Menghentikan
Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani...78
Ketiga:
Ia Diriwayatkan Dalam Tempoh Al-Ghaibah Al-Sughra (Keghaiban Kecil) Bagi Empat
Naib
Telah dinyatakan dalam riwayat-riwayat yang sahih bahawa
Imam Kedua Belas dari Ahl Al-Bait mengalami dua Ghaibah (keghaiban). Terdapat
banyak riwayat dan akan dinyatakan kedua-dua riwayat oleh Al-Syeikh Al-Nu3mani
kitab Al-Ghaibah. Ia tidak lain dari riwayat-riwayat yang banyak lagi mutawatir
(masyhur) dan ramai yang meringkaskan dari sumbernya.
1. Ahmad
bin Muhammad bin Said bin ‘Uqdah, dia berkata: Diberitahu pada kami Ali bin
Al-Hassan Al-Timali, dari Umar bin Utsman, dari Al-Hasan bin Mahbub, dari Ishaq
bin Ammar Al-Shirafi, dia berkata: Aku mendengar Abu Abdullah Ja’far bin
Muhammad (as) berkata :
Bagi Al-Qaim ada dua Ghaibah
(keghaiban): satu makan masa yang panjang, dan yang satu lagi pendek, yang
pertama diketahui tempatnya khusus bagi pengikut-pengikutnya (Syi’ahnya), dan
yang satu lagi tidak diketahui tempatnya melainkan khusus kepada pewaris (yang setia)
dalam agamanya. [1].
2. Ahmad bin Muhammad bin Sa’id, berkata: Diberitahu pada kami Ali
bin Hassan, katanya: Diberitahu pada kami Abdul Rahman bin Abi Najran, dari Ali
bin Mahziyar, dari Hammad bin Isa, dari Ibrahim bin Umar Al-Yamani, katanya:
Aku mendengar Aba Ja'far (as) berkata:
Bahawa bagi Shohib Al-Amr (Pemilik Urusan) ini
mempunyai dua Ghaibah (keghaiban) Dan aku mendengar dia berkata: (Al-Qaim tidak
akan bangkit dan bagi setiap seorang di lehernya (dibelenggu) bai’ah.) [2],
[3]
Al-Syed Ahmad Al-Hassan Al-Yamani (as) berkata:
Kehidupan Imam Mahdi (as)
sebelum Ghaibah (keghaiban) hampir lima tahun. Beliau bersama dengan bapanya
Imam Al-Hasan Al-Askari (as), beliau (as) dilahirkan pada 15 Sya’ban 255 Hijrah
mengikut sebahagian daripada riwayat. Keghaibannya bermula pada hari pertama
Imamahnya, ia adalah pada sembilan Rabi’ Al-Awwal 260 H.
-----------------------------
1- Kitab Al-Ghaibah – oleh Muhammad Bin Ibrahim
Al-Nu'mani: hal.175
2- Kitab Al-Ghaibah – oleh Muhammad Bin Ibrahim Al-Nu'mani:
hal.175
3- Al-Syeikh Al-Nu'mani berkata selepas sebutan semula
hadits-hadits yang menyebut tentang Ghaibah (keghaiban) Al-Imam (as) katanya:
(hadits-hadits yang menyebut tentang Al-Qaim (as) ini mempunyai dua Ghaibah
(keghaiban). hadits-hadits telah disahihkan di sisi kita Al-Hamdu Lillah, dan
Allah telah memperjelaskan kata-kata Imam (as) dan menunjukkan bukti keikhlasan
mereka, Bagi keghaiban yang pertama, ia adalah keghaiban di mana para safir
(wakil) adalah yang berdiri antara Imam dan penciptaan (makhluk), mereka adalah
beberapa orang peribadi yang dilantik secara zahir, keluar melalui tangan
mereka ilmu yang tidak jelas, dan hukum yang sukar dimengerti, dan menjawab
semua yang ditanya mengenai masalah dan kemuskilan, itu adalah Ghaibah
(keghaiban) yang tidak lama yang tamat hari-hari dan mempunyai tempoh.
Keghaiban kedua tiada khidmat para safir (wakil) sebagai perantara urusan yang
dikehendaki Allah, dan ukuran yang diluangkanNya pada penciptaan,, dan
berlakunya penelitian menyeluruh dan ujian, kebingungan dan saringan, dan
bubarlah mereka yang mendakwa perkara ini, apa yang dikatakan oleh Allah AWJ:
مَّا كَانَ اللَّـهُ لِيَذَرَ
الْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَا أَنتُمْ عَلَيْهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ
الطَّيِّبِ ۗ وَمَا
كَانَ اللَّـهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ
Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang
beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk
(munafik) dari yang baik (mukmin). Dan Allah sekali-kali tidak akan
memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib.
Pada zaman ini kini ia telah tiba, Allah menjadikannya
bukti-bukti atas kebenaran, dan ianya tidak keluar dari saringan fitnah, dan
ini adalah makna kata-kata kita: "Baginya dua Ghaibah (keghaiban)",
dan di akhirat nanti kita akan ditanya oleh Allah akan hampirnya Faraj
(kelapangan) AuliakNya daripadanya, dan menjadikan kita ke dalam tempat yang
dipilihNya, Dan golongan yang mengikut dan yang dipilihNya dan di antara mereka
yang dipilih dan diredhaiNya dan dipilih untuk menyokong Wali dan KhalifahNya,
ia adalah Wali (penguasa) kebaikan, yang melimpahkan kebaikan.) Ghaibah
Al-Nu'mani: hal 178
Menghentikan
Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani...79
Dalam tempoh lima tahun ini, tidak ada yang mengetahui
kelahirannya dan yang melihatnya melainkan Syiahnya yang ikhlas. Mungkin
seramai empat puluh orang, kurang atau lebih, Beliau (as) dilindungi dari orang
ramai sejak kelahirannya untuk memelihara kehidupannya, dan itu kerana
pemimpin-pemimpin yang zalim dan sesat dari Bani Abbasiyah (laknahumu Allah),
Mereka sedang menunggu kelahirannya untuk menghapuskannya dan membunuhnya,
sebagaimana Firaun (laknahu Allah) menunggu kelahiran Musa (as) untuk
membunuhnya, sebagaimana Gabenor Rom mahu membunuh Isa (as) apabila dia
mengetahui kelahirannya, dan mereka mahu memadamkan cahaya Allah dengan mulut
mereka yang busuk, dan Allah hanya ingin menyempurnakan cahayaNya walaupun
dibenci oleh Umaiyah dan Abbasiyyah dan pemimpin-pemimpin yang sesat dan zalim
yang memerintah umat Islam.
Urusan Imam (as) ini adalah urusan besar dan banyak
dinyatakan dalam hadits-hadits dari Nabi (S) di dalam kitab Sunnah dan Syiah,
bahawa Isa (as) ahan sholat di belakangnya dan akan menjadi wazir baginya. [1]
Dan dalam tempoh Ghaibah Al-Shughra (keghaiban pendeknya)
ada empat timbalan (naib) pada masyarakat Syiah Dua Belas (Imam), dan pada
hakikat yang sama semua safir (duta) adalah mencukupi untuk membuktikan
kemuliaan, keutamaan dan tsiqah mereka, dan mereka memanggil maqam mereka.
Tetapi kami hanya akan menyebut, sebahagian dari riwayat hidup dan sifat tsiqah
mereka, mereka masing-masing mengikut tertib adalah:
Pertama: Utsman bin Sa’id Al-‘Amiriy: dikenali
sebagai Aba ‘Amru Al-Samman dan dikatakan dia seorang peniaga minyak sapi
(Al-Zaiyat Al-Asadi), yang dihormati lagi mulia, kedudukannya yang rapat di
sisi Imam-imam (as), dengan memperoleh, mendapatkan redha para imam dan
kepercayaan mereka padanya untuk mewakili bagi pihak mereka (as). Al-Samman:
Dikatakan bahawa dia berdagang minyak sapi untuk menutup urusannya, kerana dia
membawa soalan-soalan dari orang-orang Syiah dan menyampaikannya kepada para
imam (as). Dan membawa semula kepada mereka dengan jawapan, panduan dan
bimbingan Imam-imam mereka (as). Orang-orang Syiah menghantar surat (pesanan)
mereka dan perkara lain melalui Utsman bin Sa’id, yang disembunyikan di dalam
penutup bekas minyak sapi, dan di bawa kepada Abi Muhammad (as) secara
berhati-hati dan sembunyi-sembunyi. Dia telah mewakili kepada Imam-imam
Al-Hadi, Al-‘Askari dan Al-Mahdi (as). Dia memainkan peranan perantara di
antara mereka dan pengasas terkenal pendokong yang setia. Dan kuburnya pada apa
yang dinyatakan dalam Ghaibah Al-Syeikh Al-Thusi: Di sebelah Barat Madinah
Al-Salam iaitu Baghdad dan terletak di kawasan dataran di lokasi pertama yang
dikenali sebagai Darb Jablah di Baghdad. Tempoh dia menjadi safir kepada Imam
Mahdi (as) kira-kira lima tahun, dan meninggal dunia pada 266 H. [2]
---------------------------
1- Al-3ijl: J 2 hal 56
2- Rujuk Ghaibah Al-Syeikh Al-Thusi: hal 353 dan seterusnya.
2- Rujuk Ghaibah Al-Syeikh Al-Thusi: hal 353 dan seterusnya.
Menghentikan
Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani...80
Al-Syeikh Al-Thusi juga berkata:
Utsman bin
Sa’id Al-‘Amiriy: dikenali sebagai Aba ‘Amru Al-Samman dan dikatakan dia
seorang peniaga minyak sapi (Al-Zaiyat) pelayan beliau (as) selama sebelas
tahun, dan dia terkenal pada masa itu. [1]
Beliau juga berkata:
Utsman bin Sa’id Al-‘Amiriy
Al-Zaiyat. dan dikatakan dia: Al-Samman, digelar sebagai Aba ‘Amru, yang
dihormati lagi mulia terpecaya, sebagai wakil beliau (as). [2]
Beliau juga berkata:. (Muhammad bin Utsman bin Sa’id Al-‘Amiri, yang
dikenali sebagai Aba Ja’far, dan bapanya dikenali sebagai Aba ‘Amru,
kedua-duanya adalah wakil Shohib Al-Zaman (as), dan mereka mempunyai kedudukan
mulia di sisi masyarakat.[3]
Kedua: Muhammad bin Utsman bin Sa’id
Al-‘Amiri: dikenali sebagai Aba Ja’far, mulia kedudukannya selepas bapanya di
sisi Imam Mahdi (as), di mana Al-Syeikh Al-‘Amiri menerima tugas Safir selepas
kematian bapanya dan kedudukannya terbina atas Kitab Al-Takziah Wal-Tauliah
bersumber dari Imam Mahdi (as). Tempoh Safirnya Kira-kira 50 tahun, dia
meninggal dunia pada tahu 305 H, dan dikuburkan di sisi ibunya pada jalan masuk
ke Kufah di tempat di mana ia adalah sekitar di dalam rumahnya. [4]
Al-Syeikh Al-Thusi juga berkata:
Muhammad bin Utsman bin Sa’id
Al-‘Amri, yang dikenali sebagai Aba Ja’far, bapanya dikenali sebagai Aba ‘Amru,
kedua-duanya adalah wakil Shohib Al-Zaman (as), dan mereka mempunyai kedudukan
mulia di sisi masyarakat, [5]
Diriwayatkan oleh
Al-Syeikh Al-Kulaini dengan sanad sahih: (Muhammad bin ‘Abdullah dan Muhammad
bin Yahya [keduanya] dari ‘Abdullah bin Ja’far Al-Himyariy yang berkata telah
berkumpul aku dan Al-Syeikh Abu ‘Amru [rahimahu Allah] di sisi Ahmad bin Ishaq,
maka Ahmad bin Ishaq memberi isyarat kepadaku untuk bertanya kepadanya [Abu
‘Amru] mengenai pengganti [Imam]. Maka aku berkata kepadanya “wahai
Abu ‘Amru aku ingin menanyakan sesuatu kepadamu dan tidaklah aku meragukan
mengenai hal yang ingin aku tanyakan, karena dalam keyakinanku dan agamaku
sesungguhnya bumi tidak akan kosong dari Hujjah kecuali 40 hari sebelum hari
kiamat dan pada masa itu Al-Hujjah diangkat dan pintu taubat ditutup,
-----------------------
1- Rijal Al-Thusi:. hal 389 no 5741.
2- Rijal Al-Thusi:. hal 401 no 5877. 3- Rijal Al-Thusi:. hal 447 no 6351. 4-
Rujuk Ghaibah Al-Thusi:. hal 366
5- Rijal Al-Thusi:. hal 447 no 6351.
Menghentikan
Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani...81
tidaklah bermanfaat iman seseorang bagi dirinya sendiri
yang belum beriman sebelum itu, atau ia [belum] mengusahakan kebaikan dalam
masa imannya, maka mereka orang-orang saat itu adalah makhluk Allah AWJ yang
paling buruk dan merekalah yang akan mengalami hari kiamat. Akan tetapi aku
ingin menambah keyakinanku sebagaimana Ibrahim (as) bertanya kepada Rabb-nya
AWJ agar diperlihatkan kepadanya bagaimana menghidupkan orang-orang mati maka
[Allah berfirman] Belum yakinkah kamu? Ibrahim menjawab “Aku telah meyakininya,
akan tetapi agar hatiku tetap mantap”. Dan sungguh telah dikhabarkan kepadaku
Abu ‘Ali Ahmad bin Ishaq dari Abi Al-Hasan (as), aku bertanya kepadanya, aku
berkata “siapakah yang akan kuikuti atau dari siapa aku mengambil dan perkataan
siapa yang harus aku terima”. Maka Beliau [Abu Al-Hasan]
menjawab “Al-‘Amiri ia adalah kepercayaanku, maka apa yang ia berikan
kepadamu dariku maka itu adalah pemberianku dan apa yang ia katakan kepadamu
dariku maka itu adalah perkataanku, dengarlah dan taatlah sesuangguhnya ia
seorang yang tsiqah Al-Ma’mun. Dan telah dikhabarkan kepadaku Abu ‘Ali bahawa
ia bertanya kepada Abu Muhammad (as) perkara yang sama, maka Beliau [Abu
Muhammad] berkata “Al-‘Amiri dan anaknya keduanya tsiqah, apa yang
keduanya berikan kepadamu dariku maka itu adalah pemberianku dan apa yang
keduanya katakan kepadamu dariku maka itu adalah perkataanku, dengarkanlah dan
taatlah pada mereka berdua sesungguhnya keduanya tsiqah Al-Ma’mun. Inilah
perkataan kedua Imam tentang dirimu. [Abdullah bin Ja’far Al Himyariy] berkata
maka Abu ‘Amru bersujud dan menangis, kemudian berkata “tanyakanlah
keperluanmu”. Maka aku berkata kepadanya “apakah engkau pernah melihat
pengganti [imam] setelah Abi Muhammad [‘alaihis salam]?”. Ia menjawab “ya, demi
Allah dan lehernya seperti ini [ia mengisyaratkan dengan tangannya]”. Aku
berkata kepadanya “tinggal satu pertanyaan lagi”. Ia berkata “tanyakanlah”. Aku
berkata “siapakah namanya”. Ia menjawab “haram atas kalian menanyakan hal itu,
dan tidaklah perkataan ini berasal dariku, bukan diriku yang menyatakan halal
atau haram, tetapi hal itu berasal dari beliau (as). Karena perkara ini di sisi
sultan adalah Aba Muhammad wafat dan tidak meninggalkan anak, warisannya
dibahagi dan diambil oleh orang-orang yang tidak memiliki hak terhadapnya,
sedangkan ahli warisnya bertebaran dan tidak seorangpun berani untuk
mengungkapkan diri kepada mereka atau mengambil kembali dari mereka, jika nama
[tersebut] dimunculkan maka akan dilakukan pencarian, maka takutlah kepada
Allah dan diamlah terhadap perkara ini.
Al-Kulaini [rahimahu Allah] berkata: Diberitahu kepadaku
Syeikh dari sahabat kami, aku hindarkan namanya dari ditanya Aba ‘Amru dari
Ahmad bin Ishaq seperti ini lalu dijawab seperti ini juga.[1]
Ketiga: Abu Al-Qasim Al-Hussein bin Ruh Al-Naubakhti: Dia meninggal dunia
pada bulan Sya’ban tahun tiga ratus dua puluh enam H, dan kuburannya masih
diziarahi di Al-Nubukhtih, Darb, yang di dalam terdapat rumah Ali bin Ahmad
Al-Naubakhti menghala ke bukit, Kawasan pasar Al-Shawarjah berhampiran
Al-Rushafah, Baghdad. Al-Hussein bin Ruh Al-Naubakht menjadi safir selama
kira-kira dua puluh satu tahun, dan meninggal dunia tahun 326 Hijrah. [2]
Disebut oleh Al-Syeikh Al-Thusi dalam kitab Al-Ghaibah
bahawa dia adalah sebahagian daripada Safir-safir yang terpuji, lihat sumber
yang ditunjukkan pada nota kaki.
------------------------
1- Al-Kafi: J 1
hal 329.
2- Lihat Riwayat
hidupnya dalam Ghaibah Al-Syeikh Al-Thusi: hal 367 dan seterusnya.
Menghentikan
Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani...82
Al-Syed Al-Khoei berkata dalam Mu3jam Rijal Al-Hadits: Al-Hussein bin Ruh:
Al-Nubukhtih Abu Al-Qasim: adalah salah seorang Safir (duta) dan Naib khas bagi
Imam Kedua Belas (Semoga Allah mempercepat kelapangannya) dan yang
terkenal kemuliaannya, besar petanannya dan lama urusannya. Diriwayatkan oleh
Al-Syeikh Al-Thusi (quds sirhu) dalam kitab Al-Ghaibah menerangkan Safir-safir
yang terpuji pada zaman Al-Ghaibah (keghaiban). Ketika menyebut Abi
Al-Qasim Al-Hussein bin Ruh dengan sanad dari Abi Nashr Hibah Allah bin
Muhammad: bahawa Aba Al-Qasim Al-Hussein bin Ruh (ra) meninggal dunia pada
bulan Sya'ban tahun 326 H... [1]
Al-Syeikh Ali Al-Namazi Al-Syahrudi berkata dalam Mustadrakat 3ilm Rijal
Al-Hadits: (Al-Hussein bin Ruh bin Abi Al-Bahr Al-Naubakhti Abu Al-Qasim (Salam
Allah 3alaih): Adalah salah seorang daripada empat Naib dan yang ketiga
dari mereka dalam masa Al-Ghaibah Al-Sughra (Keghaiban Kecil). Dia seorang
Sheikh (guru) yang mulia, tsiqah, amanah, berjiwa besar dan berkedudukan mulia.
dan sifat kemuliaannya dijadikan contoh. Kedudukannya dicadangkan oleh Abu
Jafar Muhammad bin Utsman bin Sa’id dengan perintah Maulana Al-Mahdi (Shalawatu Allah 3alaih) ... [2]
Keempat: Ali bin Muhammad Al-Simari: bergelar Abi Al-Hasan, menjadi safir selepas
kematian Abi Al-Qasim Al-Hussein bin Ruh 326 H. Dia menunaikan kewajiban
bersama teman-teman yang berada di atas
pada pertengahan bulan Sya'ban tahun 329 H, maka tempoh menjadi safir
selama tiga tahun, dan makamnya boleh dikunjungi di kawasan pasar Saraya di
Rushafah, Baghdad. [3]
Disebut oleh Al-Syeikh Al-Thusi dalam kitab Al-Ghaibah,
bahawa dia adalah sebahagian daripada Safir-safir yang terpuji, lihat sumber
yang ditunjukkan pada nota kaki.
Al-Syeikh Al-Namazi berkata: (Ali bin Muhammad Al-Simari:
Naib Al-Hujjah Al-Muntadzar (Shalawatu Allah 3alaih) selepas Abi Al-Qasim
Al-Hussein bin Ruh (Semoga redha Allah Taala ke atas mereka berdua)
digelar Abi Al-Hasan. Tsiqah dan kemuliaannya sangat mashur lagi sangat jelas
menunjukkan kebaktian, sebagaimana terangnya matahari di tengah hari... [4]
Terputuslah (tamat) jawatan safir (naib/wakil) ini dengan
kematian 'Ali bin Muhammad Al-Simari (rahimahu Allah). Maka bermulalah
Al-Ghaibah Al-Taamah (Keghaiban Penuh).
-------------------------
1- Mu3jam Rijal Al-Hadits: J 6 hal 257 No 3406.
2- Mustadrakat 3ilm Rijal Al-Hadits: J 3 hal 129 - 128 no 4349.
3- Rujuk Ghaibah Al-Thusi:. hal 393 dan seterusnya.
4- Mustadrakat 3ilm Rijal Al-Hadits: J 5 hal 350 No 1049.
Menghentikan
Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani...83
Dalam tempoh mereka menjadi safir (naib/wakil) kepada
Imam (as) mereka melihatnya, menyampaikan maklumat darinya dan mendapatkan
banyak jawapan-jawapan [1]
Kesimpulan Dari Yang Dikemukakan
Selepas melihat apa yang dikemukakan di atas::
1- Nash Imam Al-Askari (as) atas kelahiran anaknya
Muhammad bin Al-Hasan Al-Mahdi (as),
2- Perakuan ulama silsilah Al-Sunnah mengenainya.
3- Kesaksian beberapa ulama dari Al-Sunnah Wal-Jama'ah
atas kelahirannya dan nasabnya kepada Al-Askari (as)
4- kesaksian Hakimah dan yang lain atas kelahiran Imam
Muhammad bin Hassan Al-Askari (as),
5- Adanya safir (naib/wakil) yang menyaksikan
kehadirannya dan diterima daripadanya perintah-perintah, arahan, nasihat,
panduan, risalah, jawapan dan bimbingan, doa-doa, selawat, hadits-hadits,
riwayat-riwayat dan kata-kata yang terkenal.
6 - Kesaksian orang yang melihatnya di Al-Ghaibah
Al-Kubra (Keghaiban Besar), dan mereka dihitung dalam ratusan, jika tidak dalam
ribuan.
Bolehkah orang yang berakal mendustakan semua perkara
yang dikemukakan di atas?
Sudah tentu, tidak wujud suatu kemungkaran melainkan
adanya pertanyaan, bantahan dan penyelewengan yang bermasalah, dan bentuknya
tidak membatalkan dalil (bukti), seperti yang dikemukakan.
Semua apa yang Ibn Taymiyah, katakan dengan kata-kata
yang berlebihan tidak dapat diterima akal dan tidak membatalkan perkara yang
dikemukakan di atas, walau bagaimana pun kami akan berikan jawapan lepadanya,
Insya-Allah, dalam usaha untuk membersihkan kejahilan dan penipuan pada Syeikh
Salafi ini.
----------------------
1- Ini juga termasuk orang-orang yang melihat dia dalam
Al-Ghaibah Al-Sughra (keghaiban kecil), maka bolehkah orang waras mengatakan
bahawa semua kisah safir (naib/wakil) adalah dusta?! Kemudian siapa yang
melakukannya? Apakah faedah yang dikehendaki darinya? Dan bagaimanakah susunan
dan tarikh yang tepat itu berlaku jika ianya dusta? Dan bagaimana kitab-kitab
riwayat hidup menyebutnya?! Soalan-soalan ini perlu dijawab oleh mereka yang
menafikan kewujudan empat safir (naib/wakil) secara objektif dan saksama apa
yang terletak pada fikirannya daripada syak wasangka dan tidak diterima akal.
Ada pun untuk menyatakan bahawa mereka tidak menyebutkannya
dalam kitab masyarakat Al-Sunnah wal-Jama'ah, ini sangat rapuh dan lemah
setelah kita tahu bahawa mereka tidak meriwayatkan dari Ahl Al-Bait (as) dan
mereka telah memisahkannya dari zaman pertama para khalifah Nabi (S) dan ‘itrah
baginda, dan ini adalah amalan yang ditolak oleh mereka. dan di sini akan
dikemukakan perbahasan untuk membuktikan siapa para khalifah Nabi (S) adakah
mereka itu ‘itrah (keluarga) baginda atau yang lain dari mereka.
✡✡✡✡✡
2 ulasan:
Hey! I simply wish to give an enormous thumbs up for the good information you've here on this post. I will likely be coming again to your weblog for extra soon. online casino slots
A powerful share, I simply given this onto a colleague who was doing a bit of evaluation on this. And he actually bought me breakfast as a result of I found it for him.. smile. So let me reword that: Thnx for the deal with! However yeah Thnkx for spending the time to debate this, I really feel strongly about it and love reading extra on this topic. If potential, as you develop into expertise, would you thoughts updating your weblog with more particulars? It is highly helpful for me. Massive thumb up for this blog publish! casino play
Catat Ulasan