasiyah berusaha keras untuk membunuhnya (as), ini telah diisyaratkan
oleh Imam Al-Shadiq (as), di mana beliau menyatakan wujud perjalanan (sunnah)
pada Imam kedua belas seperti Musa (as), yang disembunyikan kelahirannya kerana
Firaun takut padanya di zamannya. Beliau (as) berkata: "Allah TWT mengatur
perjalanan kelahiran Al-Qaim kita dengan dengan tiga perjalanan rasul (as)."
Bahawa takdir kelahirannya seperti takdir kelahiran Musa (as), Dengan kelahiran
Musa (as)..., Beliau (as) berkata:bahawa dengan kelahiran Musa (as) pemerintahan
Firaun akan jatuh di tangannya (Musa) menurut perkiraan para pendeta kanan yang
meramalkan nasib kerajaannya.
------------------------------
1 - Fariq Al-Syiah: hal 105
Menghentikan
Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani..85
Dan ia akan dilakukan dari orang
Bani Israel, dan perut wanita-wanita hamil dari bani Israel akan dibelah,
sehingga dia telah membunuh lebih dari dua puluh ribu orang dalam pencariannya terhadap
anak tersebut, dan dia tidak berjaya membunuh Musa (as) yang dipelihara oleh
Allah TWT, dan begitu juga dengan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah, akan
terhenti (jatuh) pemerintahan dan kuasa amir-amit zalim mereka di tangan
Al-Qaim kita, mereka sangat bermusuhan dengan kami, dan meletakkan pedang
mereka untuk membunuh keluarga Nabi (S) dan menghapuskan keturunan baginda dan
mereka akan mencapainya dengan membunuh Al-Qaim, dan Allah AWJ tidak akan
mendedahkan urusanNya kepada mana-mana kezaliman, melainkan menyempurnakan
cahayaNya walaupun orang-orang musyrik membencinya.’ [1]
Imam Amirul Mukminin (as)
mengatakan: bahawa Al-Qaim kita, jika beliau bangkit tiada seorang pun dibelenggu
dilehernya dengan bai’ah, yang demikian itu kerana disembunyikan kelahirannya
dan dighaibkan peribadinya. [2]
Kata Imam Al-Sajjad (as): Al-Qaim
kita disembunyikan kelahirannya dari orang ramai sehingga mereka berkata: beliau
belum dilahirkan, dan apabila beliau keluar tiada seorang pun dibelenggu lehernya
dengan bai’ah. [3].
Imam Al-Baqir (as) berkata
kepada Abdullah bin Atha’: Wahai Abdullah bin Atha’, engkau dapat memenuhi
telinga kamu, Demi Allah sebagaimana aku adalah pemilikmu. Aku bertanya:
Siapakah pemilik kami? Dia berkata: Lihatlah siapa yang disembunyikan kelahirannya
dari orang ramai ia adalah pemilikmu. [4]
Imam Al-Redha (as) berkata:
"Sehingga Allah AWJ membangkitkan urusan ini, di mana seorang lelaki yang
tersembunyi kelahirannya dan tempat lahir tidak tersembunyi pada nasabnya." [5]
Pihak berkuasa Al-Abbasiyah sedang menunggu kelahirannya sebagaimana
Firaun menunggu kelahiran Musa (as); mereka menunggu isteri Imam Al-Askari (as),
yang membuatkan Imam Al-Askari (as) menyembunyikan kelahirannya untuk
memeliharanya seperti memberitahu kelahirannya khusus kepada sahabat-sahabatnya
yang terpecaya untuk menegakkan hujah bagi mereka dan menerangkan kepada mereka
imam mereka selepas beliau, Maka ditunjukkan kepada kepada empat puluh orang
dari para sahabatnya yang khusus, termasuk: Muhammad bin Utsman Al-‘Amiri, dan Muawiyah
bin Hakim, Muhammad bin Ayub, dan lain-lain, dan beliau berkata kepada mereka: Inilah
imam kamu selepasku,
------------------------
1- Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah: hal 354
2- Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah: hal 303
3- Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah: hal 322
4 - Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah: hal 325
5 - Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah: hal 370
Menghentikan
Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani..86
Penggantiku kepada kamu, taatlah
kepadanya, dan janganlah kamu berpecah belah selepasku, nanti kamu akan musnah
dalam agama kamu, tetapi kamu tidak akan melihatnya selepas hari ini. Dan keghaibannya
tidak diperlihatkan kepadanya, maka Sultan tidak berundur dari mencarinya. [1]
Bahkan Abu Amru Utsman bin Sa’id
Al-‘Amiri menjelaskan: "Adalah diketahui oleh Sultan bahawa Imam Al-Hasan Al-Askari
(as) meninggal dunia dan tidak meninggalkan anak sebagai pengganti. Semua itu
adalah sebagai perlindungan dan demi menjaga keselamatan anaknya. Beliau
berkata: (Maka perkara itu di sisi Sultan, adalah Aba Muhammad telah meninggal
dunia dan tidak meninggalkan anak sebagai pengganti dan pembahagian warisannya
dan diambil oleh yang tidak berhak kepadanya dan di sini, keluarganya
berkeliaran tidak ada yang berani untuk mengiktiraf mereka atau memberi mereka
apa jua kesempatan, dan apabila hilang nama hilanglah pencarian, maka
bertaqwalah kepada Allah dan berpeganglah dengannya.) [2]
Sebahagian orang jahil akan berkata: Sekiranya Muhammad bin
Al-Hasan (as) adalah imam maksum yang sampai ke langit mengapa disembunyikan, bukankah
Allah boleh menyelamatkannya?
Ini adalah pandangan yang walaupun naif (kurang bijak),
tetapi kita tetap akan menjawabnya, Saya katakan: Tidakkah Allah Yang Maha Suci
dapat menyelamatkan Nabi Musa (as), mengapa ibunya menghanyutkannya ke dalam sungai:
﴿أَنِ اقْذِفِيهِ فِي
التَّابُوتِ فَاقْذِفِيهِ فِي الْيَمِّ فَلْيُلْقِهِ الْيَمُّ بِالسَّاحِلِ
يَأْخُذْهُ عَدُوٌّ لِّي وَعَدُوٌّ لَّهُ ۚوَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً
مِّنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَىٰ عَيْنِي﴾
Iaitu: "Letakkanlah ia
(Musa) di dalam peti, kemudian lemparkanlah ia ke sungai, maka pasti sungai itu
membawanya ke tepi, supaya diambil oleh (Fir'aun) musuh-Ku dan musuhnya. Dan
Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dari-Ku; dan supaya
kamu diasuh di bawah pengawasan-Ku, [3]
Sekiranya orang yang membuat pernyataan ini berada pada zaman
Musa (as), adakah kedudukan ini munasabah? Kemudian jika dia tidak tahu sama
ada dia telah meremehkan Musa (as) seorang nabi yang diutus oleh Allah Yang
Maha Suci?
Maka mari kita kembali kepada ungkapan Al-Naubakhti. Suatu
ungkapan yang menafikan anaknya dilihat tetapi tidak menafikan kelahirannya,
iaitu: Imam Al-Hasan Al-Askari (as) tidak mempunyai anak yang diperlihatkan kepada
masyarakat umum, sebagaimana yang dinyatakan dalam riwayat yang dikemukakan.
Selepas ini, jika kita bosan dengan semua perkara di atas
dan menganggap kejahilan Al-Naubakhti tentang wujudnya anak kepada Imam Hassan
Askari (as). Adakah ini bermakna bahawa ia tidak dilahirkan?!
Sudah tentu, ini tidak membuktikannya. Ya, apa yang
dikatakan jauh dari membuktikannya, dan kegagalannya untuk membuktikannya tidak
bermakna dia tidak dilahirkan.
------------------
1- Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah: hal 33
2- Al-Kafi: J 1, hal 329
3- Taha 20.39 :.
Menghentikan
Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani..87
Selain itu, pada keseluruhannya mestilah dilihat apa yang
Al-Naubakhti sendiri katakan,: (kata-kata firqah kedua belas, mereka adalah
firqah Imamiyyah yang tidak mengatakan, sebagai mana semua firqah yang yang lain,
bahkan bagi Allah AWJ hujah dibumiNya adalah dari anak Al-Hasan bin Ali (as), Dan
perintah Allah Taala telah disampaikan, dia adalah washi bapanya, mengikut cara
pertama dahulu dan Sunnah yang lepas. Mengenai tidak ada Imamah pada dua
adik-beradik selepas Al-Hasan dan Al-Hussein (as) dan tidak dibenarkan demikian,
ia tidak akan terjadi melainkan keturunan (anak) Al-Hasan bin Ali (as) dan selepas
berlakunya kelahiran, berhubung dengan apa yang dipanggil urusan Allah SWT, sekiranya
dibumi ada dua orang lelaki maka salah seorang daripada mereka adalah Al-Hujjah,
jika salah seorang daripada mereka mati yang seorang lagi adalah Al-Hujjah, selagi
ada perintah Allah dan mereka yang bertanggungjawab pada penciptaanNya, tidak
dibenarkan menjadi Imam pada keturunan yang tidak dilantik sebagai Imam (maksudnya
Ja’far Al-Kazib), dan tidak boleh seorang hujjah yang mati semasa kehidupan
bapanya, iaitu orang yang dikatakan sebagai imam sebelum Imam Al-Hasan (as) mati
ataupun anaknya, sekiranya dibenarkan sedemikian maka benarlah kata-kata para
sahabat Ismail bin Ja’far Al-Shadiq (as) dan mazhab mereka, dan terbuktilah benar
Imamah Muhammad bin Jaafar (as), dan Dikatakan bahawa ianya benar selepas Jafar
bin Muhammad (as)
Apa yang kita sebutkan adalah dipetik dari orang-orang
yang benar, yang tidak mempertahankannya di antara kumpulan ini dan tidak syak
lagi untuk mengesahkan sumbernya dan kekuatan penyebabnya dan wujud sandarannya,
dan tidak mungkin bumi ini kosong daripada hujah, walaupun kosong sesaat niscaya
bumi akan hancur berserta isinya, dan tidak mungkin sesuatu dari semua artikel kumpulan
ini, maka kita serahkan yang telah berlalu, dan imamahnya, ditambah pula dengan
kematiannya mengesahkan dan diakui bahawa penggantinya itu dari sulbinya, dan
pengganti beliau adalah Imam selepasnya sehingga ia muncul dan mengisytiharkan
perintah-Nya dan apa yang muncul lebih awal kepada umum dari masa lalu dari bapa-bapanya,
dan dengan izin Allah, kerana urusan Allah Taala dilakukan mengikut kehendakNya
dan perintah apa yang dikehendaki-Nya dari memperlihatkannya atau menyembunyikannya,
seperti apa yang dikatakan Amirul Mukminin (as): "Ya Allah janganlah
Engkau kosongkan bumiMu dengan hujjahMu atas penciptaan baik yang zahir dan
dikenal oleh semua orang maupun tersembunyi atau yang menghindari supaya tidak
membatalkan hujahMu dan peneranganMu." Dengan demikian urusan kami membawakan
khabar yang benar tentang imam-imam yang lalu, kerana bagi hamba ia tidak membahaskan
urusan-urusan urusan Allah Taala dan hendaklah mereka mengakhirinya kerana
mereka tidak berpengetahuan tentangnya untuk mencari jejak-jejak yang terlindung
dari mereka, dan tidak dibenarkan menyebut namanya, tidak dibenarkan menyoal
tentang tempat beliau sehingga yang memerintahkan itu adalah beliau (as) kerana
beliau (as) disembunyikan, dihindari, dirahsiakan oleh Allah Yang Maha Suci dan
kita tidak membahaskan urusannya, bahkan membahaskan dan mencarinya adalah haram
dan tidak dibenarkan kerana dalam menunjukkan apa yang telah dirahsiakan pada kita
dan mendedahkannya adalah menumpahkan darahnya dan darah kita,
Menghentikan
Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani …88
dan hendaklah merahsiakannya dan mendiamkannya dan
diperintah dan diwasiatkan kepada kita. Kita tidak dibenarkan dan tidak boleh
memilih imam dengan pandangan dan piilihan ... hingga akhir.) [1]
Ini adalah pembicaraan Al-Naubakhti, dan dia menjelaskan
iktiqadnya tentang kelahiran Imam yang kedua belas (as) dan keghaibannya, dan
ini menyokong apa yang telah kita katakan daripada tafsiran kalimah (wuldi Dzahir - anaknya dengan jelas), bermakna anaknya
tidak jelas dari orang awam.
Selepas ini, apa yang kita panggil orang-orang yang
dikaitkan dengan Al-Naubakhti pada mengatakan bahawa Imam Al-Askari (as) tidak
mempunyai anak? Tidak ada salahnya menjadi pendusta atau penyebar keraguan,
jika ia lebih baik dipikulkan padanya.
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan