Menghentikan
Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani...75
2 Kesaksian
Yang Melihatnya Selain Al-Saiyidah Hakimah:
Diriwayatkan Al-Syeikh Al-Shaduq dan beberapa orang
lain mereka yang menjadi saksi melihat Imam Muhammad bin Al-Hasan Al-Mahdi (as).
Berikut adalah beberapa riwayat mengenainya:
1. Diberitahu pada kami Muhammad bin Ali Majiluyih, dan
Ahmad bin Muhammad bin Yahya Al-‘Athar, (ra), beliau berkata: Diberitahu pada kami
Muhammad bin Yahya Al-‘Athar, beliau berkata: Diberitahu pada kami Al-Hussein
Bin Ali Al-Naisaburi, dari Ibrahim bin Muhammad bin Abdullah bin Musa bin Ja’far
(as), dari Al-Saiyari, katanya: Diberitahu padaku Nasim dan Mariah, yang berkata
:
Bahawa apabila Shohib
Al-Zaman (as) keluar dari perut ibunya dan duduk atas kedua lututnya, dia mengangkatkan
jari telunjuknya ke langit, kemudian bersin lalu berkata:
الحمد الله رب العالمين وصلى الله على محمد
وآله، زعمت الظلمة أنّ حجة الله داحضة لو
أذن لنا في الكلام لزال الشك.
Segala puji bagi Allah, Tuhan
sekalian alam, semoga Allah memberkati Muhammad dan keluarganya, Yang jahil menuduhku
bahawa Hujah Allah batil, atau diizinkan kepada kami untuk bercakap mereka
masih ragu-ragu..
Ibrahim bin Muhammad bin Abdullah berkata: Diberitahu padaku
Nasim, khadam Abu Muhammad (as), Dia berkata:
Shohib Al-Zaman
(as) berkata kepadaku setelah aku menemuinya
selepas malam kelahirannya, kemudian aku bersin lalu dia berkata kepadaku: [يرحمك الله]
- Semoga Allah merahmati kamu.
Menghentikan
Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani...76
Nasim berkata: Aku
gembira mendengarnya, dia (as) berkata kepadaku: Kerana itu bergembiralah pada
orang bersin? Aku berkata: Ya [Wahai Tuan]. Lalu beliau berkata, Dia selamat
dari kematian selama tiga hari. [1]
2. Diberitahu pada kami Muhammad bin Ali Majiluyih (ra),
katanya: Diberitahu pada kami Muhammad bin Yahya Al-‘Athar, beliau berkata:
Diberitahu padaku Abu Ali Al-Khaizarani,
dari Jariah, ia adalah hadiahnya kepada Abu Muhammad (as) apabila Ja’far Al-Kazzab
(pendusta) menyerang ke rumah itu dia datang memisahkannya dari Ja’far. Lalu
dia berkahwin dengannya. Abu Ali berkata: Maka diberitahu padaku bahawa dia
menghadiri kelahiran Al-Syed (Al-Mahdi as), dan nama ibu Al-Syed adalah Shaqil,
dan Abu Muhammad (as) memberitahunya dengan apa yang berlaku kepada
keluarganya, saya meminta beliau untuk berdoa kepada Allah AWJ supaya hadiahnya
diterimaNya, dia meninggal dunia semasa Abu Muhammad (as) masih hidup dan di
kuburnya ada sebuah papan tanda yang bertulis ini makam Umm Muhammad.
Abu Ali berkata: Aku mendengar Jariah
ini disebut bahawa ketika dilahirkan Al-Syed (as) aku melihat cahaya cemerlang
beliau telah muncul daripadanya dan sampai ke kaki langit, dan aku melihat
burung putih terbang dari langit dan sayapnya mengepak di atas kepala, wajahnya
dan seluruh tubuhnya, dan kemudian terbang. Maka dikhabarkan Abu Muhammad (as) kepada
kami mengenainya hingga dia ketawa, dan kemudian berkata: Malaikat-malaikat itu
turun untuk memberkati kelahirannya dan membantunya keluar.[2]
3. Diberitahu pada kami Muhammad bin Musa bin Al-Mutawakkil
(ra), katanya: Diberitahu pada kami Abdullah bin Ja’far Al-Humairi, katanya: Diberitahu
pada kami Muhammad bin Ahmad Al-‘Alawi, dari Abu Ghanim Al-Khadam, berkata:
Anak Abu
Muhammad (as) dilahirkan ia dinamakan Muhammad, Dia pertunjukkan kepada sahabat-sahabat pada hari ketiga, dan dia berkata: ini
adalah Shohib kamu selepasku, dan penggantiku (Khalifahku) kepada kamu, dialah
Al-Qaim yang membelenggu leher mereka pada menanti-nantinya, Apabila bumi
dipenuhi dengan kebencian dan kezaliman dia datang memenuhinya dengan kesaksamaan
dan keadilan. [3]
4. Ali bin Hassan bin Al-Faraj Al-Muazhzhin (ra) berkata:
Diberitahu padaku Muhammad ibn Al-Hasan Al-Karkhi, beliau berkata: Aku
mendengar Aba Harun, seorang dari sahabat kami berkata:.
(Aku melihat Shohib
Al-Zaman (as) dan dia dilahirkan pada hari Jumaat tahun dua ratus lima puluh
enam [4]
----------------------------------
1- Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 430.
2- Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 431.
3- Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 431.
4- Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 431.
Menghentikan
Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani...77
5. Muhammad bin Ali Majiluyih (ra), berkata: Diberitahu pada
kami Muhammad bin Yahya Al-‘Atar katanya: Diberitahu pada kami Al-Hussein Bin
Ali Al-Naisaburi, katanya: Diberitahu pada kami Al-Hasan bin Al-Munzhir, dari Hamzah
bin Abi Al-Fath, dia berkata:
Dia datang
kepadaku pada suatu hari dan berkata kepadaku: Berita gembira, semalam dia
dilahirkan di rumahnya, anak Abu Muhammad (as) dan dia merintahkan supaya menyembunyikannya.
Aku bertanya: Apa namanya? Beliau berkata: Aku memanggil Muhammad dan berikan kun-yah (gelar)
dengan Ja'far. [1]
6. Diberitahu pada kami Muhammad bin Ibrahim bin Ishaq (ra),
katanya: Diberitahu pada kami Al-Hasan bin Ali bin Zakaria di Madinah Al-Salam,
beliau berkata: Diberitahu pada kami Abu Abdullah Muhammad bin Khalilan, katanya:
Diberitahu padaku oleh bapaku, dari bapanya, dari datuknya, dari Ghiyats bin
Asid, beliau berkata:
Penggantinya Al-Mahdi
(as) lahir pada hari Jumaat, dan ibunya Raihanah, dan ia dipanggil: Narjis, ada
yang memanggil: Shaqil, dan ada yang memanggil: Susan, ia adalah untuk beberapa
sebab kehamilan Shaqil melahirkan (as) pada lewat malam lapan Sya'ban tahun dua
ratus lima puluh enam, dan wakilnya 'Utsman bin Sa’id, dan apabila 'Utsman mati
diwasiatkan kepada anaknya, Abu Ja'far Muhammad bin 'Utsman, dan Abu Ja’far mewasiatkan
kepada Abi Al-Qasim Al-Hussein bin Ruh, dan Abu Al-Qasim mewasiatkan kepada Abu
Al-Hasan Ali bin Muhammad Al-Samari (Radhia Allahu 3anhum), Beliau berkata:
Apabila Al-Samari menghampiri kematiannya diminta mewasiatkan, beliau berkata:
Perintah Allah sudah sampai, Al-Ghaibah penuh (Kubra) berlaku selepas perginya Al-Samari
(ra). [2].
7. Diberitahu pada kami Muhammad bin Ibrahim bin Ishaq Al-Thalaqani
(ra), katanya: Diberitahu pada kami Al-Hasan bin Ali bin Zakaria di Madinah
Al-Salam, katanya: Diberitahu pada kami Abu Abdullah Muhammad bin Khalilan, katanya:
Diberitahu padaku oleh bapaku, dari bapanya, dari datuknya, dari Ghiyats bin
Asid, beliau berkata:
(Aku memberi kesaksian Muhammad bin
'Utsman Al-3umari (Qadasa Allah Ruhih) mengatakan: Apabila penggantinya Al-Mahdi
(as) lahir, cahaya bersinar dari atas kepalanya muncul ke langit, kemudian dia
bersungkur sujud mukanya kepada TuhanNya yang Maha Tinggi dan kemudian
mengangkat kepalanya, lalu mengucapkan:
شَهِدَ
اللَّـهُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ
قَائِمًا بِالْقِسْطِ ۚ لَا
إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ * إِنَّ
الدِّينَ عِندَ اللَّـهِ الْإِسْلَامُ
Allah bersaksi bahwasanya tidak
ada Tuhan melainkan Dia. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu yang menegakkan
keadilan. Tak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. *
Sesungguhnya agama disisi Allah hanyalah Islam.
Dia dilahirkan pada hari Jumaat. [3]
-------------------------------
1- Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 432.
2- Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 432.
3- Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 433.
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan