Selasa, 4 September 2018

Kedua: Mereka yang mengatakan ada kelahiran Imam Mahdi (as) dari Ahli Sunnah: (Bahagian 2)




Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani56

Kedua: Mereka yang mengatakan ada kelahiran Imam Mahdi (as) dari Ahli Sunnah:

(Bahagian 2)

12. Kamal Al-Din Muhammad bin Tاalha Al-Syami Al-Syafi'ei berkata:

(Bab Kedua Belas Abu Al-Qasim Muhammad bin Al-Hasan Al-Khalish, bin Ali Al-Mutawakkil, bin Muhammad Al-Qani3, Bin Ali Al-Ridha, bin Musa Al-Kadzim, bin Jafar Al-Shadiq, bin Muhammad Al-Baqir, Bin Ali Zain Al-Abidin, Bin Al-Hussein Al-Zaki, bin Ali Al-Murtada bin Abi Talib, Al-Mahdi Al-Hujjah Al-Khalaf Al-Sholeh Al-Muntadzar (3alaihim Salam Wa Rahmatu Allah Wa Barakatuh) ... Telah menikmati tugas nubuwah sebagai sayap-sayap bahagian-bahagiannya, dan mengurus dari risalah yang ditinggalkan sebagai kewajipan-kewajipannya, Dan gembala-gembala mengikut peranan gelarannya yang sezaman dengannya. Dan dia unggul dalam sifat mulia, dan dia memegangnya dengan teguh, yang diperoleh dari sifat kemuliaan keturunan dengan nashnya. Dan meninggikan kemuliaan keturunan menurut perhitungannya, dan mendapat bimbingan dari sumber asli dan penyebabnya, Beliau dilahirkan dari Perawan Suci yang kenyataannya menentukan tidak ramai dari Rasul, pembawa risalah yang asal, dan ia adalah untuk memulia unsur-unsur dan asasnya. Bagi kelahiran secara rahsia dari dilihat pada dua puluh tiga Ramadan tahun dua ratus lima puluh lapan Hijrah, dan nasabnya sebelah bapanya adalah Abu Muhammad Al-Hasan Al-Khalish bin Ali Al-Mutawakkil, bin Muhammad Al-Qani3, Bin Ali Al-Ridha bin Musa Al-Kadzim bin Ja’far Al-Shadiq, bin Muhammad Al-Baqir, Bin Ali Zain Abidin, bin Al-Hussein Al-Zaki, bin Ali Al-Murtadha Amirul Mukminin.. Dan ibu yang melahirkannya bernama Shaqil, dan ada yang mengatakan: Hakimah, dan ada yang mengatakan selainnya. Namanya adalah Muhammad, dan nama keluarga adalah Abu Al-Qasim, dan gelarannya adalah Al-Hujjah, Al-Khalaf, Al-Sholeh, dan ada yang mengatakan Al-Muntadzar. [1]


------------------------------
1- Muthalib Al-Su’ul: J 2 hal 89 cetakan Tehran.
2- Tizharah Al-Khawash: hal 204 cetakan Tehran.
3- Saba’ik Al-Zhahab: hal 78 cetakan Al-Maktabah Al-Tijariyah, Mesir.
4- Dipetik mengenainya oleh Al-Syeikh Al-Majlisi Fi Bihar Al-Anwar: J 50 hal 314
                   

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani57

16. Ibn Al-Sabagh Al-Mishri berkata:

Abu Al-Qasim Muhammad Al-Hujjah bin Al-Hasan Al-Khalish dilahirkan – secara rahsia dari dilihat pada malam pertengahan bulan Sya’ban tahun dua ratus lima puluh lima Hijrah. Nasab bapanya adalah Abu Al-Qasim Muhammad Al-Hujjah bin Al-Hasan Al-Khalish, bin Ali Al-Hadi, bin Muhammad Al-Jawad, bin Ali Al-Ridha, bin Musa Al-Kadzim, bin Ja;far Al-Shadiq, bin Muhammad Al-Baqir, bin Ali Zain Al-Abidin, bin Al-Hussein, bin Ali bin Abi Talib (Shalawatu Allah 3alaihim Ajma3in). Bagi ibu yang melahirkannya dipanggil: Narjis, seorang yang baik, dan ada yang mengatakan selainnya. Dan nama panggilannya adalah Abu Al-Qasim. Dan gelarannya Al-Hujjah, Al-Mahdi, Al-Khalaf Al-Sholeh, Al-Qa’im Al-Muntadzar dan Shohib Al-Zaman, yang paling terkenal daripadanya adalah Al-Mahdi. Sifatnya (as): Ia seorang pemuda yang besar tinggi, elok paras rupa dan rambutnya, rambutnya mengurai di atas bahu, hidungnya mancung, dahinya jendul. Penjaga pintunya (dutanya) Muhammad bin Utsman, yang diakui sezaman dengannya. Ia telah berkata: Dia ghaib ke ruang bawah tanah (Al-Sardab) dan ia penjaganya, dan itu berlaku pada tahun 266 H. Ini adalah sebahagian kecil dari nash-nash sebagai dalil untuk Imam Kedua Belas pada Imam-imam yang tsiqah, dan banyak riwayat-riwayat mengenainya kami tinggalkan dari menyebutkannya, Adalah tidak sulit bagi pengumpul hadits dalam kitab-kitab mereka, dan mereka mementingkan untuk mengumpulkan dan tidak meninggalkan sesuatu. [1]

17. Abu Al-Abbas Ahmad bin Yusuf terkenal sebagai Al-Qurmani:

Bab Kesebelas: Pada menyatakan Al-Khalaf Al-Shaleh, Imam Abi Al-Qasim Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari (ra): usianya lima tahun ketika kematian bapanya, Allah memberikan hikmah kepadanya sebagaimana diberikan kepada Yahya (as) ketika kecil. Dia tegap, besar dan tinggi, elok paras rupa dan rambutnya, hidungnya mancung, dahinya jendul. Disebut dalam halaman 420:. Dipetik dari Kitab Kasyf Al-Ghammah mengatakan bahawa beliau (as) dilahirkan pada dua puluh tiga Ramadhan, bersetuju bahawa dia dilahirkan secara rahsia dari dilihat. Ia dipanggil seperti Rasulullah (S), pada nama dan nama gelaran, dan tidak dibenarkan menyebutkan namanya pada zaman keghaiban. Dan gelaran mulianya: Al-Mahdi, Al-Qaim Al-Muntadzar, dan Al-Hujjah.[2]

18. Abdul Wahab Al-Sya'rani menyatakan:

Menunggu keluarnya A-Mahdi (as), salah seorang daripada anak-anak Imam Al-Hasan Al-Askari, dan kelahirannya (as) pada malam pertegahan bulan Sya’ban, tahun dua ratus lima, Dia akan terus hidup sehingga dia bertemu Isa bin Mariam (as), Umurnya sehingga ke masa kami ini, tahun sembilan ratus lima puluh lapan: adalah 766 tahun. Ini diberitahu oleh Syeikh Hassan Al-Iraqi yang dikebumikan di tumpukan bulu yang menghadap kolam di Mesir sebagai penjaga (maqam) Imam Mahdi,

--------------------------
1- Al-Fushul Al-Muhimmah: hal 274 cetakan Al-Ghari.
2- Akhbar Al-Daul Wa Atsar Al-Awwal: hal 117


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani58
....

Apabila dia bertemu dengannya dan bersetuju dengan Sheikh kami mengenai perlara itu. Semoga Allah merahmati mereka berdua

Kata-kata Sheikh Muhyiddin dalam Bab tiga ratus enam puluh enam dari Al-Futuhat:

“Ketahuilah bahwa tidak ada lagi keraguan akan kedatangan Al-Mahdi. Akan tetapi ia tidak akan muncul kecuali apabila dunia ini sudah dipenuhi oleh ketidak-adilan dan kedzaliman dan ia akan memenuhi dunia ini dengan keadilan dan kesetaraan. Bahkan apabila hanya ada satu hari lagi yang tersisa di dunia ini, maka Allah tetap akan memanjangkan hari itu hingga cukup untuk Khilafahnya. Dia berasal dari keturunan (Itrah) Nabi (S); dari keturunan Fatimah (ra). Datuknya ialah Al-Husain bin Ali bin Abi Thalib dan ayahnya ialah Al-Hasan Al-Askari, Ibn Imam Ali Al-Naqi dengan huruf Nun Ibn [Imam] Muhammad Al-Taqi dengan huruf Ta’, Ibn Imam Ali Al-Ridha, Ibn Imam Musa Al-Kadzim, Ibn Imam Ja’far Al-Shadiq, Ibn Imam Muhammad Al-Baqir, Ibn Imam Zain Al-Abidin Ali, Ibn Imam Al-Husain, Ibn Imam Ali bin Abi Talib (ra). [1]

19. Al-Syeikh Utsman Al-Utsmani berkata:

Yang Kedua Belas, Muhammad bin Al-Hasan bin Ali bin Muhammad bin Ali Al-Ridha [3laihimu s-salam], yang dikenali sebagai Aba Al-Qasim dan Imamiyah menggelarnya sebagai Al-Hujjah, Al-Qa’im Al-Muntadzar dan Shohib Al-Zaman ... hinggalah kepada kata: Dilahirkan secara rahsia dari dilihat pada dua puluh tiga Ramadhan tahun dua ratus lima puluh lapan. Ia adalah sekumpulan asas bagi tanda-tanda dan alamat Al-Saah (kiamat) [2].

20. Al-‘Alamah Al-Hamdawi berkata:

(Telah berkata Saidi Abdul Wahab Al-Sya'rani di dalam Al-Yuwaqit Al-Jawahir: Al-Mahdi adalah dari Imam Al-Hasan Al-Askari [3laihima s-salam], dan dilahirkan pada malam pertengahan bulan Syaaban pada tahun dua ratus lima puluh lima dan dia masih hidup bertemu dengan Isa putera Maryam. Ini diberitahu oleh Syeikh Hassan Al-Iraqi yang dikebumikan di tumpukan bulu yang menghadap kolam di Mesir sebagai penjaga (maqam) Imam Mahdi dan ini desepakati dengan beliau secara khusus.[3].

21. Telah berkata Al-Salik Abdul Rahman bin Muhammad bin Husain bin Umar Ba'lawi Mufti Al-Diyar Al-Hadhramiyah:

Dipetik oleh Al-Suyuthi dari Syeikhnya Al-Iraqi  bahawa Al-Mahdi (as) dilahirkan pada tahun 255, beliau berkata, ini disepakati oleh Al-Syeikh Ali Al-Khawash. Umurnya sehingga ke masa kami ini, tahun sembilan ratus lima puluh lapan (958) adalah 703 tahun. Dan Ahmad Al-Ramli menyatakan bahawa

--------------------------------
1. Al-Yuwaqit Al-Jawahir: J 2, hal 143 cetakan Abdul-Hamid Ahmad Al-Hanafi, edisi Mesir
2 - Tarikh Al-Islam Wa Al-Rijal hal 370 manuskrip.
3 - Masyariq Al-Anwar: hal 153 cetakan Mesir

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani59

Al-Mahdi (as) wujud. Begitulah juga dengan Al-Sya'rani, dari garis Al-Habib Alawi bin Ahmad Al-Haddad, dan pada tahun 1301 ini umurnya adalah 1046 tahun [1].

Dari apa yang dikemukakan di atas, tidak ada keraguan lagi melainkan bagi mereka yang ada penyakit keraguan yang jelas dan seperti kata pepatah (ia adalah kambing walaupun ia terbang)?!!

Selepas ini adalah jelas batilnya kata-kata Ibn Taimiyah dan batillah yang lainnya seperti Muhib Al-Din Al-Khatib, yang berkata: Bahawa dia (iaitu Imam Al-Mahdi (as)) adalah peribadi khayalan yang dikaitkan dengan nasab palsu Al-Hasan Al-Askari, yang meninggal dunia tanpa anak dan saudaranya Ja’far menyifatkannya sebagai tidak meninggalkan anak, dan bagi orang-orang Al-Alawi catatan kelahiran dibuat ke atas seorang ketua pada sesuatu masa. Tidak ada yang lahir melainkan ianya dicatat, tiada catatan bagi anak Al-Hasan Al-Askari. tidak diketahui oleh orang-orang sezaman Al-Alawi bagi Al-Hasan Al-Askari sehingga dia mati mempunyai seorang anak lelaki. [2]

Kami berhak untuk bertanya kepada Muhib Al-Din: Adakah dia melihat catatan itu dan tidak melihat perihal Imam Al-Mahdi (as), dan siapakah ketua yang tidak dilahirkan?

Adapun pada katanya hakikat bahawa orang-orang Al-Alawi tidak tahu kelahiran Imam Mahdi (as) ia tiada lain adalah satu rekaan yang diada-adakan, tetapi dia hanya melihat dari sesetengah orang-orang Al-Alawi, tetapi tidak tahu yang lain dan tidak menafikan kelahirannya, maka adalah mencukupi untuk mengatakan bahawa tidak mengetahui kelahirannya tidak bermakna ia tidak dilahirkan, terutamanya dengan apa yang kita tahu tentang keadaan kelahiran Imam kedua belas (as), di mana dalam keadaan tersembunyi seperti kelahiran nabi Allah Musa (as).

Dan begitu jelaslah batilnya apa yang dikatakan oleh Dr. Abdul-Alim Al-Bastawi, Dari mana diriwayatkan dan bahawa dia mengambilnya dari kata-kata Ibn Taimiyah, selepas menyebut hadits-hadits dan riwayat-riwayat Al-Mahdi (as) dan yang lainnya dari jalan Syiah dia berkata: (Ini adalah contoh ringkas dari kisah-kisah dan kedustaan tersebut yang dihubungkan dan dakwaan mengenai Al-Mahdi Al-Muntadzar. Maka telah sah dari segi sejarah bahawa Al-Hassan Al-Askari telah meninggal dunia dan tiada mengikutinya selepasnya (tiada anak). Ini dinyatakan oleh Ibn Jarir, Ibn Qani3 dan ahli sejarah yang yang lain). [3]
                       
✡✡✡✡✡

-------------------
1- Bughyah Al-Mustarsyidin : Hal 296 Cetakan Mesir.
2- Al-Mahdi Al-Muntadzar Fi Dhu' Al-Ahadits Al-Shahihah – Oleh 3abd Al-3alim Al-Bisatawi: hal 80
3- Al-Mahdi Al-Muntadzar Fi Dhu' Al-Ahadits Al-Shahihah – Oleh 3abd Al-3alim Al-Bisatawi: hal 80

✡✡✡✡✡
                      
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas



Tiada ulasan: