Rabu, 5 September 2018

Bagaimana Mengesahkan Kelahiran Kepada Orang-orang Berakal (Bijak)




Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani…60

Bagaimana Mengesahkan Kelahiran Kepada Orang-orang Berakal (Bijak)

Satu soalan yang penting untuk diketahui jawapannya, iaitu Bagaimana membuktikan kelahiran seseorang?

Tidak syak lagi bagi orang-orang yang bijak mereka mempunyai cara untuk membuktikan kelahiran peribadi tertentu mengikut keadaan biasa, dan mengatakan keadaan biasa yang terjadi kepada sebahagian mereka yang lahir ke dunia bukan pada waktu keadaan kedatangannya seperti yang berlaku pada kelahiran nabi Allah Musa (as). Ia sesuatu yang tidak munasabah, kerana Firaun telah begitu ramai membunuh kanak-kanak untuk mencapai pembunuhan Musa (as). Adalah terbukti kelahiran Musa tidak di depan orang-orang awam, tetapi kelahirannya berlaku secara tersembunyi sebagaimana yang dikehendaki oleh Dia Yang Maha Suci.

Walaupun terdapat persamaan yang besar di antara Imam Muhammad bin Al-Hasan (as) dan Musa (as) dari segi penyembunyian kelahiran dan merahasiakannya sebagaimana akan diterangkan, Insya-Allah, Walau bagaimanapun, kita tidak ambil kira mengenainya, maka jika kita bincangkan dengan adil dan saksama sepenuhnya dan dengan cara-cara yang bersesuaian dengan orang-orang yang bijak, bolehkah kita membuktikan kelahiran Imam Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari (as) atau tidak? Itu yang kita mahu tunjukkan.

Pada kebiasaanya orang-orang yang bijak hari ini menggunakan semua jalan untuk membuktikan kelahiran seseorang. Maka bagaimanakah orang-orang yang bijak membuktikan kelahiran seseorang?

Jawapannya: Sekurang-kurangnya terdapat dua cara:

1 - Sijil bapa atau ibu yang terlibat dengan kelahiran anak mereka.

2- Sijil kebidanan yang menuliskan perjalanan semasa bersalin;.

Melaluinya orang-orang yang bijak hari ini membuktikan kelahiran seseorang, Ya, hari ini, ada hospital-hospital dan lain-lain, bukti-bukti dan rekod-rekod bertulis, tetapi yang mektamad adalah sijil kelahiran ibu bapa bagi anak yang baru dilahirkan

Jadi bagaimana untuk memastikannya dengan cara yang lain?

Sejarah telah menunjukkan beberapa perkara selain dua cara tersebut:


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani…61


1 - Empat naib (wakil) yang menjalankan tanggungjawab kepada beliau (as) dalam tempoh Ghaibah Sughra (keghaiban kecil) yang menyatakan tarikh tertentu. Naib-naib (wakil-wakil) itu melihatnya dan menyampaikan kata-kata dan jawapannya kepada masyarakatnya. Mereka menghantar soalan kepadanya dan mengembalikan semula jawapan darinya, dan perkara-perkara yang lain.

2 - Saya telah nyatakan dakwaan-dakwaan (doa-doa) dan hadits-hadits yang diriwayatkan mengenainya, dan kata-kata yang hanya boleh datang dari peribadi yang bijak.

3 - Surat-menyuratnya oleh Al-Syeikh Al-Mufid rahimahu Allah.

4 - Ahli silsilah dan yang lain-lain yang yang mengisytiharkan kelahirannya.

5  - Dia dilihat oleh beratus-ratus, malah ribuan orang semasa Ghaibah Al-Kubra (keghaiban besar).

Kenyataan ahli silsilah telah dikemukakan, dan mereka yang melihatnya semasa Ghaibah (keghaibannya) adalah mencukupi untuk semakan yang adil dari Kitab Al-Najm Al-Tsaqib oleh Al-Mirza Al-Nuri yang telah menuliskan seratus kisah yang kesemuanya menyaksikan hakikat bahawa orang-orang yang melihat Imam Al- Al-Mahdi, Muhammad bin Al-Hasan (as). Jadi kami anjurkan para pembaca menyemak apa yang dikemukakan dan pada Kitab Al-Najm Al-Tsaqib dan lain-lain..

Dan juga diriwayatkan oleh para perawi dari beliau (as) doa-doa, hadits-hadits dan surat-menyurat Al-Syeikh Al-Syeikh Al-Mufid dan jawapannya mengenai masalah ilmiah dan masalah yang berlaku untuk dijawabnya dari apa yang ditulis oleh Ahmad bin Ishaq, dan Ishak bin Yakub, yang saya tinggalkan untuk mengelakkan dari ianya terlalu panjang. dan untuk pembaca mengetahuinya bolehlah merujuk ensiklopedia riwayat dan kitab-kitab doa itu.

Selepas ini, akan diberikan penerangan terperinci mengenai perkara di atas:


✡✡✡✡✡
                      
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas



Tiada ulasan: