Menghentikan
Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...62
Pertama:
Kesaksian Bapanya Atas Kelahirannya Dan Teksnya [1]
Dan kami akan bawakan mengenainya hanya beberapa riwayat untuk
mengelakkan ianya terlalu panjang, dan sesiapa
yang mahukan maklumat tambahan bolehlah merujuk kitab Al-Kafi, Kamal Al-Din, Al-Ghaibah
oleh Al-Thusi, Al-Ghaibah oleh Al-Nu3mani, Kifayah Al-Atsar dan lain-lain.
1. Ali bin Muhammad, [2] Dari Muhammad bin Ali bin Bilal, dia
berkata
Datang kepadaku
Abi Muhammad dua tahun sebelum pergi dikhabarkan kepadaku pengganti selepasnya,
dan kemudian datang kepadaku tiga hari sebelum dia pergi, dikhabarkan kepadaku
pengganti selepasnya. [3]
2. Muhammad bin Yahya dari Ahmad bin Ishaq dari Abu
Hasyim Al-Ja'fari yang berkata:
Aku berkata kepada Abu
Muhammad (as): Kemuliaanmu menghalangku mengajukan pertanyaan kepadamu. Bolehkah
aku bertanya kepadamu? Tanyalah, lalu aku bertanya: Tuan, adakah tuan mempunyai
anak? Ya, jawabnya. Jika terjadi sesuatu pada dirimu, ke mana aku bertanya mengenainya?
Di Madinah (bandar), jawabnya.[4]
3. Ali bin Muhammad, dari Jaafar bin Muhammad Al-Kufi, dari
Jaafar bin Muhammad Al-Makfuf, dari Amr Al-Ahwazi, yang berkata:
Abu Muhammad memperlihatkan
kepadaku anaknya dan berkata:. Ini adalah Shohib kamu selepasku. [5]
4. Ali bin Muhammad, dari
Hamdan Al-Qulansi yang berkata:
Aku berkata
kepada ‘Amri: Adakah Abu Muhammad telah pergi? Lalu dia berkata kepadaku: dia telah
pergi, tetapi ada pengganti untukmu dari lehernya yang mewakilinya, dan dia mengisyaratkan
dengan tangannya [6]
---------------------------
1- Saya
ingin sampaikan di sini apa yang dikatakan oleh Al-Syeikh Al-Thusi dalam Al-Ghaibah:
hal 229, beliau berkata: Fasal: Memgatakan kelahiran Shohib Al-Zaman dan kesahihannya.
sama ada perkara-perkara hukum syara’ dan perkara-perkara khabar. Adapun hukum syara’
adalah bahawa jika terbukti imamahnya dengan dalil kami pada bahagian-bahagiannya,
dan merosakkan setiap bahagian kecuali pernyataan imamahnya mengesahkan imamahnya
dan memaklumkan kepada kita tentang kesahihan kelahirannya. jika tidak ada
berita yang telah disertakan. Dan juga apa yang telah kami tunjukkan bahawa
imam dua belas terbukti sahih kelahirannya, kerana bilangan tidak akan ada
kecuali ia wujud. Dan kami telah menunjukkan bahawa Shohib Al-Amr mesti
mempunyai dua keghaiban untuk mengesahkannya, kerana semua ini berdasarkan kesahihan
kelahirannya. Untuk mensahihkan kelahirannya dari sudut khabar kita akan sebut di
dalam kitab ini yang merupakan suatu pihak dari beberapa riwayat mengikut
perinciannya, dan kemudian kita mengingat beberapa khabar dari yang dlihat dan disaksikannya,
kerana apa yang ditemukan dalam makna riwayat ini memanjangkan isi kitab.
2 - Ali bin Muhammad adalah Ali bin Muhammad Al-Kulaini yang
tsiqah. Al-Kulaini adalah dianggap tsiqah dalam Islam dan dia mempunyai kitab mengenai
kelahiran Imam Mahdi (as). Dan juga kemahuan yang kuat oleh penulis Muhammad
bin Ali bin Al-Bandar. Kedua-duanya tsiqah dan tidak memudaratkan urusan itu di
antara dua peribadi yang tsiqah. Ali bin Bilal terkenal tsiqahnya di kalangan petawi.
3- Al-Kafi: 1, halaman 328
4- Al-Kafi: 1, halaman 328
5- Al-Kafi: 1, halaman 328
6- Al-Kafi: 1, halaman 328
Menghentikan
Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...63
5. Al-Hussein bin Muhammad Al-Ashari, dari Mu3alla bin Muhammad, dari Ahmad
bin Muhammad bin Abdullah, dia berkata
Dikeluarkan dari
Abu Muhammad (as) ketika Al-Zubairi laknahu Allah dibunuh [1]: ini adalah
hukuman pada mereka yang berani menentang Allah terhadap para waliNya, mendakwa bahawa dia akan membunuhku dan mengatakan
aku tidak mempunyai anak. bagaimana dia melihat Kuasa Allah di dalamnya. Dan
seorang anak dilahirkan kepadanya bernama (MuHaMmaD) (م ح م د) pada tahun dua ratus lima puluh enam.[2]
6. Ali bin Muhammad, dari Al-Hussein dan Muhammad Ibn Ali bin
Ibrahim, dari Muhammad bin Ali bin Abdul Rahman Al-Abdi dari Abd Qais, dari Dhu’
bin Ali Al-3ajali, dari seorang lelaki dari bangsa Farsi dia dipanggil dan berkata:
Aku pergi ke Samarra
dan mendatangi pintu Abu Muhammad (as) lalu dia memanggilku. Maka aku masuk dan
memberi salam. Kemudian dia berkata: “Apa yang mendorongmu datang ke sini? Katanya
lagi: Aku berkata: keinginan untuk berkhidmat padamu, Katanya: Dia berkata
kepadaku: duduklah di pintu, Dia berkata: Aku berada di rumah dengan khadam-khadam,
Kemudian aku mendatangi mereka untuk membeli keperluan di pasar dan aku masuk
ke tempat mereka tanpa izin jika ada lelaki di dalam rumah. Beliau berkata: Engkau
masuk suatu hari dan dia berada di rumah lelaki dan aku mendengar pergerakan di
rumah, lalu dia berkata: Tempatmu tidak berubah. Aku tidak berani masuk dan
keluar, lalu datang seorang jariyah bersamanya diselubungi sesuatu, dan
kemudian memanggilku supaya masuk, lalu aku masuk dan dia memanggil jariyah itu
kembali kepadanya, dan dia berkata kepada jariyah itu: Bukakan apa yang ada
padamu. Dan aku melihat kanak-kanak yang putih dan baik parasnya dan terdedahkan
perutnya. rambutnya yang semakin tumbuh, dari bahagian atas dadanya dilindungi
warna hijau bukan hitam, Dia berkata: Ini Shohib kamu. Kemudian dia
memerintahkan jariyah itu membawanya. Maka aku tidak lagi melihatnya selepas
itu sehingga Abu Muhammad (as) pergi (meninggal dunia). [3]
7. Diberitahu pada kami Muhammad bin Ali Maajilwaih dan Muhammad
bin Musa bin Al-Mutawakkil, Ahmad bin Muhammad ibn Yahya Al-3athar (ra), mereka
berkata: Diberitahu pada kami Muhammad bin Yahya Al-3athar, katanya: Diberitahu
padaku Ishak bin Riyah Al-Bashri, dari Abu Ja’far Al-3amri, beliau berkata :
Apabila
dilahirkan Al-Syed (as) telah berkata Abu Muhammad (as): Kirimkan kepada Abi
Amru. Lalu dihantar kepadanya dan dia datang dan dikatakan kepadanya: belilah
sepuluh ribu paun roti dan sepuluh ribu pound daging dan bahagi-bahagikan perkiraannya.
dia berkata:. Bani Hashim tersentuh dengannya dengan bahagian-bahagian kambing [4]
------------------------
1- Al-Zubairi ia adalah gelaran sebahagian nama-nama buruk
(celaka) yang anak Al-Zubair pada zamannya (as) Allah memberi peringatan dan
membunuhnya di tangan Khalifah atau yang lain, sebahagian dari mereka salah
baca, mereka membaca dengan baris atas huruf Zai dan dan huruf Ba’ berbaris
bawah menjadi Al-Zabir (الزَبِير) dengan makna licik atau
bencana, gelaran untuk Al-Muhtadi Al-Abbasi, kerana membunuh wali-wali.
2- Al-Kafi: 1, hal 328, Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal
329
3. Al-Kafi: 1, hal 328
4 - Kamal Al-Din wa Tamam al-Ni3mah: hal Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah:
hal 431
Menghentikan
Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...64
8. Diberitahu pada kami Muhammad bin Musa bin Al-Mutawakkil
ra, katanya, diberitahu padaku Abdullah bin Jaafar Al-Humairi, katanya, diberitahu
padaku Muhammad bin Ibrahim Al-Kufi:
Jika Abu
Muhammad (as) mengutus beberapa nama padaku - ada domba untuk disembelih, dan
berkata: Ini adalah dari Aqiqah anakku Muhammad. [1].
9. Diberitahu pada kami Muhammad
bin Musa bin Al-Mutawakkil ra, katanya: Diberitahu pada kami Abdullah bin
Jaafar Al-Humairi, katanya: Diberitahu pada kami Muhammad bin Ahmad Al-Alawi, dari
Abu Ghanam Al-Khadam, katanya:
Dilahirkan anak
Abu Muhammad (as) lalu diberi nama Muhammad, lalu dipertunjukan kepada para sahabatnya
pada hari ketiga, dan beliau berkata: ini adalah shohib kamu selepasku, dan
penggantiku kepada kamu, dia adalah Al-Qaim, yang membelenggu leher mereka kerana
menunggu, jika bumi dipenuhi dengan kebencian dan kezaliman dia akan keluar untuk
memenuhinya dengan kesaksamaan dan keadilan. [2].
10. Diberitahu pada kami Abu Al-Abbas Ahmad bin Al-Hussein bin Abdullah bin
Mehran Al-Abi Al-Azdi Al-3urudhi di Maru, katanya: Diberitahu pada kami Ahmad
bin Al-Hassan bin Ishaq Al-Qumi, katanya:
Apabila dilahirkan
Al- Khalaf Al-Sholeh (as), diriwayatkan dari Maulana Abi Muhammad Al-Hasan bin
Ali [as] menulis kepada datukku Ahmad bin Ishaq dengan tulisan tangannya (as) sendiri,
yang telah diberikan tandatangan di atasnya, Seorang anak dilahirkan kepada
kami maka ia menjadi rahsia dari orang ramai dan tidak diperlihatkan, Aku sendiri
tidak melihatnya melainkan yang paling dekat dengan saudara-maranya dan aku
berwalikan wilayahnya, kita lebih suka diberitahu apa yang dirahsiakan oleh
Allah, Seperti itulah yang kami rahsiakan, dan salam kedamaian [3].
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan